Terkadang membeku
sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Wednesday, May 31, 2023
Jaga diri kita
Apabila orang senyum tu bererti bersedekah. Orang masam itu mengenang dosa. Orang berbincang itu memberi pendapat. Orang diam itu beribadah. Orang bertanya itu prihatin.
Biar buruk di mata manusia. Biar kebaikan kita tidak dihargai. Biar dihina, dikutuk, diperlekehkan, di jaja kisah kita. Tetaplah berbuat baik sesama kita. Takpe, ALLAH ada. Di kata orang, kita diam. Di fitnah orang, lantaklah. Di bawang orang, biar saja. Di cerca orang, suka hati dia oranglah. Simpan semua nama. Sampai masa, doa di hening malam. ALLAH urus tiap seorang.
Jaga diri kita
Biar buruk muka, asalkan tak buruk hati. Biar dihina, asalkan jangan menghina orang. Biar orang ingat kita susah, asalkan kita tak berlagak macam orang kaya.
Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Biar muka hitam, jangan hati hitam. Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa. Nak berlagak buat apa? Kita lahir pun orang tolong mandikan. Kita mati pun orang tolong mandikan, orang kapankan. Yang mati nanti boleh mandi sendiri, kapankan sendiri dan masuk ke kubur sendiri bolehlah berlagak!. Hebat mananya Firaun, akhirnya lepak Muzium jugak.
Wallahu aklam
Sunday, May 28, 2023
SayaTak akan cari
Biar apapun 'saya tak akan cari' ...katanya berulang kali
Itu pegangannya.Terserahlah. Cukuplah pertemuan singkat ini memberi jawapannya..semudah itu kata diucap.
🌹
Akurlah. Orang tak cari kita. Kita jangan cari pasal. Bak kata saudara saya, cukup-cukuplah menyayangi dan memberi.
Ya, kita berbeza prinsip hidup, saya suka mencari. Dari dulu saya mencari.... Mencari peluang, mencari waktu, mengejar guru juga kawan, mencari ilmu sama ada percuma ataupun berbayar walaupun kekangan masa yang terhad. Saya mencari sebab tak tahu dan nak tahu. Semoga Allah tutup kelemahan saya dan gantikan dengan kebaikan.
Bukan sekadar hari ini,
Tapi selagi ada jasad dan roh bersatu,
saya tak jemu mencari kerana Allah.
Saya akan mencari
Dan akan terus mencari
Kerana nikmat Allah ini banyak, indah dan pelbagai.
Tak dapat apa di kejar bukan bererti ditinggal, tak dapat memiliki bukan di benci. Semuanya ada sebab kerana di hadapan adalah jawapan yang tersirat. Renung2kan
Wednesday, May 17, 2023
Buatlah yang terbaik
*﷽*
*اَلّٰلهُمَّ صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ*
"Banyak orang yang telah meninggal, tapi nama baik mereka tetap kekal. Dan banyak orang yang masih hidup, tapi seakan mereka orang mati yang tak berguna."
*(Imam Syafi'i)*
*Jadilah orang yang bermanfaat. Jika tidak boleh, jadilah orang yang menyenangkan. Jika tidak boleh juga, jadilah orang yang tidak merugikan.*
*JADILAH ORANG*
yang tetap sejuk di tempat panas tetap manis di tempat yang begitu pahit tetap merasa kecil meskipun telah menjadi besar tetap tenang di tengah badai yang paling hebat
*_Jadilah biji kopi, ketika masalah datang, ia tidak lembek atau keras,tapi ia boleh berfikir jernih, menghasilkan harum dan rasa yang nikmat, membawa kebaikan bukan untuk dirinya sendiri, tetapi lingkungan di sekitarnya._*
*"Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri"*
*(QS. Al-Isra:7)*
_______________________________
*🌷Jihadfisabilillah💚*
Tuesday, May 16, 2023
1205
Terima kasih Allah
Masih sudi meminjamkan usia
Masih sudi mendengar doa
Masih sedia memaafkan saya
Alhamdulillah
Jumaat yg tenang
12 Mei 2023,
hari yg mulia yang penuh barokahnya
Sujudku panjang
Bersyukur padaMU
Terima kasih Allah
Andai ini hari terakhir ku ambillah nyawa ni dalam keadaan baik dan husnul qatimah.
Ketika sedang berpuasa di hari jumaat dan bulan Ramadan. Tutupi aibku dan permudahkan urusan ku hingga di akhirat.
Temukan daku dengan family besar ku di jannahtul firdaus.
INSYA Allah
Melewati sisa umur pada tanggal 120523 kali ini amat mengujakan. Apakan daya.. Saya masih dalam fasa recovery. Ini adalah fasa kurantin yang bermula 9-15 Mei. Hari ini adalah hari ke 4 positif Covid. Saya akui serangan ini memang luar biasa. NAMUN syukur kerana Allah memilih pada waktu yg tepat dan masanya.😍
Moralnya:
Allah memberi ruang rehat sepanjang hari cuti kurantin. Bukan sikit tau termasuk cuti mingguan.... Mmmm turun sekilo dua jugak lah.
Luar biasa ulang tahunnya. Saya tak berdaya hatta menjawab wassap. Saya biarkan ia di sudut dan melayan kepala n badan yg lemah. Saya juga tak memaklumkan kepada family bagi mengelakkan kerisauan. Insya Allah taqdir Allah ini mesti baik dan lebih baik dari yang kita jangka.
Selang sehari saya akan membuat ujian covid kendiri bagi mengetahui status semasa. Manakala jadual hariannya ialah melaporkan status kesihatan di MySejahtera setiap hari sebanyak dua kali.
Terima kasih dik elly yg sentiasa bertanya khabar dan memantau kondisi semasaku. Ku lepaskan juna adanya. Dia bekalkan beberapa ubat dibelinya untuk saya sepanjang tempuh kurantin.
Entah berapa kali dia ingin menghantar makanan dan stok untuk bekalan semasa saya tetapi saya terpaksa menolak kerana saya tiada keinginan nak makan. Mungkin ini cara Allah nak ajar saya... Bukan hak kita tapi hak orang lain dan jangan menerima semborono.
Kisahnya bermula...
Sehari sebelum kejadian saya meraikan kelahiran Elly bersama Alina dan Biha di sebuah cafe di Bangsar sHoping Mall. Ketika itu saya dah mula berasa sakit kepala yang menyucuk2... saya jangkakan apabila kepala dibasahkan atau tidur yg cukup kelak, ianya akan pulih. Kebetulan pula saya bertugas shif malam pada hari kejadian.
Pada masa yg sama, hidung sudah mula selsema. Saya lebih selesa memakai face mask tika itu walaupun ditegur oleh elly alina dan biha. #dengarkatahati.
Syukur, saya memang ada bersama mereka dan kejutan utk birthday gulz juga menjadi. Itulah cara kita menggembirakan orang yang kita sayang. Persahabatan itu bukan diukur berapa banyak kisah dikongsi dan bahu dipaut tetapi dari ketenangan dan keserasian. Keikhlasan dan jujur dalam perhubungan.
Ringkas cerita, elly perasan perubahan kondisi saya yang semakin merudum. Saya semakin lemah dan dia telah menghantar saya ke rumah dan bekalkan ubat. Kemudian dia kan terus ingatkan saya waktu makan ubat dan makan. Alhamdulillah.. Allah hadirkan sahabat yang baik dan ambil tahu tentang saya tika waktunya.
Terima kasih Allah.
1205 berlalu dengan muhasabah. Tirai lalu kita labuhkan dan tirai baru dibuka seluasnya. Saya hargai semua sahabat saya.
Maafkan dan doakan saya
Mohon halalkan segalanya.
Wallahu aklam
Monday, May 1, 2023
Diam
Terkadang diam adalah pilihan terbaik disaat hati dan lidah lelah untuk berkata...DIAM…
Jangan mengira bahwa orang yang memilih diam itu tidak mampu membalas.
Kadang kala seseorang memilih diam agar tak ada yang terluka.
Kdang kala juga kerana menahan luka dan pedih bila ucapannya hanya akan menambah perih.
Ada juga yang merasa bahwa diam adalah jawapan terbaik.
Apabila kita sudah terlalu lelah untuk
Berkata-kata...
Berdiam diri adalah jalan terbaik...
"Kalau suatu hari saat aku terdiam, itu bermakna aku dah penat, ya terlalu penat sangat...."
Terkadang diam adalah pilihan terbaik disaat hati dan lidah lelah untuk berkata...
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True
Jangan mengira bahwa orang yang memilih diam itu tidak mampu membalas.
Kadang kala seseorang memilih diam agar tak ada yang terluka.
Kdang kala juga kerana menahan luka dan pedih bila ucapannya hanya akan menambah perih.
Ada juga yang merasa bahwa diam adalah jawapan terbaik.
Apabila kita sudah terlalu lelah untuk
Berkata-kata...
Berdiam diri adalah jalan terbaik...
"Kalau suatu hari saat aku terdiam, itu bermakna aku dah penat, ya terlalu penat sangat...."
Terkadang diam adalah pilihan terbaik disaat hati dan lidah lelah untuk berkata...
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True
Part 2 raya raya
Raya
Hari ini hari raya
Umat Islam menyambut nya pada hari Sabtu. Alhamdulillah
Pada hari raya ni, saya bekerja shif pagi. Tak ada sebarang persediaan pun kerana sehari sebelum tu saya bekerja shif petang. Tapi saya ada juga oder dengan Pn Alina, menu daging dendeng dan nasi impit utk juadah raya.
Seperti biasa siaran RTM sempena raya bermula sejak awal pagi.. Bermula selamat pagi Malaysia - SPM dan kemudianya siaran langsung solat Aidil Fitri dari masjid Negara. Mau tidak kami terpaksa bergilir makan dan bersolat raya demi tanggangjawab dipegang.
Syukur, saya mendapat pasukan kerja yg komited yakni Azmi, Faisol, Fairen, Raden juga Jurutera Farahfiza.
Bertugas dan beraya adalah makna yang amat berbeza. Namun bila dihadam menjadi beraya di tempat kerja ianya lebih mesra dan tenang.
Usai makan kami kerja dan ketika bekerja kami sempat makan raya. Beraya bersama bersama2 rakan setugas aka familytoc.
Rezeki kita berbeza tetapi jelas matlamat kita sama. Ramadan dan syawal diraikan bersama. Moga rezki di tahun hadapan dapat beraya bersama family dan makan makan di kampung lagi. InsyaAllah.
Selamat Hari Raya
Maaf zahir batin
Subscribe to:
Posts (Atom)



