Monday, March 29, 2021

Menu sedap

Pi mai pi mai... Menu ni juga tak luput dik zaman.

Jom iftar


Salam 15 syaaban

Thursday, March 25, 2021

Move on

Tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.   

Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti.


#AllahJagaKita
#KitaJagaKita

Tuesday, March 23, 2021

SPM 2020

 Selamat menghadapi SPM 2020

Tahun 2020 yang mencabar stamina dan minda. Tapi tak melunturkan semangat yang ada kerna diyakini mereka telah dipasak rapi.  Wabak C19 yang melanda dunia telah merubah situasi dan kondisi pembelajaran semasa sekolah dan negara.

Selamat menghadapi SPM buat Mohammad Shahir. insya ALLAH berkat usaha dan doa pasti membuahkan hasil dan mampu menjawab dengan tenang. InsyaALLAH. Anggaplah ini satu cabaran kerana semua sedia maklum apa yang telah berlaaku di 2020.

pastinya 2021 adalah kesinambungan  dan kejayaan mengiringi adik Shahir dan rakan-rakannya. Kami hanya mampu melihat dari jauh kerna prosedur KISAS amat ketat bagi mempastikan tahap keselamatan dan kesihatan pelajarnya. Kita akur. Pihak seolah telah berusaha membuat yang terbaik  dan ALLAH tentu memberi petunjukNYA.

Terima kasih semua guru-guru dan sekolah yang telah membantu anak anak SPM 2020  pada tahun ini. 

Sungai Ego

Sungai yang tenang
Jangan disangka tiada buaya

Bertenanglah diri
Saatmu diuji
Dikunci waktu
Dibelit rindu
Dihimpit 
Diperah
Digarap
Disepak
Ditendang
Dibuang
Dileft

Kita masih ada 
tak perlu pinjam sesiapa
selagi masih ada bernyawa
diam itu lebih bermakna

Biarkan si luncai dengan labunya
Setia hanya seketika
Dah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
Sudah dapat gubah dikarang
Bunga sekaki dicampak buang

Laluan kita berbeza
Destinasi kita tetap sama
Kita kan ada nokhtahnya


Menjauh

Terkesan dgn wabak melanda, saya terpaksa menghadkan pertemuan dengan nenek nenek di mesrahome. Saya akui kerinduan mereka juga sama bila saya tatap video dan mendengar nama saya dipangil panggil seketika ke sana. Maafkan.. Saya tak dapat berpeluk dan bermesra seperti dulu  kerna saya sayang semua.. Saya tak nak saya menjadi punca huru-hara di MH. Virus merata- rata... Izinkan saya menjauh.... 

๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญBetapa jauhnya saya skrg dgn MesraHome. 

Maafkan saya andai ada luka tercalar,
Andai ada bisa yg bernanah
Andai ada kata tak dikota,
Andai ada janji dimungkiri

Andai ada umur panjang
Ingin ku kenali satu persatu
Biarku ukir menjadi potret
Biarku peluk menjadi hangat
Izinkan rindu ku yang berbaki
Pada yg sudi
Pada yg memberi
Pada yg mencintai

Kerna
Ku tahu sana
Sarat  limpahan kasih
Daripada insani
#akupenjaganenek

Maafkan daku untuk kesekian kalinya
Rindu mengusik
Hati membara
Temui kita nanti di sana๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜




Sunday, March 21, 2021

Apa khabar kak

Pagi ni..
Saya tak sangka akan menerima panggilan misteri. Dari nombor yang tak saya kenali.

KK   : erkk.. Hello..
Mr R: ye kak. Salam Akk. Kenai tak ni.. Saya nie.. Mr R.
KK : ooo adikku... Pasaipa tukar no lain. Nasib akk angkat tepon ni tau... Rezeki..
Mr R : alaa tepon lama tu wasp pblem.. Telegram je ok. Ni yg beli no bru telepon baru.. Akk Pa kabar?? Sihat??
Laamaanya tak jumpa akk
D Vva ok kaa??
Blaa blaaa.... 
KK: amboii panjangnyaaa tanyaa... Tu laa.. Saya pun. Menjawap semua soalannya dengan tenang. 
Macm sesi temuduga kan...
Mr R: kak... Saya ada berita gembira nak kongsi...
KK: ye laa... Bagitau laa akk pun nk tau jugak.. Nak dengar nii.. Cepat cepat habaq mai..
mR r: Kak saya nak kahwin bulan APRIL ni.. Akk doakan sya..
KK: iye keee. Dgn org Johor ke? Yg pernah akk tau tu... Alhamdulilah...
Mr R : ye kak. Akk Ingat lagi ek
KK :  ingatlaa... . Alhamdulillah dik. Akk tumpang gembira terima berita dan perkongsian ni. Selamat jadi pengantin ye.
Mr R : iye kak. Saya ingat akk. Dan saya nak akk tau dan doakan saya..
KK : Tmksh dik.. Iye iye.. Bila majlisnya ni.. Lagi berapa hari je bulan april ni.
Mr R: 4.4.2021..
KK: Mak aiiiii.... Tarikh pun cantik.... Iyelah.. Jaga diri tu.. Manih pengantin baru.. Moga segalanya dipermudahkan. Hati-hati rombongan ke Johor ye.
Mr R: Terima kasih kak.. Seronok saya akak dapat call akk ni. Nanti saya bawa  jumpa akk ye.
KK: Boleh boleh...lepas nikah naa. Seri pengantin barulah katakan...

Mengakhiri perbualan dengan keseronokan dan ucap tahniah berkali.. Ini panggilan misteri.. Yang berseri-seri.

Mengimbau.. 
Antara saya degn. Mr R.. Kami tiada hubungan darah.. Bahkan tiada ikatan family. 
Yang ada hanya kerana my lovely DVa. Sebagai petugas perodua dia yg akan mengambil urus DVva ketika  diservis. Apa saja keperluan Dva dia akan layan.. BAHKAN sekiranya Dva buat hal pasti dia yang saya hubungi.
Alhamdulillah....hubungan tanpa muhrim ni pun tak lebih dari akak dengan adik. 

Moral of Story
1)Kongsikan gembira 
2)Indahnya berkawan bila saling menghormati dan tau batasnya
3) kita raikan persahabatan bukan untuk hari ni sahaja.
4) jarak hubungan bukan diikat dengan tempuh waktu.
5)Jujurlah dalam persahabatan.
5)Hormatilah kerjayanya walaupun hanya pomen atau kolar biru. Mereka bekerja tanpa curi tulang. Kolar putih ke jingga ke... Hidup pun berapa lama shja. 

Saya happy sebab bersama saya ada cleaner, guard, tukang kebun yang mana mereka memberi saya peluang berkongsi rezki dan bertanya khabar. Biarpun pencuci longkang.. Mereka tetap mulia di sisi Allah. Kita ni sapaa?? 

22/3/2021@1130

FOTO ini diambil tika musim PKP apabila bateri kong dan secara rahsia PS minta saya datang untuk berurusan. Lepas masuk je.. Pintu depan ditutup dan operation dVa dibuat.  Layanan tiptop utkmu DVa ku



Saturday, March 20, 2021

Stop it


Dont spoil your heart caring the other who dont care you. 
Love urself n be yourself

Sunday, March 14, 2021

Siapa kita

Kalian usah risaukan kata-kata orang, kerana setiap dari mereka membaca dunia dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.
 Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.
Usahlah menjelaskan tentang diri mu kepada siapa pun kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. 

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.
"Kita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa..."

Eratkan silaturahim, walau sekadar berdoa untuk semua sahabat mu.




Monday, March 8, 2021

Ke makam bonda

Kami mengunjung pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Unic

Sunday, March 7, 2021

Kawan boleh hilang

Hari ini, kiranya kita kehilangan kawan, jangan sedih seolah-olah kita rasakan tiada orang yang nak berkawan dengan kita.

Di mana-mana kita berkawan pun kita akan ditinggalkan. Jangan terlalu rapat kerana apabila sudah rapat dan saling meluah perasaan, apabila terluka akan terasa pedihnya.

Kawan yang baik pun belum tentu akan baik selamanya.
Kawan yang ada ketika susah pun boleh berubah hati. Jika dia setia, jangan sesekali meninggalkannya.

Hidup kita bukan selamanya akan kekal. 
Tiada sesiapapun bukan pengakhiran dalam hidup.

Kita ada Allah.
Dia tempat kita mengadu.

Jangan sia-siakan hidup kita pada orang yang tidak pandai menghargai.


#saa

Kau apa tahu..

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu.
.
.
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
.
.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
.
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
.
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
.
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
.
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..


Kredit: Indahnya Perkahwinan

Saturday, March 6, 2021

Siapa kita di mata orang?



ูƒُู„ُّู†َุง ุงَุดْุฎَุงุตٌ ุนَุงุฏِูŠٌّ ูِู‰ ู†َุธْุฑِ ู…َู†ْ ู„ุงَ ูŠَุนْุฑِูُู†َุง
Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita.

ูˆَูƒُู„ُّู†َุง ุงَุดْุฎَุงุตٌ ุฑَุงุฆِุนُูˆْู†َ ูِู‰ ู†َุธْุฑِ ู…َู†ْ ูŠَูْู‡َู…ُู†َุง 
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

، ูˆَูƒُู„ُّู†َุง ุงَุดْุฎَุงุตٌ ู…ُู…َูŠِّุฒُูˆْู†َ ูِู‰ ู†َุธْุฑِ ู…َู†ْ ูŠُุญِุจُّู†َุง
Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita.

ูˆَูƒُู„ُّู†َุง ุงَุดْุฎَุงุตٌ ู…َุบْุฑُูˆْุฑُูˆْู†َ ูِู‰ ู†َุธْุฑِ ู…َู†ْ ูŠَุญْุณُุฏُู†َุง
Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian.

، ูˆَูƒُู„ُّู†َุง ุงَุดْุฎَุงุตٌ ุณَูŠِّุฆُูˆْู†َ ูِู‰ ู†َุธْุฑِ ู…َู†ْ ูŠَุญْู‚ِุฏُ ุนَู„َูŠْู†َุง
Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri.

، ู„ِูƒُู„ِّ ุดَุฎْุตٍ ู†َุธْุฑَุชُู‡ُ، ูَู„ุงَ ุชَุชْุนَุจْ ู†َูْุณَูƒَ ู„ِุชُุญْุณِู†َ ุนِู†ْุฏَ ุงู„ุขุฎَุฑِูŠْู†َ
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya berbeza, maka tak perlu berlelah-lelah untuk nampak baik di mata orang lain.

، ูŠَูƒْูِูŠْูƒَ ุฑِุถَุง ุงู„ู„ّٰู‡ُ ุนَู†ْูƒَ ، ุฑِุถَุง ุงู„ู†َّุงุณِ ุบَุงูŠَุฉٌ ู„ุงَ ุชُุฏْุฑَูƒ 
Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak kan pernah berkesudahan.

، ูˆَุฑِุถَุง ุงู„ู„ّٰู‡ُ ุบَุงูŠَุฉٌ ู„ุงَ ุชُุชْุฑَูƒ ، ูَุงุชْุฑُูƒْ ู…َุง ู„ุงَ ูŠُุฏْุฑَูƒْ ، ูˆَุงَุฏْุฑِูƒْ ู…َุง ู„ุงَ ูŠُุชْุฑَูƒْ 
Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai.

Sumber : Dr Sholehah Kaswari

Kisah kambing

Kau pergi jua
Walau payah melepaskan
Itulah hukum alam

Hatta binatang pun kita sayang
Kesakitannya kan dirawat
Setiap momen jadi kenangan

Semuga anak2ku tabah dan Allah gantikan baka mrs mama yang boleh mewarisi sifat keibuannya lagi.

#ikutsunnah


kau pergi jua akhirnya


menyediakan susu

merawat kesakitannya

raikan cinta Aceh

 

Selamat Pengantin baru dek na dan Thaqif.

gah betui singgahsana dibina. 

Ini antara budaya masyarakat Aceh. Menjadi tetamu dan pengiring pengantin lelaki dari MALAYSIA hingga ke Aceh.. Allah  takdirkan untuk saya kesana untuk bercuti dan dapat melapangkan minda dari persoalan semasa. Terasa indahnya bila kita mengenali orang baru dari yang tak pernah kita kenal. 


Menyambut salam persaudaraan dari saudara seagama di bumi Islam Aceh. Biarlah kaya akhlak dan budaya dari berpura-berpura di bumi sendiri.  Miskin harta bukanlah ukuran untuk saya melebarkan salam. Malah saya lebih selesa melayani dan mengenali mereka. Tak perlu diukur kenderaan apa yg digunakan tetapi bila dan di mana sujud mereka yang terakhir. 

Alhamdulillah. 

Allah gantikan yang pergi.. 





makan apa tu



pernahkah terfikir
rambang mata 
mana satu nak mula
mana satu nak cuba
pelbagai rasa
pelbagai nama
untuk kita
jamah bersama

ini bukan olok-olok
tapi realiti hidangan diterima
seketika berkelana ke Aceh
Hidangan di  Melaubuh amat mempersona
meraikan pengantin
biar jauh
kita bina persaudaraan
kita dari rumpun yang sama
islam pegangan dijaga

terima kasih ibu yang mengajak saya untuk meraikan perkahwinan dua negara.

2/3/2000

#raikansahabat
#takkenalpunkitakawan
#sahabatsyurga

Monday, March 1, 2021

Jika bukan SEKARANG bila lagi

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini..untuk selesa di alam kubur..

Amalkan 4 perkara ini:

1 - Baca Alquran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3 - Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. 

4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar

Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik.
Aamiin ♥️

CNP