Untuk pertama kalinya saya merasai kuih nie..
Timpan.. (maaf ejaan semasa edit piv tu sepatutnya di tulis begini.
Sekali pandang macam lepat pisang. Melihat fizikalnya menampakkan ciri tradisional. Saya cuba amati dan merasai teksturnya. Masya Allah sedap. Macam lepat labu tapi ada inti. ohh berinti kaya. Itulah yang dapat saya katakan.... Sedap lembut dan saya makan 3 biji kuih ni.. Alhamdulillah.... Abaikan kesan makan labu sebab ada yang kata akan berangin badan.
Lepat labu inti sri kaya memeng dbest..
Risole
Intinya sengkuang, karot dan memang sedap. Saya betul-betul menikmati menu yag dihidangkan. Bila ditanya sapa yang buat.. Mak cik yang melayan kami menyatakan.. Buat sendiri dik dan terus berkongsi resepinya. Terima kasih melayan kami dengan sempurna.
Ini pula air timun bertatahkan selasih. Rasanya sedap, perisa orinya kekal dan bila diperhatikan masih berbaki buah timunnya di sini. Bila ditanya bagaiman cara pembuatannya pula, dikatakan buat timun di'karuk' dimasukan sedikit gula batu dan selasih. Dikaruk maksudnya disagat. tetapi cara sagatnya, tak pula ditunjukkan cara membuatnya. Dapatlah saya simpulkan mereka di sini minum sihat dan back tu nature. Mungkin timun bayak ditanam di sini tetapi air minuman ini memang jarang didapati di Malaysia. Sesuatu yang saya belajar juga di sini, walaupun tahap kehidupan mereka sederhana tetapi tabiat bersedekah tetap diamalkan. Kebetulan kami sampai di sini hari Jumat dan sebelum solat jumaat. Mereka sedang repack air timun untuk disedekahkan kepada jemaah solat jumaat . Alangkah indahnya budaya mereka...tidak sahaja meraikan kami sebagai tetamu tetapi berkongsi juga rezeki dengan jemaah solat jumaat. Semuga A::Ah gandakan pahala dan rezeki berterusan buat family dik pah semua yang telah meraikan kami dengan layanan memuaskan.
Merasai dan menikmati budaya dan adat berbeeza tapi kita masih satu pegangan. Ya kita muslim dan bersaudara walaupun di mana.

















