Friday, June 3, 2011

Al fatihah buat Ustaz Ghazali Hasbulah

pagi tadi saya  menerima sms dari seorang sahabat.. " Ustaz Ghazali Hasbullah mudir pondok Darul Atiq meninggal dunia di hospital selayang jam 10 mlm semalam..jenazah akan dikebumikan sblm Jumaat nanti.. Al fatihah..Moga Syurga Allah bersama beliau..Amin ya Allah...Kurniaan Allah buat beliau di Jemput Kekasih di Hari Yang mulia...Search Youtube untuk menonton kuliah2 ilmu Ustaz ."
lantas saya mengucapkan :
AL FATIHAH..... saya di antara mereka yang pernah mengikuti kuliah2 ustaz dan sehingga penghujung usianya beliau masih menjalankan kerja dakwah. Menyampaikan ilmu dan memenuhi jemputan ceramah dari masa ke samasa. Ada beberapa kali kuliah ustaz digantikan oleh anaknya yang mana ilmu corak penyampaian, rupa saling ta tumpah seperti almarhum ustaz juga.. Rupanya sejak akahir2 ini ustaz sudah uzur dan baru  bulan lalu ada sahabat memaklumkan ustaz sedang di rawat di hospital kuala kubu. Sehinggalah hari ini saya dimaklumkan ustaz telah dijemput pulang...Subhanallah alangkan bertuahnya dijemput di malam jumaat dan disempurnakan sebelum jumaat. Berbahagia dan damailah almarhum ustazku..Penyampaian mu yang keras tetapi tegas dan beberapa ilmu juga menjadi amalan harian saya. Subhanallah..Insya ALLAH mudahan ilmu dan amalan ini mengalirkan pahala yang berterusan buat tuan guru ku ni. Semuga ALLAH menempatkan almarhum dikalangan orng yang solehd an dicucuri rahmat jua hendaknya.
Darul Atiq pasti kan merindui, wadah penasihat sejati, namun mereka  pasti menerangi kuburmu dengan cahaya ilmu dan amalan berterusan..Amin> salam takziah kepada ahli keluarga dan penghuni darul atiq..Jom sedekahkan al fatihah buat almarhum:
Perjalanan terakhir seorang pendakwah rujuk foto   di suraukini
KUALA LUMPUR, 3 Jun: Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua.
Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.
Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.
Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an,  anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30).
Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikannya sendiri pada  jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. AlFatihah. [harakahdaily.net]

6 comments:

tajnur said...

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Amin, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atasnya.

Admin said...

Semoga Allah menempatkan Arwah Tuan Guru ditempat mereka yang soleh dan diredhaiNya - http://www.hishamnazir.net/2011/06/abuya-ustaz-ghazali-hasbullah-meninggal.html

qamarguyz said...

salam ziarah..
al-Fatihah..
m0ga allahyarham tenang bersemadi di sana..bersama janji-janji dari-Nya

ainhany said...

Amin...
Mudahan ALLAH perkenankan doa kita.

TERIMA KASIH :
1) ustazh Tajnur
2) Hishamnazir
3) Azraei

Abi said...

Inna Lillaahi Wainna Ilaihi Raaji'uun... Semoga amal ibadah abuya semasa hidup diterima Allah SWT dan semoga arwah beliau ditempatkan ditempat yang mulia disisiNya. Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.
Dari Teuku Salman bin Teuku 'Adnan Khaly. From Port Dumai- Riau-Indonesia

ainhany said...

salam abi,

amin, kini almarhum abuya sedang menerima saham pelaburannya selama ini . Mudahan ALLAH menerima amal ibadahnya.Amin