Thursday, August 30, 2018

merdeka !!

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA


Merdekakah kita dari EGO
Merdekakah kita dari DOSA

Capailah panji-panji agama
Luruskan keimanan
perbaharui nawaitu
Sadarlah
dunia jambatan akhirat
Merdeka


diambang merdeka 
30/8/2018@1846

Sunday, August 26, 2018

raikan cinta anakanda kak pah

raikan cinta mereka

Selamat mendirikan mahligai kasih buat pengantin diraikan Ashikin dan Amir, anakanda kepada Puan Natipah Abu (kak Pah) dan suaminya . Majlis yang berlangsung di dewan Zaleha menjadi sibuk dan meriah dengan kedatangan para tetamu yang berpusu-pusu menjelang tengahari. Kesesakan melebihi 300 meter lebih semasa kami mula menjejaki dewan tersebut.

kesabaran itu perlu..

Walau bagaimanapun toleransi sesama tetamu amat dikagumi. Inilah adab yang masih kekal di uatara sana. Syabas negeriku tercinta.Kedah tetap dihati.  Saya perhatikan majlis kenduri ini seumpama majlis keraian negeri. Tetamu yang datang ada yang bertongkat, berkerusi roda, berpimpin dan mengilik anak syurga. Subhanallah ....sama ada yang  tua ataupun muda, kecik ataupun besar, jauh maupun dekat tidak melepaskan peluang bersama di sini.
suasana di dalam dewan
Malah yang lebih penting, di sini saya bertemu dengan orang2 hebat,ramah, pemurah lagi cintakan program amal kebajikan. Yang sentiasa ringan tangan hulurkan bantuan, ringan tenaga dan sentiasa istiqomah  menyumbang  untuk menjayakan program amal. Mereka yang berdiri di belakang tabir dan sentiasa bersedia memberi tanpa memperkenalkan diri.  Kami juga hanya berkenalan dan mengenali secara tak langsung menerusi FB NATIPAH ABU . Subhanallah. hebatnya magnet FB Kak Pah ni. 

Kebanyakan tetamu yang hadir juga adalah insan-insan  pilihan ALLAH yang diuji dan terlanskap di FB kak Pah. Cukuplah senyuman sebagai tanda salam perkenalan dengan mereka. Ini lah uniknya majlis perkahwinan ini. Selama ini saya hanya melihat mereka menerusi photo tetapi bila melihat sendiri kegigihan dan ketabahan mereka mendakap anak yang diuji terungkap ketabahan mereka adalah insan2 pilihan ALLAH           

Begitu juga jarak bukan ukuran untuk membataskan majlis ini. Ada tetamu yang datang dan bermalam di sekitar SP supaya tak terlepas menghadiri majlis ini. 

tangkap ibu pengantin dulu 
 sentiasa bersama menyokong program kak pah
Tidak terkecuali sahabat saya dari  KL yang terdiri dari Amiey, Ezza dan Azlina.
Hanya mengambil masa kurang lebih 6 jam untuk sampai ke Kedah dari K.L. Alhamdulillah ini lah janji ALLAH yang tak dapat di fikir dek akal.  Hanya perbincangan pendek dan keputusan akhir dibuat beberapa jam sebelum berangkat. Untuk pertama kalinya juga mereka menjejaki kampung kelahiran saya. Terima kasih kerana memilih Pendang destinasi rehat dan bermalam.


Bercerita  pasal majlis kenduri ini, bertemu mata dengan insan2  mulia, saya merasa begitu kerdil di kalangan mereka. Tapi mungkin kerana lumrah mereka yang senang untuk didekati dan sentiasa berlapang dada menerima dan menghadam yang baik-baik sahaja.  Bermula degn senyuman dan berakhir dengan salam pelukan tanpa merelakan perpisahan. TERIMA KASIH  kak pah menjadikan majlis ini sebagai singgahan perkenalan dan pertemuan.

Alhamdulillah, sambil menjamah nasi beriyani bermandikan gulai daging dan masak putih daging (kurma) dan acar  yang menyelerakan, mata mencari-cari insan yang dikenal menerusi Fb kk pah. Melihat mereka dari jauh, kita paham kehadiran mereka juga hadir untuk memenuhi undangan dari tuan rumah. Mereka berhak untuk menikmati pelbagai juadah yang  disediakan. Dengan aneka pilihan dari food truck sama ada chaw keow teow, ice cream, coq pisang, takoyaki , mee rebus , apam balik  dan lain lagi yang saya tak perasan. Tapi inilah satu satunya kenduri yang menghidangkan aneka pilihan dan tetamu berhak memilih sama ada berada di dewan ataupun di khemah biru yang disediakan dengan melayan bayu angin yang sesekali menghembus. Jadi tang bab menu  ni  memang  tak ada sebablah kata tak  dan makan kecuali berpuasa atau sampai lewat. betui dak?

Dengan penuh takzim dan kesyukuran saya, amiy , ezaa dan azlina juga dua anak saudara saya , ibrahim dan husaini mengucapkan TERIMA KASIH kepada  kak pah dan abg ijat yang telah menjemput kami seterusnya meraikan majlis perkahwinan anakanda putri tunggal mereka. Semuga ALLAH memberkati pasangan yang diraikan dan diberikan rahmat dan mawaddah yang berkekalan. (lupa nak bergambar dengan pengantin )    


Majlis kenduri ini bolehlah dikatakan sederhana tetapi  meriah. Anak2 yatim  CB adalah diantara mereka yang bertugas di belakang tabir dan menghiburkan pentas. Tetamu yang datang juga sama ada dari utaqa maupun selatan, timur dan barat malaysia.  Subhanallah.

K Pah bukan hanya seorang ibu, isteri tetapi seorang wanita kental yang sentiasa terjun membantu mereka yang memerlukan dari dalam hari hinggalah penghujung usia. Sama ada berseorang ataupun bersama NGO lain. Begitu juga di dalam Malaysia dan di luar negara.  Jiwa keibuannya sentiasa melekat di hati orang yang dibantunya jadi tak salahlah jika dia mempunyai ramai anak angkat dan di kasihi ramai orang. Bahkan ada yang pergi mendahului,  kak pah pula merintih kerinduan.
Dialah "the unsung heroin" di hati kami. 

Doa ku buat mu, semuga ALLAH melindungimu lagi dan lagi dan memberikan kerahmatan dan keberkatan buat mu dan family.
Terima kasih ALLAH yang meminjamkan Kak Pah untuk kami merasai pengalaman dan mengajar generasi kami tentang kemanusiaan, keprihatinan dan kasih sayang serta perkongsian.    Kami sentiasa bersedia untuk membantu perjuangan kk pah

Terima kash kepada sahabat2 kak pah yang saya kenal secara tak langsung dari program yang pernah kak pah anjurkan, sapaanku berbalas dengan pelukan. aLHAMDULILLAH . 
Terima kasih  

Siapa kak pah ( klik link itu _ catatan saya terdahulu) .

Lepas makan kenduri ....nak p mana pulaa ?? tunggu next n3

catatan pada  27/8/2018
hari kejadian : 18082018

Wednesday, August 22, 2018

eid adha 1439H

Al Fatihah buat ayah dan emak
Maafi anakanda tanpa kepulangan di hari raya.
kesunyian tiada tara
kerinduan tiada terubat
hanya doa mampu ku munajat
maafi emak dan ayah 
bahgialah mereka di taman2 syurga
berhias lampu yang benderang 
semaian dunia yang cemerlang .




22082018@ 1 Zulhijjah 1439H

pantai murni



indahnya 
senja semalam 
sesingkat waktu kehidupan
perbandingan waktu di akhirat

tafakur seketika
syukur dengan MAHA KUASA
nikmat ALLAH yang tiada taranya
untuk di kecapi kita bersama


 mentari melabuhkan  tirai
sang burung pulang ke sarang
kelam sudah menghias alam
tafakur sujud cari ketenangan.  


  with love pantai murni 


korban 2018

untuk dikorbankan
tanda kesyukuran
tanda kepatuhan
(foto: di masjid mizan)

di kemboja...1 zulhijjah 
dengan bismillah dan takbir sembelihan dimulai

alhmdulillah . ustaz fuad telah menyempurnakan sembelihan di kemboja.
AMIN YA ROBBAL ALAMIN

semuga ibadah kami diterima ALLAH
hadiahkan pahala buat kedua ibu bapa kami jua
semuga yang menerima pertingkatkan ibadah
berkongsi nikmat satu anugerah

Wednesday, August 1, 2018

germany Euro


Ini sebagai permulaan untuk shahmi di perantauan
pandai2 la guna ye dengan berhemah.

adik Nadia  nak merasa pegang duit euro
wah lumayan kan ..

d'Vva boleh


ni yang sayang d'Vva..boleh muat segala barang..tanpa ragu bimbang. Bukan hari ini saja setakat amik-hantar barang utk sumbangan kepada pihak yang berkaitan.
Alhamdulillah sehingga kirni aksober ok lagi cuma aksober mounting jer yang kerap di tukar. Terkini baru jer tukar dua tayar bernilai rm160

tapi amount semua mancecah rm 700.. paroh juga lah tapi pasrah je lah ....