sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Sunday, November 2, 2025
Mati dan dilupai
Dari mana asal usul kita
Tuesday, June 17, 2025
Korban 2025 @India
Tuesday, June 3, 2025
Tentang kakaku SITI KHADIJAH
Tuesday, January 30, 2024
Bohey Dulang
Sunday, January 14, 2024
Ikhlaslah
Thursday, October 6, 2022
BTP dalam kenangan
Semalam adalah pengalaman
Tuesday, February 8, 2022
Cinta
Friday, November 19, 2021
Apabila pintu rumah diketuk
Wednesday, October 27, 2021
Nizuan dalam kenangan
Saturday, September 25, 2021
Umrah kita
Thursday, September 23, 2021
luka sekeping hati
![]() |
Tuesday, September 21, 2021
cempedak
Thursday, September 16, 2021
Sunday, September 5, 2021
kasih tok
Sunday, August 15, 2021
Kisahku
Friday, August 13, 2021
Al fatihah buat kak chik Rozaini
29/7/2021 @ 19 Zulhijjah 1442H
Catatan
Sebuah perpisahan
ﺑِﺴْــــــــﻢِ
ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ
“Saya Noor
Haliza Che Pi memaklumkan rakan kita, Rozaini Mohammad, Ketua kelas 5 sains
A...anak arwah Pak Mat Restoren Pekan Pendang
telah kembali ke rahmatullah pada jam 7 am td...Sama sama kita hadiahkan Al
Fatihah kepada allahyarhamah...moga rohnya dicucuri rahmatNya. Sekian.”---29/7/21 sumber wassaap
[10:49, 29/07/2021] Smp Bakyah: Perkhabaran kwn sebaya kita yg depa panggil kak cik yg ada kedai roti canai kat pendang tu..meninggal..
[10:49, 29/07/2021] Smp Bakyah: Tak ingat nama betul dia...
[10:50, 29/07/2021] Smp Bakyah: Kak not tau kot
Innalilihi wainna ilaihi rojiun. Darinya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. ALLAH hu Robbi😭.. Pemergian kak Chik amat- amat memeranjatkan saya. Bukan sebab saya menafikan janji ALLAH tetapi merasai saya kehilangan seorang sahabat. Takdir ALLAH jua kita berpisah berpuluh tahun sejak zaman persekolahan.
Mana
mungkin saya melupakan sahabat Sekolah Menengah Pendang di
tingkatan 2P1-3P1 ni. Dialah ketua kelas yang sentiasa mempamirkan kepantasan dalam
tindakan. Antara lain dia juga suka senyum dan peramah. Yang segar dalam ingatan saya, acapkali
tingkatan 3P1 beroleh "Anugerah Kebersihan"sehingga bergantungan anugerah di
dinding papan kenyataan kelas. Walaupun
berkat kerjasama semua tetapi daripada kepimpinan kak chik lah sebagai
nakhodanya. Dia akan pastikan papan hijau bersih dan sanggup beli baru pemadam
menggunakan duit sendiri. Begitu juga kemudahan seperti penyapu, bulu ayam dan
lain-lain dia yang menyediakannya kerana dia tinggal di pekan Pendang.
Walaupun
di tingkatan 4-5 kita berlainan kelas kerana saya memilih aliran sastera dan
kak cik meneruskan di aliran sains. Namun setiap kali bertembung, senyuman terukir
di wajahnya dengan matanya sedikit sepek. SPM telah memisahkan kami kerana
masing-masing berbeza laluan. Kali
terakhir bertemupun hanya di zaman persekolahan. Lagipun kak Chik dan family
berpindah balik ke Merbuk selepas itu. Sesekali sahaja jika saya balik kampung
dan singgah ke kedai abang G( kedai Sri Merbuk)
barulah saya bertanya khabar kak chik. Tak banyak yang saya tahu selepas
tamat pengajiannya di ITM Perlis.
Selamat jalan kak chik. Terkasima bila dimaklumkan urusan dipermudahkan. Jenazah diurus oleh pihak surau di Kawasan perumahan dan selamat dikebumikan menjelang petang. Turut serta mengiringi jenazahnya adalah familynya dari Kedah. Alhmdulilah kak Chik, urusanmu selesai cepat tambahan pula bebas Covid.
Benar kematian adalah sebuah pengajaran. Hadiah terindah, almarhumah Kak chik dapat mempersiapkan dirinya untuk menghadapi mati. Sakit merupakan barometer pengukur keimanan seorang hamba, peluang untuk tingkat keimanan di saat datangnya ujian. Almarhumah mengingatkan saya menghargai nikmat “sihat” dan amanatnya ‘ur among good fren yang bertaqwa n need ur prayers for me to be more taqwa “ dan “moga kita dilindungi dan dapat jumpa….jumpa di syurga” . Paparan di screen telefon ini saya baca berkali dan berulang…barulah saya memahami makna tersirat. Kak Chik bertuah tau…sakit penghapus dosa, sakit adalah anugerah hanya kepada insan pilihanNYA dan ALLAH tahu Kak Chik mampu memikulnya. Bersemadilah almarhumah di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah Gombak, Selangor pada hari yang sama. Betapa mudahnya urusanmu ketika negara dilanda wabak yang mengganas dengan segala urusan perlu mematuhi SOP. Itulah rezkinya dan ALLAH memberi kerehatan buatnya di sana. Menjadikan ayat2 Allah sebagai peneman,lapangkan kuburan sahabat kami yang kembali mendahului kami dan jadikan kuburnya sebagai taman-taman syurga indah
Berita pemergiannya amat merobek jiwa saya.Ia mengingatkan saya bahwa kita sebagai manusia itu adalah makhluk yang sangat lemah, tidak ada yang kuat dari pada kekuatan dan pertolongan Allah SWT. Rasa macam tak percaya dan penyesalan saya kerana tak pernah usaha untuk menemuinya. Dia hanya memaklumkan tinggal di KL area Sentul. Di segi logic, saya boleh terjah kerana saya juga pernah lalui area situ untuk menghadiri beberapa program agama di masjid dan surau. Begitulah takdir saya yang bermonolog pagi tu. Saya menghubungi nombor telefon yang biasa kami berkomunikasi dan menghantar wasap untuk pengesahan. Namun Sepi…tanpa berjawab..
Khabar pemergiannya ini juga menjadi tanda tanya bagi sahabat seperti Ain, Sam , Sabiyah juga Fitriyah. Masing-masing mencari sumber dan punca kematiannya dan di mana lokasi jenazahnya tika itu. Menjelang malam saya dapat menghubungi adiknya. Alhamdulillah. Dalam sebak menahan gugurnya airmata, saya mengucapkan takziah buat family kak chik.
Selamat jalan kak chik. Baru kini ku tahu kau sebenarnya diuji kesakitan. Kak Chik adalah pilihan Allah yang diuji dengan tumor di kepala. Allahu robbi…Allah tak izinkan saya melihat kak chik ketika sakit. Menurut adiknya, 2010 kak chik pernah menjalani pembedahan tumurnya. Namun April 2021 sekali lagi hasil imbasan MRI mengesahkan tumornya kembali active di antara otak kiri dan kanan.
Barulah saya
perasan selepas menatap semula wassap yang diterima. Ayatnya ringkas tetapi
tergantung. Saya fikir mungkin almarhumah
kak chik sibuk dan tak sempat melayan wassap saya. Rupanya dia sedang menyimpan satu rahsia tahap
kesihatannya kepada umum. Bak kata adiknya almarhumah jenis “reserved”
Penderitaan
almarhumah dah berakhir. Sakit telah merubahnya semakin ingat mati dan berkat
ketabahannya dia dapat menghadapinya dengan tenang. Menurut adiknya badan aruah
agak susut berbanding yang saya kenali dulu.
Saya yakin almarhum sangat tabah. Almarhumah pernah bertanyakan
pondok yang sesuai untuk menghabiskan usia tuanya. Allahu..betapa dia merasai
dirinya dah tua berbanding saya yang masih lalai dan dia berhajat menghabiskan sisa umurnya di pondok. Rupanya
almarhumah tak perlu tunggu tua untuk mendiami pondok kerana dipanggil pulang
lebih awal. Orang yang berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik
dalam hidupnya, pasti Allah juga akan berikan sesuatu yang terbaik kepada apa
yang dia mahukan. Kerana ALLAH tak akan sia-siakan setiap usaha hambaNya.
Jom hadiahkan al fatihah buat almarhumah ROZAINI BT MUHAMAD
ِﺴْــــــــﻢِ
ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ
ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ
ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ
ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ
ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dan rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.... .َ .
Thursday, August 5, 2021
digamit rindu
Tuesday, July 13, 2021
rindu
Apa kamu buat tika merindu
ohh saya akan terus buat buat sibuk. Sama ada mendekat kepada ALLAH atau membuatkan sesuatu yang akan membuatkan saya letih.
tiap orang ada cara untuk merawat rasa rindu yang tiada penghujungnya. Tak payah menipu diri...Ada satu ketika kita akan digamit rasa rindu yang mendalam... Hanya air mata peneman dan amat memahami. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita tak mampu mengembalikan insan yang kita sayang bersama. kita terpaksa merelakan pemergian mereka. Mereka adalah takdir terindah buat kita. Allah ada cara mengajar kita . terimalah hakikatnya
eh kenapa saya digamit rindu ni?
Kerana kita dah lama tak bersua. Biarpun jasadnya tiada tetapi nisan cinta mereka tetap utuh. Berdiri mengadap dua nisan sudah memadai...terlalu banyak yang terbuku nak diluahkan. Biarpun kalian tak mampu berbicara lagi...tapi kalian setia mendengar.
Bilakah kali terakhir pertemuan dengan mereka?
Raya haji 2020. Tahun pendamik C19 melanda telah menjarakkan kita. Akibat bilangan angka dijangkiti bertambah dari hari ke sehari. Sapa tak rindu bertemu family sendiri biarpun hanya berjarak 250km sahaja.
Thursday, May 20, 2021
Terhiris luka
Entah keberapa kaliTelah ku robak jiwanyasakitNamunMampu senyum dalam kepaksaanmaaftanpa sadarada jiwa meranakerna kebodohanku
cukuplah





















