Monday, June 27, 2011

bersama d' Al Falah

YA ALLAH aku berlindung dariMU
Dari Ilmu yang tak bermanfaat,
Dari Hati yang tak kusyuk,
Dari Nafsu yang Tak pernah puas
dan dari Doa yang tak dikabulkan
(HR Muslim, Abu Dawud,Nasai. Ibnu Majah, Termidzi)

Ini doa yang biasa kita dengar dan pernah diaminkan...Saya kongsikan sekali lagi doa ini untuk amalan bersama. Ini juga titipan doa dari majlis ilmu yang dihadiri hujung minggu lalu..Biarpun ianya kali pertama saya hadiri namun amat2 bermanfaat. Terima kasih pihak muslimat Masjid AL FALAH USJ9dan Ustazah Alina Al Munawar yang mengisi program ilmu ini dengan lancar dan petah sekali berbahasa Arab .
Mengupas dari buku  "DUHAI ANAKKU-wasiat IMAM ALGHAZALI untuk murid kesayangannya." Ustazah mengupas dengan jelas dan tutur bahasanya begitu lembut dan sopan...
KLIK UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS..boleh kan?
 InsyaALLAH saya akan cuba masukkan agenda majlis ilmu ini dalam diari hidup untuk bulan depan..Kuliahnya setiap SABTU minggu ke 4 setiap bulan.
Mengakhiri majlis para muslimat diajak bersama-sama burdah, diiring muzik yang dibenarkan didatangkan langsung dari indonesia bersama ustazah. Pujian terhadap Rasullulah perlulah diulangbicara selalu dan berselawatlah mudahan mendapat syafaat rasul jua nanti. SElawatlah kita untuk kekasih ALLAH...ianya bukan sekadar untuk di ucapkan tetapi juga untuk meningkatkan kecintaan pada nabi Muhaammad SAW.

Oleh itu saya mngajak kepada para remaja, adik2, kakak2, wanita2, ibu2 yang dikategorikan sebagai muslimat  untuk mnghadiri majlis ilmu ini di lain bulan.InsyaALLAH selagi ada niat , pasti ALLAH telah mncatatkan sahamnya di sana dan semuga dipermudah dan digerakkan hati2 mencintai majlis ilmu.
Wallahuaklam

Waallahuaklam

3 comments:

ahmad humairi said...

tak dapat pegi...kongsikannya aje kat sini...pahala tuh!

ainhany said...

salam cikgu.

sila2....
insyaALLAH sama2lah kita beramal..:)
Amin

ainhany said...
This comment has been removed by the author.