3 PERKARA YANG HARUS KAMU INGAT AGAR SENTIASA MERENDAH DIRI (MENJAUHI DARI SIFAT SOMBONG)…
1. Bukanlah tentang berapa besar rumah yang kamu miliki. Atau emas berlian yang dipakai. Tetapi yang paling penting adalah kebahagian seisi keluarga di dalam rumah itu. Kebahagiaan dari hati yang tulus ikhlas. Bahagia itu sifatnya sederhana. Apabila kita ikhlas dan redha, bahagia hadir tanpa kamu perlu berlumba untuk mempamerkan apa-apa…
2. Jika kamu tidak pernah diuji dengan kesusahan yang serupa dengan orang lain, janganlah memperlekehkan ujian mereka. Tentang jodoh, belum mendapat zuriat, kesukaran dalam menjadi seorang ibu, menguruskan keluarga dan pasangan juga kerjaya, kesulitan berniaga, menguruskan orang tua yang sedang uzur, kepayahan dalam mencapai kejayaan, keperitan menjadi seorang ibu tunggal…. Kamu tidak akan pernah mengerti. Jangan bandingkan bulan dengan matahari. Kerana ujian kita semua berbeda.
3. Selalu ingatkan diri. Bahawa segala apa yang kita miliki hari ini bisa musnah hanya dalam sekelip mata. Ingat bukan hanya di bibir, tetapi mengertilah tentang ini dengan sedalam-dalamnya. Kehilangan itu nanti, bukanlah dengan cara kita berfikir. Tetapi dengan cara yang langsung tidak dapat kamu fikirkan. (Iaitu, selagi kamu mampu memikirkannya - ia bukanlah cara mana Tuhan bakal mengambil semula kesemua harta mu. Bahkan nikmat mu dalam memiliki segala yang kau ada hari ini…).
Kredit Sumber:Dzuriasikim Dzulkefli

