Untuk semua anak2 yang turut mengambilnya, mohonlah petunjuk ALLAH dengan restu kedua ibu bapa juga guru-guru sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Tenangkan fikiran , banyakan berselawat dan bermohonlah muga ALLAH permudahkan jawapannya. Setelah berusaha selama dua tahun, inilah masanya pertarungannya. Yakin pada kemampuan diri dan bertawakallah.
Muga anak-anak saudaraku juga mampu buat yang terbaik. Bukan sahaja mencatat kejayaan dalam diari diri tapi buat sekolah,negeri juga negara. Semuga Muhammad Ibrahim, Mohamad Shahmi juga Zaid berjaya mengharumkan negeri Kedah,, Penang dan Johor. Selamat Menghadapi SPM2015
Kalian anak-anak yang hebat
bakal mewarnai dunia
Terima kasih ibu ayah
mendoa , merela dan merestui
langkah mereka
Terima kasih duhai para guru
mengajar tak tentu masa
demi generasi tercinta
Anak-anakku
Buktikan pengorbanan terbela
Jasakan dikenang sampai bila-bila
![]() |
| SEMUGA BEROLEH KEJAYAAN DUNIA HINGGA AKHIRAT |
