sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Tuesday, June 3, 2025
Elly 1205_2025
Saturday, July 6, 2024
Sebaik baik Hadiah
Wednesday, January 17, 2024
Saturday, May 21, 2022
Wednesday, January 12, 2022
Cerita Disember 2021
permulaan yang baik
Saya terlupa nak ucap selamat ulang tahun kepada anak2 saudara saya. Kesibukan melanda dengan susun atur bagi merasai "berdamai dengan takdir" . Melihat sendiri kesan pasca banjir di Selangor terutama di Shah Alam dan Hulu Langat amat menyedihkan
Moralnya apabila berada di zon selesa, kita jangan lupa mereka yang sedang bertarung dengan banjir. Bukan jauh mana pun..hanya di sekeliling kita.. paling jauhpun mungkin mengambil masa sejam kerana laluan di tutup dan dihadkan kemasukan ke kawasan tersebut
Semoga anak2 saudara ku yang lahir di Disember lebih bersemangat dan mengambil iktibar atas apa sahaja bisikan alam di bilan Disember
Cu sayang anak2 saudara cu. Kalian adalah anak, kawan dan juga manja chu selamanya. Tak wish bukan ta ingat tapi keperluan semasa perlu diutamakann.
" Abang Ngah, abg Naem, Dik shahmi, Dik Ain waris saya selamanya. Cu sayang😍😍😍semua.
Semoga Allah jaga keturunan kita dari fitnah dunia dan kalian berjaya di dunia hingga akhirat. Ditemukan family kita semua di taman syurga firdaus. Insya Allah.
Sunday, August 15, 2021
di hari lahirku
terima kasih buat sahabat, teman dan kawan yang mengenali saya secara langsung mau pun secara maya.
Amin-amin yaa robbal alamin.
Alhamdulillah.. tahun 2020 empunya cerita tersendiri. 12 mei bersamaan ramadan juga bagai samar-samar dalam hayatku. Sengaja aku belajar melupakan tarih tersebut. Tanpa ku pegang telepon seharian dan banyak ku selak lembaran AQ. Bukan tak sudi menyahut ucapan tetapi setiap ucapan dari setiap pengirimnya mempunyai nilai mendalam ke atas diri ini. Saya amat menghargainya dan saya akan memperuntukan masa yang tenang untuk melayan semua ucapan diterima. Kita ada cara tersendiri dan kita juga terikat dengan masa bertugas.
Saya terharu kerana ucapan pertama diterima dari Lyyn -seorang bizz woman yang berjaya dan sangat menghormati orang. Terima kasih dik. doa dan ucapanmu ku lipat kemas. Saya selak lembaran wassap ya dari grop juga sama. Saya membalas setiap ucapan diterima. Dan saya amat menghargainya. !2 Mei juga adalah hari OFF day
13 Mei saya melangkah ke tempat tugas sebagai seorang yang lebih TUA Seorang makcik yang berdikari. Ye..itulah usia saya. Kubur pun kata mari, rumah pun kata pergi. Tiada lagi insan yang sudi mendekati kerana jiwa tua umpama radio buruk. Di ketepikan dan ada baiknya dibuang jauh. Biarkan dia menjauh kerana jiwa tua tak upaya dan berguna lagi. Jika dulu dikata sayang tapi kini ditendang..Dan mungkin juga dia menyesal mengenali saya yang terlebih mengatur corak kehidupannya. Siapa makcik nak susun hidup saya.
13 Mei, seketika menghampiri waktu berbuka , ada kejutan dari insan mulia. Puding jagung bertatah HAPPY BIRTHDAY terpacak di mata. Saya sebak...saya malu dan saya takut.. Saya cume memerhati dan belum bersedia ..... Usai solat maghrib, barulah saya ada kekuatan untuk diraikan dan berkongsi rezeki dengan team yang bertugas. Terima kasih mdm Ju kerana menyediakan menu birthday yang mengejutkan . Biarpun simpl;e katamu tapi amat bermAKna buat seorang TUA ini. Kita makan sepuasnya usai kita bersolat tarawih. Alhamdulillah, Subhanllah Masya allah.
Tuesday, May 18, 2021
Wednesday, May 12, 2021
1205
Thursday, December 31, 2020
Ulang tahun Disember
Saturday, July 18, 2020
Birthday e1
Saturday, July 11, 2020
selamat hari lahir paksu
Tuesday, May 12, 2020
1205
Sunday, April 19, 2020
1604 untukmu ana
Semoga menjadi sholehah yang membahagiakan ummah
Jaga diri
jaga agama
jaga iman
happy besday ana ke 7
Chu sayang kamu
Thursday, July 4, 2019
Nurfatin Nadhiah
4/7/2019
#anaksaudaraku
Tuesday, December 26, 2017
Disember team
Monday, May 12, 2014
1205
SUBHANALLAH ALHAMDULILAH...ALLAH AKBAR
terima kasih ALLAH masih memberikan nafas untuk saya lepas dan sedut.
terima kasih ALLAH mengizinkan saya menikmati panorama lukisan alamMu yang segar
terima kasih Allah mengurniakan kesempurnaan nikmat dengan RahmanMu
terima kasih Allah mengingatkan saya tentang 'kependekan umur menuju destinasi
terima kasih Allah mengelilingi saya degn teman-teman yang baik hati, mulia akhlaknya dan bisa diteladani
Terima kasih ALLAh yang tiada kesudahan
Terima kasih ALLAH atas segalanya
ALLAH AKBAR
muliaNYA sifat asmaMU
SUBHANALLAH,
12052014 kembali lagi
seperti semalam dan kelmarin namun bezanya hari ini mengingatkan diri ini bahawa bertambahnya usia mnghampiri kematian..Namun bersediakah?? Ungkapan biasa dari persoalan kehidupan yang tiada kesudahan melainkan apabila sampai masanya....ALLAH AKBAR..Ya ALLAH Matikan daku degn penuh lemah lembut dan diakhiri dengan husnul qatimah dan tetapkan iman ku hingga kesudahannya...
Azamku pagi yang mulia ini sebagai tanda kesyukuran untuk menunaikan puasa sunat seperti yang dianjurkan oleh tuan2 guruku. Alhamdulillah...namun tak bisa diteruskan kerana ade kejutan dari teman opis rupanya. Diluar pengetahuan saya, mereka merancang untuk menyediakan menu bebas untuk sarapan pagi hari ini. Seorang demi seorang masuk ke opis di awal pagi dengan senyum yang lebar dan ucap salam yang ceria..Tak terperasan langsung rupanya ada rencana yang bakal berlaku. Masing2 membawa menu tersendiri yang menjadi santapan breakfas family team maintenanance SPMC. Terima kasih kepada semua team dari unit ku
![]() |
| antara menu 1205 |
En Azizul pulak membawa roti canai melayu asli ..mana nak dapat kuah dall yang pekat dan menunya laian dari yang lain...Layak bagi bintang 4 1/2 atas kesedapan ini..
Saya amat amat menghargai majlis yang sederhana dan diluar dugaan ini. Dimulakan dengn bacaaan doa daripada tuan Fisol dan majlis makan-makan ini menjadi semakin rancak apabila bebrapa rakan-rakan dari seksyen lain turut menikmatinya...Sikit tapi cukup dan menyelerakan. Terima kasih teman2 ku
Dengan penuh kesyukuran dan gumbiranya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua. Terasa saya sebagai insan kerdil yang tidak selayaknya menerima kejutan ini tetapi apabila ALLAH telah menetapkannya inilah satu hadiah bermakna dari sebuah bernama pesahabatan. Terima kasih buat En Afandi, Puan Norhanim, En Shahrul, En Anuar, maliza, Fyda, liza,ezran, azizul, edham,en ramli, puan mazlina dll ..Muga ALLAH merahmati kita semua dan memberkati kehidupan kita...Amin
Sejak dari awal pgi tadi juga,teman2, saudara mara, shabat, teman dan rakan2 FB mulai mengucapkan dan meraikan hari ini bersama.. Saya menyusun jari sepuluh, dengan penuh rendah diri, memohon ampun maaf dzahir bathin atas sebarang kelemahan semasa, ketika dan sewaktu antara kita sering mengenali. maafkan anadai ada sebarang kekurangan dan ianya adalah kelemahan saya.... Seringkali saya mengingatkan diri ini, andainya tiada esok atau andainya ini subuh terakhir, mhn diampun atas segala kesilapan yang ade. Mohon memaafkan dan mnghalalkan segalanya...Amin
Buat semua yang telah meraikan bersama....
TERIMA KASIH yang teramat bernilai dihulurkan.bertuahnya memiliki sahabat, rakan dan teman serta saudara mara yang sering mengingatkan kita. Mendoakan kita diluar pengetahuan dan mengumbirakan kita disaat diperlukan dan berkongsi sebahagian kegumbiraan dan kesulitan serta membahagiakan kita disaat diperlukan...Buat family semua .....saya masih dan amat memerlukan perhatian dan bimbingan kalian. teruskan memberikan sokongan dan bantulah saya andai saya tersasar. Doakan saya menjadi anak solehah dan memperolehi kejayaan terbaik di dunia dan akhirat, Muga ALLAH memperkenankan doa kita.
ampunkan saya
Sama-sama disusuri
bahagia milik kita
catatan :1205@2020hrs
Tuesday, July 10, 2012
Selamat Hari Lahir Paksu
Dia lazimnya dikenali sebagai paksu, anak ke 11 walaupun secara mutlaknya dia anak ke13 keluarga kami kerana dua daripada saudara kembar kami meninggal dunia di usia muda...( kekallah mereka di jannah dan pastinya menemani ayah dan ibu di sana nanti . insyaALLAH)
Iman yang sempurna,
akhlak terpuji,
pekerti mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang kekal & membahagiakan,
TERIMA KASIH ALLAH
lagi..............
Amin.............
Dengan izin ALLAH dan restu family , muga kebahagian dikecapi akan terus diberkekalan...
(Terima kasih daun keladi...belanja seafood kat tanjung dawai tempuhari....barokallah. )
| 2009 .Alhamdulillah muga haji mabrur milikmu jua |
11.6.2009....ayah meningggalkan kami.
11/7 ulangtahun anak bungsunya..
Saturday, May 12, 2012
1205
terindah dalam hidup
surutnya umurku
bertambahkah amalku??
Kapan bila hitungannya berlalu
Friday, May 11, 2012
Abang Zan
Thursday, May 10, 2012
Aminatul farhatain

Mudahan ALLAH memelihara Along Aminatul Farhatain dengan kenikmatan kesihatan, ketenangan , keberkatan dan kejayaan dunia akhirat. Menjadi anak sholehah dan mengembirakan semua orang. Selamat hati lahir ye along!!! Teruskan kejayaan duhai anak saudaraku untuk SPM 2012 .
Sekalung tahniah diiringi atas kejayaan along sempena hari anugerah 2012 sekolah agama AnNadzoh, baru- baru ini. Dengan hidangan setalam kejayaan pada pencapaian 2011, rasa bertuah dan syukur terus dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Mudahan anak2 saudara ku ini akan tega dengan jati diri dan keimanan yang telah di semai di sekolah ini dan di rumah. Terima kasih persekitaran yang telah mmbentuk along, ahmad husaini dan ibrahim hingga kini..
Melihat pada buku cenderamata telah terpampang kejayaan anak2 family abang dan kakak saya .Alhamdulilah
| 3 beradik telah memperolehinya |
| along dah terima dua pingat ni |
- Anugerah terbaik : Mumtaz- sijil menengah rendah agama 2011
- Anugerah sahsiah terpilih ( tktn 4) 2011
Mudahn ini mnjadi pendorong dan di contohi oleh juniornya dan alaong akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang dalam SPMnanti. doakan kejayaan alOng lagi.
Heppy besday along
terima kasih


















