Lokasi : Masjid KLCC
Tika cinta berbunga syurga
KOnsep kecintaan mendadak atau lahir secara semulajadi adalah kecintaan kepada ibu bapa. Inilah yg ada pada setiap individu kerana sejak dari kecil hingga meningkat dewasa kita diasuh, didedahkan dengan nilai dan kasih sayang ibu bapa. Namun ada lagi kecintaan yg perlu di pupuk, diterap dan diamalkan dalam kehidupan setiap individu..
Satu tika dulu nasyid yg sering bermain di bibir anak2 kita ..satu2 saya sayang ALLAH, dua2 sayang rusulullah, tiga empat syg ibu ayah…sayang semuanya…. Inilah proses awal yg perlu dipupuk dgn meletakkan kecintaan kepada ALLAH, kepada Rasulullah, kecintaan kepada Ahli Bait juga kecintaan membaca Al Quran dalam membangkitkan syg dan kasih yg berterusan.
Menghadiri talkshow nisa WP kali ini dengan tajuk yg sensasi: tika cinta berbunga syurga mengajak diri saya bermuhasabah. Mencintai dan dicintai adalah dua tautan perasaan yg perlu konsistan kerana apabila mencintai rasullulah akan berputiklah bunga2 syurga yg menghiasi taman kelak. Saya merenung jauh kapada slaid show tentang kehidupan rasullullah…menatapi masjid NABAWI, di bwh kubah hijau itulah seorang manusia mulia bersemadi walaupun beribu tahun namun baginda sentiasa hidup dlm jiwa kita…melihat kepada kesederhanaan khidupannya menerusi paparan jubah, serban, tempat kelahiran, janggut,pedang serta beberapa lagi peninggalan rasullullh Hati sayu dan berguguran juga air mata ini. Betapa saya merindui kekasih ALLAH itu tetapi saya belum diberi kesempatan menziarahinya lagi….semuga masih ade kesempatan sebelum mata ini tertutup rapat.
Kupasan ustaz Fauzi Mustaffa, merangkap penceramah undangan @motivator tersohor al kuliyyah amat bernilai dikongsikan. Pabila lahirnya perasaan kasih dan cinta nabi sewajarnya kita mencontohi dan mngamalkan sunnah2nya.
Kini sejauh manakah hOk nabi suruh kita buat???
Apakah kita turut memerangi org yg menghina Nabi Muhammad??
Apakah kita mempelajari dan memelihara hadis??
Sejauhmanakah kita mengenali nabi dan mengetahui sirahnya.???
Cinta berbunga Syurga-Cinta kepada Rasullullah, cinta akan berada bersama dengannya di syurga …marilah kita merenung diri, bermuhasabah dan membuat seberapa banyak soalan tentang rasullullah dan mukjizatnya dan mencari jawpan disebalik jawapan tersebut.
Usahlah bertekak lagi tentang perarakan kerana ia bukan dari perbuatan yg menjadi sunnah nabi tetapi ambillah iktibar akan perjuangan nabi, sahabat dalam dakwah dan kehidupan nya.
Sekalung tahniah buat nisa WP dengan agenda dakwah dan ilmiah yg berjaya mengumpulkan anggaran saya 200 peserta yg menghadirinya. Sessi ilmiah yg berkonsepkan santai dan semuga majlis ilmu ini akan berterusan dari masa ke semasa.