Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

Thursday, December 7, 2023

Saturday, April 1, 2023

SAHABAT PERBAGAI WATAK*

*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal Tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya.*

 *Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.* 
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*

 *Ada sahabat yang kasar, Tetapi lembut hatinya,*

*Ada sahabat yang Nakal, Tetapi suka mengambil berat,*

*Ada sahabat yang Garang, Tetapi sebenarnya adalah penyayang.*

*Ku sendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,* 

*Menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela sa’at berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum agar bermusuhan dengan sahabat.

*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.* 

*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh..."* 

*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*

*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada-Nya.* 

*Buang segala sifat tercela di hati. Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.Kerana*
*Di Syurga nanti kita pasti* 
*berjumpa kembali*




*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sebagai muhasabah diri*

Thursday, June 9, 2022

Bidadari SAICT


 

Untuk seketika
Berat untuk menerima

Ku cuba senyum
Menyembunyi rasa terharu
Lidah Kelu
Namun hati sangat sayu
Terima Kasih Bidadari SAICT 


Ramadan 2022
Titik pertemuan
Ada misi
Ada visi
  
Demi al quran 
Ditemukan
Demi ukhuwah
Dijalinkan
Demi Allah
Kita bina jambatan silaturahim

Terima kasih bidadari SAICT
Ku sayang semua
Teruskanlah perjuangan
Lazimi Al Quran 
tariklah daku untuk mendekatimu


                                                     
                                               my loved













Tuesday, January 4, 2022

Tamosa



Ini bukan karipap
Isinya ikang
Dari pahang
Sedap makan petang
Tak percaya try makan

 
Terima kasih pn Noraziah ataupun Ner yg memperkenalkan cuchur ni.
 Di kata Tamosa. Bukan semosa naaa. Dari Pahang.. 
Dari saya makan sorang. 
Kita ajak ramai makan
Kita order kita jual
Kita bantu bizz kecik
Semoga suksess


Sedap dan puas hatilah makan
Tak percaya kena rasa 




Sunday, January 2, 2022

Jumaat terakhir 2021



Kunjungan terakhir
Penutup 2021
Kita ada hak yang perlu disempurnakan
Terima kasih PPZ

Urusan cepat dan pantas😘
Ya Allah, berkatilah rezki diperolehi dan jadikan kita insan yang sentiasa syukur dan patuh kepada Allah

Jadikan kita insan yg bebas hutang dan dapat membahagiakan orang sekeliling kita
 
Jadikan  tahun ini,
Rezeki berganda
Diberikan kebaikan dan kekayaan di dunia dan di akhirat
Menjadi hamba yang taat
Melazimi memberi
Dan sentiasa berzikir.

❤️❤️❤️

Jom amal untuk jadi hebat:
Berdoa dan berzikir
Bertaubat
Berselawat
Dll


Kalendar ppz. Lengkap dgn doa dan semak waktu solat. Satu untuk opis dan satu lagi untuk  di rumah. Ada satu lagi yang telah diposkan oleh PPZ. Biasanya satu akan menjadi milik manja tapi itu dua tahun lalu. Kini kita hadiahkan kepada sahabat syurga kita. Ayuh memulai dengan perancangan  baik untuk kelendar hidup kita  

 Kalendar  untuk kita



Friday, December 3, 2021

Terkadang

Ramai yang mampu membina persahabatan, namun tak ramai yang mampu menghargai  nilai persahabatan. Bersahabat itu mudah tapi ikhlas dalam persahabatan itu susah.

ALLAH  sebenarlah telah tunjukkan kepada kita bagaimana orang sebenarnya, namun kita menepis mengatakan  "tidak , dia tak seperti itu". Akhirnya kita diajar Allah dari pengalaman dan muhasabah.

Benarlah.. 

ALLAH itu Maha Sempurna dan Mengetahui. Zahir yang kita nampak belum tentu menunjukkan sifat sebenar. CUKUPLAH...hati yang pernah ditusuk biarpun tiada nampak di mata tapi parutnya tetap ada. Itulah yang dikatakan.. Mata sering menipu..



Tuesday, November 16, 2021

Bersahabat


Jika kamu bersahabat didunia. Maka, bersahabatlah dengan orang yang baik.
Kerana ketika kamu tiada, mereka akan merasai kehilangan kamu.
Ketika kamu lalai, mereka mengingatkan kamu.
Ketika mereka berdoa untuk diri mereka, mereka tidak pernah untuk melupakan kamu.
Mereka itu seperti bintang-bintang yang menjadi petunjuk ketika perahu kamu tersesat di lautan kehidupan.

🌹

Wednesday, October 13, 2021

Tq


                                                   
                                                Body&work 

Terima kasih adik
Dia nak bagi juga walau pun dah lama berlalu
Katanya biar mewangi hingga ke syurga❤️

Kawan ada yang datang dan pergi
Ada yang datang dan tak pergi-pergi
Ada yang pergi tak datang datang
Ini semua catatan pengalaman

Saya raikan semua
Kawan, sahabat, teman dan rakan lain
Kerana mereka dihadirkan Allah dan pastinya ada sebab untuk kita belajar dan mengambil iktibar. 

Tapi Elly ni ni
Dah berjawatan tinggi pun masih tak lupakan saya. Semoga terus sukses ye. Satu hari nanti dirimu sebaris dengan barisan directorat RTM
Insya Allah


#doayangbaikbaik 
#birthdaygift





Monday, October 4, 2021

berkongsi rezeki

 

nasi lemak sedap

Ini cerita benar.

Seketika saya singgah di sebuah  gerai untuk membeli coq pisang dan kuih lompang. Saya berhajat untuk memberikan kuih muih tersebut untuk nenek-nenek di mesrahome.  Wang kertas bertukar tangan dan saya pun menuju ke kereta. Sebelum pintu kereta ditutup,  datang adik ni menghulurkan bungkusan plastik berisi nasi lemak.  “Iye ada apa adik’ saya bertanya kepada si adik baju jersi oren ni.  “Tak kak, nak beri nasi lemak nie”..jawab adik ini sambil mengangguk-angguk. Saya bertanya dia berapa ringgit dan sekali lagi dia mengatakan  tak perlu bayar.

Saya  tertanya-tanya kenapa dia memberi? Sedangkan saya tak berniat pun membelinya walaupun ianya kesukaan saya. Bila saya melihat ke dalam plastik didapati ada 6 bungkus nasi lemak ni. Allahu robbi….banyak nye..Masa tu lidah kelu dengan hanya berbekalkan senyum dan ucap terima kasih saya meninggalkan dia. Insya ALLAH dik, nanti akak beli berganda ye. Hari ini dh tak cukup jari nak bawa ..lagipun tak kan nak beri  nenek nak makan nasi lemak jam 3 pm .  Itu kata kita tapi allhamdulillah nenek  kita tak memilihpun. Mereka  makan nasi lemak ni  sebagai pilihan menu petang itu. 

Inilah rahsia ALLAH.  Semuga biz anak muda ini beroleh keuntungan berganda dan dimurahkan rezeki untuk semua.

Kita beri, ALLAH pun beri…sebenarnya ALLAH dah tahu dan sebaik-baik perancangan 

terima kasih

teloq separuh

Lokasi : Ampang (tak jauh dari Masjid Bandar Baru, Ampang)

#berkongsirezeki


Sunday, September 19, 2021

Temosa

Orang lain balik kampung orang lain yg merasa. Rezeki kita tak sama...Huntunglah depa dapat bertemu emak ayah di kg. selamat bersama  syurga dunia ye

Tapi saya pula dpt ole-ole juga. Terima kasih sudi berikan saya temosa ni


Ce teka content dia
Ye  isi ikan. Sedap pula tu.. Macam karipap tp bukan karipap, macam samosa tapi dia tetap temosa.  Saya turut beri kepada kawan untuk merasa.. Mulanya goreng sikit je. Tapi  terlajak laris... Maknanya sedaplah kan

Terima masih Pn.  Ner.. Ole-ole dari kuantan with lov .

Moral of story,  dalam sesebuah persahabatan bukan diukur dengan jarak tetapi keikhlasan. Saya jujurnya terharu bila menerima..Terima kasih ALLAH  

Sunday, August 22, 2021

Rezeki tak salah alamat

Ketung-ketang seketika di petang 13 Muharam 1443H. Sekadar masak paling simple yakni sambal sardin, sayur bayam dan sediakan cempedak goreng (rm7/kg). Cukuplah untuk juadah iftar. Alhamdulilah.
 
          

Apabila pintu rumah dibuka, ada suprise dari foodpanda. Bungkusan kulit cempedak yang hendak dibuang diketepikan seketika. Meneliti oder yg diterima... Milik siapakah ini?? Cuba menghubungi beberapa kali kedai makan tersebut namun telefonnya tak diangkat. Berbaik sangka mungkin staff kedai sedang solat maghrib..

Dipendekkan cerita.. Saya ada plan A dan B jika tak dituntut.
Plan A boleh dibawa dan faraid untuk kawan2 seopis dan Plan B berikan kpda guard yg bertugas malam. Tapi tetap misteri. 

Selepas solat isya saya uar-uarkan kepada grop wassap perumahan. Selepas 20min saya dapat respon. Rupanya staff foodpanda ni tersalah rumah dan blok(sama nombor rumah).Alhamdulillah, empunya pun dah tertanya2 pesanan mereka ynag lewat diterima. Mungkin kepenatan melampau FP dari rumah ke rumah menjejaki alamat. 

Alhamdulillah... 
Benarlah rezki tak salah alamat.. Cuma kita kena dapatkan kepastian. Elakkan yang syubhat dan pastikan yg halal lagi berkat menjadi makanan kita.

Syukur.... Sempat bawa bekal dengan menu yg sama untuk sahur pula. Alhamdulillah.


#coqcempedak
#sandwichsardin
#puasaputih

Sunday, August 15, 2021

di hari lahirku

Terima kasih kepada semua sanak saudaraku yang ku kasihi
terima kasih buat sahabat, teman dan kawan yang mengenali saya secara langsung mau pun secara maya.

Amin-amin yaa robbal alamin.

Alhamdulillah.. tahun 2020 empunya cerita tersendiri. 12 mei bersamaan ramadan juga bagai samar-samar dalam hayatku. Sengaja aku belajar melupakan tarih tersebut. Tanpa ku pegang telepon seharian dan banyak ku selak lembaran AQ. Bukan tak sudi menyahut ucapan tetapi setiap ucapan dari setiap pengirimnya mempunyai nilai mendalam ke atas diri ini. Saya amat menghargainya dan saya akan memperuntukan masa yang tenang untuk melayan semua ucapan diterima. Kita ada cara tersendiri dan kita juga terikat dengan masa bertugas.


Saya terharu kerana ucapan pertama diterima dari Lyyn -seorang bizz woman yang berjaya dan sangat menghormati orang. Terima kasih dik. doa dan ucapanmu ku lipat kemas. Saya selak lembaran wassap ya dari grop juga sama. Saya membalas setiap ucapan diterima. Dan saya amat menghargainya. !2 Mei juga adalah hari OFF day

13 Mei saya melangkah ke tempat tugas sebagai seorang yang lebih TUA Seorang makcik yang berdikari. Ye..itulah usia saya. Kubur pun kata mari, rumah pun kata pergi. Tiada lagi insan yang sudi mendekati kerana jiwa tua umpama radio buruk. Di ketepikan dan ada baiknya dibuang jauh. Biarkan dia menjauh kerana jiwa tua tak upaya dan berguna lagi. Jika dulu dikata sayang tapi kini ditendang..Dan mungkin juga dia menyesal mengenali saya yang terlebih mengatur corak kehidupannya. Siapa makcik nak susun hidup saya.

13 Mei, seketika menghampiri waktu berbuka , ada kejutan dari insan mulia.  Puding jagung bertatah HAPPY BIRTHDAY terpacak di mata.  Saya sebak...saya malu dan saya takut.. Saya cume memerhati dan belum bersedia ..... Usai solat maghrib, barulah saya ada kekuatan untuk diraikan dan berkongsi rezeki dengan team yang bertugas. Terima kasih mdm Ju kerana menyediakan menu birthday yang mengejutkan . Biarpun simpl;e katamu tapi amat bermAKna buat seorang TUA ini. Kita makan sepuasnya usai kita bersolat tarawih. Alhamdulillah, Subhanllah Masya allah. 
     

siaran tertunda
( ) 

 

Sunday, July 18, 2021

Mengintai kasih

Bismillahirohmanirohim
   
Sang merbuk menyapa
Riuh pagi bagai berbicara

Mengintai dari luar jendela
Lantas kita bertentang mata

Ada rindu yang nak dikabar


Suatu  pagi, tika saya membaca ayat ayat cinta kalam dari ilahi...bunyi itu riuh dan semakin dekat
Mengintai dibalik jendela
Subhanallah


Imam Ibnu Katsir Rahimahullah berkata, di saat burung terbang burung itu bertasbih kepada Rabb-nya. Ia menyembah-Nya dengan bertasbih dengan cara yang Allah ilhamkan dan Allah ajarkan kepadanya. Allah Maha Mengetahui apa saja yang dikerjakan oleh burung pitu. Oleh sebab itu, Allah berfirman: “Masing-masing telah mengetahui (cara) shalat dan tasbihnya,” Maksudnya, masing-masing dari makhluk itu telah Allah ajarkan etika dan cara mereka dalam beribadah kepada-Nya.
Subhanallah


Sujud syukur saya.  Apakah  yang Allah nak ajari saya. Saya sempat snap dan teruskan pembacaan surah al kahfi tika itu. Selang beberapa tika sang merbuk pun terbang dan menghilang..

Jika baik... Sejahterakan alam ni
Jika buruk... Ampunilah dosa saya 





Tuesday, July 13, 2021

rindu

 Apa kamu buat tika merindu

ohh saya akan terus buat buat sibuk.  Sama ada mendekat kepada ALLAH atau membuatkan sesuatu yang akan membuatkan saya letih.


tiap orang ada cara untuk merawat rasa rindu yang tiada penghujungnya. Tak payah menipu diri...Ada satu ketika kita akan digamit rasa rindu yang mendalam... Hanya air mata peneman dan amat memahami. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita tak mampu mengembalikan insan yang kita sayang bersama.  kita terpaksa merelakan pemergian mereka.  Mereka adalah takdir terindah buat kita. Allah ada cara mengajar kita . terimalah hakikatnya 

eh kenapa saya digamit rindu ni? 

Kerana kita dah lama tak bersua. Biarpun jasadnya tiada tetapi nisan cinta mereka tetap utuh.  Berdiri mengadap dua nisan sudah memadai...terlalu banyak yang terbuku nak diluahkan. Biarpun kalian tak mampu berbicara lagi...tapi kalian setia mendengar.  


Bilakah kali terakhir pertemuan dengan mereka?

Raya haji 2020. Tahun pendamik C19 melanda telah menjarakkan kita. Akibat bilangan angka dijangkiti bertambah dari hari ke sehari.  Sapa tak rindu bertemu family sendiri biarpun hanya berjarak 250km sahaja.

Tuesday, May 11, 2021

Ukhuwah

Moga ukhwah yang terbina bukan sahaja terbina di sini malah mekar hingga ke syurga. Jika sayang, selagi hidup nyatakanlah kepada sahabat kita dan teruslah menyokong dan mendoakan.

  
         

Jika ditakdirkan berjauhan atau ada kesilapan, belajarlah memaafkan dan tidak mengaibkan. Hargailah kenangan yang pernah tercipta. Sesungguhnya kita semua ini bersaudara.

         

Untuk semua sahabat, terima kasih! Ukhwah fillah abadan abadaa, Insya-Allah.

Dari Ibnu Mas’ud RA berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Rasul mengenai seorang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi tidak pernah menemui kaum itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya (di akhirat). (HR. Bukhari dan Muslim

   
           

Sumber Copy FB

Friday, April 2, 2021

cinta Vs bahagia

 tak tumbuh tak melata

tak sungguh orang tak kata


di mana tumbuhnya CINTA

jika bukan dari hati 

Sunday, March 7, 2021

Kawan boleh hilang

Hari ini, kiranya kita kehilangan kawan, jangan sedih seolah-olah kita rasakan tiada orang yang nak berkawan dengan kita.

Di mana-mana kita berkawan pun kita akan ditinggalkan. Jangan terlalu rapat kerana apabila sudah rapat dan saling meluah perasaan, apabila terluka akan terasa pedihnya.

Kawan yang baik pun belum tentu akan baik selamanya.
Kawan yang ada ketika susah pun boleh berubah hati. Jika dia setia, jangan sesekali meninggalkannya.

Hidup kita bukan selamanya akan kekal. 
Tiada sesiapapun bukan pengakhiran dalam hidup.

Kita ada Allah.
Dia tempat kita mengadu.

Jangan sia-siakan hidup kita pada orang yang tidak pandai menghargai.


#saa

Kau apa tahu..

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu.
.
.
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
.
.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
.
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
.
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
.
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
.
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..


Kredit: Indahnya Perkahwinan