Saturday, June 11, 2011

BMA


Buku Merah Ayah(BMA)
Buku merah ayah ku selak lagi
Catatannya ringkas tapi bererti
Tentang anak, cucu, jiran juga diri
Di kongsi rasa gembira,
Juga kepiluan yang nyata
Ayahanda itulah gelarannya
Di panggil pula kami anakanda
Ohh indahnya ayahanda berbahasa
catatannya ringkas penuh makna
ditulis jawi juga  melayu lama
menguja  untukku menatapnya

Antara catatatnya di salin semula:
17/1/96 malam ke U pa’su belajar dalam kawalan askar Jordan. Alhamdulillah dgn pertolongan ALLAH dan bantuan askar juga rakan budak melayu jumpa pa'su di suatu tempat kenduri. Pa’su dan rakan2nya nak ke Madinah esok.

Tiga beranak umrah bersama
18/1/96  jam 8 pagi ayah ke XXxxx( tulisan jawinya x dapat ku baca dengan jelas) zohor dan asar di xxxx(tak jelas tulisannya).  Kemudian ke Baitul Maqddis, Sembahyang Maghrib dan isya di situ. Ziarah batu tergantung yang ada dalam masjid itulah. Merasai pengalaman masa ziarah Masjid Aqsa yang mana satu kereta diserang tentera Israel. Ramai yg terbunuh lepas itu dibakar pula

Hari sabtu, mula ziarah ke Bkt Zaitun, tempat nabi Isa diislamkan oleh ALLAH. Kemudian ke Maqam Sulaiman Al Farisi.   Hujan turun lebat juga bersama salji dan kuat . Bertambah2lah kesejukan lagi…
 Notakaki: ayah dan mak mengerjakan umrah dan ziarah ke Jordan-Baitul Maqdis-Mekah-Madinah 

1/12/1999  rabu, sempena hari menyambut Seri Paduka Perlis, Ayahanda terima motor Modenas KAW6578 dari anakanda Mahdzir 
( Notakaki : Terima kasih kak Na dan abg Zul)
26.3.2001 @1.1.1422 Hari ithnain petang, Yusuf Firdaus/chop Basharudin meninggal kerana lemas air. Esok jam 11pagi dikebumikan.
(Notakaki : Takziah,.aruah Yusuf disemadikan di masjid kampungku ) 

Pada 24/9/03 hari rabu pagi mula menjadi penyakit ini. Malam baru dapat tahu berita. Saya berdua dan anak2 Mahdzir, kak chiq, pa’su bersama2 motokar bertolak ke JB jam 12 malam. Tengahari esok baru sampai. Alhamdulillah..
(Notakaki :  Abg diserang strok dan dirawat di Hospital..Satu permulaan dari kebiasaan.....

Memadailah ini catatan dikongsi…buat ingatan pada ayah yang pergi..Dua tahun ku menangisi...Alfatihah
inilah tulisan dan tinta ayah bermukim...       

2 comments:

aizamia3 said...

orang dulu-dulu suka menulis di dalam buku atau diari.. macam mak ai..

ainhany said...

salam aiza,

betui3...tahniahlah untu mak!! kita camne? Slepas ketiadaaan baru kita mnghargai setiap tertulis..

kena fikir2laa..