Sunday, June 30, 2024

Lets walk together

*Did you know ?*

▪️Both  the   legs together  have  50%   of the   nerves    of   the  human  body,  50%   of  the   blood  vessels  and  50%  of   the   blood   is flowing  through   them.
*Walk*

▪️ It  is  the  largest  circulatory  network  that connects  the   body. 
*So Walk daily*

▪️Only when  the feet are  healthy then  the convention current  of blood  flows ,  smoothly,   so people who  have  strong  leg muscles  will  definitely have  a strong  heart. *Walk*

▪️Aging  starts  from  the  feet  upwards.
*Walk*

▪️As  a   person  gets older, the  accuracy & speed  of  transmission  of instructions   between the  brain and   the  legs decreases, unlike  when a  person  is  young.
*Please Walk*

▪️In   addition,   the   so-called   Bone  Fertilizer Calcium will  sooner  or later  be  lost  with  the passage  of  time,  making  the   elderly  more  prone  to   bone fractures. 
*WALK*

▪️Bone  fractures  in  the  elderly   can  easily  trigger  a  series   of complications, especially fatal  diseases  such  as  brain   thrombosis.
*Walk*

▪️Do  you   know   that 15% of elderly  patients   generally, will  die  max. within  a  year  of   a  thigh-bone   fracture !!  
*Walk daily without fail*

▪️ Exercising  the legs,   is   never  too  late, even  after   the  age  of 60  years.
*W A L K*

▪️Although   our   feet/legs  will   gradually   age with    time,  exercising  our  feet/ legs  is  a  life-long  task.  
*Walk 10,000 steps*

▪️Only  by regular strengthening   the  legs, one   can   prevent   or reduce  further  aging.  
*Walk 365 days*

▪️ Please  walk  for at  least 30-40  minutes   daily   to  ensure   that   your   legs  receive   sufficient   exercise and  to  ensure  that  your  leg  muscles remain healthy.
*KEEP WALKING*

You  should   share  this  important  information  with  all  your  50+years"  friends
 & family  members, as everyone  is  aging  on  a  daily  basis.



Saturday, June 29, 2024

Menghargai dan dihargai

Moga dapat pengajaran dari kisah ini. 

Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang.

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu.

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

“Beberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

*****

Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.
Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.

Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Credit : Mohamad Faidzal via Jipilli Saikar

Thursday, June 20, 2024

Pandang dengan matahati

Kita tak perlu meminta
Cukup dengan menikmati
Betapa luas
Betapa banyak
Anugerah pemberianNya

Bersyukurlah wahai diri
Tanpa sedar 
ketakutan berganti keberanian




Sunday, June 16, 2024

Korban di Filipina

2024

Pada mulanya saya mencari2 nanti juga utk korban tahun ini.  Biasanya saya berurusan dengan ustz fawass dari Masjid Wilayah bagi urusan qurban di luar negara

Beberapa kali juga dgn ustz Pahrul jooi melibatkan korban lembu di sabah dan serawak. 
Alhamdulillah.

Semoga ibadah ini diterima Allah dan yang menerima juga bertambah sihat untuk beramal. 

Tahun ni, pabila paksu merancang untuk menjadi wakil bersama utk korban di Filipina saya bagai tertarik untuk menyertainya.

Dari sumbernya juga dia memaklumkan, ibadah korban akan dibuat di kwsan mualaf di daerah sana. Satu- satunya kawasan terawal menerima islam. Syukur.

Kita tak perlu pergi tetapi cukup untuk mewakilkan yg akan menguruskannya.  Alhamdulillah rezeki saya pda tahun ini.
Setelah pembayaran dibuat, akadpun dibuat bagi mewakilkan ibadah ini kpda pihak yang menguruskannya. 

Hari ni, hari arafah di mlysia . Saya menerima foto, lembu telah selamat dikorbankan.. Alhamdulilah. Syukur semoga ada keberkatannya juga bersempena hari arafah ni.

Semoga Allah menerima ibadah kita dan menghidupkan roh islam pada masyarakat setempat. 






Lokasi: Bogo, Filipina

16 June 2024

Hari raya di Malaysia pada 17/6/24

Credit : ustz ahmadfuad


HARI ARAFAH dgn KEMULIAANNYA❤️



🤲🏻 *Wukuf di Arafah selepas Asar Hari ini pada waktu Malaysia Jam 5:22pm hingga 12tgh malam. Waktu Mustajab DOA.*

Bagi yang Mampu Berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan Menghapuskan DOSA mereka. Sabda Baginda:

صيامُ يومِ عرفةَ، أَحتسبُ على اللهِ أن يُكفِّرَ السنةَ التي قبلَه والسنةَ التي بعده

“Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya” (Sahih Muslim)

Allah Bersumpah dengan Hari Arafah .
1. Hari Arafah adalah hari yang istimewa buat umat Islam. Dalam al-Quran, Allah bersumpah dengan hari Arafah. Firman Allah:

{وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ}
“Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (al-Buruj:3)

Ketika menghuraikan ayat ini, Rasulullah menyebutkan:
فعن أبي هريرة أن النبي قال: «اليوم الموعود يوم القيامة، واليوم المشهود يوم عرفة، والشاهد يوم الجمعة» (رواه الترمذي وحسنه الألباني)

“Yang dimaksudkan dengan hari yang dijanjikan itu (al-Maw’ud) adalah hari kiamat, manakala hari yang disaksikan itu (masyhud) itu adalah hari Arafah.”

Begitu tinggi kedudukan Hari Arafah sehingga Allah bersumpah dengan hari ini dalam al-Quran.

2. Malah pada hari ini jugalah, hari yang Allah paling banyak membebaskan hamba-hambanya dari neraka. Perkara ini disampaikan oleh Rasulullah dengan sabdanya:

ما من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة فيقول: ما أراد هؤلاء؟

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” (Sahih Muslim)

3. Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, hadith ini menggambarkan bahawa mereka yang wuquf pada hari Arafah akan diampunkan dosa mereka. Bahkan menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Allah mendekati orang beriman pada hari ini dan memperkenankan doa mereka.

4. Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Sabda Baginda:

خير الدعاء دعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Semoga Allah kurniakan Taufiq Hidayah untuk memperbanyakkan Amal Soleh.

16 jun 2024

Hari Arafah 2024

Hari ini

*SEBAIK-BAIK DOA DI HARI ARAFAH*

Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang  juga diucapkan para nabi sebelumku adalah:

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

Maksudnya: _Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu._

(HR Tarmizi, 3585)

Jun 16, 2024

Monday, June 3, 2024

Sahabat



🌿 *Terkadang kita harus menghilang, untuk kita tahu siapa yang mencari kita.*

*Terkadang kita harus berlari jauh, untuk kita tahu siapa yang akan mengejar kita.*

*Terkadang kita harus berjalan ke belakang, untuk kita tahu siapa yang masih berjalan di samping kita.*

*Dan terkadang kita harus menangis, untuk kita tahu siapa yang menumpangkan Bahu untuk kita.*

*Terkadang kita bersalah, Allah datangkan sahabat untuk menegur kita.*

*Terkadang kita diuji, Allah datangkan sahabat untuk membantu kita.*

🌼 *Jadi hargailah SAHABAT, mungkin kerana dia kita ke Syurga.*

Cabaran


     Kaum hawa beraksi. 

Berlatar belakang gua tempurung


Indah pemandangan
Indahnya persahabatan

Bila terlibat dengan aktiviti lasak, bukan sahaja stamina diutamakan tapi sifat tolong menolong dan tiada istilah menang. Kita belajar untuk bekerjasama dan sama sama kayuh dengan seimbang dan jenguk ke belakang jika ada yg tertinggal.

Skil untuk berjaya:
Kejayaan hanya datang bila patuh panduan diberi dan sentiasa berusaha walau apapun rintangan mendatan


             


 

Dia tengok kita



Seriuslah nie.. Sedap dan menu sihat. Dipalit pula dengan kuah yg hot.. Woow panas bibir mulut sat ja.. Pastu nak makan lagi lupa dah pedas.

Terima kasih syafiqahnabilah. Saya tak ada ayat yg lebih baik melainkan rasa syukur dan terima kasih kpda Allah. Allah jua gerakkan hatinya untuk menyediakan dan berkongsi air tangannya dengan saya dan familynya.

Saya pulun  3 biji.
Dibawanya juga oglio udang maniz dan roti cicah kuah cendawan homemade.
Terima kasih banyak 

Saya tak ada memberi apa apa  balasan pun . Cuma rasa terharu dan sebak bila dihadirkan orang baik baik mewarnai hari hari indah saya. 
Hanya Allah jua layak membalasnya