bersambung .........macam bersiri pulak...
Selamat jalan teman
Di sapa bidadara di sana
Menanti penuh ceria
Habuan pasti miliknya
Biarpun setahun berlalu namun bagaikan semalam peristiwa ini
berputar kembali.. Menurut lapuran post mortem kematiannya diklasifikasikan
sebagai accident dead dengan kecederaan teruk di bahagian kepala dan dada. ALLAH jua yang Mengetahui setiap perencanaannya. Pergi lah aruah bila sampai waktunya.. Bagi mendapatkan info berkenaan sila ke laman
ondscene dgn menyaksikan sendiri keadaan sebenar di lokasi kejadian....Credit untuk
ondscene . MOhon di benarkan paparan ini untuk simpanan dan catatan...
 |
| MYV1665 dalam kenangan .. |
Sebenarnya khabaran pemergiannya juga mengejutkan saya. Ntah
kenapa, pagi itu 21122012 tak seperti biasa, saya hanya mengambil telefun ketika
berada dalam kereta sekitar jam 6.30 am. Tergejut teramat dengan beberapa sms yang di fwdkan…. Ia juga
disusuli dengann beberapa miscall antaranya dari telefon bimbit aruah. Ketika meneruskan perjalanan ke tempat kerja pagi itu hati
saya menidakkannya sehinggalah saya mendapat pengesahan sahih dari Insp. Zul yang baru pulang dari menghantar jenazah ke HKL .Innalilahi wainnailaihirojiun.
Kemalangan ngeri yang membabitkan 5 biji kereta ini dimaklumkannya. Lebih
menyayat hati mengikut kata polis, CRV yang dipandu laju telah menghentam MYV
aruah dan aruah meninggal di tempat kejadian. Ternyata miscall yang saya katakan mungkin
tersalah tekan itu rupanya adalah misi
pencarian waris aruah daripada pihak polis. Walaupun agak terlewat waris
dihubungi namun perancangan rakan-rakan
telah menemukan satu keputusan. Mewakili
rakan ofis, kami telah menyusun
rancangan akan menguruskan jenazah
mengikut pakej disediakan dan disemadikan di sekitar KL sahaja.( memandi,
solatjenazah, van hingga ke kuburan) . Dan benarlah perancangan ALLAH, waris
aruah telah dipermudahkan dengan rencana ini . Atas pemilihan familynya aruah
disemadikan di kg lamannya berdekatan dengan aruah emak dan ayahnya juga.. Semua
urusan kita di atur oleh ALLAH jua. Baiknya urusan itu adalah kurniaan ALLAH, bukan
semata-mata kerana usaha seseorang hamba dan kemahirannya…
 |
| Bayangkan anda di sana....komen yang menyentap rasa |
MASIH SAYA INGAT:
Selang dua hari sebelum kemalangan ini berlaku, aruah datang
ke bilik untuk menyerahkan baju T yang dipinjamnya ketika acara riadah di
Goldcost tempuhari. Wajahnya ceria dan kami berjenaka juga. ..Tiada sebarang petanda
ditunjukkan. Tak siapa menduga
sembang-sembang kami menghampiri hari penghujungnya. Pernah juga dia menghulurkan RM150 kepada saya sebagi amal kebajikan tetapi saya memulangkannya semula kerana saya
jugak tamakkan pahala…Tak pe lah kak, kita sama-sama buat amal dan pahalanya buat
aruah emak ayah kita… Saya lebih serasi memanggilnya akak kerana dia senior dari segi umur dan kerjaya dari saya. Segalanya milik
ALLAH jua.
Selepas ketiadaannya saya masih berhubung dengan kakaknya. Takdir ALLAH jua bagaikan mengantikan aruah yang tiada. wajah mereka hampir serupa, intonansi suaranya agak sama. Salam ukhuwah terjalin jua...Terima kasih ALLAH menemukan kak Miza pengganti aruah kak Zainah yang tiada. Saya kongsikan pengalaman kakaknya, yang meneruskan amal
jariahnya. Kata kak Miza, banyak sekali
stok telekung yang perlu dibaiki dan dia tak tahu nak menyambungkan tugas
tersebut. Tetapi ALLAH telah memandunya
dengan diberikan ilham menerusi mimpi. Tambah kak miza lagi, dia
bagaikan terdengar-dengar suara petunjuk dari aruah langkah demi langkah.
Subhanallah. Kini kak Miza boleh meneruskan amal jariah tersebut dan saya amat
menghargainya. Bagaikan mutiara yang hilang kembali bersinar dan walaupun aruah
telah tiada tapi saya masih ada kakak ats silaturahim yang sedia ada.
 |
| harian metro punya bicara |
Pemergian aruah Zainah telah mendapat liputan media massa. Berita di TV RTM juga mengulas dan memberi info berulang tentang aruah . Aruah ketika itu bertugas di unit berita dan terlibat langsung dengan setiap berita yang di on
air kan. Tahniah RTM kerana berkongsi kehilangan staff nya… Inilah
harga yang perlu dibayar apabila bertugas di RTM yang beroperasi 24jam. Tiada siapa menduga,
seketika tamat siaran dan dalam
perjalanan balik, ALLAH telah
menjemputnya. Hanya kisah-kisah sebelum di playback kembali dan inilah ingatan terakhir
yang dikongsikan. Tiada siapa
menyangka dipenghujung perjalanannya
ramai teman, rakan, juga ketua turut
serta menziarahi dan menyembahyangkannya. Dia hanya insan kecil yang melaksanakan tugas dengan amanah di RTM.
Hari ini 21 dis 2012 genaplah setahun dia telah dijemput ALLAH. Walaupun telah berlalu tetapi saya kongsikan apa yang dpat saya cungkil dari koleksi yang ada....Beberapa pic nya telah saya ambil dari rakan-rakan tetapi tak sempat diedit... Memadailah ini saya simpulkan.....
1) mati sering bertamu kepada kita namun bersiap siagakah kita?
Seringkali bermonolog, andainya ini catatatn terakhir ku...nampukah ia segar sebagai pena dakwah dan memberikan imbalan di sana... Atas alasan apakah yang mampu di jawab melekakan waktu yang ada?
YA ALLAH Ampunilah daku, ats setiap salah silapku...Usah mnjadikan asbab buat ibu bapaku teraniaya kerana kezaliman daku sendiri.. Ampuni dosa-dosa ku, guru2 ku, sahabat2 ku dan semua umat muslimin di dunia ini...Hidupkan hati2 kami dan pandanglah kami dengan kasih sayang dan ingat dan mencinta ALLAH.
2) Wasiat dan amanat itu perlu...
Antara kita tiada siapa menduga perancangan bakal terlaksana andai esok kita telah tiada> Mengingat teman-teman, mencatat adalah antara metod yang perlu digunakan. Mungkin ada hutang belum terlaksana jua terlangsai atau sebarang amanah yang perlu disempurnakan. Izinkan rakan2 sebagai reminderr kita anadai ada kita terlupa...
3) Memaafkan
Berusahalah memaafkan mereka yang sering berdamping degn kita. Kita tak menduga esok kita pasti bertemu mereka lagi....Hari ini kita musuh, tapi bukan selamanya dan sekali berkawan berkwanlah selamanya.......
4) Mendoakan
HAri ini mngkin kita tak memerlukan doa mereka kerana kita mampu memohon dan munajat sendirian tapi sampai ketikanya kita amat-amat mngharapkan doa rakan2 sebagai subsidi kebajikan . Ayuh teman berdoalah dalam diam shabat2 kita kerana itulah sebaik2 doa dimakbulkan.
Ini adalah peringatan buat diri dan tiada kaitan dengan aruah.
Kesimpulannya, saya memohon para pembaca KK budiman, biarpun tanpa mengnali aruah ini, sma-sama kita titipkan doa dan AL FATIHAH sekali lagi buatnya. Andainya aruah ada sebarang salah silap mhn diampunkan dan andainya ada urusan berkaitan berhubunglah dengan saya untuk memaklumkan kepada pihk familynya... Muga ALLAH jua menganjari pahala atas kebaikan kalian semua..
maaf zahir batin
---------------
20122013@1824 ...
ayuh doakan keselamatan saya untuk pulang ke kg laman jua.....terimakasih