Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

Saturday, January 11, 2025

Kenali INFLUENZA

INFLUENZA A

Nak kongsi sikit tentang influenza A yang tengah sakan sekarang ni🤙🏻

Ok, apa benda influenza A ni?
Ianya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui cecair di udara ( melalui batuk, selsema) yang disebabkan oleh sejenis kuman virus yang bernama influenza.

Influenza ini ada 4 jenis : A,B,C,D.
Dan yang paling serius jangkitannya adalah jenis A.
Ianya bukan sahaja boleh mengjangkiti manusia, tetapi juga boleh menjangkiti haiwan seperti burung dan khinzir.

Tempoh jangkitan adalah 7-21 hari.
Jadi, bertabahlah jika dijangkiti.


Nasihat saya adalah jika anda atau anak anda atau ahli keluarga anda ada yang sedang demam, batuk, selsema , berehatlah di rumah sahaja. Jangan keluar ke mana mana kerana anda boleh menyebabkan orang lain terjangkit sama atau jangkitan anda akan menjadi semakin teruk.

Jika suhu badan melebihi 38 darjah selsius, tolong ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul. Ianya penting samada untuk tengok anda dijangkiti kuman virus atau bakteria.

Dengan cuaca sekarang yang agak sejuk dan lembab, banyak kuman bersuka ria di udara persekitaran kita.

Influenza pun bermaharajalela, denggi pun berkenduri sama dan radang paru paru pun nak turut serta.

Jangan biarkan dah melarat baru nak berjumpa doktor ok.

Rehat di rumah.
Minum air masak banyak banyak.
Makan makanan yang tidak terlalu berat.
Tukar cadar, langsir, tuala dan kain yang terdedah kepada virus.
Amalkan buah dan sayur sayuran secukupnya.

Dan dapatkan vaksin influenza apabila sudah sembuh nanti.

Adakah supplemen yang boleh merawat influenza?
Tidak ada.
Sebab rawatannya adalah berdasarkan simptom sahaja.
Kalau nak makan vitamin C, silakan tapi dapatkan di farmasi berdaftar sahaja bukan dibeli online.

Elok lagi ambil natural produk yang mengandungi tinggi vitamin c seperti buah orange, kiwi, buah naga.

Ingat satu sahaja,sakit itu penghapus dosa😊

https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu

https://www.cdc.gov/flu/avianflu/influenza-a-virus-subtypes.htm

Nota kaki : Jaga diri & kesihatan. Nak tahu tentang kesihatan, tanya ahli kesihatan yang beretika bukan yang jual produk buatan sendiri✌️

Dr. Erna Nadia
Jika anak anak tidak sihat atau anda sendiri tidak sihat, please jangan keluar jalan merata rata, jangan sebarkan virus dan hentikan penyakit ‘ishh takde apeee’ ‘ishh demam biasa ni’ ish itu ish ini,)


Sumber :FB

Saturday, November 21, 2020

Hargailah Umur tua

Nasihat Emas 

*🌴Nasihat pertama🌸*
*💠Cubalah berurut urat saraf 3 ke 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.*

*🌴Nasihat kedua🌸*
*💠Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.*

*🌴Nasihat ketiga🎈*
*💠Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga*.

*🌴Nasihat keempat🌸🎈*
*💠Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.*

*🌴Nasihat kelima🌸🎈*
*💠Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.*

*🌴Nasihat keenam🌸🎈*
*💠Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.*

*🌴Nasihat ketujuh🌸🎈*
*💠Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.*

*🌴Nasihat kelapan🌸🎈*
*💠Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.* 

*🌴Nasihat kesembilan🌸*
*💠Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.*

*🌴Nasihat kesepuluh🌸🎈*
*💠Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله.*

*🌴Nasihat kesebelas🌸🎈*
*💠Makanlah makanan kesukaan Nabi.*
*Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.. *Wasiat untuk kita semua*

.                *TERUSLAH*   
                *BERSAHABAT*
              *SAMPAI ALLAH*  
                    *BERKATA*
                 *WAKTUNYA*
                     *PULANG*

*Ketika ada kesempatan*....., 
Pergilah bersama teman-teman.
Berkumpul- kumpul, *bukan* sekadar makan, minum dan bersenang, *tetapi ingat*, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, *bangunkanlah PERSAUDARAAN*.

*Mungkin lain waktu* kita tidak akan bertemu lagi.

*Mungkin lain waktu* kita sudah semakin susah untuk berjalan.

*Umur itu seperti ais batu*, dipakai atau tidak, akan tetap mencair dan berakhir.

Begitu juga dengan *umur kita*. 
Digunakan atau tidak digunakan, umur kita akan tetap berkurang,  dan akhirnya *kembali ke hadirat ILAHI*.

*Kita akan menjadi tua*, sakit, dan meninggal.. 

*Jalani hidup ini* dengan ceria,  sabar dan santai.

*Jangan suka* mau menang sendiri,  sementara orang lain selalu salah.

*Jangan buang* sahabat cuma karena tak sepakat.

*Satu keburukan* teman, bukan berarti hilang *sembilan kebaikannya*.

*Perbanyaklah waktu* untuk berkumpul dengan teman- teman dan saudara-saudara kita.

*Siapa tahu* mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak.

*Buanglah* jauh jauh sifat egois dan iri hati.

*Terimalah* kekurangan dan kelebihan dari sahabat.
*Bertemanlah* dengan apa adanya, bukan karena *ada apanya*.

*Nikmati* semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbedaan. 
*Percayakan* kemampuan teman kita.

*Jaga perasaannya*, tutupi aibnya. 
*Bantu* ketika dia jatuh, sediakan bahu ketika dia menangis.

*Tepuk tangan* dan gembira ketika dia sukses. 
*Sebut* namanya dalam doa kita.

*Bertemanlah* dengan hati yang baik dan tulus. 
Ketika *hatimu baik dan tulus*, percayalah, Allah juga akan selalu bersamamu.

*Teruslah  bersahabat* sampai Allah berkata waktunya pulang.

🤝 *SALAM PERSAHABATAN* 🤝
Sumber :Ustaz Ahmad Dusuki
copyandpaste

Monday, April 27, 2020

Pkp

*PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN*

Yang Kita Nampak
*******************
Pergerakan terbatas
Tidak boleh lagi ke sana  kemari. 
Duduk dirumah setiap hari. 
Tiada bekerja hanya kutip gaji. 
Yang berniaga terputus pendapatan. 
Gelandangan makin gundah gulana. 
Anak- anak semua diri umah. 
Tidak dapat lagi pergi bercuti apatah lagi membeli itu ini

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Allah beri kita luang masa bersama keluarga. 
Jika dulu susah bersua muka walau serumah. 
Yang bekerja Allah beri rehat untuk tumpu ibadah. 
Jika dulu selalu kata asik tak sempat. 
Yang niaga Allah sedang menguji keimanan untuk dinaikkan lagi darjat. 
Yang gelandangan Allah mahu dia tahu dia masih disayangi
Disediakan tempat sempurna  terurus segalanya. 
Allah tunjukkan mereka masih ada harapan. 
Menguji si kaya adakah sudi bersedekah. 
Anak2 sentiasa didepan mata bergurau bercerita. 
Yang pemboros sudah dapat berjimat. 

PKP RAMADHAN 

Yang Kita Nampak
*******************
Tiada lagi Bazaar
Yang menjual pelbagai juadah. 
Tiada laki bini berpimpin tangan
Tiada sibuk iftar di mana
Tiada lagi terawih di masjid.
Tiada laki bini kalut nak 8 
Tiada lagi beli belah
Untuk persiapan Raya. 

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Puasa itu untuk kita merasa seperti yang tiada. 
Bukan kenduri melayan tekak membazir dan berlebihan. 
Allah mahu kita hidupkan ibadah dirumah. 
Terangi rumah dengan Zikrullah. 
Allah rindu hambaNYA sekeluarga memujinya. 
Allah mahu kita insaf. 
Puasa bukan tentang pembaziran tapi tentang menghargai Rezeki. 
Manfaatkan apa yang ada. 

PKP -RAYA BAKAL MENJELMA

Yang Kita Nampak
*******************
Tidak  dapat lagi melaram baju sedondon. 
Tidak dapat laki bini pos raya
Tak dpt tempah biskut raya selagi jenis yang ada. 
Tiada anak tiada duit raya. 
Tiada lagi duit raya untuk diberi sebagai sedekah. 
Tidak lagi dapat balik ke kampung. 

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Raya itu tanda kemenangan selesai berpuasa. 
Bersyukur dan bersederhana dgn apa yang ada. 
Allah mahu kita berjimat dan menghargainya bersama keluarga. 
Yang berlaki bergaya sakan
Tak lekang laki bini
Allah mahu kita didik  apa itu Hari Raya. 
Raya untuk disyukuri dan di rai bukan untuk kutip duit raya. 
Mahu ingatkan kita sedekah itu bukan hanya pada hari raya. 
Allah mahu kita rasa menyediakan segalanya sendiri.
Memasak juadah dan rai sekeluarga. 
Bukan balik melaram di malam raya. 
Ibu ayah berkeringat dikampung sediakan segala. 

PKP Yang Kita Nampak
***********************
Tiada lagi ibadah haji dan umrah kerana wabah yang melanda😭

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Allah mahu memberitahu Dia yang menentukan rumahnya utk di lawat atau tidak. 
Bukan kerana kau kaya berharta boleh pergi bila2 masa. Tempah hotel 3,4,5 bintang. Kau berpendapatan atau tidak. Peduli apa orang di sebelah. Duit aku, laki aku, family aku.. Aku punya pasallah. Kau apa ada?? 


PKP
*****
Allah bukan menghukum. 
Allah sedang mendidik kita. 
Mengingatkan kita yang telah banyak terkeluar landasan terutama yg membudayakan agama Allah. 
Allah sayang hamba2 NYA. 
Yang dicipta sebegitu sempurna
Dengan penuh kasih sayang. 

Wabak ini hanya dihantar untuk memberi amaran, mengingatkan dan mendidik kita agar kembali ke jalanNYA.


#PKP
#staysafe
#juststayathome
#kitajagakita

Wednesday, April 22, 2020

Touch n Go


top u p



Tiada pilihan lagi
hanya MEX laluan yang ada
Kadar tol tak berubah
Tapi berganda keluar masuknya
Lain padasng, lain belalangnya

kini saya tiada pilihan laluan lagi. Hanya haiway jalan yang ada. Jika dulu sekali topup Rm50, boleh bertahan lama sebab saya mengelakkan melalui lalui bertol. Saya hanya memilih laluan bertol jika sekiranya berada dalan kesesakan ataupun kerana kesuntukan waktu ke pejabat.
Selain dari itu saya akan mengunakan laluan alternatif yang percuma dan menikmati suasana persekitaran yang menenangkan.

Satu ketika, sewaktu balik dari kerja shif malam, saya telah melalui  laluan ke Bandar Kinrara, namun kecewanya saya bila mendapati laluan tersebut telahpun di tutup sepenuhnya di kedua-dua arah. Terputus satu rantaian perhubungan.

KINRARA



Pada satu hari, ketika saya pulang dari bertugas shif petang, laluan saya telah ditutup sepenuhya . Hampir saya mengalirkan air mata memandangkan waktu dah menghampiri jam 12 malam dan saya terpaksa menukar arah laluan apabila laluan di hadapan SIRIM Bukit Jalil juga ditutup. Apabila ditahan oleh sepasukan polis dan askar di hadapan, sebelum mereka bertanya, saya yang memulakannya meminta pandangan mereka laluan mana sepatutnya dilalui untuk balik ke rumah. Syukurlah keresahan reda bila salah seorang pegawai polis di situ memberikan kerjasama dan info yang jelas.

BUKIT JALIL



Kini , saya terpaksa menukar mindset, melalui heway bagi mempercepatkan perjalanan tanpa tempuhi que roadblock walaupun tiada kesesakan.  Selain itu perlulah top-up duit tol awal-awal kerana tiada tambahnilai di plaza tol lagi. Bayangkan jika minyak lebih murah dari air mineral, tapi tol lebih mahal dari roti canai. Inilah hakikatnya mahar yang perlu diliunas.

Duhai Touch n GO
saya ingin bertanya...

Kemana wang kamu bawa bagi TnG yang tamat tempuh sebab tak digunakan kad tersebut. Jika RM 1, jika RM18.9-?? Kenapa tak dikembalikan kepada ownernya

Kenapa korporat macam TnG ni tiada saingan dalam perniagaan. Jika Telco ada pelbagai jenama kenapa tiada di buka kepada syarikat laian untuk bersaing  sihat dengan TnG

Cas dikenakan apabila topup dibuat di Petronas dll adalah 50 sen. Kenapa dan kemana duit itu pergi...sapa yang rugi??kenapa ada setengah kedai tak ada cas dikenakan. KEnapa tnG tak sediakan kios semaxima mungkin untuk kemudhan rakyat marhaen/

Usah ditanya kenapa tak menggunakan pembayaran on9 . lain padang lain belalangnya
tolonglah buat review dan dengarlah pandangan rakyat marhaen. Kami tak kaya tapi kami tiada pilihan lain.


Jom bayar zakat jom sedekah



22/4/2020 at 7 pm











Tuesday, April 21, 2020

Kesan C19_minyak murah

nah..minyak dah murahtapi..
Kesan C19, harga minyak dunia turun .
terkini harga seliter minyak adalah RM1.35 seliter. Bayangkanlah kereta kecil dan murah seperti d'Va hanya memerlukan RM 40 untuk penuh. SUBHANALLAH


Tapi, Pergerakan pula terbatas,  Perjalanannya hanya dari rumah ke pejabat dan begitulah sebaliknya. Dengan muatan minyak sepenuh itu dapatlah bertahan dalam dua minggu dan bayangkan lagi berapa manfaatnya diberikan jika kereta  "stay at home forever". Minyak kereta telah membantu meringankan perbelanjaan kewangan tetapi bagaimana pula dengan risikonya?
Ya, risiko agak tinggi jika tak menjaga tahap kebersihan dan tidak menggunakan sentiasa hand sanitizer.  Semua kita terdedah kepada wabak C19

Bagi saya,  harga minyak juga menyumbang kepada kecairan perbelanjaan bulanan kerana d'Va saya tu tak pernah duduk diam. Setiap hari dimanfaatkan. Berjela jika hendak dinukilkan. Seolah-olah bisikan saya padanya, bawalah daku ke syurga dengan asbabnya.

Tetapi kini
minyak murah tiada kemana
ada kereta terbantut pergerakan
ada jalan laluan terhalang
Lalu lebuh raya tiada pilihan
ada mahar perlu dilunaskan
 
dengan kekangan waktu kerja sekarang, saya tiada pilihan laluan lagi. Banyak laluan alternatif elak tol telah ditutup sepenuhnya. Melalui jalan sirim Bukit  Jalil atau Jlan Kelang lama-Kinrara yang merupakan laluan tanpa tol telah DITUTUP . Kedua-dua laluan telah dituiutup sepenuhnya.

Wednesday, January 29, 2020

Tahun 2020

Pejam celik.... dah masuk 2020
Dah bertukar azam dan semangat
Anak ank saudaraku makin bertambah dan semakin besar, begitu juga cucu2ku..selamat datang 2020 ke family besar kami.

Tahun berganti, masa bertukar dan kerjaya berubah. Yang tak pernah kurang adalah usia. Ye usia ku semakin tua. Hakikat yng tak perlu dinafikan. Seringkali alpa dan leka dengan rencah nafsu yang membelenggu.

Corak kehidupanku totaly berubah. JADUAL hujung minggu juga  celaru. Ye, sedih kerana tak dapat lagi hadir ke aktiviti mingguan menghadiri kuliah duha . Begitu juga kelas talaqqi setiap mlm Khamis. Saya yakin Allah pasti memberi yang terbaik buat kita semua. Saya cuba serap diri dengan kehidupan baru ni dan cuba menghadirkan diri ke majlis ilmu di celah waktu yang ada. Nak tunggu off day dan hari rehat memang sukar dijangkakan. Mudah-mudahan ALLAH mengampuni saya dan terus pandu ke jalanNya. Sokongan family dan sahabat memang menguatkan semangat saya untuk menghadam situasi kerjaya baru ni. Tarikh 8 October 2019 akan saya kenang.

Eh kenapa 8 october. Oh ya kerana tarikh ini adalah secara rasmi saya menerima tugas baru selepas balik dari menunaikan umrah. Terpaksa pendekkan cuti rehat dan tak sempat jetleg. Menerima atau menolak di situlah saya.

Terima kasih sahabat sepasukan saya kini yang sentiasa sedia tunjuk ajar dan mengajar saya. Kisah kehilangan dan pemergian saudara terdekat berlalu dengan kesedihan.  Rawat dan reward diri 




Thursday, November 15, 2012

Oh GAza

Gaza diserang lagi.....
 
Bayangan Tragedi Gaza 2008-2009 ke atas Gaza bakal berulang kembali. Di awal tahun 1434H ini, Gaza terus dihujani muntahan bom dan peluru yang telah mengorbankan Ketua Umum Briged al Qassam dan puluhan yang lain. al fatehah 
 
 Tabahkan jiwa dan bersabarlah wahai saudaraku, iringan doa dan sumbangan kami di jauhan tetap bersama anda wahai ahli Gaza.

Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu Ya Allah.
 
YA ALLAH HANCURKANLAH ISRAEL DARI PETA BUMI INI  
MENANGKANLAH  UMAT ISLAM DI PALESTIN
AYUH SAMA-SAMA  -  DOA. ( biarpun jauh tapi kami tetap bersamamu)
inilah SENJATA UMMAT ISLAM . 
SUMBANGKANLAH RM RM RM...demi Agama, demi persaudaraaannn....
 
Angkuh !! Biadap Dan Kejam....inilah lagak PM Israel yang memberi arahan akan terus melancarkan serangannya seperti tersiar di berita pagi  ni.....Tidak berperikamanusiaan!!! Membunuh nyawa anak2 dan orang awam yang tak berdosa....Ya ALLAH, KAU hancurkanlah israel ini ...bersama  niat mereka .!!!!  Sama-sama kita doakan pasukan bantuan  kita selamat dan dapat menyempurnakan amanah dgn sempurna. 
(sama2 kita nantikan perkembangannya ) 

Thursday, May 17, 2012

19 MEI 2012 ...Hari Ilmu

Jemput lah datang ye....
MAJLIS MAULID RASUL sempena Ulang tahun ke 50 kuliah subuh masjid kg baru.....subhanallah..hebatnya masjid ni..tak ade satu haripun(kecuali 13 mei & perintah berkurung) permulaaan hari tanpa kuliah di masjid ini...Hebatnya dan utuhnya masjid ini sejak dulu.....tentatif rujuk poster dibawah..
**********************************
atau :
Datanglah beramai-ramai hadir ke Majlis Istighasah Al-Kubra yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 (Sabtu) di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari pukul 4.00 pagi - 9.00 pagi.  

Antara pengisian program ini adalah  qiamullail, zikir dan munajat, doa, dan tazkirah. Program ini akan dimulakan dgn Qiamullail. Qiamullail akan dipimpin oleh Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Qari Diraja Saudi Arabia.

Bersama kita bermunajat memohon keamanan dan kesejahteraan Negara kita serta mengekalkan perpaduan Ummah....sebarkan dan sila kongsi kepada rakan anda:

 *******************************
 Dan Kemudiannya ke sini
Ceramah Khas Hari Ibu Bersama  USTAZAH NORHAFIZAH MUSA
bertajuk :KASIH IBU" pada Sabtu (19/5/2012) jam 9.30 pagi 
di SURAU AL MUSTAQIM , Lembah Keramat.

ANDA SEMUA ADALAH DIJEMPUT UNTUK MENGISI PROGRAM INI
>>insyaALLAH jumpa di sana..

Wednesday, April 25, 2012

Ayuh "Hayati solat selamatkan umat elak murtad"

AYUH kita bersama ke Seminar "Hayati solat selamatkan umat elak murtad"
 pada 28 April 2012 ( SABTU ) nie di Masjid Shah Alam. Mulai jam 8.00 pg -12.00 tgh hari

***Sangat2 hebat *** Disampaikan oleh Prof Madya Dr Hasnan Kasan yang juga penulis buku  Mari Memahami & menghayati BACAAN SOLAT . Membicarakan secara terperinci tentang solat, pendekatan dan penghayatan serta skillnya.   Ianya juga  merangkumi perincian, ketelitian dan maksud bagi setiap bacaan di dalam solat. Berpandu buku ini sebagai rujukan, ustaz menghuraikan lagi bersumberkan kitab2 rujukan daripada Imam Shafie.. Perrkongsian pengalamannya dalam usaha membetulkan solat amat berkesan. Selain menekankan pemahaman bacaaan setiap solat,  tip2 yang afdhal berdoa juga di kongsikan.  .....

Sebagai hamba yang dhaif,  saya merayu dan menyeru sahabat2 semua memiliki buku ini sebagai rujukan.( Hanya 122 mukasurat). Buku yang ditulis dari hati penulis ini dan memberi penekanan yang amat hebat tentang solat...bagi mencapai target solat khusyuk dan mencegah kemungkaran. InsyaALLAH.  Paparan ayat-ayat suci dihuraikan satu persatu dan mencapai matlamat tajuk buku ini juga. Dan sekiranya berpeluang ayuhlah bertalaqi bersama penulisnya...
Semuga ALLAH terus memberi kita petunjuk  hidayah dan kebenaran ilahi. insyaALLAH. Terima kasih ustaz. 

Bersempena dengan seminar kali ke 2( minggu lepas juga telah diadakan), minggu ini , hanya dengan yuran rm 30, anda juga  akan dibekalkan buku ini....yang bernilai rm15...jadi fikir2kan...
DIGALAKKAN datang dalam family dan libatkan anak sebagai momentun berdoa ..baik akhlak solatnya , sempurnalah imannya.

Sama-sama kita muhasabah sejauh manakah solat kita selama ini dan apa kata kita berniat untuk memurnikan solat kita denagn kelazatannya seperti mana khusuknya rasullulah

Kini pilihan depan mata...ayuh  datang ....
Nak tau detail sila hubungi di sini....: 0139171363 atau 0389640316
dapatkan 5 peserta, anda akan dikecualikan..

Ilmu tanpa amal adalah gila, amal tanpa ilmu adalah sia-sia.


Wednesday, April 18, 2012

Bersama Ostaz Kazim Joooomm

ANDA adalah dijemptr untuk sama-sama ke kuliah ustaz. Jom seputar @ampang bersama semarakkan ilmu!!!
Dah lama tak dengar ceramah ustaz kazim secara liVe..INSyaALLAH kali ini  kita pakat pi nah.boleh . membersihkan jiwa-jiwa yang kecamuk dan menyedut kemanisan dalam majlis ilmu. Banyak ganjarannya....lagipun kerja dakwah ni tanggungjawab semua. Sama-sama kita  mewarwarkan dan beriktizam akan sama2 hadir pada majlis ini juga...atau mana2 majlis ilmu. wallahuaklam

Monday, April 16, 2012

Lantunan Mahabbah di Kedah

 Selamat datang kepada semua warga yang mencintai majls ilmu....khususnya di Utara semenanjung..Jangan lupa MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASUL bersama Tausiyah Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz...Program disusun dengan teratur selama dan sepanjang perjalanan dakwah tuan guru ke Malaysia. Muga  ALLAH mencatat  perjalanan dakwah  kita untuk terus mencintai rasulilah dan mncontohinya...Izinkan diri kita menerima pesanan2 hikmah ini. Muga2 diantara mereka..adik2, abang2, kakak2 anak2 saudaraku juga mak serta seluruh warga kedah...........

Serba sedikit  Tuan Guru-Habib Umar bin Hafidz

Beliau terlahir di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan berlimpahnya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan kota ini selama berabad-abad. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang adalah seorang pejuang martir yang terkenal, Sang Intelektual, Sang Da’i Besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim. Ayahnya adalah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidup mereka demi penyebaran agama Islam dan pengajaran Hukum Suci serta aturan-aturan mulia dalam Islam. Beliau secara tragis diculik oleh kelompok komunis dan diperkirakan telah meninggal, semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Demikian pula kedua kakek beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya. Allah seakan menyiapkan kondisi-kondisi yang sesuai bagi al-Habib ‘Umar dalam hal hubungannya dengan para intelektual muslim disekitarnya serta kemuliaan yang muncul dari keluarganya sendiri dan dari lingkungan serta masyarakat dimana ia dibesarkan.
 

Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan ia juga menghafal berbagai teks inti dalam fiqh, hadith, Bahasa Arab dan berbagai ilmu-ilmu keagamaan yang membuatnya termasuk dalam lingkaran keilmuan yang dipegang teguh oleh begitu banyaknya ulama-ulama tradisional seperti Muhammad bin ‘Alawi bin Shihab dan al-Shaikh Fadl Baa Fadl serta para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari berbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu spiritual keagamaan dari ayahnya yang meninggal syahid, al-Habib Muhammad bin Salim, yang darinya didapatkan cinta dan perhatiannya yang mendalam pada da'wah dan bimbingan atau tuntunan keagamaan dengan cara Allah s.w.t. Ayahnya begitu memperhatikan sang ‘Umar kecil yang selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan dhikr.
 

Namun secara tragis, ketika al-Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk salat Jum‘ah, ayahnya diculik oleh golongan komunis, dan sang ‘Umar kecil sendirian pulang ke rumahnya dengan masih membawa syal milik ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak pernah terlihat lagi. Ini menyebabkan ‘Umar muda menganggap bahwa tanggung jawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan ayahnya dalam bidang Da‘wah sama seperti seakan-akan syal sang ayah menjadi bendera yang diberikan padanya pada masa kecil sebelum beliau mati syahid. Sejak itu, dengan sang bendera dikibarkannya tinggi-tinggi, ia memulai, secara bersemangat, perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang, membentuk Majelis-majelis dan da’wah. Perjuangan dan usahanya yang keras demi melanjutkan pekerjaan ayahnya mulai membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi anak muda maupun orang tua di mesjid-mesjid setempat dimana ditawarkan berbagai kesempatan untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu tradisional.
Ia sesungguhnya telah benar-benar memahami Kitab Suci sehingga ia telah diberikan sesuatu yang khusus dari Allah meskipun usianya masih muda. Namun hal ini mulai mengakibatkan kekhawatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan beliau dikirim ke kota al-Bayda’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara yang menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang ingin mencelakai sang sayyid muda.
 

Disana dimulai babak penting baru dalam perkembangan beliau. Masuk sekolah Ribat di al-Bayda’ ia mulai belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan ahli dari yang Mulia al-Habib Muhammad bin ‘Abd-Allah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan ulama mazhab Shafi‘i al-Habib Zain bin Sumait, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya ia ditunjuk sebagai seorang guru tak lama sesudahnya. Ia juga terus melanjutkan perjuangannya yang melelahkan dalam bidang Da‘wah.
Kali ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang terlewat dalam usahanya untuk mengenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w pada hati mereka seluruhnya. Kelas-kelas dan majelis didirikan, pengajaran dimulai dan orang-orang dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkannya kekurangan tidur dan istirahat mulai menunjukkan hasil yang besar bagi mereka tersentuh dengan ajarannya, terutama para pemuda yang sebelumnya telah terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan dangkal, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka sadar bahwa hidup memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentitas baru mereka sebagai orang Islam, mengenakan sorban/selendang Islam dan mulai memusatkan perhatian mereka untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia dari Sang Rasul Pesuruh Allah s.a.w.
 

Sejak saat itu, sekelompok besar orang-orang yang telah dipengaruhi beliau mulai berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan da‘wah maupun keteguhan beliau dalam mengajar di berbagai kota besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mulai mengunjungi banyak kota-kota maupun masyarakat diseluruh Yaman, mulai dari kota Ta'iz di utara, untuk belajar ilmu dari mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mulai menunjukkan pada beliau perhatian dan cinta yang besar sebagaimana ia mendapatkan perlakuan yang sama dari Shaikh al-Habib Muhammad al-Haddar sehingga ia memberikan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang agung.
 

Tak lama setelah itu, beliau melakukan perjalanan melelahkan demi melakukan ibadah Haji di Mekkah dan untuk mengunjungi makam Rasul s.a.w di Madinah. Dalam perjalanannya ke Hijaz, beliau diberkahi kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab dari para ulama terkenal disana, terutama dari al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang menyaksikan bahwa di dalam diri ‘Umar muda, terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w dan sungguh-sungguh tenggelam dalam penyebaran ilmu dan keadilan terhadap sesama umat manusia sehingga beliau dicintai al-Habib Abdul Qadir salah seorang guru besarnya. Begitu pula beliau diberkahi untuk menerima ilmu dan bimbingan dari kedua pilar keadilan di Hijaz, yakni al-Habib Ahmed Mashur al-Haddad dan al-Habib 'Attas al-Habashi.
Sejak itulah nama al-Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar luas terutama dikarenakan kegigihan usaha beliau dalam menyerukan agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopuleran dan ketenaran yang besar ini tidak sedikitpun mengurangi usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya, ini menjadikannya mendapatkan sumber tambahan dimana tujuan-tujuan mulia lainnya dapat dipertahankan. Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingat Allah dalam berbagai manifestasinya, dan dalam berbagai situasi dan lokasi yang berbeda. Perhatiannya yang mendalam terhadap membangun keimanan terutama pada mereka yang berada didekatnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling terlihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke Dunia Baru.
 

Negara Oman akan menjadi fase berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke-15. Setelah menyambut baik undangan dari sekelompok Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan menggebu untuk menerima manfaat dari ajarannya, beliau meninggalkan tanah kelahirannya dan tidak kembali hingga beberapa tahun kemudian. Bibit-bibit pengajaran dan kemuliaan juga ditanamkan di kota Shihr di Yaman timur, kota pertama yang disinggahinya ketika kembali ke Hadramaut, Yaman. Disana ajaran-ajaran beliau mulai tertanam dan diabadikan dengan pembangunan Ribat al-Mustafa. Ini merupakan titik balik utama dan dapat memberi tanda lebih dari satu jalan, dalam hal melengkapi aspek teoritis dari usaha ini dan menciptakan bukti-bukti kongkrit yang dapat mewakili pengajaran-pengajaran pada masa depan.
 

Kepulangannya ke Tarim menjadi tanda sebuah perubahan mendasar dari tahun-tahun yang ia habiskan untuk belajar, mengajar, membangun mental agamis orang-orang disekelilingnya, menyebarkan seruan dan menyerukan yang benar serta melarang yang salah. Dar-al-Mustafa menjadi hadiah beliau bagi dunia, dan di pesantren itu pulalah dunia diserukan. Dalam waktu yang dapat dikatakan demikian singkat, penduduk Tarim akan menyaksikan berkumpulnya pada murid dari berbagai daerah yang jauh bersatu di satu kota yang hampir terlupakan ketika masih dikuasai para pembangkang komunis. Murid-murid dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Mesir, Inggris, Pakistan, Amerika Serikat dan Kanada, juga negara-negara Arab lain dan negara bagian di Arab akan diawasi secara langsung oleh Habib Umar. Mereka ini akan menjadi perwakilan dan penerus dari apa yang kini telah menjadi perjuangan asli demi memperbaharui ajaran Islam tradisional di abad ke-15 setelah hari kebangkitan. Berdirinya berbagai institusi Islami serupa di Yaman dan di negara-negara lain dibawah manajemen al-Habib Umar akan menjadi sebuah tonggak utama dalam penyebaran Ilmu dan perilaku mulia serta menyediakan kesempatan bagi orang-orang awam yang kesempatan tersebut dahulunya telah dirampas dari mereka.
 

Habib ‘Umar kini tinggal di Tarim, Yaman dimana beliau mengawasi perkembangan di Dar al-Mustafa dan berbagai sekolah lain yang telah dibangun dibawah manajemen beliau. Beliau masih memegang peran aktif dalam penyebaran agama Islam, sedemikian aktifnya sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahunnya mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan mulianya.
sumber : FB PONDOK HABIB
.

Wednesday, February 22, 2012

ada berani?

subhanallah..nak tau kenapa??....gara2 tak menutup aurat anda mungkin akan didenda..inilah antara harga yang harus dibayar bagi mendidik rakyat ke arah penghayatan islam..Saya tabik kepada pimpinan datuk TGNA yang telah mengambil kira masalah sosial di Kelantan. Teringat pesan guru2  jauhilah dari fitnah..Saya bukanlah bijak untuk mnghuraikannya namun saya suka berkongsi bahan yang di siarkan menerusi SINAR. Mampukan Kedah negeriku tercinta melaksana juga malaysia tanahairku mengikutinya....Sama2lah kita memelihara diri dan uummah dari terjerat dik neraka...Masalah sosial adal;ah maalah kita bersama...

KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.
Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.
 
Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.
 
Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).
...................................................

Tuesday, June 21, 2011

Halal atau haram??

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.


Nie dia  2 jenis sauce ni, sila lihat gambar di bawah.


Tak berani nak sebarkan fitnah tapi nak  ajak masyarakat peka. Bukan Utusan Malaysia  saja yang menyiarkan berita tersebut.  Rujuk juga  berita dari sumber lain:
The Star : Revoke sale of products found with pig DNA
Malaysia Kini : Government must be stringent in issuing halal certification
Berita Harian : Kerajaan mesti tegas keluar sijil halal kepada produk diragui

Astaqfirullahal azim...Semuga ALLAH ampuni dosa dan kecuaian kita dalam memilih makanan ini. Andai semalam kita pernah menjamahnya di restoran makanan segera khususnya....cukuplah itu yang terakhir....Semuga kita tak alpa lagi. Akan pasti selepas ini ada penafiannya namun begitu bagi mengatasinya elakan dari yang diragui ..itu menjadi syubhat..wallhuaklam

Friday, June 17, 2011

Temujanji 18 JUN

1)  MASJID NEGERI SELANGOR -BICARA ADDIN
jam 6.45 pagi
Bersama Ustaz  Rashidi Jamil
Datangla beramai-ramai.
............................................


2.) WANITA Pertubuhan  IKRAM MLAYSIA dan WP menganjurkan
Seminar Ibu 2011 
18 JUN 2011
Jam 8.30 pagi - 1 thgri
ANJUNG A, MASJID WP, JLN DUTA 

Antara yang menarik :
"Menimba Menimba hikmah daripada ibu-ibu yang terbilang" oleh Dr Hafidzah Mustakim

Forum "Ibu, kaulah inspirasiku; syurgaku di bawah telapak kakimu"
Ahli panel :
1)Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim (IKRAM)
2) Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus ( AQSA SYARIF-IKRAM)
3) Ir. Hjh Endok Sempo (WIRDA)

Yuran yang dikenakan hanyalah RM 5.00 sahaja

Untuk Pendaftaran sila Hubungi :
0192805499 (Pn Julie Rosieta)
0196023610 (Pn Ea'anon Ibrahim)
0146319191 (Cik Rose Jazimah)

Jom kita pakat pi....tingkatkan ilmu terus aplikasi..InsyaALLAH
......................................

3.)  Bersama  Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz as
Kuliah selepas Maghrib
Surau SAM( klik lokasi)

(tak kan tak kenai ustaz kazim ...ceciter???kita bakor jer...)
Sudi-sudilah hadir
  Ini antara program yang ada dan saya kongsikan untuk hadir. Jadikan SABTU hari cari ilmu dan santaijiwa
InsyaALLAH mudah-mudahan dipermudahkan urusan untuk menghadirinya
Amin

Thursday, June 16, 2011

Petang ni di SAM

SURAU AL MUSTAQIM 
dengan hormatnya menjemput tuan/ puan 
ke majlis BERBUKA PUASA SUNAT KHAMIS BERSAMA PELAJAR TAHFIZ
pada Khamis 16/6/2011 bermula jam 6.30 petang ( yasin dan tahlil)

KULIAH KHAS akan disampaikan oleh 
USTAZ DATO TAIB AZAMUDDIN
selepas maghrib

ANDA  
DIJEMPUT BERSAMA 
Mudahan ALLAH memudahkan kita untuk ke program ini

alamat klik

Nak tau sapa ustaz Taib Azamudin????
Kluenya; Dia orang kena Baling, salah seorang guru tasauf" AL HIKAM yang pernah mengajar saya satu ketika dulu...
ok cari yer...

Tuesday, June 14, 2011

16 JuN Salam Gerhana

cua tenguk poster ni
bulan ooh bulan..dirakamkan malam tadi
Entry ini ada kesinambungan dengan yang terdahulu. Boleh rujuk tang ni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun ini, bermula 1 pagi di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur.
Menurut SUMBER  beberapa aktiviti termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet Musytari, Zuhrah dan Marikh akan diadakan. 

Kehadiran orang ramai dialu-alukan pada program anjuran bersama Agensi Angkasa Negara itu. Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.

-----------------------------------------------------------------
NOTA BUAT DIRI:
Gerhana Matahari di sebut Kusuf
Gerhana Bulan di sebut kusyuf

Hukumsunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Waktu : bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala


Galakan :  Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)

Niat: Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Secara ringkasnya seperti berikut :
A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.


B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.
  • Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
  • Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
  • Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
  • Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Khutbah Solat Gerhana :
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

Sumber di ambil dari SINI/ boleh rujuk dengan  buku  yang ada di pasaran. Rujukan saya: buku Perjlanan Hidup Rabbani oleh oleh Dr Fathulah Musa ( ustaz / tuan guru ku juga)
 ----------------------------------------------

Itu adalah sebahagian dari tatacara solat Gerhana yang kemunculannya di luar waktu kelaziman. Oleh itu marilah sama-sama kita laksanakan solat sunat ini samada secara sendirian ataupun jemaah ( buat diri yang tak tahu macam saya nie).Kelainannya dengan solat suant biasa diakhiri dengan khubah.( bila dikerjakan berjamaah).  Memujuk diri untuk menghadiri program ini bukan sahaja berlawan dengan sikap tetapi juga nafsu tahap maksima...Walau bagaimana pun,  insyaALLAH saya juga akan bersama2 menghadiri ke MN  lagi untuk menyaksikan pencerapan bulan dan bintang2 di selangi dgn  penerangan2 tentang planet yang ada diangkasaraya  dari masa ke semasa. Terimakasih ANGKASA, FALAK, MASJID NEGARA  Menyaksikan, berfikir serta bersujud ..itulah kelainannya....Sapa dapat menjangkakan dia berpelung untuk bertafakur dan menyaksikan lagi gerhana di masa akan datang...

Pengalaman terdahulu membuatkan saya menginsafi diri dan mengakui kekaguman dan keindahan alam yang diciptakan...mendengar khutbah di dini pagi..tatkala manusia senang nyenyak dalam mimpi..SUBHANALLAH bukan mudah tugas kita....tanpa RAHMAT dan RAHIMNYA...apalah yang mampu kita buat..   TERIMA KASIH ALLAH


Oleh itu, jika anda ingin merasai sendiri suasana kedinginan pagi  ini....anda di jemput.....Tiada paksaan dan tiada deraan.....Segalanya anda tentukan... Kemudian kita boleh berpuasa Khamis 14 Rejab...
SELAMAT DATANG DAN SALAM GERHANA 2011

Keluargaku syurgaku

CERAMAH KHAS:
" KELUARGAKU SYURGAKU"
oleh Ustazah Zailah Yusuf
Selasa ( malam nie laa) 14/6/2011
selepas Maghrib  di Surau Al Mustaqim
Jalan AU5c/8, Lembah Keramat, Hulu Kelang, KL


Info ini baru diterima menerusi SMS. (Terima kasih daun keladi)
Secara peribadi saya ucapkan tahniah kepada  AJK surau ini yang aktif mnghidangkan kuliah ilmu dan mempunyai database memaklumkan program. Secara hakikatnya, surau ini bukanlah dalam qariah saya tetapi kerana maklumat dan infonya mnggamit rasa ingin hadir. Oleh itu sama-samalah kita menghebah kan menghadiri majlis ilmu ini.....insyaALLAH. Semuga ALLAH memilih kita untuk kekal dalam majlis ilmu dan menyampaikan kepada irang lain... Amin...Jumpa di sana... jomm

p/s "Ada sapa2 yang tak kenal Ustazah Zailah Yusuf...??? .Cukuplah dulu  saya katakan seorang wanita, ibu, isteri, ustazah juga pemimpin  .Nak tau lebih ...boleh search....

Thursday, June 9, 2011

hujung minggu bersama

klik pic untuk zOOom in
Jadual terkini program Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

LOKASI : MASJID NEGERISELANGOR
SUMBER : MAJLIS ILMU
.........................................................................................................................    

BICARA ADDIN
11 JUN 2011 oleh Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar
LOKASI : MASJID NEGERI SELANGOR di SHAH ALAM ( lokasi sama seperti di atas)
 6-45pg - 815 pagi

....................................................................
Semua pencinta ilmu adalah diundang bersama-sama.....

Friday, May 27, 2011

apa erti MERDEKA???

Dear Friends,

This info was sent to me by an ex-journalist of The Sun Newspaper who covers Crime news in KL. Do inform your loved ones.

Please take note of this few HOT SPOT CRIME AREAS IN KL

1 Lebuh Ampang Bus Stop Near The Indian Restaurants - Snatch Thief Area, victims are normally Malay and Indian girls who are alone and not aware. Sexy Indian Girls, please be extra careful if you are to say a word, they will insult you with vulgar words or even slap your face if you put up a fight.

2 Jalan Ampang - Menara Great Eastern / Great Eastern Mall - If you are approached by anyone - men or women asking for directions or the time, please be ALERT of any car or motobike that comes near you. Stop your conversation and run for your life, if not, be ready to scream or if you have a spray, get it ready. Tag Team Ahli Gusti Jahat Gang will either snatch your handbag / handphone or sepak you if they can't get anything from you. If you are too sexy - they will bundle you into their car or molest you on the spot.

[ They work in a team of 4 to 6 persons]. THE GIRL IS THEIR DECOY [UMPAN] to rob their unsuspecting victims.
Komen: MasyaALLAH: Ni laluan saya nie...muga selamat dalam peliharaan ALLAH 

3 Changkat Thambi Dollah Off Jalan Pudu - Bus Stop and Wisma Shaw Areas. Lots of Mat Rempits who hang around the bus stop area to snatch your handbag. Those who drive to this area and to Wisma Shaw for shopping or Cari Makan, Please park your car at a safe parking area. Tepi Jalan parking areas can be unsafe - Taiko Tai might force you to remove your car or they will park to block your car. Any words you say to them might end-up by you getting a good bash -up. [They have areas whereby only gang leaders can park their cars]

4 Jalan Pudu From Swiss Garden Hotel to Hentian Pudu Raya and Menara Maybank

4.1: Ladies, please take care of your handbag and your handphone when you place it near your ears - Mat Rempit Gang will Zoooom near you and roughly snatch it from you. You might just fall down due to the impact of it and hurt your head by hitting the ground.

4.2: When withdrawing cash from the bank's ATM [Ambank or Maybank] Please look around first b4 you do your withdrawal, IF YOU NOTICE someone looking at you or suspicious to you, then you have to be extra careful!. There is this GERAK KILAT gang who in a split second would be near you and snatch or point a knife at you to handover the money, some even force their victims to withdraw from other ATM banks.[Acording to my not so reliable source - there were one or two female victims who were raped and dumped at Setapak and Kepong areas]

4.3: Boarding of Taxi or Unknown Person's Car - Please take note of the route the driver is taking you ; if you are taken to a wrong road, then you would end-up as a Rape victim or if you are a guy, hehehe... you would be cash stripped / burnt in a car.[My best friend lately was a victim, lost his Rolex Watch, Wedding ring and ATM Card ].

4.4: Ok, Ladies, if you think that it's safe to be on a motorbike with your Macho Guy that's fine, but be aware of motorbikes beside you, they might be snatchers who will snatch your bag and Zoom away

5 Wangsa Maju Putra LRT and TAR College Area. A New Gangster Area--- this area has now become worse than Jinjang, Balakong or Puchong .Groups of youths will do anything to harm you for just a matter of cents or dislike your personality. Don't stare or look at them, all you will know is that they will just simply stab you with a penknife or a dagger.

6 Kepong, Selayang, Sentul Timur LRT and Wangsa Maju - Unknown Part Time Taxi Drivers or Stolen Taxi Waiting for You To Be Their Victims - Ladies if you are alone, please DO NOT board a taxi if you think the driver is not pleasant. If you have withdrawn money from the bank or that you are sexy please ENSURE that the driver doesn't use the central locking of his taxi and driving you to a right route.[You have the full right to ask the taxi driver not to use the central locking - Wind down the windows if he does not obey you].

Macho Guy, you too can be a victim of cash and valuables.

Sumber : email . 
Semuga kita menjadi masyarakat yang berhati-hati dan prihatin dgn persekitaran. Perangkap tak pernah lupakan pelanduk....merdekakah  kita bila terbelenggu di bumi sendiri..Angkara siapa????
KEmbalilah saudaraku pada agama ALLAH..Takutlah ALLAH....DIA tak pernah  LUPA melihat kita!!! Bumi mana yang selamat lagi buat generasi ku....????