Showing posts with label sihat& ubat. Show all posts
Showing posts with label sihat& ubat. Show all posts

Tuesday, November 16, 2021

Mandi Fajar

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

jom biasa-biasakan diri mandi sebelum tahajud insya ALLAH

sumber : CnP

Thursday, October 14, 2021

makan sihat


                                                         
                                               alhamdulillah
                                                              makan untuk sihat

Monday, July 12, 2021

selamat hari vaksin AZ #dos 1

Teman saya mengingatkan supaya update mysejahtera tiap hari. Akur dengannya , saya bertanyakan apakah rahsia dia beroleh panggilan begitu cepat. Katanya tika update , ticklah sakit yang ada. oooo begitu kisahnya. 

Tapi sampai satu tahap, kita dah bosan.  Saya tukar mindset...ALLAH buat yang terbaik dan DIA maha tahu masanya.. Dalam minda saya memang terukir #TaqdirAllahyang terbaik. Seperti mana berjodoh dengan kematian itu pasti. Ye..bila kita tak memikirkan hal yang belum pasti, minda kita tak serabut dan hidup jadi tenang.  Covid is real..yes . What we do...just pray to ALLAH to protect us, my family , my neighbour etc. and dont forget to follow SOP

Tetiba, dengan izin ALLAH atas kapasiti media front liner, undangan diterima dan suntikan vaksin AZ  diberikan pada 16/6/2021. Panggilan undangan ini saya andaikan jodoh. Hanya 3 hari sebelum tarikh menerima vaksin tersebut. Alhamdulilah

terkesankah?

ye...selepas 24 jam saya beroleh tindakbalasnya. Saya terpaksa melawan ujian kesakitan ini tanpa menyerahkan diri sewenangnya. Saya perlu fight kerana saya perlu bekerja pada malam harinya.

Namun apa yang berlaku, selepas 24 jam divaksinasikan, anggota badan rasa lemah dan sejuk, Tapi saya mengandaikan saya sihat sebab  saya telah mengambil panadol. Saya bertarung dengan perasaan kerana diri saya lemah dan rasa juga kesakitan di lengan. Saya mesti sihat dan saya mesti bertugas shif malam nanti. Usai solat asar saya gagahi diri untuk ke klinik Perdana dan Siti bagi memastikan tahap kesihatan saya. Kedua klinik memberikan alasan yang sama, saya demam dan perlu rehat.  Tiada ubat khusus melainkan PCM dan ubat bengkak.  Saya akur jua akhirnya

Malamnya, saya berasa badan saya seram sejuk dan tidak seperti biasa. Walaupun belum menggigil tapi saya terpaksa menggunakan selimut tebal bagi keselesaan diri. Inilah harga yang perlu dibayar bagi penerima dos 1 seperti saya. Lain orang lain tindakbalasnya. Syuukurlah selepas dua hari dirumah barulah saya kembali normal namum mmbataskan diri untuk bertemu orang awam.

Mengikut pakar jagalah diri untuk tempuh 14 hari selepas vaksin kerana ketika ini vaksin sedang berkenalan dengan diri kita. Saya patuh dan membataskan pergerakan dan pergaulan sosial . 

Alhamdulillah

Rumusan

Mengambil vaksin AZ ini kena sediakan mental dan fizikal untuk menerima kesannya. Mempersiapkan panadol dan pil pil tenaga adalah satu bonus.  Pastinya saya akan sedikit trouma untuk dos ke dua pada 18/8/21 nanti.

Wednesday, June 23, 2021

Doakan kak Pah

YA ALLAH
jaga dia untuk kami
Kami sayang dia
Kami masih perlukan dia

Dia wanita  luarbiasa 
Kami tak  mampu sepertinya
Bukan satu yg dibantu
Tapi tak terbilang oleh waktu

Ya Allah❤️
Kami serahkan kepadaMU
Permudahkan urusannya
Sepertimana dia memudahkan urusan oranglain

ALLAH ujinya untuk kita
Sejauh mana berlari
Bekalkan semangat
Tingkatkan doa
Munajat kita untuknya
❤️❤️❤️


Kak pah,
Ucu cuba untuk mengaminkan setiap Komen yg dibaca... Masya Allah... Mulut 'ameen ya mujib' , jari tekan like👍
Ntah kenapa airmata juga turut serta... Masya Allah..bukan satu.. Tp beratus.. Dan jemari ku jua terasa lemah bersama. ... Ya Allah  sahabatmu bukan satu tapi beratus2.. Dalam sekelip masa saja bilangannya tak surut yang mendoakanmu. Bertuah kamu dik.😍❤️Everyone❤️u. We❤️u2

Ucu yakin...
Doa dan harapan ni adalah hajat ikhlas semua sahabat  FB Natipah Abu . Belum termasuk family besar saya yang selamanya menyokong perjuangan kak pah sbg silence reader.

Sama-samalah kita terus berdoa, insya Allah ikhtiar ini dapat merawatnya. Dan kita serahkan kepada pakar2 yang mahir untuk mengendalikan rawatan terbaik untuknya. Peranan kita doa  dan aminkan setiap yg telah mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat kak pah@ Natipah Abu.

Maafkannya andai atas khilaf yg tak disedari. Kita semua ada kelemahan dan memaafkan adalah terapi terbaik.

Terima kasih Allah menghadirkan kak Pah sebagai adik ucu yang manja tapi penyayang. Pengganti yang pergi, pernah menyeka airmata ini kerana mengerti betapa indahnya ukhuwah kita. Bagimu kita lalui hidup ini dengan membahagiakan orang dan akan terus membantu selagi ada waktu. 

 Ya Allah
Perkenankanlah doa, hajat dan permintaan kami..
Kami sayang Allah
Kami sayang Rasulullah
Kami sayang kak Pah

Amen

With❤️
02:49:51
24 June 2021

Monday, December 7, 2020

Air nyok muda


Kita sama sama minum yg segar. 
Kita minum dengan syukur
kita minum untuk sihat
insya ALLAH ringan ibadah

Saturday, July 4, 2020

Anak saudaraku ke 57

Alhamdulillah

Welcome mynephew
Little hero
My LOV


Sabtu@7.40pm
Mahsuri Medical Centre

Si ibu manja

Manja
Dah tinggalkan kita
pergilah dengan tenaNG
KINI  hanya dalam memori

Kau pergi jua
Walau payah melepaskan
Itulah hukum alam

Hatta binatang pun kita sayang
Kesakitannya kan dirawat
Setiap momen jadi kenangan

Semuga anak2ku tabah dan Allah gantikan baka mrs mama yang boleh mewarisi sifat keibuannya lagi.









Tuesday, April 21, 2020

Bonjela



rawatan terbaik untuk ulser mulut

Sakit yang susah nak habaq
lebih baik diam sahaja
tapi jangan lupa
sakit tandanya sayangNYA kepada kita
kita yang banyak dosa
sering mengabaikan diri
lupa peranan dan tugas hamba

Sakit 
untuk seketika
menguji kesabaran
meningkat iman
redza
pasrah
kita usaha
lega ALLAH yang punya


berkali 
tak rugi
asal dapat diubati
sakit penghapus dosa


21/4/2020

Wednesday, July 25, 2018

Carta Tekanan Darah: Wajib Tahu

  untuk mengetahui lanjut sila kelik ini:  SUMBER : INFO TENTANG DARAH TINGGI


Use the blood pressure chart below to see what your blood pressure means. The blood pressure chart is suitable for adults of any age. (The level for high blood pressure does not change with age.)
Blood pressure readings have two numbers, for example 140/90mmHg.

The top number is your systolic blood pressure. (The highest pressure when your heart beats and pushes the blood round your body.) The bottom one is your diastolic blood pressure. (The lowest pressure when your heart relaxes between beats.)
The blood pressure chart below shows ranges of high, low and healthy blood pressure readings.

Blood pressure chart for adults

Blood pressure chart
Using this blood pressure chart: To work out what your blood pressure readings mean, just find your top number (systolic) on the left side of the blood pressure chart and read across, and your bottom number (diastolic) on the bottom of the blood pressure chart. Where the two meet is your blood pressure.

Download the Blood Pressure Chart

Download the Blood Pressure Chart
 Download the Blood Pressure Chart(123.96 Kb)

What blood pressure readings mean

As you can see from the blood pressure chart, only one of the numbers has to be higher or lower than it should be to count as either high blood pressure or low blood pressure:
So:
  • if your top number is 140 or more - then you may have high blood pressure, regardless of your bottom number.
  • if your bottom number is 90 or more - then you may have high blood pressure, regardless your top number.
  • if your top number is 90 or less - then you may have low blood pressure, regardless of your bottom number.
  • if your bottom number is 60 or less - then you may have low blood pressure, regardless of your top number.