Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan Penuh :Fakta

Ini fakta kejadian yang telah benar-benar  berlaku 16 JUN 2011 dan telah dirakamkan.


Konsep dan keterangan

Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang.

Gerhana  bulan  penuh  berlaku  apabila  bulan  memasuki  kawasan bayang umbra bumi.  Gerhana  bulan  penuh  16  Jun  2011  bermula  dengan  bulan  memasuki  bayang penumbra  pada  jam  1:25  pagi seterusnya  bayang  umbra  pada  jam  2:23  pagi.  Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit. 

Selain  gerhana  bulan  penuh  pada  16  Jun  2011,  terdapat  juga  gerhana  bulan separa dan penumbra. Gerhana bulan separa (partial) berlaku apabila sebahagian bulan sahaja  yang  masuk  ke  dalam  bayang  umbra  bumi  dan  sebahagian  lagi  berada  dalam bayang penumbra bumi sepanjang fenomena berlaku. 

Manakala  gerhana  bulan  penumbra  (penumbral)  berlaku  apabila  bulan  masuk  ke dalam bayang penumbra bumi tetapi tidak masuk ke dalam bayang umbra bumi. Gerhana jenis ini sukar dikesan dengan mata kasar.


lanjut di Sumber(terima kasih) : MINDA INSAN

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Subhanallah

Wassalam

ainhany said...

waalaikumusalam THR,

ALLAH AKBAR

zulkbo said...

salam..
tanda2 kebesaran Allah
jua pada mereka yang
mengetahui...moga kita
mendapat menafaat darinya

ainhany said...

waalaikumusalam cikgu zull,

muga kita diantara mereka.
bersyukur
berzikir

tmkasih