Bismillahirohmanirohim
Mak, Ayah,
Hari ni hari lahir anakmu.
Alhamdulillah
Tapi tak sama macam dulu. Tak ada lagi pelukan, tak ada lagi ucapan "alhamdulillah'
Yang ada cuma rindu yang tak pernah surut, dan doa yang tak pernah putus.
Dulu, Mak bertarung nyawa lahirkan saya. Ayah sambut saya dengan azan di telinga.
Hari ni saya hidup dengan usia yang Allah pinjamkan, tapi Mak & Ayah dah lama pulang ke negeri abadi.
Setiap nombor yang bertambah di umur saya, adalah setahun lagi rindu saya pada Mak & Ayah bertambah.
Mak,
Anakmu rindu air tangan Mak. Rindu leteran Mak. Rindu bau Mak.
Kalau air mata ini boleh jadi jambatan, dah lama saya berlari jumpa Mak.
Ayah,
Anakmu rindu ketegasan suara Ayah. Rindu nasihat Ayah.
Rindu membonceng motor Ayah .
Dunia ni terasa kosong sangat tanpa doa Ayah yang jadi pendinding saya.
Mak, Ayah,
Maafkan anakmu andai dulu banyak lukakan hati. Ampunkan dosa-dosa saya yang Mak & Ayah bawa sampai ke sana.
Saya tak puas membalas jasa mereka. Tak sempat melayan Mak Ayah di waktu tua mereka. Takdapat cium tangan minta ampun sepuas-puas. Tak melayan mak ayah sepenuhnya semasa mereka bersama.
Tapi hari lahir saya ni, saya hadiahkan untuk Mak & Ayah:
*Al-Fatihah, Yasin, dan doa yang takkan pernah berhenti.
*Ya Allah,*
" Hari lahirku ini, aku mohon Kau hadiahkan sesuatu buat Mak & Ayahku di alam sana.
Lapangkanlah kubur mereka seluas mata memandang.
Terangilah dengan cahaya-Mu. Wangikanlah dengan wangian syurga.
Ampunkanlah segala dosa mereka. Angkatlah darjat mereka.
Jadikan hari lahirku ini sebagai asbab untuk Kau kumpulkan kami semula di syurga Firdaus tanpa hisab."
Selamat hari lahir untuk saya, Mak & Ayah.
Walaupun jasad kita terpisah dunia, tapi doa & rindu ini tetap satukan kita.
Tunggu anakmu di syurga ya, Mak, Ayah* 🥹🩷
Al-Fatihah untuk arwah Mak & Ayah juga kak siti Khadijah 🤲
Anakmu yang tak pernah lupa,
Ainhany@ 12052026
---