![]() | ||||||||||||||
| cua tenguk poster ni |
![]() |
| bulan ooh bulan..dirakamkan malam tadi |
Entry ini ada kesinambungan dengan yang terdahulu. Boleh rujuk tang ni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun ini, bermula 1 pagi di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur.
Menurut SUMBER beberapa aktiviti termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet Musytari, Zuhrah dan Marikh akan diadakan.
Menurut SUMBER beberapa aktiviti termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet Musytari, Zuhrah dan Marikh akan diadakan.
Kehadiran orang ramai dialu-alukan pada program anjuran bersama Agensi Angkasa Negara itu. Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.
-----------------------------------------------------------------
NOTA BUAT DIRI:
Gerhana Matahari di sebut Kusuf
Gerhana Bulan di sebut kusyuf
Hukum: sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu. Galakan : Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)
Niat: Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Secara ringkasnya seperti berikut :
A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.
B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.
- Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
- Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
- Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
- Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
Sumber di ambil dari SINI/ boleh rujuk dengan buku yang ada di pasaran. Rujukan saya: buku Perjlanan Hidup Rabbani oleh oleh Dr Fathulah Musa ( ustaz / tuan guru ku juga)
----------------------------------------------
Itu adalah sebahagian dari tatacara solat Gerhana yang kemunculannya di luar waktu kelaziman. Oleh itu marilah sama-sama kita laksanakan solat sunat ini samada secara sendirian ataupun jemaah ( buat diri yang tak tahu macam saya nie).Kelainannya dengan solat suant biasa diakhiri dengan khubah.( bila dikerjakan berjamaah). Memujuk diri untuk menghadiri program ini bukan sahaja berlawan dengan sikap tetapi juga nafsu tahap maksima...Walau bagaimana pun, insyaALLAH saya juga akan bersama2 menghadiri ke MN lagi untuk menyaksikan pencerapan bulan dan bintang2 di selangi dgn penerangan2 tentang planet yang ada diangkasaraya dari masa ke semasa. Terimakasih ANGKASA, FALAK, MASJID NEGARA Menyaksikan, berfikir serta bersujud ..itulah kelainannya....Sapa dapat menjangkakan dia berpelung untuk bertafakur dan menyaksikan lagi gerhana di masa akan datang...
Pengalaman terdahulu membuatkan saya menginsafi diri dan mengakui kekaguman dan keindahan alam yang diciptakan...mendengar khutbah di dini pagi..tatkala manusia senang nyenyak dalam mimpi..SUBHANALLAH bukan mudah tugas kita....tanpa RAHMAT dan RAHIMNYA...apalah yang mampu kita buat.. TERIMA KASIH ALLAH
Oleh itu, jika anda ingin merasai sendiri suasana kedinginan pagi ini....anda di jemput.....Tiada paksaan dan tiada deraan.....Segalanya anda tentukan... Kemudian kita boleh berpuasa Khamis 14 Rejab...
SELAMAT DATANG DAN SALAM GERHANA 2011


11 comments:
harap berkesempatan tgk keajaiban Allah nih...
salam PM,
insyaAALLAH mudahan cuaca elok dan sihat. Sma2 kita saksi dgn beristifar dan berzikir
harapnya dapat solat gerhana early tomorrow morning..thanks for the info..boleh jadi rujukan ni ;)
malam tadi.. nampak sekeliling bulan ada bulatan mengelilinginya..
salam BB,
insyaALLAH..dah ade niat tu bagusla.Mudah2an dipermudahkan.
Sama2 la kita berkongsi dik..:)
salam aiza,
ye ke?? Subhanllah.
kalau kita tenguk ngn teleskop(kat masjid negara disediakan) akan nampak indahnya bintang2 dikeliling tu dan ada nama tertentu..Nie yg kata kita saksikan sendiri baru tau disebalik pancaran bintang2 tu ada warna2 warni gemilap.(pengalaman itu indah)
hajatnya nak tunggu jugak la malam nie....
thanks sharing :)
Assalamualaikum Ain
Insyaallah
kita solat sunat mlm ini
Wassalam
salam ain..
Alhamdulillah...selesai sudah gerhana bulan malam tadi...mudah-mudahan amal ibadah kita diterima Allah hendaknya.
ALLAHU AKBAR...ALLAH MAHA BESAR...
Post a Comment