Bismillahirohmanirohim
Hari ini hari terakhir tahun 1438H..bermakna esok tahun baru 1439H
Semuga hari ini catatan terbaik sebelum ditutup,sebelum catatan baru bermula.
hari ini episod terakhir keganasan etnik rohingya,
kebakaran untuk institusi maahad
juga jenayah
esok
kita kembali mengenali
diri kita
untuk apa
kenapa
dan kemana kita
dalam transit dunia ini
ayuh teman tariklah daku andai tersasar
pandulah daku
agar terhenti dilandasan yang tepat.
sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Wednesday, September 20, 2017
Monday, September 11, 2017
Sultan Kedah mangkat
Bismillahirohmanirohim
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayng
Sebagai rakyat KEDAH DARUL AMAN, saya turut ucapkan takziah buat kaum kerabat diraja Kedah di atas kemangkatan baginda Sultan Abdul Halim Muaazam Shah. Memayungi Kedah negeriku selama hampir 59 tahun bagi satu tempuh yang panjang.
Sejak sekolah rendah, menengah dan politeknik lagi, dinding kelas saya pasti dihiasi dengan gambar baginda sultan dan sultanah Kedah. Inilah pengalaman satu tika dulu sebelum saya melangkah meninggalkan alam persekolah di Kedah. Cukuplah saya katakan pemerintah almarhum sultan adalah dalam tempuh yang lama.
Menurut mantan Tuan Mufti Kedah, Dato Badarudin ketika dalam sesi pengajian ilmu di AU5 dulu, antara rahsia kesihatan almarhum tuanku ialah baginda mengamalkan meminum madu setiap hari. Madu yang dihantar terus dari pemungut madu di Baling (kalau tak salah saya) . Mengamalkan madu satu menu sihat makanan sunah.
Saya juga pernah melihat dari jarak dekat wajah almarhum Tuanku di Masjid Negara ketika meraikan ulang tahun YDPA . Baginda berjalan tanpa bertongkat walaupun di usia sebayanya sepatutnya menggunakan sokongan. Langkahnya sopan dan senyum terukir. Ketika itu almarhum mahu berangkat dari bilik di raja ke ruang utama solat di iringi dengan para pegawai masjid dan pengawal diraja. . Almarhum solat di atas kerusi dan turut serta membaca yasin bersama rakyat jelata.
Saya juga mengaminkan untuk kesejahteraaan almarhum baginda ialah ketika doa di khutbah hari raya aidil adha 2017. Khatib yang bertugas ketika itu di Masjid Jamiul Rahman, Simpang Tiga Paya Kelubi ialah Dr Hayati mantan YB parlimen Pendang. Alhamdulillah .
Amen. ya Robbal alamin
Semuga ALLAH ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya dan seluruh roh ummah islam yang telah mendahului kita. Semuga segala amalan baik menjadi saham akhirat buat mereka dan sama-sama kita mengambil iktibar dari sebuah KEMATIAN. Satu yang pasti dan setiap kita akan laluinya.
MATI itu benar namun tiada siapa TAHU bila ajalnya.
KEDAH berkabung dan kita iringi dengan AL FATIHAH .
Selamat berangkat almarhum sultan yang disayangi rakyat kedah darul aman ke tmpat yang abadi. Tenang dan damailah di sana....
12/9/2017.

Thursday, September 7, 2017
duyyufurohman 2017
assalamualaikum wbkth.
melakar sejarah
tahun 2017
5 saudara dalam familyku diundang
sebagai duyyufurohman
kakak sulungku Che rokiah
abang ku no 3 abg Basharudin dan kak Maimunah
kakak no 6, kak Siti khadijah dan abg Ustaz Soleh
juga hero kami Ikhwan Idris
ALHAMDULILLAH
Panggilan ini satu rahsia ALLAH .(nokhtah) .
Setiap orang mengidam harapan menjadi kenyataan namun yakinlah ALLAH akan menjemput pada masa dan waktu yang tepat. Doakan saya pula diundang biarpun panggilan itu mengikut caturan giliran akal adalah di luar jangkahayat. Apa yang penting azam saya mulai tahun hadapan, saya perlu menghadiri kursus haji lagi dan lagi..kerana mungkin akan mnjadi asbab panggilan dipercepatkan.
labbaikallahuma lambai..
Alhamdulillah familyku selamat menyempurnakan umrah dan haji 2017. Doakan mereka semua beroleh haji mabrur. Semuga keberkatannya sepanjang hayat...
Sesuatu yang istimewa bagi tetamu ALLAH ini mereka mendapat penginapan yang selesa dengan jarak perjalanan 15 min. Alhamdulilah buat mereka bertiga dalam dua bilik di aras 10 @ fajar Al Badie Hotel. Subhanallah.
Aidil Adha 2017 dirasai sunyi tanpa mereka. Biasanya rumah mak ayah akan dikunjungi meriah oleh anak2 dan cucu2 dengan pelbagai juadah untuk dikongsi. Kami akan sama-sama menunaikan solat sunat aidil adha di masjid, kemudian bermaafan sambil mengunjungi pusara emak dan ayah. Kemudian semua akan berkumpul untuk bacaaan yasin dan tahlil. Biasanya abang Soleh yang mengetuainya tetapi ada kalanya adik bungsuku pula mengambil tempatnyanya. Doa dan tahlil buat aruah ayah dan mak juga saudara2 yang telah mendahului...
Tapi kali ni kami beraya tanpa mereka. namun ketupat tetap menduduki rating tertinggi. Hampir 4 kilo kak na,.kakakku yng ke 9 menyiapkannya sehari dua sebelum raya. Alhamdulillah laris. Selain itu mee rebus ala-ala johor. Juga sentuhan anak saudaraku Fatin dengan menu lontong Johor. Dan tak ketinggalan sate pilihan dari Ar Sate Semeling. Alhamdulillah. saya, kak ina, paksu juga abg ke 2ku serta keluarga mereka sahaja yang bersama di pagi raya. Turut hadir anak2 dan cucu2 saudaraku daripada kakak dan abang yang ke Mekah.
Alhamdulilah kami buat dan kamilah yang makan itulah yang dapat dikatakan pada raya kali ini. Kami juga tak kemana selepas itu.
Apapun tafsiran hari raya aidil adha kali ini adalah sesuatu yang subjektif. Berbekalkan semangat dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kita mengambil izzahnya. Kehidupan kita hari ni adalah caturan ALLAH dan kita perlu istiqomah. Kita jaga ALLAH, pasti, ALLAH akan jaga seluruh kehidupan kita...hanya DOA dan TAWAKAL mengiringi langkah kita.
Ayuh sama-sama kita mendoakan agar semua jemaah haji selamat pulang ke tanah air dengan haji yang mabrur. Pulang setelah segala dosa terampun dan satu semangat yang baru. Doakan kepulangan familyku 29/9/2017 jam 2.20 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah...
semuga ALLAH jaga mereka sepanjang bermusafir

| kita posing duluu |
Subscribe to:
Posts (Atom)