 |
| kasihnya ummi.. |
" YA ALLAH, sebagaimana Kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub, Kau sembuhkan lah juga penyakit yang dialami oleh anak saudaraku ini, Abdullah Ishaq..Sesungguhnya anak saudaraku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi..."
Ya ALLAH, ampunilah kesilapan anak saudaraku ni, maafkan dose2nya dan terimalah taubatnya. Berikanlah kesembuhan untuk dia kembali bersama kami. Andai ada hutangnya yang belum berbayar, atau khilafnya sesama manusia, janganlah dihukumi melainkan diberikan peluang untuknya melangsaikan, memperbaiki dan mengkoreksi dirinya. Dengan nama ALLAH, saya sebagai emak saudaranya jua merayu, andai ada hutang2 sesama kawannya tika di kolej2 pengajiannya masih berbaki dan berhutang, sila maklumkan dan pasti akan diuruskan. Maafkanlah Abdullah andai itu silapnya ... Ya ALLAH, sesungguhnya diriku tak sanggup melihat penderitaan anak saudaraku sebegini. Dia anak yang baik, suka membantu, tak banyak kerenah dan suka menceriakan suasana. Sesungguhnya Ya ALLAH , ku yakini tak kau bebani Abdullah melainkan dia sanggup menghadapinya dan tak DIRIMU menguji kami, melainkan kami antara mereka yang berhak dibebnani ujian.
Bekalkan kesabaran kepada ummi dan ayahandanya untuk menghadapi ujian ini dengan sabar dan penuh pengharapan. Mudahan berkat doa umi ayahanda, family jua semua yang bersimpati di Ramadan ini, Abdullah beroleh kesembuhan dan temui rawatan yang tepat.
|
| kami rindu dgn lawakmu .. |
|
Bermula dengan demam panas yang berterusan, membawa kepada jangkitan kuman, dari wad biasa ke HDU dan kini air tulang belakangnya telah diambil untuk didinogniskan. Usaha pakar perubatan HBSA yang berterusan sehingga kini masih belum temui jawapan. Inilah kudrat manusia, hanya mampu menjustifikasikan penyakit dan kesakitan semasa mengikut SOP yang ada. Namun apabila 'kun fayakun' ALLAH, kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa kerana kesembuhan itu HANYA daripada ALLAH dan DIA yang mendatangkan dan DIA juag yang menyembuhkannya.
Kini antara menziarahi emak di kg, Kedah dan mengunjungi anak saudara di JB...saya menjadi berbelah bahagi..Emak tak harus disesakkan dengan penderitaan cucunya ini. Mak harus tenang dan memadailah di khabarkan Abdullah dirawat di hospital. Maafi kami mak ..tetapi saya yakini...ini hanya sebagai langkah keselamatan untuk mak juga. Semua maklum kasih seorang emak hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya buat si anak...dan daripada sekecil2 anak yang dikendungnya, sehingga setua mana sekalipun, kasih sayangnya tetap sama..INIlah naluri dan nafas seorang ibu....Namun pakala jiwa emak telah terguris, hati emak telah di robek, apa yang ada pada kita? . Masih adakah bahagia dan ketenangan. Saya seboleh mungkin ingin bersama emak, berbuka bersama mak dan berterawih bersama-sama di kg. Dapat juga mengunjungi dan membersihkan pusara ayah. Membahagiakan emak setelah ketiadaan ayah itulah azam saya juga kakak2 saya.
Buat diriku juga abang ku yang sedang di uji ini, sengaja ku ingatkan..ujian ALLAH satu peringatan. Kita tak perlu berpikir 'kerja ALLAH' kerana ALLAH adalah sebaik-baik pencatur. Marilah kita koreksi diri sendiri, bermuhasabah punca ALLAH uji Abdullah adalah habuan buat kita.. Sejauh mana kita menjaga hak2 kita dan sempurnakah kita dengan ALLAH. Kembalilah kita kepada mak..Doa mak tanpa hijabnya...Kita masih ada mak dan kita amat2 mengharapkan pengampuanan mak atas mana-mana khilaf kita kerana kita tak tahu, mana satu yang telah mengguriskan hati mak dan mengundang ujian ini. Buat abang ...pohonlah maaf mak, mhn mak mendoakan kesejahteraan abang dan family dan menghususkan doa kesembuhan buat anak kita ini.
 |
| kami rindu kamu.. |
Abdullah panggilan biasa di kalangan saudara, lebih manja di gelar abang ngah di kalangan adik beradik, Ishaq di kalangan sahabat2 juga. Dengarlah bisikan sayang ku ini. Sabarlah sayang, dirimu sedang diuji, ALLAH sayang kamu nak, ini ujian berat yang perlu A.Ngah tempuhi dalam meniti usia remaja. Lihatlah dengan pandangan kasih sayang ALLAH..Betapa kita selama ini terlalai dalam pelukan dan kasih sayang ALLAH...Betapa kita mengabaikan detik waktu yang berlalu...tapi tidak hari ini sayang. Setiap hari berlalu, doa untukmu diiringi..Bagi chu, apapun situasimu, kau tetap di antara anak2 yang pernah mendapat kasih sayang dan membahagiakan chu. Chu sayang abang ngah....sama macam dulu. Walau bagaimana teruk dan sakit mana penderitaan mu nak, berkat doa semua, ikhtiar yang berterusan, insyaALLAH ada kesembuhan. Jangan tewas dan menyerah nak, bangunlah dan berilah reaksi positif dari hari ke hari. Abang Ngah perlu sihat dan meneruskan pelajaran...Abang ngah suke membuat rekacipta yang mengkagumkan dengan kepintaran otaknya. Namun abang ngah tak suke menunjukkan kebolehannya. Tapi cu tahu itu watak sejak dari kecil lagi...berilah barang mainan dan pasti akan terburai dek operasi abang ngah... Tak ingat kan...tak per..cu masih ingat..
Bangunlah abang ngah..bukalah matamu dan lihatlah wajah2 yang menziarahimu..ada ummi yang amat2 kasih padamu, ada ayahanda yang sentiasa memberimu semangat, abang long yang baikhati, dikbas yang jenaka, dikfa yang prihatin, dik mat yang hansome , dik yam yang sopan, dik adam dan eddat yang merindui lawan dan tukang usik mereka..Juga saudara mara yang bersimpati, teman2 mu, guru2 di SRIH, dan SMIH. Mereka hadir dengan kasih sayang dan demi satu keakraban yang terjalin. Bangunlah sayang... usah berlamaan di situ.. Abg ngah perlu pulih dan sembuh dan kembali bersama family dan menjalani praktikal. Misi belum selesai..
Bangunlah Abang angah...berakhirlah kesakitan dan penderitaan mu nie..kembalikan keceriaan buat family kita..Cu rindu abg ngah yang sihat, yang boleh dok sebelah cu, boleh cu pegang kepala dan boleh gaduh lagi dengan chu...sebab tak de anak yang akan aman tanpa gurauan chu. Chu tau abang ngah tak amik hati dengan cara kemesraan cu...Cu rindu suasana ini lagi..Kepada anak-anakku yang lain, amiklah iktibar dan jadikan ini sebagai pedoman. Hari ini untuk Abdullah..esok2 sapa menjangkakan buat siapa. Muga ALLAH selamatkan kita semua dari segala perkara yang diingini. Melindungi kita semua dari fitnah dunia dan ancaman makhluk. Selamatkan dunia dan akhirat kita.Memudahkan urusan kita dan memimpin kita mendekati jannah.
Ya ALLAH perkenankanlah doa kami, dengarlah rintihan kami, makbulkan doa kesembuhan ini buat Abdullah ..Ya ALLAH berilah peluang untuk Abdullah kembali bersama kami, sihat dan sembuh. Panjangkan umurnya, rezekinya dan berkatilah hidupnya dan sembuhkan dia sepertimana sebelum ni.
Kepada semua yang turut membaca di sini, saya mohon doakan dan ulangi doa diatas untuknya Doa supaya Abdullah sembuh dan Allah kurniakan hidayah untuknya mnjadi daie seperimana Abdullah Rawhah.. Tiada hadiah yang terbaik melainkan saling mendoakan saudara seagamanya. Tak mampu saya membalasnya, melainkan akan terus mendoakan sahabat2 yang mengunjungi dan berdoa buat Abdullah. Terima kasih ALLAH . terima kasih teman-teman dan semuga ALLAH membalas kebaikan yang telah diberikan
wallahuaklam