sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Tuesday, May 24, 2022
Kunjungan syawal 2022
Saturday, August 28, 2021
Thursday, August 5, 2021
digamit rindu
Thursday, June 10, 2021
11 jun
assalamualaikum
Dah 12 tahun berlalu almarhum ayah tinggalkan kami. Tapi saya masih merasai bagai berlalu hembusan angin saja. YA ALLAH..ampunilah dosa ayah dan Mak. Anugerahi kemuliaan pada tempat singggahan mereka sekarang di taman-taman syurga. Saya menyaksikan kebaikan mereka.
Pada hari ini, 12 tahun lalu....yakni hari Khamis, ayah telah berangkat menuju ke alam baharu. Singgahsanamu telah hiasi dengan solat hadiah pada malam hari oleh anak-anakmu. Ayah...hanya itu yang mampu dikirimkan sebagai hadiah dari keluarga tersayang untuk ayah yang berpisah untuk seketika. Pesan almarhum Tuan Guru Azraei dari kitab kuning jawinya dirujuk dan diamalkan. Inilah antara ilmu yang saya perolehi sepanjang berguru di rumah Pak Yazid Kg Baru di hujung minggu. Rupanya ALLAH nak saya praktikkan apabila tiba masanya yang tepat. Alhamdulilah family juga tidak keberatan melaksanakannya berjamaah.
12 tahun berlalu tanpa ada lagi panggilan keramat 'Ayah'. Namun semangat ayah tetap hidup. Dan terus hidup bersama jiwa anakmu yang semakin tua ini.
Maafi kami semua kerana tak mengunjungi pusara ayah dan mak begitu lama. Saya akui..kali terakhir rumah ayah dan mak saya rapikan ketika menyambut aiduladha tahun 2020. Itupun setelah diberi kebebasan dari PKP dan rentas negeri. Selepas itu pelbagai fasa pemulihan dan diperketatkan dikuatkuasakan. Inilah situasi hidup di zaman pendamik melanda dan PKP. Sesekali saya menyesali kerana lambat mengambil keputusan untuk rentas negeri bagi bersama family. Mungkin juga kekangan kerja menghantui jiwa.
Satu tika dulu..
Ketika saya berusia 12 tahun, sesekali saya terfikir kenapa ayah tak menghantar saya ke sekolah seperti ayah kawan-kawan saya. Alangkah best jika dapat membonceng dibelakang ayah bersama motor hondanya. Sedangkan di kala itu ayah adalah pesara dan dunianya hanya rumah, masjid dan 'market'. Market adalah pasar tetapi org kedah lebih biasa degn panggilan merket. Ayah adalah bekas seorang guru besar dan sekolah adalah dunianya Tapi bila dah pencen dia dilantik sebagai pengerusi PIBG sekolah kebangsaan dan menengah tempat kami bersekolahshja. Rupanya inilah cara ayah memantau dan mengajar anaknya berdikari. Dia telah mendisiplin saya pergi awal ke sekolah dan tidak ponteng dengan sengaja. Saya percaya disiplin inilah saya bawa sehingga lah sekarang ketika bekerja. Tidak ada sebab untuk datang lewat dan ponteng kerja . Terima ksih ayah.
11 JUN 2021
jatuh pada hari Jumaat .penghulu hari. Andai 12 tahun lalu...pasti saya akan melihat susuk tubuh tua ayah yang lengkap berjubah putih dengan berikat kemas serban dikepala melangkah menuju ke masjid. Ayah adalah hamba masjid sejak pencen. Pernah menjawat sama ada setiausaha ataupun bendahari masjid tika itu. Almarhum seorang yang amanah dan tegas. Namun ayah disenangi oleh orang kampung dengan sifat pemurah dan ilmu pengetahuannya luas.
Ketika di sekolah rendah, almarhum ayah bekalkan wang saku setiap minggu RM3. Jumlah ini dikira banyak berbanding kawan-kwan lain. Tapi wang itu tak pernah habis malah berbaki tiap minggu . Wang ini saya kumpul dan saya akan belikan mainan untuk anak saudara saya tika itu. Ayah tak pernah tanya wang diambil dari mana dan dan bagaimana saya menabung....tapi saya suka berkongsi dengan anak saudara saya iaitu almarhum anak Zul. alfatihah buat anaksaudaraku juga.
Ayah... Maafilah anakmu ni.. Yg banyak leka dan sering tersasar mendoakan mu. Maafilah kami... Saya rindu ayah.. Rindu nak cerita pasal perjalanan ni pada ayah. Ayah mesti mendengar dengan teliti dan memberi pandangannya. Saya bersyukur ... Ayah sangat baik dan sangat sempurna tunai tanggungjawab kepada kami selama ini.
Al fatihah utk ayah dan mak.
11062021
Wednesday, May 12, 2021
1205
Thursday, March 18, 2021
Monday, March 8, 2021
Ke makam bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Saturday, November 14, 2020
Mykaw
|
Alhamdulillah urusan pun cepat dan mudah. Cuma bayar kos rm 150 untuk road tax dan insuran. Saya sayang KAW Kerana KAW Hanya satu Alhamdulillah KAW Masih sama Biarpun ayah tiada lagi. 11112020 |
Tuesday, August 25, 2020
Istimewa
Monday, July 13, 2020
Hanya RINDU
Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa, ku ulang kembali
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Agar aku bisa tanpa dirimu,
Ho-oh
Namun semua, berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukan diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu,
Ho oh
Hanya rindu
Ho-oh
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Ho-oh
Hati ini hanya rindu, hmm
Ku rindu senyummu, Ibu
Saturday, June 13, 2020
Wednesday, June 10, 2020
11 tahun berlalu tanpamu
11 jun 2009, detik waktu sekitar jam 11.30 malam, merupakan hari perpisahan kita dengan satu jasad yang amat disayangi lagi dihormati. Bagai semalam kejadian itu berlaku..tak pernah ku jangka, hayatnya akan terhenti di sini dan pemergiannya begitu mudah dan tenang....
Di kelilingi anak-anak dan isteri, kita merestui pemergiannmu....
11 tahun berlalu tapi masih segar di ingatan. Bila mak menghampiri ayah di katil PMC no bilik 401 untuk memohon maaf dan halalkan segala makan minumnya kepada ayah...Ayah bagai memahami dia akan pergi dan emak juga dengan rela hati melepasnya kembali ke ALLAH
Dalam tenang kami menyaksikan inilah akhiran yang terbaik buat ayah. Pertemuan dan perpisahan cinta sebati mereka yang kekal selama 63 tahun di dunia dan selamanya.
Tenang wajah ayah sukar ku nukilkan..
Ayahlah wira kami...Ayah yang bersusah payah menyediakan segala kemudahan, makan, minum guna,dan pakai dalam keluarga besar kami. Kalau saya fikir-fikirkan, dengan 11 orang anak tentu kepayahan menguruskan sumber kewangan dan keperluan untuk hidup. Tapi itulah ayah....demi untuk pelajaran dan keselesaan anak-anak dia tak pernah kedekut.
Perbelanjaan harian saya ke sekolah tak pernah dilupakan bahkan mak pasti menyediakan sarapan pagi yang menyelerakan setiap hari. Saya mendapat RM 1 sehari dan ayah akan beri pada setiap malam ahad RM 5 yang lazimnya saya tak gunapun sama sekali.
Ketika masuk tingkatan pula perbelanjaan harian di beri sebanyak rm3. Ini juga lebih dari mencukupi kerana saya adalah jenis yang tahu makan di kantin. Masakan emak di rumah pasti menjadi sasaran yang akan dimakan selepas pulang dari sekolah...Ohh indahnya saat itu
Oh ayah adalah pelengkap family kita, seorang perwira yang sentiasa mengambil berat perihal anak. Memastikan tiada seorang anaknya yang tercicir dalam persekolahan dan pembelajaran.
Ayah akan pasangkan lampu goselin sebagai lampu untuk kemudahan anak-anaknya belajar sebelum ada tenaga elektrik disediakan.
Ayah juga pernah menyediakan sebiji enjin letrik menggunakan minyak petrol bagi menghidupkan elektrik di rumah setelah wiring dibuat.
Air pula disalur dari perigi yang digali menggunakan mesin letrik air. Seolah-olah kemudahan air paip dinikmati. HAkikatnya air bersumberkan dari air telaga yang penuh mineral.
Oleh itu, tak perlu lagi setiap pagi ayah akan timbakan air dari perigi bagi memenuhkan baldi untuk anak2nya mandi...Tapi yang ajaibnya air perigi di waktu pagi agak panas tetapi selepas mandi barulah terasa kesejukannya...Subhanallah..
Ayah
11 tahun berlalu
11 orang warismu
11 Jun berulang kembali
Ayah
ku rindu ayah
kedut kulit tua tangan ayah diusap
sesekali ku cuba gengamkan tanganku pada tangan ayah
ayah tenang sahaja
membiarkan daku menyentuhnya
Ayah
kagum tika itu
ayah turut melafazkan laila ha illallah
kalimah akhiran yang sempurna
bagai dalam satu majlis tahlil
ayahlah pemimpinnya
Ayah memang hebat
seorang yang tegas berpendirian tetap
Ayah
maaf daku andai leka
mengirim doa untukmu di sana
Janjiku tetap sama
setiap kebaikan adalah sahammu jua
Kita kongsi suka
kita kongsi bahagia
tiada benteng antara kita
Keranaku generasimu
Tuesday, May 12, 2020
1205
Thursday, April 2, 2020
Tuesday, June 11, 2019
3650 hari tanpamu ayah
Ayah dijemput pula pada 11062009
hari ini
tiga ribu enam ratus lima puluh hari
tanpamu Ayah
ulang tahun kembalinya ayah
kepada pencipta
rindu panggilan ayah
rindu cium dan sentuh kulit tua ayah
ayah
ayah tak mengongkong
tapi ayah pemerhati
pendengar
catatan
11062019
JUN tanpamu ayah
56 orang cucu (33L, 23P) dan 39 orang cicit( 17L,22P) .
hanya do’a yang bisa dipersembahkan
Monday, September 24, 2018
UPSR 2018_ain & wawa
![]() |
| mhn restu @2018 |
Assalamualaikum tok dan wan yang dikasihi.
Apa khabar tok dan wan ? Ain dah hadiahkan AL FATIHAH dan AL IKHLAS untuk tok dan wan tadi. Ain mendoakan muga dicucuri rahmat dan di ampuni ALLAH atas segala dosa tok dan wan. Ain mohon maaf, lama juga tak datang ziarah di sini. Ain harap tok dan wan maafkan ain ye.
Dulu masa wan tinggalkan ain, usia ain baru 2 tahun dan seingat ain wan tak pernah marah ain. Wan riba ain dan bagi duit raya. Terima kasih wan...walaupun tak lama bersama tapi ain ingat wan seorang yang baik dan sayangkan cucu.
Tok..terima kasih tok. Dah 5 tahun ain tak dengar tok panggil ain. Jika dulu, ain sering didahulukan dan tok suka melayan ain.. Kalau lapar, tok suapkan dan tidor tok yang sorongkan bantal. Masa tok berpindah ke alam kubur, ain dah 7 tahun. Tapi ain tak pandai baca AQ lagi..Bila semua dok depan jasad tok yang kaku, mereka bacakan yasin dan ain pun amik juga buku yasin tu dan ikut depa baca. Alhmdulillah ain duduk kt tepi kaki tok masa tu. Kak Huda ikatkan tudung ain dan ain pun duduk bertimpuh bersama sehingga selesai.
tok dan wan.
Hari ini 24/9/2018, ain akan hadapi peperiksaan UPSR. Ain mai sini nak habaq kat tok dan wan.
Ain harap tok dan wan juga turut doakan ain dapat jawap peperiksaan UPSR 2018 ini dengan mudah. Ain dah usaha di rumah dan tuisyen yang dianjurkan oleh sekolah. Ain harap peperiksaan ini tak susah dan doa daripada family mengiringi. Doakan kejayaan ain. Terima kasih tok dan wan, Ain sayang tok dan wan dan rinduu.. Ain balik dulu . nanti datang lagi
Ain nak ucapkan juga terima kasih kepada guru2 SRI Islah yang telah mengajar dan mendidik ain selama ini. Dah 6 tahun ain belajar di sini dan ini merupakan tahun akhir ain di sekolah rendah. Semuga Ain berjaya mengharumkan nama sekolah dan mencipta rekod kecemerlang untuk diri dan sekolah.
| 2012 |
TERIMA KASIH Ain kerana berkongsi saat yang tegang bersama. Insya ALLAH ,berkat usaha dan disiplin diri sebagai pelajar dan hamba pastinya ALLAH memberi kejayaan buatmu. Semuga ALLAH berikan ketenangan untuk menjawap peperiksaan ini dan dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu exam.
Tidak dilupakan didoakan kejayaan juga mengiringi cucunda saya wawa yang turut mengambil UPSR 2018. Good luck Ain dan Wawa. kami mendoakan semuga kalian dpat menghadapinya dengan tenang dan jayanya...Ini satu permulaaan ..jangan takut...jgan gentar..penanya pedang dan minda yang sihat...
Semoga berjaya anaksaudaraku Ain dan cucundaku Wawa.
24/9/2018
Friday, September 7, 2018
ayah
-->

Utk itu, bersyukurlah kita, kita mempunyai ayah yang sempurna, melaksanakan tgjawp sebagai suami,ayah, guru besar SKCK, pengerusi SKAP, pengerusi SMP, bendahari masjid ar rahman yang amanah dan seperti kata mak ayah bekerja bukan kerana mengejar wang ringgit tapi kerana tanggung jawb.
ayah-----pakar matematik,
ayah-----berkemahiran dalam pertukangan & pertanian
ayah-----pembaca setia harakah
ayah-----mindanya sentiasa aktif dan suka membaca hinggalah saat akhir membaca artikel kejadian pembunuhan di masjid al ghurran di naratiwat 8/6/09 dan satu kisah isteri sambut suami bwh pokok.
"cukupla 'otak tak boleh nak pikiaq dah" itulah ayat yang cu dengar bila tanya nak baca lagi tak metro satu hari di penghujung hayat ayah.
ayah juga seorang yang memakmurkan masjid. Subhanallah.
Ayah lah yang teristimewa dan selayaknya ayah di jemput dengan begitu lembut dan tenang
berbahagialah ayah....terimaksih ayah.....
KAMI SAYANG DAN MENDOAKAN AYAH- ALFATHIHAH
Wednesday, August 22, 2018
eid adha 1439H
Monday, June 11, 2018
11 jun kembali

SEMBILAN TAHUN BERLALU
Damai dan bahagialah
Duhai Ayahandaku di sana
Pasti ku menyusul
Namun entah bila
YA ALLAH ampunilah ayah
YA ALLAH ampunilah emak
Dua insan istimewa
63 tahun hidup bersama
pergi pula berselang masa
3 tahun 3 bulan
indahnya caturan ALLAH
YA ALLAH berikan kedudukan yang tinggi
buat insan istimewa ku ini
dua hati yang padu
mengemudi bahtera kehidupan
tanpa terpesung dari landasan
Merekalah ayah dan emakku
tiada lagi
penantian mereka
tiada lagi
doa mereka
yang ada DOAKu buat emak dan ayah.
AL FATIHAH
catatan:
11062018@4.46ptg @ 27 Ramadan















