Siapa setuju ...
Kalau nak bina impian besar, kita kena mulakan dengan… MENULIS! 📝✨
Mungkin nampak macam benda kecil, tapi tahu tak...
Kajian kata bila kita menulis matlamat, peluang untuk capai impian tu naik mendadak! 😲
Menurut kajian dari Dr. Gail Matthews, menulis matlamat boleh tingkatkan kejayaan kita sebanyak 33% berbanding kalau kita cuma fikir atau cakap saja.
Bila kita tulis, ia bukan sekadar ayat di atas kertas. Ia sebenarnya buat kita lebih jelas, lebih fokus, dan lebih bersemangat untuk buat apa yang kita dah tulis.
Lagi power kalau kita buat pelan tindakan dan semak kemajuan setiap minggu!
So, apa tunggu lagi? Jangan biarkan impian tu berlegar-legar dalam kepala.
Ambil kertas, tulis dengan jelas impian apa yang anda nak capai dan langkah-langkahnya sekali.
Tak kisah kecil atau besar, yang penting tulis dan mula bertindak! 🚀✨
Adakah kita dah tulis impian kita hari ni? 🌟✍️
Kredit kepada,
-Dr Azura-