Walau ia harus gugur di usianya yang masih muda dan baru saja tumbuh. Sebab apapun yang digariskan Allah, sudah pasti ada kebaikannya, bagi mereka yang sabar dan mahu berfikir. Sabar, dunia ini memang tidak kekal abadi bukan?
sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Thursday, November 28, 2024
Mana milik kita
Walau ia harus gugur di usianya yang masih muda dan baru saja tumbuh. Sebab apapun yang digariskan Allah, sudah pasti ada kebaikannya, bagi mereka yang sabar dan mahu berfikir. Sabar, dunia ini memang tidak kekal abadi bukan?
Tuesday, November 26, 2024
KonVo Huda @uiam
Bila Anak saudara ke 46 beraksi.
Tahniah duhai anak
Andai tok dan wan masih ada, pasti mereka juga akan turut bersama meraikannya untukmu dikhuda
Satu tika dulu, cucu inilah yg menjadikan mereka 'murid' untuk mengajar abc dan 1234...kepura-puraan almarhum wan(ayah) menjadikan wan lebih pandai dari tok(emak) untuk mengeja dan menjawab teka tekinya.. Segalanyanya bermula ketika Nabiatul Huda mula belajar mengenal huruf di PASTI. .
Kini cucu ni dah berjaya membuktikan tiada yang sukar selagi ada kemahuan.
Tahniah dik huda
Tahniah abg dan kakak ku jua Tanpa sokongan family siapalah kita semua .
18/11/2024
Thursday, November 21, 2024
Sahabat
Sahabat yang baik adalah orang yang kita percayai dan membuat kita tenang apabila bersamanya. Dia menjadi tempat kita berkongsi kebahagiaan, keluhan dan juga kesedihan.
Sahabat memang bukan matahari yang boleh menerangi dunia ini, tetapi sahabat adalah sinar kecil yang boleh menerangi hati kita.
Persahabatan yang indah membawa kepada persahabatan yang jujur.
Hargai sebuah persahabatan. Dengan persahabatan hidup kita menjadi sempurna
Saturday, November 9, 2024
Haji Kasim dalam kenangan
10 November 2024
8++ am.
Huaweiku berdering dan tertera panggilan daripada telefon abgkasim/kk saba.
Pelbagai kemungkinan...
KakSaba: assalamualaikum ani, apa khabar
Saya: baik. (hati berdebar2) akak ok ke)? Abg kasim?
Kak saba: ni, nak bagi tau abg kasim kau dah takde. Pagi ni. Dalam Pukul 615pagi.
Saya: Allah... Innalilahi wainna ilaihirojiun. Patutla ani rasa teringat2je nak tanye khabar.. Tapi...
Kat mana sekarang?
Kak Saba: semalam dibawa balik ke rumah. Kat Hospital pun dah banyak hari dah... Pagi ni takde..
Saya: ohhh.. Abg kasim nak balik rumah dulu rupanya. Syukurlaa abg kasim pergi depan kk saba dan anak2. Tenang dia dpt tatap anak dan isteri yg byk kekangan berbanding di hospital.
Kak saba.. Satni ani pergi sana ye.
Ani keja lani. 😭
InsyaAllah syurga la selayaknya buat almarhum abg kasim. Dia yg saya kenali seorang insan yg suka membantu dan memudahkan urusan ramai. Solat waktunya berjemaah di surau taman ahmad razali dan masjid kg melayu ampang.
Rajin dan peramah itulah abg kasim di kenali ramai di kawasan perumahan kami.
Semasa saya berjiran dengan mereka, apa yang kak saba(isterinya) masak, saya pasti diajak mereka menikmatinya bersama. Bahkan kunci pendua rumah saya pun mereka yg pegang. Maklumlah kekadang ada kerja plumber ataupun pembersihan mereka yg uruskan. Hubungan kami bukan sekadar jiran tapi seumpama bersaudara. Selagi motor KAC/KAW tak parking depan pintu, abg kasim tak akan tutup lampu luar. Betapa bertuahnya saya, ada jiran yg memastikan saya masuk ke dalam rumah dengan selamat. Tambahan pula abg kasimlah yang kan jadi perantara memudahkan urusan membayar sewa rumah kepada tuan rumah yang banyak kerenahnya. Dia terus membantu walaupun di fitnah menyalahguna duit. Wallahii, saya menjadi saksi kebaikan almarhum abg kasim.
Terima kasih abg kasim. Tika saya menziarahi di hospital ampang, hati telah berkata dirimu amat baik dan pahala amalanmu terus mengalir biarpun tak mampu lagi. Semoga Allah berikan istirehatmu di syurga dan dilapangkan istirehatmu.
Ya Allah muliakan almarhum dan ampunilah dosanya.. Cucurilah rahmat berterusan dan tempatkannya di syurga firdaus. AMINN
Salam Takziah utk kak saba. Semoga akak sabar dan reza dengan pemergian cinta kasih akak.
Anak2 - Along, amiy, hasni dan nita... Kalian masih ada syurga dunia. Jagalah emak dan bahagiakan dia sepertimana tika baba masih bersama. Semoga Allah pandu dan jaga kita semua.
Maafkan saya seorang jiran yg menumpang gembira dengan kebahagiaan jiran seperti almarhum abg kasim dan kak saba sekeluarga
Terima kasih dan salam Takziah
Al Fatihah
Ya Allah ampunilah dan cucurilah rahmat berterusan buat saudara kami ni. Dan tempatkannya di kalangan org yg beriman dan bersama Rasulullah di syurga. Amin
Ex- K7,
Taman dato Ahmad Razali
Subscribe to:
Posts (Atom)



