Wednesday, June 1, 2011

Seputar bersama ustaz AI

Lokasi kes:  Masjid ArRidhuan, Hulu Kelang

Seputar bersama menghadiri kuliah ustaz AI bagaikan menghadiri istimak ulamak..Subhanallah...ribuan orang memenuhi  ruang di masjid dan ratusan kereta membanjiri perkarangan dan persisiran  jalan MRR2 . Sepasukan khidmat RELA diperlukan bagi memastikan kelancaran kenderaan dan keselamatan program.  

Ini merupakan pengalaman pertama menghadiri kuliah  live bersama ustaz Azhar Idrus. Pendakwah  yang fofular di internet dan lantang menyampaikan tazkirah dengan pelat ganunya. Sebarangbentuk rakaman video selain yang dibenarkan adalah dilarang.  Dari tingkat  atas yang menempatkan kaum muslimat, dapat diperhatikan hampir keseluruhan ruang masjid  dipenuhi oleh semua golongan yang cintakan majlis ilmu. Ada di  kalangan orang tua, dewasa, remaja juga kanak-kanak. Pendek kata,ceramah  ustaz diminati oleh semua peringkat umur.  Kemudahan khemah, kerusi serta tambahan ruang solat tambahan juga didirikan di hadapan masjid yang dilengkapi dengan layar putih..Segala prasarana disediakan bagi tidak menghampakan orang ramai mendengar kuliah (setiap dua bulan). Namun masih ada hati2 yang tak terpanggil..

Kuliah ustaz menggunakan buku kitab Anak Kunci Syurga.  Ini adalah sebuah kitab kecil yang membahaskan secara ringkas mengenai 'Aqa'id Al-Iman dan hukum-hukum yang bersangkut-paut dengan Feqah seperti bersuci, sembahyang, sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur, puasa, iktikaf dan zakat fitrah. Kitab ini turut membahaskan berkaitan dengan sifat-sifat yang dicela dan dipuji pada akhir pembahasannya. InsyaALLAH selepas ini saya boleh memanfaatkan buku ini untuk dua kuliah daripada ustaz yang berbeza. ( buku ini juga menjadi buku rujukan kuliah ustaz Mohd Yusainie Yahya) Walau bagaimana untuk kali ini saya sekadar mencatat dan mendengar... 
 Tu dia..pesta ibadah ..anggaran berapa orang yer??
Apa yang dibahaskan..?
Kuliah bermula selepas solat magrib dan merupakan kesinambungan dari siri2 pelajaran sepanjang ustaz berada di KL..Oleh itu tiada pengulangan dalam kuliahnya. Perbahasan  dan penjelasan dihuraikan dengan tertib dan detail kerana buku  ini merupakan buku  bahasa melayu lama yang disalin semula dari kitab jawi melayu fathani... Setiap saat adalah pengisian dan menyeronokan. Ketegasannya jelas apabila menghurai sesuatu bab  dan ada unsur sindiran, tawa dan sedih .Sesi menjawab soalan bertulis mngakhiri program kuliahnya. Walaupun banyak ustaz cuba menjawab sekadar yangt mampu olehnya dan ada kalanya perlu diringkaskan. Jawapan dan fakta ustaz adalah mengikut pandangan AQ, sunnah, ulamak dan qias. Subhanallah....ada 1001 permasalahan ummah  berkait dengan fiqh, tauhid, muamalat dan sebagainya..
Subhanallah
Di sebabkan d'va telah disusun secara berlapis, sebelum pulang saya meninjau2 gerai jualan yang ada..Kehausan tekak perlu dibasahi dengan air.  Telah saya beli jelly perisa keladi namun ia tak memadai dan saya lihat satu gerai yang menjadi tumpuan ramai... "Barbican". Saya pernah merasainya semasa pesta makanan halal di KLCC satu ketika dulu.  Saya pun membelinya sebotol dengan harga RM3 dan menikmatinya. Statement JAKIM tentang bir halal yang diragui tahap alkoholna(haram) keluar dua hari selepas itu... Andainya ku tahu tidaklah saya izinkan diri ini menelan atau menggelarkannya perkataan "bir" biarpun popular dengan bir halal... Apakah saya termasuk di kalangan meraka yang berdosa besar ...Meragui tentang ini, saya mohon petunjuk ALLAH bertaubat dan maafilah keterlanjuran saya yang telah memilih minuman ini di saat itu...
penafian dari Babrican company: syukur
Syukurlah.....hari ini berita tentang penafian berkaitan dengannya telah dijawab oelh pihak yang berkenaan. Apapun  moralnya, cukuplah kali ini saya menikmatinya....lebih baik minum air kosong tanpa perisa...Saya mohn maaf sekiranya catatan peribadi ini mengundang rasa tersinggung. Ini adalah pendirian saya dan saya bertanggungjawb ats diri saya dan saya tak berniat mmpengaruhi sesiapa... Kita adalah pengguna yang hebat dan jadilah pengguna yang sihat.

Semuga saya menjadi pencinta majlis ilmu dan terus mendalami ilmu sebagai persediaan diri untuk memperbaiki hakikat dan tarikat pengabadian kepada ALLAH Taala. Bukan mudah mnjawab persoalan tentang umur dan arah mana digunakan....Kita hnya penumpang dalam sebuah destinasi abadi. Bila-bila masa ALLAH berhak menjemput kita mengadapnya... Muga dengan cahaya  hidayah, rahmat dan tautan berterusan dengan ALLAH ...ALLAH melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya berterusan buat kita..Amin

wallahuaklam...yang baik dari ALLAH jua, kekurangan itu adalah kelemahan diri saya sendiri .

14 comments:

n@m@n said...

pernah terbaca je pasal barbican tu..tak pernah merasa lagi..harap² betul lah apa yang pemilik tu bgtau kan?

meriahnya majlis ilmu tu..alhamdulillah

Sharinginfoz said...

memang ramai betul yang mendengar dalam majlis ilmu ni

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semua bentuk penetapan (istinbat) hukum dari segi bab ibadat, jinayat, munakahat, muamalat, siasah dan pentadbiran Negara islam telah ditetapkan. Bagi kita yang berfahaman Ahlus Sunnah wal jamaah berpegang teguh kepada 4 sumber yg utama iaitu:AlQuran, Hadis Rasulullah saw, Ijma` dan Qiyas. Bab ini dinamakan Usul Fiqh.
Uṣūl al-fiqh (Arabic: أصول الفقه‎) (literally: the origins/fundamentals of the law) is the study of the origins, sources, and principles upon which Islamic jurisprudence (or Fiqh) is based.
Allah SWT telah berfirman dl Surah AnNisa:83وَإِذَا جَآءَهُمۡ أَمۡرٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُواْ بِهِۦ‌ۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡہُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسۡتَنۢبِطُونَهُ ۥ مِنۡہُمۡ‌ۗ Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan (Istinbat) mengenainya di antara mereka`
(Keamanan = adanya Daulah dan ketakuatan = tiada Daulah) ,`
Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah saw telah berkhutbah,`Berkata Jabir bin ‘Abd Allah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah berkhutbah: Demi sesungguhnya aku telah tinggalkan kalian sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat – iaitu Kitab Allah (al-Qur’an).
Disinilah para Ulama` membahagikan kepada 2 iaitu Qot`ie Tsubut (ketetapan putus) dan Dzonni Tsubut (Ketetapan Dzon). Adapun hal2 rukun, wajib dan hal2 penegasan terletak dibawah Qot`ie Tsubut dimana sumbernya mesti dari AlQuran dan Hadis Mutawatir sahaja terutama bab Ibadah. Disinilah para Imam Mujtahid/ Mazhab akan keluar membawa hadis2 yg arjih utk dibahaskan bagi sesuatu ayat AlQuran terutamanya ayat mutasyabihat. Dipendekkan cerita, sudah sampai ketika kita mesti tahu dalil2 nas yang diambil oleh kitab2 yang dipelajari. Wallahualam.

wahida said...

ada baca pasal barbican ni..

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..bukan senang nk lihat majlis ilmu ramai sebegini..semoga Allah merahmati mrk semua

ainhany said...

salam n@m@n,

syukurlah..mudahan JAKIM ada jawapan tentangnya dan pantaulah setiap produk sebelum masuk ke pameran MIHAS.( kita x tahu sbb prduk Iran kan).

benar....meriah dan saya terasa juga auranya nikmatnya meraih ilmu akhirat..Jom..
tq

ainhany said...

salam Sharinginfozs

Alhamdulillah.
Semakin ramai ummah mencintai ayat2 suci ALLAH dan merindui majlis ilmu.
Muga kita diantara mereka juga...
Tq

ainhany said...

salam wahida,

semuga kita juga dapat mmbezakan ketulinan dan kehalalan nya..

ainhany said...

salam shah,

insyaALLAH. mudahan begitulah...i
ni adalah fakta dan benar2 berlaku.
Subhanallah...sama2lah bermuhasah. Amin

ainhany said...

Waalaikumusalam ustzah,

Alhamdulillah..penjelasan dan perbahasan menarik. Mendefinasikan kitab _ nama himpnan hukum dan memahami fiqh memudahkan kita mjaga agama. Sama2lah kita belajar sementara umur masih berbaki dan tiada U-turn dlm merentas pejlann hidup. Pandulah hidup dengn jalan yg digariskan dan dijelaskan dlm kontek iman dan amal. Natijahnya kita selamat, negara selamat dan rhmat bercurahan..

p/s: tintamu, ain amat hargai dan sebagai tambahan atas ilmu yang ada..mhn dihalalkan jua..Amin

My Little Diary said...

kat opis saya, tiap2 minggu ada tazkirah selepas waktu keje.. :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
p/s Oh ya, Dlm Utusan Melayu bhgn MEGA m/s 23 hari ini (02/06/11) ada keluar mengenai bab ini serba sedikit.

ainhany said...

salam MLD,

syukurh.
Bguslah bila aktiviti berterusan..muga dapat sama2 manfaatkan. Terima kasih

ainhany said...

waalaikumusalam taj,

thnx 4d'info.
i'll read.
Harap boleh hubungi sy di nabm09gmail.com.

tqVm