Saturday, May 30, 2020

Bukan tak rindu

Bukan tak redha
Kadang bila bila ingatan bertandang
Rasa pilu mula bergenang
Bukan tak pasrah
Tapi kerana terlalu sayang
Hati ini menangis sedirian



Thursday, May 28, 2020

keranamu anak anakku

Semuga Allah jaga kalian
Jaga akhlak dan perilaku
Di mana jua
seusia apapun
ALLAH tetap nampak apa yang dilakukan


Bukan sebab ku larang
bukan sebab takut seseorang
tapi kerana itu
arahan daripada ALLAH



ingat anakku
jaga agama kita
jaga iman kita
maruah kita terpelihara



Cukuplah kisah lalu dikata,
ku hanya pandai berseloka,
pada anak sendiri tak apa
sedangkan pendirianku
tetap masih sama


Terima kasih mak dan ayah
menegur dan mengajar
tentang dewasa dan  adab
muga ALLAH  jaga kita.


Anak-anakku.. 
Kasihku tiada sempadan. 
Ya Allah jagakan anak cucu ku
Muga iman tetap terpelihara


Syawal 2019, dalam memory


Monday, May 25, 2020

cucu ke

chu,,

ni geng tok chu

Alhamdulillah
Kami menerima orang baru di hari syawal kedua

welcome cucuuku..

Tahniah kak azan dan fahmi
Muga putri ke dua ini menambah seri bahagia family kita. 




Anugerah Allah pada tahun yg sama ku ketiadaannya lagi. 


Teman

#nota pesanan

Kita punya ramai teman tetapi masih terasa ada kekosongan dalam diri.

Teman ketawa ramai, teman yang hanya bagi harapan. Kita bangun sama-sama tapi bila kita jatuh dia tinggalkan kita.

Usahlah diharapkan kepada manusia.

Hati yang berbolak balik. Kepercayaan dikhianati, janji tinggal janji.

Letakkan harapan mu kepada yang satu Allah.

DIA tidak akan meninggalkan kalian di kala manusia mematah-matahkan hati kamu.

Serahkan dan berdoa, DIA setia mendengar.





Ramadan16, 1441

Salam Syawal

assalamualaikum wbkth


Selamat hari Raya Aidil Fitri 1441H
Salam kemaafan dariku untuk  semuayang ku sayang

BAgaimana sambutan raya di musim PKPB? Semua ada cerita tersendiri. Kita sambut secara unik .
Apa yang penting kita sama -sama tafakur dan melihat diri sendiri dan mencari hikmahnya.

Saya sebagai insan kerdil yang banyak dosa dan sering mengulanginya . Dengan ketibaan syawal ini memberi ruang untuk saya bermuhasabah. Inilah hukuman Tuhan kepadamu. Belajarlah jadi baik dan mengajak orang berbuat baik. Apabila merasa kita tak baik bersahabatlah dengan orang baik baik, supaya kebaikannya dapat disedut. Usah menangguh di air keruh ( To Fish in Troubled Waters). Dan berazamlah jadi baik untuk semua

Sedih??
Ya.
Ini adalah tahun PERTAMA saya beraya di rantauan. Merayakan aidil fitri dimusim covEID 19. Seronok juga merasai pengalaman ini. Beraya tanpa family tersayang  dengan tanpa menziarahi pusara tercinta. Jika kita katakan tak seronok, apa yang saya dapat.? Sedangkan kehidupan perlu diteruskan dan amanah mesti disempurnakan. Lebih baik  menghantar signal syoknya raya sorang- sorang di rantauan. Ada sapa kisah kita?? Apa yang nak dirisaukan? Selama ni pun memang hidup keseorangan dan kita tak perlu menyusah diri dan menyusahkan orang lain. Dok diam -diam dan buat apa yang kita suka.

Kita semua asalnya seorang dan kita kan kembali juga berseorangan.  Belajarlah untuk merasai hidup keseorangan tanpa kepedulian.  Tiada siapa yang peduli ketupat dah makan, serunding dah jamah, nasi impit dah rasa, kuah lodeh dah habis dan lemang tak masak. Tiada siapa yang peduli nak ziarah ke mana . Belajarlah bersyukur kerana sekurangnya kita masih ada rezki dan tak perlu mengharap kepada sang rambulan. Terima kasih MESRAHOME yang mengajar saya untuk melihat masa hadapan.   Saya mengkaji kehidupan mereka masa lampau, dan kehidpan mereka masa kini. Kesan terlalu berpaut pada insan bernama suami akan menatijahkan diri sendiri apabila kematian memisahkannya dan begitu juga apa diharap keluarga tersayang, apabila tua telah menjelang.  Kita bebas mentafsirkan mengikut cara kita.

Terima kasih coEID di syawal 1441H ni.  Mengajar kita solat di rumah dan buatlah sebanyak mana solat dan bermuhasabah sebanyak mana masa yang dikehendaki. Tanya diri kita dan tindakan kendiri dibuat.. 

Ramadan dilalui tanpa seharipun solatku tanpa berjemaah. Alhamdulillah, begitu juga solat aidil fitri. Terima kasih ALLAH. Biarpun tanpa imam lantikan atau imam sah, ia tak menghalang kita untuk berjamaah jika kita mahu. Terima kasih ALLAH yang  telah menganugerahkan saya persahabatan  baru  untuk menumpang hidup. Kehidupan kita yang boleh terhenti pada bila-bila masa sahaja.


Kesimpulannya raya 2020 ini memang unik dan terbaik.

26/5/2020
Ramadan ke 3



Sunday, May 24, 2020

Mangga oo

Mangga
Manggoes

Peminat tersendiri

Alhamdulillah
Untuk seketika, kerana peminat tegar buah mangga, sya kerap membeli. Namun kekangan PKP buah tak bnyak di jual dan terhad. Oleh ityu saya menawarkan diri untuk menjadi perantara diantara pembeli dan penjual. Dalam masa yang sama saya dapat juga membeli dan menikmatinya.
Saya juga telah mempelawa  kawan sepejabat dan jiran . Sambutannya tidak mengecewakan. 

Saya menanggung kos penghantarannya dan kawan kawan membeli buahnya sahaja. Hikmahnya.. Setiap kali saya menghantar buah kepada yang memesan, pasti akan memperolehi baki duit yang lebih. Mereka dengan rela hati membayar lebih dari nilai yg ditetapkan. Saya jadi tak keruan dan rupanya begini syoknya berniaga


kisah saya penjual mangga di ramadan kareem 1441H




Salam Aidel fitri

Raikan kemenangan

Salam kemaafan 1441h

Tuesday, May 19, 2020

Hari 27 ramadan 1441H

Jika lihat dari petanda malam lailatul qadar.  Jelas harini adalah kesan dari malam tadi.

Suasana pagi yang sejuk damai dan sunyi. Matahari bagai di selindungi dan sesekali angin melambaikan bayunya. 

Berbahagialah mereka yg menghidupkan malamnya dgan ibadat berterusan. 

Saya?
Cukup tidur  dan semuga beroleh kesihatan, ketenangan, kebahagian di dunia dan akhirat. Sementalah saya kerja petang dan tiba di rumah hampir jam 12 mlam. 

Pagi ni saya ada kelapangan.. Tabung subuh dan tabung ramadan /tabung mlm al qadar menjadi wajib jika saya ada di rumah dan di kereta juga saya sediakan jika saya berada di opis. 

Alhamdullillah   
Kita manfaatkan dengan menginfak kepada yg afdal.. 

Syukur.. Allah rezkikan saya utk bantu org lain dan berkongsi dengannya. Muga Allah terima ibadah kecil ini.



Malam 27

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran.
.
.
Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku.
.
.
Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
.
.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

#Malam27Ramadhan1441H
#SalamTaubat
#SalamTahajjud
#SalamHajat
#SalamSubuh
#StayAtHome
#DudukRumah
#KitaJagaKita
#SemogaDipermudah

Saturday, May 16, 2020

14 Mei


Her birthday
Beauty day
Ramadan 21

Love u sis
My elderst sis
May Allah give you a rewards for your kindness



Thursday, May 14, 2020

pandangan mata

Izinkan aku meminjamkan matamu, 
untuk aku melihat dari sudut pandangmu. 
Siapa aku bagimu
Siapakah aku dalam matamu








jaga hati

"Lakukanlah satu pekerjaan yang ringan dan mudah, tetapi ganjarannya sangat besar di sisi Allah سبحانه وتعالی.

Iaitu tidak menyakiti hati manusia lain dan berusaha memberikan kebahagiaan kepada mereka."


               bersama meraikan anak yatim di kajang bersama team Coach Fadhilah

Tuesday, May 12, 2020

1205

Melewati usia tua
Kubur kata mari
Duniya kata pergi

Ya 
Itulah 
Yang sebenarnya
Kematian kian menghampiri
Namun sediakah lagi?

1205
Dua tahun berturut
Di ramadan yg dimuliakan
Namun tahun ni bersama pkp
Langkah waspada jadi sempadan

Emak dan ayah yg disanjungi
Ku pinjam lagi semangat kalian

Sendirian
Sepi
Tapi ku tahu kalian ada di sisi
Tersemat di sanubari
Tak hilang dik ingatan
Tak goyah dik perasaan

Mak
Ayah
Doakan cu jadi anak solehah
Sekental Jiwa kalian
 pemurah macam ayah
penyayang macam mak


Hadirkan seketika
Rinduku memuncak
Pada mak dan ayah yg tiada
kucupan terakhir dahi ayah
Kucupan terakhir dahi mak
Sesegar dalam Ingatan

Andai takdir
Berakhir Pkp
Kan ku berlari pulang
Pusaramu ku ulang
 ku cuci semua lalang
Biar bersih pusara tersayang

Indah dimata nampak berseri
Indah dihati berjiwa murni
Sedekah alfatihah bagai terapi
Buat mereka yang mendahului

Kasih sayang tiada tanding
Biar nyawa sebagai ganti




12052020
Selasa



 

1205

1205
Terharu
Terkedu😪
Seni sentuhanmu
Melakar mewarnai
Kanvas kehidupan
Indahnya ukhuwah fillah
Alhamdulillah

Rasa dinikmati bersama
Sakit dirawat berkala
Masam manis dikongsi seketika
Sabar bagai penawar berbisa

Terima kasih adinda hjh zeezainal atas kiriman ucapan ni. Ku terima saat maghrib menjelang tiba. Saat ku suap kurma utk berbuka, berbunga rasa sebak terbungkam didada.. Subhanallah.. Masya allah...
Lantas dalam sujud, syukurku berkali dianugerahkan persahabatan  seindah sutera.
Eratkan ukhuwah srikandi dan kita langkah tanpa mengalah.

Terima kasih Allah
Terima kasih Allah
Terima kasih Allah
Jagakan hubungan kami
Rapatkan ukhuwah ini
Langkah kita ada misi
Demi ummah yg disantuni
❤️ srikandi

Terima kasih Zee Zainal 😍🌹❤️

Monday, May 11, 2020

1205 misi kita

Hadiah buat diri
Ertikan syukur
Pada terakhir ramadan
Mulakan.. 
Bismillahirohmanirohhim

🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹

*Task 10 Malam Terakhir Ramadhan*

Bermula Selasa malam Rabu
20 Ramadhan, 12/5/2020.
Jom rancang dari awal.

Selepas solat Isyak, terus laksanakan ikut urutan di bawah👇

1. *Solat Sunat Ba'diyah Isyak 4 rakaat.* Cara dan fadhilatnya lihat link ini👇( 1 rakaat bersamaan dengan 30,000 rakaat. 4 rakaat solat bersamaan dengan 120,000 rakaat)
https://youtu.be/OpyvSBKO2t0

2. *Teraweh*

3. *Solat Taubat*

4. *Solat Tahajud* (boleh dibuat awal jika risau tak sempat tahajud di sepertiga malam. Jika dah tahajud, dan terjaga lagi 3@4pagi, boleh buat tahajud lagi dan tak perlu witir. Tahajud di sepertiga malam lebih afdhal)

5. *Solat Witir*

6. *Istighfar 100x* (Allah akan kurniakan hujan, harta, anak pinak, kebun-kebun yang mengalir sungai-sungai. Tafsirannya adalah rezki yang mengalir tak putus-putus.

7. *Selawat 100x* ( 1x Selawat, Allah Selawat 10x bermaksud 10 rahmat diturunkan ke atasnya dan malaikat memohon keampunan untuknya sebanyak 10x, 100x = 1000x)

8. *Al-Mulk* 1x (Fadhilatnya terselamat dari siksa kubur)

9. *Al-Waqiah* 1x (Tidak akan miskin selamanya)

10. *Baca Quran* dan Makna ( Pahala 1 huruf = 10 pahala. Baca Alif, Lam, Mim = 30 pahala)

11. *Sedekah Duit/Infak/Wakaf* ( Rezeki digandakan hingga 700 kali ganda)

*Pilihan*

a) Transfer ke akaun penerima seperti sedekah pada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, orang miskin, anak yatim atau sesiapa saja asalkan dibuat pada waktu malam.

b) Jika tiada akaun transfer, masukkan duit dalam sampul dan masukkan dalam peti surat penerima pada malam yang sama. Maklumkan padanya melalui wasap. Paling dekat sedekah untuk jiran tetangga atau anak-anak jiran serendah RM1. Tidak mengapa sedikit asalkan penuh ikhlas. RM1 x 30 Hari x fadilat 1000 bulan = Rm30,000). Ini jika Rm1. Jika RM10? Jika RM100? 

c) *Infak atau wakaf surau, masjid, pam air boleh* Lihat link ini👇

https://serantaumuslim.onpay.my/

Serantau Muslim tidak ambil 1 sen pun keuntungan dari sedekah anda. Semuanya disalurkan 100%

12. *Zikir* 

a) *Subhanallah 100x* (Ganjaran separuh timbangan)
b) *Alhamdulillah 100x* ( Ganjaran Seluruh Timbangan)
c) *Allahu Akbar 100x* (Ganjaran memenuhi langit dan bumi)
d) *Laa ilaaha illallah* (Wajib Syurga baginya)
e) *Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil aziimi 100x* ( Beratkan timbangan Mizan di akhirat dan 124,000 kebaikan akan dituliskan)
f) *Laahaulawalaa Quwwata illa billahil aliyyil aziim 100x* ( Seperti menanam tanaman di Syurga  untuk yang membacanya)
g) *Laa ilaha illallah al malikul haqqul mubin 100x* ( Rezeki mengalir deras)
h) *Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntum minazzoolimin 100x* ( Allah akan keluarkan kesusahan dari hidup kita)
i) *Hasbunallah wanikmal waqeel, nikmal maula wanikmannasir 100x* ( Pergantungan kepada Allah = Tawakkal = Allah akan berikan rezki yang tidak disangka-sangka)

13. *Sedekah al-Fatihah* 
Untuk diri sendiri 1x
Untuk Suami/Isteri 1x
Untuk Ibu 1x
Untuk Ayah 1x
Untuk Seluruh Umat Islam sama Ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia 1x ( Bayangkan kita sedekah hanya bacaan al-Fatihah tetapi kepada jutaan penduduk Islam dunia selama 84tahun)

14. *Ayat Qursi 3x* ( Merupakan ayat Allah paling Agung dan syaitan tidak dapat menghampiri hingga pagi)

15. *At-Takatsur 10x* ( Bacaan 1 surah seperti membaca 1000 ayat Al-Quran)

16. *Al Ikhlas 39x*
Niatkan setiap 10x utk bina Syurga mak, ayah dan diri sendiri dan setiap 3x untuk pahala seperti khatam al Quran buat mak, ayah dan diri sendiri
( 10x baca = Allah bina sebuah mahligai di Syurga)
(3x baca umpama khatam 1 Quran)

17. *Zikir Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Razzaq, Ya Fattah 100x* 

18. *Baca Doa Khas Malam Lailatul Qadar*

19. *Doa apa saja yang dihajatkan*

20. *Dengar 1 majlis Ilmu* (5-10 minit atau lebih) Majlis ilmu adalah taman Syurga walaupun dari kaca tv atau youtube. Malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang menuntut ilmu hingga ke langit dunia. Jika ilmu itu diamalkan dan disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia.

Bilangan zikir 100x hanya cadangan. Boleh buat setakat yang mampu. Jika dilebihkan lebih baik.

Pastikan diusahakan buat sebelum tidur setiap malam selama 10 malam terakhir ini. Insha-Allah tiada pilihan lain melainkan setiap amalan kita akan jatuh juga pada malam Lailatul Qadar.

 Allahumma aameen ☺





Sapaan kita



Selamat pagi dunia
Masih ada sisa usia


Pkpd
Ayuh stayathome


12052020
Untuk di syukuri


Misi Roti Naan



Misi pencarian belum berakhir
Naan yg sedap
Pernah dinikmati
Namun tiada hari ni


Tak salah mencuba
Rahsia rezki buat peniaga
Hari ni kita merasa
Ada rezki pakat merasa


 Tak perlu loket
Hanya duit poket

Rezki tak luak
Bencana tak ndak


Friday, May 8, 2020

Pandanglah dengan mata hati

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.




Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. 


Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.




Thursday, May 7, 2020

PKP1 ohh PKP




siaran tertunda

Terkesan dengan PKP, bisness online semakin femes. Di kawasan perumahan saya, jualan ikan dari Kota Kuala muda pun turut diadakan. Pelanggan hanya perlu isi borang online dan runner akan hantar ikan . Kita just  standby di rumah

alhamdulillah RM 20  untuk 3 kilo. Apa lagi bila dah dapat ikan segar bugar ini, Pilihan yang ada ialah dengan menyiang dan buat paking sikit sikit untuk kemudahan masa depan. Misi selesai dan hati pun girang. HAr5i-hari makan protin. Di jamin selamat dan sihat

Rahsia PKP , masing masing boleh tafsirkan mengikut sendiri. Bagi saya syukur alhdmulillah PKP mengajar kita menghargai nyawa dan belajar jaga kejiranan. Jika ada jiran yang perlukan bantuan, sama ada keperluan asas atau kehendak akan saya penuhi. Sebagai ketua kelurga diri sendiri saya bebas untuk keluar berurusan . Hati saya bahagia bila dapt menghulurkan bantuan biarpun nilainya cuma terima kasih dan sekuntum ucap terima kasih dan terharu.

Selagi ada daya , saya akan cuba bahagiakan semua orang sekeliling saya. Semuga pahalanya dapat mengalir buat almarhum emak ayah saya juga. Merekalah yang mengajar saya untuk berbuat baik dengan semua orang dan hargailah kebersamaan kita.

8/5/2020
622 am

Lumrah hidup


Ada masa di mana kamu akan jatuh sendirian. Barangkali kerana kehidupan dan ujian. Biarpun begitu, jangan pasrah sahaja. Bangkitlah selagi mampu. Meskipun lututmu terluka, atau sikumu berdarah dan matamu basah dengan air mata.


Moga semua berada dalam jagaan Allah

#Kitajagakita

Wednesday, May 6, 2020

Buat baik berpada


Biasanya seribu kebaikan hanya di ingat 5 minit 
tapi 
Satu kejahatan diingat selamanya



foto ingat mati

Teguran

#Nota 

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang- kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain.
Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. 

Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi,
kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, 

"Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain."

Seharusnya beginilah resam kehidupan kita.
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri.

Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. 
Cuba bayangkan anda bercukur misai atau berdandan tanpa bercermin. 

Bukankah susah? 

Bersyukurlah, kerana masih ada yang mahu menegur kesilapan kita.

Begitu lah.


Credit to safiudin mohd advis
4 may 2020