Friday, July 28, 2023

Punten


Katanya ini makanan jawa. senang dan sedap dimakan. Kunyah2 telan. Mudah betui. Macamana pula orang bukan Jawa pun tahu makan nie. Inilah lumrahnya, bila kita cuba cuba makan dan terjerat. Mula2 ingatkan kuih apam beras.. Cicah dengan masak cili pedas. Macam pelik. Tapi yang pelik inilah yang menjerat tekak. Punten ini berasaskan dari beras yang menjadi nasi lembek. Rasanya macam nasi lemak pun ada... Wangi, lemak manis dan sedap 


Terima kasih illi yg telah menyediakannya. Banyak kali oder tapi tak dilayan. Hihi.. nasiblaa saya sabar menanti. Tapi sehari dua sebelum  hari Asyura , dia open ode. Dapatlah saya dapat menikmatinya semasa iftar. Saya beli dan berbagi rezki pada kekawan juga. Barang rare kan. alhamdulillah

Alhamdulillah. Syukur ada sahabat dan kawan kawan yang baik yang sentiasa berkongsi rezki. Tak kurang dan tak surut pun dengan memberi.. 

Terima kasih duhai adik2 bidadari ku yg sentiasa ceria dan menghiburkan. 


❤️

Boniaa di mana kamu

BONIA namanya tapi nama timangannya 'Bossnia,. Maklumlaa bagi saya rakyat marhaen ni... Hanya 'boss' yang mampu memilikinya. Biasanya saya reward diri dengan  membeli jam tangan di pasar malam yang harganya bawah rm50.Prinsipnya boleh bertukar Ganti selalu dan jika hilang pun tak rasa bersalah dan gundah gelana. 

Seingat saya di awal saya dalam dunia pekerjaaan saya membeli jam tangan jenama "c" . Itupun terpaksa menabung dari awal kerana harganya agak mahal. Lama juga melekat di tangan saya, TETAPI setelah  tali jam yang original itu berganti, ia dah tak seperti asal dan akhirnya saya beralih pada jam pasar malam. Ada crocodile, polo, seiko, citizen dan lain lain. PRINSIP saya cuma ada  jam untuk tahu waktu.  Ada tikanya adik2 di opis menegur saya supaya ubah patern jam. Jadi pelbagai bentuk muka jam saya memilikinya sama ada bulat, leper, empat segi dan digital. Pandangan mereka diambil peduli dan adalah perbezaan warna,jenama dan bentuk.

NAMUN setelah 9 tahun berkhidmat, saya direzkikan memperolehi APC dan antara cenderahati di terima adalah sebentuk jam tangan BONIA yg ada signature  'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2000'. Pernah lah tinjau harganya di kedai jam Bonia Ampang Point. Bagi saya harga RM100-300 adalah agak mahal jberbanding jam-jam yangsaya miliki. JADI saya hargai anugerah  jam ori yg diterima asbab berkhidmat cemerlang di BTP. Saya memakai ,menyimpan dan menyayanginya.

KINI  tak pasti di mana hilangnya. Andai MATI Biarlah  pusaranya di ketahui, andai berbangkai, biarlah ada depan mata.. Lagipun  ia tak ada masalahpun cuma perlu berganti bateri Sahaja.

SEINGAT saya satu tika dulu ada manja pernah berjanji akan tukarkan bateri jam. Namun sekarang saya pun tak tau ghaib atau telah dibuang di Sg kelang. Bagi orang lain ia hanya sebiji jam murah dan serupa jam pasar malam sahaja. TAK memberi nilai sentimental dan tak membawa sebarang kenangan.

 Sesekali saya membayangkan jam itu singgah lagi di lengan saya . Jam yang mencukupkan detik waktu hidup. Biarpun ketika majlis penyampaian APC2000 tersebut diadakan , saya masih di Germany kerana menghadiri satu kursus jangka panjang di sana. Apabila diserahkan saya amat terharu da bersyukur apabila perkhidmatan di BTP dihargai. Terima kasih barisan penel dan penilai ketika itu,  En Mokhtar sebagai penilai pertama dan Pn Nooridahanim sebagai penilai ke dua. Inilah antara pemangkin dan memberi semangat unyuk saya mencurahkan bakti untuk BTP dan kendiri. Terima kasih Kementrian Pendidikan Malaysia. 

Apapun BOSSNIA tiada lagi Bersama saya. Biarpun kini saya mampu memiliki jam yang lebih mahal tetapi saya tetap memilih jam yang mampu milik terutamanya daripada pemberian kawan-kawan.  Saya akui  biarpun Bossnia tada lagi, bagai dihantui saya trouma bila tengok kedai jam BOSNIA.  Ingin melangkah tetapi adakah ini keperluan atau kehendak. Tidak cukupkah nikmat yang pernah diterima dulu diabaikan.. Apakah memiliki yang baru dapat merawat kehilangan nya.

duhai diri...inilah kehidupan. ada yang ALLAH pinjam, ada yang ALLAH simpan. 
wahai Bossniaku..jika sudi kembalilah kepadaku lagi. Mungkin jangka hayatku tak lama dah ..dan kau akan terus hidup selagi bateri berganti...tapi bateri hayatku apabila mati..ianya tak berguna lagi. Dibawa jasad ke liang lahad dan bersemadilah selamanya. waalahu aklam.

Tuesday, July 11, 2023

Menjauh lebih baik

Terkadang,
Menjauh dari seseorang bukan sebab ingin memutus tali silaturahmi
Tapi ingin memutus perselisihan, perdebatan, kesalah-pahaman & rasa tidak nyaman di hati

Jika seseorang sudah menyakiti
dengan sikap & kata2
Hancur rasa kejujuran 


Itu bukan benci,
Tapi hanya menjaga hati & perasaan
Orang yang biasa merendahkan kita,
biarkanlah tidak perlu merasa tersinggung, apalagi merasa sedih

Jika kita dinilai baik  bersyukur,
Dinilai tidak baikpun tak mengapa
Mereka berhak menilai kita


Semua yang hadir dalam hidup kita
Memiliki peranannya 
Ada yang memberikan kebahagiaan,
ada juga yang memberikan kepedihan

Memaksa diri agar disukai semua orang
Itu sangatlah melelahkan


Berhenti berusaha menyenangkan orang
Yang tidak pernah menghargai kita
Semakin kita menjauhi mereka, 
Akan terasa jauh lebih sehat hidup kita

Bahagia itu kita sendiri yang menciptakan
Selebihnya, Allah SWT yang mengatur✨




Saturday, July 8, 2023

Berbahagialah Emak Pn. Fara


Selamat Berangkat almarhumah emak Pn Fara

    
   

17 Jun 2023, Sabtu

Innalillahi wainna ilaihirojiun 
Menerima khabar sedih atas pemergiaan almarhumah emak Pn Fara daripada Yuzi di awal pagi.
 
Menurut  Fara,   dia sempat melayan dan merawat emak dengan penuh kasih sayang pada malam td. Menukarkan pampes dan memberikan minuman serta ubat menerusi tiub yang dipasang oleh pihak PPUM. Tika itu emaknya tak menunjukan petanda akan pergi. Sesekali mak memberi reaksi kesakitannya akibat ketumbuhan di belakang matanya. Nak kata kanser bukan kanser namun itulah yang menjadi asbabnya. Wallahu aklam. 

Menjaga emak yang 'bed ridden' sejak beberapa bulan lalu memang memerlukan ketabahan yang jitu. Bersyukurlah Fara telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Tika sihat, emaklah bffnya dan tika emak sakit, dialah perawatnya. Fara telah berikhtiar merawat penyakit emaknya di merata tempat. NAMUN itulah  janji Allah. Bukan pasrah tanpa usaha. Rezekinya telah berakhir. 

Secara jujur, saya menyaksikankerisauan Fara meninggalkan emaknya di rumah keseorangan  kerana  dia perlu bekerja. Beliau cuba melakukan yang terbaik untuknya. SYUKUR situasi  kejiranan di kawasan perumahan itu amat erat dan boleh diharapkan.  Saya sempat berbual dengan jiran yang menjaga almarhumah dan dia memaklumkan, almarhumah baik dan suka bertegur sapa. Lidahnya sentiasa berzikir dan jari digerak2 seolah-olah memintal tasbih. Ma'sya Allah.. Apa yang dibuat adalah satu petunjuk amalan yg dibuat sejak dulu lagi.Lidah dan hatinya berzikir manakala jari memintal butir-butir tasbih. Sentiasa ingat Allah. MasyaAllah. BAGAIMANA dengan kita?? 

Saya bersama Sahabat Bidadari pernah menziarahi emaknya beberapa bulan lalu. Tika itu keadaan emak agak baik, masih memberi respon lagi.  Adikku Yuzi sempat menyuapkan agar-agar yang disediakannya, mak boleh mengunyah  dan memberi reaksi sedap. Kami tumpang gembira dengan suasana ini. Cuba membahagiakan mereka yang diuji. Sempat juga memberi kata-kata semangat kepada Fara bagi meredakan kekusutan hatinya. 


Menatap sekujur tubuh yang kaku tadi, saya menyaksikan wajahnya sangat tenang  seolah-olah sedang tidur. Mata terkatop rapat senyum terukir diwajahnya. Ma'sya ALLAH.. 
Saya  mendekatkan diri dan mencium dahinya beberapa kali.... ALLAHU.... SEJUK yang dirindui... Makcik...berbahagialah makcik. Saya menyaksi kan ramai yang mengambil peluang untuk turut serta mengiringi jenazah mu. Semua datang  bersama kisah kebaikanmu. 

Bak kata mereka, almarhumah suka memberi makan dan makanan diberikan juga memang dibuat dengan teliti dan terbaik. Saya katakan almarhumah seorang  yg soft spoken dan mudah berurusan.  Pernah bertemu dan bertegur tika kami  di perkarangan raudatul sakinah Sg Besi mengiringi pemergiaan ayahanda Puan Sal. Lembut tutur bahasa dan seorang ibu yang penyayang. Manis senyuman mak pada saya. Patut lah anakandanya, Pn Farah pun berpewatakan seperti itu. Kemana tumpahnya kuahkan.... 

Bertabahlah adikku Fara. Emak  dipinjamkan seketika untuk kita dan kini emak kembali kepada Penciptanya. Kita juga bakal menyusul. Kita doakan semoga almarhumah emak Fara ditempatkan di kalangan solihin dan bersama kita bertemu di syurga firdaus kelak.

Semoga Allah ampuni segala dosa emak, ayah kita, ahli keluarga serta dosa umat Islam yang mendahului kita. Semoga Allah juga lapangkan istirehat mereka di alam sana dan  limpahkan rahmat berterusan dan jadikan kita anak2 yang sentiasa mendoakan mereka dengan menokok tambah saham untuk mereka. 

Ya Allah kurniakan kepada kami anak2 tanpa ibu dan ayah ini taufiq dan hidayah dan pandu lah kami ke jalan MU dan pimpinlah kami andai kami tersasar. 
Semoga Allah menerima amalan kita dan pahala2 di hadiahkan buat semua ummah Nabi Muhammad..


Selamat jalan kesayangan kami
Terlerai sudah kesakitan  ditanggungmu
Tiada lagi rawatan susulan
Tiada lagi  jari yang bertasbih

Yang tinggal
Gugusan kenangan 
Tak dapat dilihat
Tapi dapat dirasai 
Meresap di  jiwa yang Merindui 

Farah... Jangan pamit tau... Saya dah merasai dan hingga kini pun masih merasai.. Kita ada sahabat2 yang memahami dan kita rentasi bersama.  You are not alone. 
We lov u fara 
Take care ur self too

Al Fatihah

Catatan Ditulis sehari selepas hari kematian tetapi lupa nk upload. Abaikan khilaf saya 
 


Ku ingin melukis bahagia


Meskipun sembuh dari luka 
Masih terasa hiris pedihnya
Tapi inilah pembelajaran dan  proses penyembuhan
Belajar  untuk lebih berwaspada dan bersyukur
Kisah hidup kita adalah DICIPTA oleh Nya
Kita lukis bahagia cara kita


     


#kitadahberjayaharungi
#kisahkitatakkansama