Tuesday, December 25, 2018

daniel




dulu daniel nie cukup susah senyum...sudah lah begitu lebih pendiam..itu kisah dulu..
Catatan ini diambil dari draf yang lama dibuat, 2012

Tahun 2019-usia daniel 11 tahun. mohn doakan daniel ye

pilihan anda

Pakej umrah yang manakah anda pilih?

kenapa?

Apakah perbezaan diantara pakej2 umrah yang disediakan..


google-seaching- lagi..

Friday, December 21, 2018

Stering kereta bergegar ketika tekan brek

10 tahun sudah viva ini bersamaku
Kini dah ada penyakit singgah namun daku cuba merawatnya dengan sentimental.

Hujung mingu lepas, pemanduan ku ke felda Semenchu , Kota Tinggi. Misi utama membantu kakak yang berpindah balik kg selepas 20 tahun lebih di rantauan. Percaturan ALLAH itu sangat baik dan dipermudahkan segalanya.

Bertolak jam 1200 tengahari  dan tiba ke destinasi sekitar jam 1730. Alhamdulilah. Sesuatu yang dipelajari dengan pemanduan ini ialah, apabila kelajuan melebihi 120 km dan on mood membrek, stering akan bergegar dan mengeluarkan bunyi.. Namun kedudukan tayar tidak berubah. Panik juga pada mulanya teatpi cuba memujuk hati untuk merawatnya apabila kembali ke KL. Sebagai langkah keselamatan, had kelajuan diminimakan dan memendu secara berhemah dan  free stress.


Kesokan harinya saya telah membawa kereta ke kedai merepair. Saya telah memilih kedai membaiki kereta  yang biasa buat alingtment dan balancing  tayar  sebelum ni di klang lama.. Hasil kajian mekanik tersebut, beberapa barang perlu digantikan..Akur dengan itu, lebih baik buat sekarang dari bertangguh. Al hasilnya ....     

ke empat2 tayar di buka 



rator disk dah tak sekata tekah diganti
Dah pasang alatganti baharu, tunggu pasang kasut pula


Jangan lari, sila bayar.
semuga perjlanan dan pemanduan selamat ke destinasi. Alhamdulillah.

Sunday, December 9, 2018

Dia Tahu


“Dan disisi Allah tersimpan anak-anak kunci segala perkara ghaib. Tiada siapa yang mengetahuinya kecuali Dia. Dan Dialah yang mengetahui segala sesuatu yang ada di daratan dan lautan. Dan tiada sehelai daun yang gugur melainkan diketahui oleh-Nya. Dan tiada sebutir biji di dalam kegelapan-kegelapan perut bumi dan tiada suatu yang basah dan tiada suatu yang kering melainkan semuanya tercatat di dalam sebuah buku yang amat jelas.” 

QS – Al-An’am:59

Monday, December 3, 2018

tentaNG SHUNT angah

Ini adalah draf asal yng ditulis tahun 2011 

Abg ngah boleh tak buka mata tu…?Tak yah la layan cengkaman mata lagi..Buka matamu dan lihatlah siapa yang mengunjungimu, di mana kamu dan berfikirlah kenapa harus ke sini lagi. Cukup2lah lena yang panjang.. dari Asar hinggalah ke Subuh hingga mengundang resah daripada family.. Kenapa nie..merajuk ke hingga memaksamu memejamkan mata dan mengabaikan waktu solat. Aduh sayang seribu kali sayang….perkara ini tak berlaku di Ramadan yang lalu. Walaupun terlentang di HDU, terbaring di katil, namun dirimu masih segar mengingat ayat2 AQ dan di peringatkan solat walaupun kekadang dipimpin umi atau saudara2mu. Solat mesti dilakukan dalam apa jua keadaaan ...
Situasi beginilah yang memaksa abg ngah berehat di unit neuro HAS lagi. Bulan lepas hampir sebulan umi ayah berkampung di HAS. Terkesan dengan jangkitan kuman(infection) memaksanya menyerahkan air tulang belakang, diambil sample cecair dari kepala, darah demi darah untuk pengujian  hingga kedua lenganmu sudah mangli dengan kesakitan. Kesan dadah mula menguasai dirimu  dari ubat demam, sawan, antibiotic juga ubat manegitis.  Secara umumnya saya mengklasifikasikan penyakit abang ngah adalah satu ujian dan cabaran. Cabaran buat pihak perubatan mencari solusinya, menemui penawarnya dan mengakhiri penderitaaannya.

Perubatan moden telah menemui kaedah tertentu bagi menangani kesakitan abg ngah iaitu dengan mengeluarkan cecair yang terkumpul di kepalanya. Subhanalah…hebatnya doktor2 di TanaH Melayu yang tak pernah dijajah ini, menebuk kepala manusia dan memasangkan tiub bagi mengeluarkan cecair ini secara manual. Cecair yang dikeluarkan ini berwarna putih jernih yang disambung ke kantung. Sekali pandang seolah-olah kantung urine yang dipasang kepada pesakit yang terpilih. Bagi menghiburkan hati dan menggembirakan abang ngah, kami lebih suka menamaknnya sbg  arial. Inilah kelebihan abg ngah…dia perlukan antenna dan arial bagi mendominasikan keseimbangan tubuh. Alhamdulillah setelah air ini dikeluarkan, dia mampu bercakap, ingatannya kembali pulih dan dia takketerlaluan tidur lagi. Oleh itu bagi mengekalkan menggantikan arial ini, keedah seterusnya diperkenalkan.

Shunt :Apa dia sebenarnya shunt ni?
It is a drainage system which will transport the excess of CSF collected in the head to other parts of the body where it can be reabsorbed. The most frequent places are the abdomen and the heart."
Dengan ertikata lain menanamkan tiub dari kepala hingga ke perut untuk memudahkan cecair yang terkumpul dikeluarkan... Tiub ini berada d iats kulit dan kita dapat merasainya seperti sebahagian dari urat-urat.  Terdapat kesan2 tebuk di leher dada dan perut semasa proses memasangkannya.  Pemakaian shunt juga bergantung kepada kesesuaian. Untuk mencari kesesuaian itu, pakar perlu mencuba ke atas seseorang pesakit tanpa mengetahui apakah natijahnya pada si pemakai. Maksudnya mana² pakar sekali pun takkan tahu sampai bilakah shunt itu akan bertahan.


Macamana ia berfungsi?  rujuk link ini:shunt 
Each shunt has 3 parts:1- Ventricular catheter: a small flexible tube which goes in the brain, in one of the cavities where the CSF is being retained.

2- Reservoir : a small pump which regulates the amount of fluid that goes out. Through this the doctor can also check the working state of the shunt, as well as take CSF samples, when necessary, with a needle.

3- Distal catheter: another flexible tube that will take the fluid to the place where it is going to be absorbed. It is usually left with sufficient length, thinking in the child's growth..

The shunts regulates the draining pressure. There are different levels of pressure, as high, medium and low. There are also some differences in the design but the means is always the same.


Namun kita hanya merancang, ALLAH lebih mengetahuinya .. Cabaran mengundang buat ke dua kalinya setelah  hampir 3 minggu ditanam di badan , berlaku kebocoran dalaman yang menyebabkan   pengumpulan cecair  di kepalanya berulang.  Untuk sementara waktu, dokor telah mengeluarkan cecair ini secara manual menerusi  reservoir yang jika di lihat di kulit kepalanya seperti satu benjolan.  Kesian abg ngah, kepalanya dah jadi bahan uji. Hilanglah seketika, rambut yang mula bercambah dan kini botak kembali Botal sebelah..Demi kesembuhan, segalanya bersifat sementara… yang patah kan tumbuh, yang botak kan berambut kembali..insyaALLAH  .namun kewajarannya kenapa harus berlaku lagi shunt untuk kali ke 2? Kenapa pakar tak membuat kesesuaian...wallhu aklam

Keputusan UPSR 2018

rentetan : UPSR utk Ain dan wawa

Alhamdulillah..

Maafkan chu kerana agar sukar mempercayai apa yang didengari. Lantas menyuruh chik na buat video call pulak untuk bercakap-ckap dengan Ain. Kebetulan masa tu kami otw ke majlis graduasi kak long di USIM. Ain adalah anak nombor dua dalam familynya.

TAHNIAH anakanda Ain dan cucunda  Wawa 
Keputusan UPSR 2018 telah berada di tangan masing -masing. Antara percaya atau tidak itulah realitynya bila ditaqdirkan. Sama ada keputusan baik atau tak itu adalah satu peluang untuk mengukur keupayaan diri. Keputusan ini tak menjamin masa depan tetapi ia membuka ruang untuk  membuat pilihan ke sekolah yang diingini.

Ain telah membuat kejutan buat kami. Cemerlang untuk kesemua mata pelajaran. Tahniah Nurain Hasnina . Terima kasih kepada guru-guru yang membimbingnya di SRI Islah Pendang,Kedah.  Tiada kejayaan tanpa tunjuk ajar guru-guru semua dan doa2 yang mengiringi. Halalkan ilmu dan pengorbanan yang telah diberikan selama 6 tahun ain belajar di situ.
Islah banyak berbakti kepada anak2 saudaraku..Bermula dari awal penubuhannya hinggalah sekarang dan akan datang. InsyaALLAH dirgahayu SRI ISLAH Pendang.  Semuga SRI ISLAH terus mencetak barisan pelajar yang hebat dan gemilang.

Tahniah kak Ain , anak saudaraku ke 50. Walaupun sibuk melayan adik2 namun pelajaran diutamakan.  Semuga kejayaan abg Aris dan kk Ain dalam UPSR terus  menjadi idola buat adik2 semua. Dua tahun lagi  Daniel pula  akan menjejakinya. Insya ALLAH


Begitu juga cucuku ke12, Falisha Najwa. Tahniah wawa! Berjaya mengumpul dua  A dalam UPSR kali ini. Masih banyak peperiksaan yang bakal ditempuhi dan ini hanyalah satu platform untuk mengukur kemampuan diri. Ayuh gilap dan pulun lagi dan lagi. Kejayaan tak datang bergolek tanpa usaha berterusan.  Muga satu hari nanti wawa boleh membuat rekod terbaik untuk diri dan family.

Kjayaan diperolehi hari ini bukanlah ukuran masa akan datang. Usaha perlu diteruskan dan nekadkan  semangat dan perbetulkan niat untuk belajar kerana ALLAH dan untuk AGAMA.  Muga ilmu yang diperolehi dapat membentuk jati diri dan memperolehi kajayaan di dunia dan akhirat.

Selamat ke sekolah menengah dan dah besaq anak2 cucu2 saudaraku.