Saturday, March 30, 2024

Ramadann di Masjid Sendayan


Menjengok suasana di luar kl pula untuk Ramadan 17.

Lokasi Masjid Sendayan

MasyaAllah... 
Waktu menanti iftar, ribuan ummah berada di tingkat bawah masjid . Masing masing mengadap juadah berbuka yang majoritinya dibawa sendiri 

Seronok tengok suasaananya.. Di ruang solat pula selesa dan ramai... Alhamdulilah. 

Semoga menjadi saksi bahawa kita pernah berdoa dan solat di sini. 


Monday, March 18, 2024

Pisang vs Wang

Sekilas renungan.... 

Di Pintu Masuk  ZOO Tertulis:
Harga tiket : RM50 /orang
Kerana beberapa lama tidak ada Pengunjung Harga tiket diturunkan menjadi : RM 25/org

Namun masih tidak tidak ada juga pengunjung datang, akhirnya diturunkan harga tiket menjadi hanya : RM10.00/orang dan tetap tiada pengunjung..!!!

Akhirnya ditulislah Pengumuman :
*"MASUK FREE"* dan tiba2 ramai orang yang berebut masuk.

Ketika pengunjung di dalam penuh, 
Penjaga Zoo membuka semua pintu kandang binatang buas, seperti :
Singa, Harimau, Serigala, Ular dsb. 
Pengunjung pun setengah mati PANIK !
Kemudian pintu keluar di KUNCI.

Lalu di pintu keluar itu ditulis :
Kalau mahu keluar bayar RM 500.00!!
Kemudian *ramai* orang berebut bayar.

Inilah ironinya kehidupan kita.
Ketika ditawarkan *HIDUP SEHAT*
~ Makan yang sehat
~ Istirehat yang cukup
~ Senaman, dsb
Demi menjaga kesihatan sebagai usaha pencegahan penyakit ramai orang malas - *TIDAK MAHU*

Tapi kalau sudah masuk hospital, berapa pun mahal bayarannya PASTI dibayar, asal boleh sembuh, sekalipun harus menjual aset dan berhutang ...!!!

Semoga kita semua terinspirasi.

*Pepatah Jack Ma* 
Jika pisang dan wang diletakkan di hadapan seekor monyet, maka monyet akan memilih pisang, kerena monyet tidak tahu bahwa wang boleh digunakan untuk membeli byk pisang.
Dalam realiti kehidupan,
 Jika wang dan kesihatan diletakkan dihadapan orang, kerap kali orang akan memilih wang, kerana terlalu banyak orang yang tidak tahu bahwa kesihatan dpt berguna mendapatkan lebih byk wang dan kebahagiaan.

*TIDAK ADA YANG MAHAL, KECUALI HANYA KESiHATAN YANG PALING MAHAL*

 *SEGALA APAPUN BOLEH DITUNDA, KECUALI, KESIHATAN YANG TIDAK DAPAT DITUNDA*

*SEMOGA BERMANFAAT*

Wednesday, March 13, 2024

macam Kupu kupu

Kebahagiaan itu ibaratnya kupu-kupu, jika kamu mengejarnya, ia melarikan diri dari mu. 
Tapi, bila kamu duduk dengan tenang, ia akan hinggap di tanganmu. 

 Maka bersabar lah kerana sabar itu indah. 


Berpasangan

Setiap orang ada jodohnya
Setiap penjual ada pembelinya dan
Setiap usaha pasti ada hasilnya

Jodoh  hidup
Adalah kematian

bertemu dan berpisah juga jodoh

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.



Maafkanlah

*بسم الله الرحمن الرحيم* 

jika ada yang pernah tersakiti oleh saya,
baik dari segi lisan, tulisan atau perbuatan.
jika ada, mari kita selesaikan , dan halalkan di dunia.
kerana , jika dipanjang di akhirat maka nantinya ianya sukar dan berat.


Pada hati yang pernah saya sakiti ataupun tidak,
pada janji atau amanah yang pernah saya lalaikan,
pada orang yang pernah saya bermuamalah tetapi mendapat kekecewaan,

Mohon dimaafkan atas semua perkara.
jika berat, izinkan saya tahu bagaimana cara dapatkan kata maaf.

Maafkan saya, doakan saya.

Mari kita selesaikan muamalah di dunia supaya nanti kita tidak saling menuntut di akhirat.
Jazakallahu Khair.

NHM

Sunday, March 3, 2024

Ramadan Kareem

Niat Ramadhan.

 Saya berniat untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tahun ini kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah

Saya berniat untuk solat sepanjang malam Ramadhan kerana iman dan mencari pahala daripada Tuhan Yang Maha Esa

Saya berniat untuk solat Tarawih dua puluh rakaat setiap malam kerana Allah SWT

Saya berniat untuk menunaikan solat witir setiap tahun kerana Allah SWT
Aku berniat untuk menjauhi maksiat, baik kecil mahupun besar, siang dan malam, kerana Allah SWT.

Saya berniat membaca Al-Quran setiap hari dan malam pada setiap masa lapang dan mengkhatamkannya beberapa kali

Saya berniat untuk menghadiri majlis-majlis ilmiah sebanyak mungkin untuk mendapatkan kefahaman tentang agama

Saya berniat untuk membawa kebahagiaan kepada ibu bapa, saudara, saudara mara, saudara mara, jiran tetangga, dan semua umat Islam. 

Kami memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk menjadikan bulan yang diberkati ini sebagai bulan kebaikan, keberkatan, dan pembebasan dari api, dan menjadikannya sebagai bulan kelegaan bagi Islam dan umat Islam, dan membolehkan kita bekerja untuk apa yang dicintai dan diredhai-Nya, dan memasukkan kami ke dalam doa orang-orang yang mengerjakan umrah dan orang-orang yang mengerjakan umrah dan orang-orang yang berpuasa, dan untuk mendamaikan kami dan mendamaikan kami, dan untuk menjadikan kehendak-Nya baik bagi kami, dan menerima kami apa adanya, dan tutupilah kami dengan penutup-Nya. Dan pengakhiran yang baik akan diberikan kepada kami demi junjungan kami Muhammad, dan semoga rahmat dan kesejahteraan Allah tercurah kepada junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan semua sahabatnya.

Ramadan... Bulan yang diberkati untuk kami dan anda
Meminta doa .

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
 Ali Zein Hussein Bafdal