sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Thursday, October 29, 2020
Selawat Kamilah bersama Baitul Sholehah
Monday, October 19, 2020
Misi Jelajah Amal 2.0_hari ke dua
27/9/2020
Pagi ni ada program qiyamulail di Masjid Khadijah. Sudah menjadi kelaziman, waktu tidur saya akan dikejutkan seawal pagi. Hati berbolak bagi. Memandangkan Sahabat Srikandi yang nyenyak di ulit kepenatan siang hari, saya cuba berhati-hati untuk ke bangun dan ke bilik air. Kak Pah , Amiy dan Lezz berada bersama dalam bilik ni. Manakala bersebelahan pula diinap oleh Lyyn, Meeza dan Alya. Bilik yang bertentangan pula diinap oleh Hjh Zee, :inda dan Ezza. Sharing is caring. Kebetulan pula ada masalah tekanan air di bilik sebelah dan ini menjadikan bilik kami sebagai tumpuan. Saya suka suasana begini. Kita berhimpit di bilik yang sederhana luasnya dan mula mengenali satu sama lain. Berganti-ganti mencari ruang solat dan rehat.
Alhmdulillah, memandangkan berkumandang bacaan ayat suci dari speaker masjid oleh pelajar tahfiz, saya memaksa diri untuk turut serta. Lengkap bertelekung saya di antara muslimat yang hadir menghidupkan pagi hari. Sebak rasa bila berpeluang hadir untuk bersolat dan iktikaf di masjid. Rindu dengan suasana yang terhalang kerana pendamik Covid melanda. Terima kasih MUSLIM CARE bukan sekadar nama tetapi juga memberi makanan jiwa bagi mendidik hati untuk mengenal ALLAH. Kenapa saya katakan begini. Sebab pada tika ini juga sedang berlangsungnya program tahunan MUSLIM CARE bersama ahli-ahlinya. Antara mereka ada yang bergelar doktor dan pakar dalam hal-hal tertentu. Namun mereka tidak menyarung sarung keangkuhan tetapi menyarung sarung sebagai seorang muslim yang memerlukan petunjuk ALLAH. Tahniah adik-adik sekalian. Kalian masih muda remaja tetapi semangat juang kalian lebih TUA dari orang dewasa.
Saya perhatikan muslimat di sebelah saya dalam saf solat dan dia juga melebarkan senyum. Dalam hati saya terdetik, semoga satu hari nanti akan anak2 saudara dan cucu-cucu saudara saya juga akan turut serta secara sukarela. Walaupun tanpa anak tetapi bukanlah bererti ia akan bernokhah bila saya mati kelak. Saya yakin ALLAH pasti kabulkan, di antara keturunan family saya akan ada yang mencintai kerja kerja sukarela ini . Mereka cuma tak diberi ruang dan tiada pendedahan lagi. Saya telah dedahkan mereka secara tak langsung dan mereka pasti nampak apa yang telah dilakukan.
Usai solat subuh, sesi tazkirah pendek disampaikan ustaz. Kali ini terfokus kepada untuk apa kita hadir. Niat dan niat ditekankan.Niat nak bantu ummah. Niat nak jadi baik dan muslim mukmin
Pagi ini juga kami akan meninggalkan Maahad ni dengan kenangannya tersendiri. Semoga kami dapat hadir lagi dan menghadiri kuliah ilmu di taman syurga ini lagi. Ya ALLAH peliharalah Maahad ini dan jadikan ia berupaya melahirkan para huffaz yang berjaya di dunia dan akhirat.
MORAL OF STORY
Tautlah ukhuwah dengan penuh kasih sayang. Antara kami bukanlah saling mengenali tetapi kami sama atas perjuangan.
Patuhilah agenda yang direncana. Bak kata orang putih, follow the flow..its will be ezy to all.
Saling menghargai dan membantu dalam team adalah satu benteng yang utuh.
Kita bergerak atas satu pasukan dan kita bawa nama SAHABAT SRIKANDI. Jaga akhlak dan perilaku seiring dengan langkah yang disusun.
Catatan ainhany
Tentatif Misi Jelajah Amal 2.0
Misi Jelajah Amal ke Pantai Timur@Sahabat Srikandi 2.0
Sahabat Srikandi telah sedia maklum tentang plan ini. Kami cuma menjawab tak tahu kerana kehilangan kak pah untuk seketika ini satu prank buat ustaz dan maahad tahfiz. Dengan lancar sebuah van masuk ke perkarangan masjid dan hon dibunyikan beberapa kali sebagai simbolik ada kejutan berlaku, MAsyaALLAH tergejut ustaz. Kak pah yang memandu van itu rupanya . Dan lebih terharu bila van silver ini tertera nama MAAHAD TAHFIZ AN NNUR BESUT dengan gagahnya.







