Thursday, April 30, 2020

Kita jaga kita


Ketahuilah kawan,
untuk menjadi yang terbaik tidak perlu menjatuhkan, menyingkirkan atau menghina orang lain. 

Cukup lakukan kebaikan yang lebih baik secara konsisten. 

Tak perlu berpura-pura baik demi dianggap terbaik.

Biarkan waktu yang akan membuktikan kualiti kita.

Permata akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur yang gelap.

Begitu lah.


Salam kemaafan 

Tuesday, April 28, 2020

PKP angkara C19

BERMULANYA PKP FASA 4
29 April 2020

Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, 


18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya. 

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what's app. 

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lps hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Xtvt riadah dan bersenam dalam rumah. 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn kahwin online. 

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain


Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#copyNpaste
#forMyReference
#stayathome
#dudukrumah
#coronavirus
#covid19
#staysafe
#kitapastimenang

Monday, April 27, 2020

Pkp

*PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN*

Yang Kita Nampak
*******************
Pergerakan terbatas
Tidak boleh lagi ke sana  kemari. 
Duduk dirumah setiap hari. 
Tiada bekerja hanya kutip gaji. 
Yang berniaga terputus pendapatan. 
Gelandangan makin gundah gulana. 
Anak- anak semua diri umah. 
Tidak dapat lagi pergi bercuti apatah lagi membeli itu ini

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Allah beri kita luang masa bersama keluarga. 
Jika dulu susah bersua muka walau serumah. 
Yang bekerja Allah beri rehat untuk tumpu ibadah. 
Jika dulu selalu kata asik tak sempat. 
Yang niaga Allah sedang menguji keimanan untuk dinaikkan lagi darjat. 
Yang gelandangan Allah mahu dia tahu dia masih disayangi
Disediakan tempat sempurna  terurus segalanya. 
Allah tunjukkan mereka masih ada harapan. 
Menguji si kaya adakah sudi bersedekah. 
Anak2 sentiasa didepan mata bergurau bercerita. 
Yang pemboros sudah dapat berjimat. 

PKP RAMADHAN 

Yang Kita Nampak
*******************
Tiada lagi Bazaar
Yang menjual pelbagai juadah. 
Tiada laki bini berpimpin tangan
Tiada sibuk iftar di mana
Tiada lagi terawih di masjid.
Tiada laki bini kalut nak 8 
Tiada lagi beli belah
Untuk persiapan Raya. 

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Puasa itu untuk kita merasa seperti yang tiada. 
Bukan kenduri melayan tekak membazir dan berlebihan. 
Allah mahu kita hidupkan ibadah dirumah. 
Terangi rumah dengan Zikrullah. 
Allah rindu hambaNYA sekeluarga memujinya. 
Allah mahu kita insaf. 
Puasa bukan tentang pembaziran tapi tentang menghargai Rezeki. 
Manfaatkan apa yang ada. 

PKP -RAYA BAKAL MENJELMA

Yang Kita Nampak
*******************
Tidak  dapat lagi melaram baju sedondon. 
Tidak dapat laki bini pos raya
Tak dpt tempah biskut raya selagi jenis yang ada. 
Tiada anak tiada duit raya. 
Tiada lagi duit raya untuk diberi sebagai sedekah. 
Tidak lagi dapat balik ke kampung. 

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Raya itu tanda kemenangan selesai berpuasa. 
Bersyukur dan bersederhana dgn apa yang ada. 
Allah mahu kita berjimat dan menghargainya bersama keluarga. 
Yang berlaki bergaya sakan
Tak lekang laki bini
Allah mahu kita didik  apa itu Hari Raya. 
Raya untuk disyukuri dan di rai bukan untuk kutip duit raya. 
Mahu ingatkan kita sedekah itu bukan hanya pada hari raya. 
Allah mahu kita rasa menyediakan segalanya sendiri.
Memasak juadah dan rai sekeluarga. 
Bukan balik melaram di malam raya. 
Ibu ayah berkeringat dikampung sediakan segala. 

PKP Yang Kita Nampak
***********************
Tiada lagi ibadah haji dan umrah kerana wabah yang melanda😭

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Allah mahu memberitahu Dia yang menentukan rumahnya utk di lawat atau tidak. 
Bukan kerana kau kaya berharta boleh pergi bila2 masa. Tempah hotel 3,4,5 bintang. Kau berpendapatan atau tidak. Peduli apa orang di sebelah. Duit aku, laki aku, family aku.. Aku punya pasallah. Kau apa ada?? 


PKP
*****
Allah bukan menghukum. 
Allah sedang mendidik kita. 
Mengingatkan kita yang telah banyak terkeluar landasan terutama yg membudayakan agama Allah. 
Allah sayang hamba2 NYA. 
Yang dicipta sebegitu sempurna
Dengan penuh kasih sayang. 

Wabak ini hanya dihantar untuk memberi amaran, mengingatkan dan mendidik kita agar kembali ke jalanNYA.


#PKP
#staysafe
#juststayathome
#kitajagakita

Sunday, April 26, 2020

Bila jadual hidup berubah

Sunday 26 april 2020


715 am
Tamat sudah shif dutyku. Ternyata ramadan ni satu perubahan dalam Hidupku.
Jadual hidup berubah 360 darjah. 
Hidup kini terikat dengan jadual. Ia bukan pilihan tapi ketentuan Allah

Allah pilih saya untuk bekerja shif. Ya.. Itulah yang saya positifkan diri setelah 'down' beberapa kali. Jika diikutkan mulut orang... 
Berenti sahajalah, 
Dah tua pun
Cukup2lah keja.. Dunia ja
Apa yang nak lagi
Sebab tu lah orang option.. 
Dll

Tapi 
Pandangan family,  tetap dihargai. Terima kasih kakak2 dan abang2 yang tahu di mana adik mereka melangkah. Mereka memberi semangat dan kelainan yang berbeza. Ini peluang untuk cabar diri dengan masa yang ada. Masa tak berubah tapi kita yang mengaturkannya. Lepas tu boleh guna masa off untuk aktiviti amal tanpa  terikat masa kerja. Kata kakak lagi.. Jika ayah boleh hadapi dan berjauhan dengan family demi tugas, kita mesti boleh. Semangat dan cetusan ayah hidup bersama generasinya

Benarlah...
Saya harus melangkah dan menerima ketentuan ni walaupun terpaksa. Alhmdulillah..Allah sedang mengajar saya mendekati satu tugas baharu dan terlibat langsung untuk memantau siaran tv dengan kualitinyanya  yang beroperasi 24 jam. Ini menjadikan saya terikat bekerja 3 shif iaitu pagi, petang dan malam. 

Jika dulu kita perhatikan hanya jururawat polis dan tentera juga jaga yg terikat dengan jadual. Rupanya  backliner di RTM pun terlibat. 
Kini sayalah pekerja yang diamanahkan. 

Saya seorang pekerja biasa
Bertugas demi untuk negara
Ada amanah perlu dilaksana
Kita akur pilihan Allah


nhm






Friday, April 24, 2020

Kenali Tuhan yg mengujimu


Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk memujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhaiNya.

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba… 

Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. 

Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”
\

Petikan dari blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi - Penulis buku Di mana DIA Di Hatiku?


Wednesday, April 22, 2020

Syukur & susuri


Pengalaman menyakitkan adalah pembelajaran hidup yang berharga 

Syukuri dan susuri
bukan dikesali atau dilupai
Terima kasih Allah


Touch n Go


top u p



Tiada pilihan lagi
hanya MEX laluan yang ada
Kadar tol tak berubah
Tapi berganda keluar masuknya
Lain padasng, lain belalangnya

kini saya tiada pilihan laluan lagi. Hanya haiway jalan yang ada. Jika dulu sekali topup Rm50, boleh bertahan lama sebab saya mengelakkan melalui lalui bertol. Saya hanya memilih laluan bertol jika sekiranya berada dalan kesesakan ataupun kerana kesuntukan waktu ke pejabat.
Selain dari itu saya akan mengunakan laluan alternatif yang percuma dan menikmati suasana persekitaran yang menenangkan.

Satu ketika, sewaktu balik dari kerja shif malam, saya telah melalui  laluan ke Bandar Kinrara, namun kecewanya saya bila mendapati laluan tersebut telahpun di tutup sepenuhnya di kedua-dua arah. Terputus satu rantaian perhubungan.

KINRARA



Pada satu hari, ketika saya pulang dari bertugas shif petang, laluan saya telah ditutup sepenuhya . Hampir saya mengalirkan air mata memandangkan waktu dah menghampiri jam 12 malam dan saya terpaksa menukar arah laluan apabila laluan di hadapan SIRIM Bukit Jalil juga ditutup. Apabila ditahan oleh sepasukan polis dan askar di hadapan, sebelum mereka bertanya, saya yang memulakannya meminta pandangan mereka laluan mana sepatutnya dilalui untuk balik ke rumah. Syukurlah keresahan reda bila salah seorang pegawai polis di situ memberikan kerjasama dan info yang jelas.

BUKIT JALIL



Kini , saya terpaksa menukar mindset, melalui heway bagi mempercepatkan perjalanan tanpa tempuhi que roadblock walaupun tiada kesesakan.  Selain itu perlulah top-up duit tol awal-awal kerana tiada tambahnilai di plaza tol lagi. Bayangkan jika minyak lebih murah dari air mineral, tapi tol lebih mahal dari roti canai. Inilah hakikatnya mahar yang perlu diliunas.

Duhai Touch n GO
saya ingin bertanya...

Kemana wang kamu bawa bagi TnG yang tamat tempuh sebab tak digunakan kad tersebut. Jika RM 1, jika RM18.9-?? Kenapa tak dikembalikan kepada ownernya

Kenapa korporat macam TnG ni tiada saingan dalam perniagaan. Jika Telco ada pelbagai jenama kenapa tiada di buka kepada syarikat laian untuk bersaing  sihat dengan TnG

Cas dikenakan apabila topup dibuat di Petronas dll adalah 50 sen. Kenapa dan kemana duit itu pergi...sapa yang rugi??kenapa ada setengah kedai tak ada cas dikenakan. KEnapa tnG tak sediakan kios semaxima mungkin untuk kemudhan rakyat marhaen/

Usah ditanya kenapa tak menggunakan pembayaran on9 . lain padang lain belalangnya
tolonglah buat review dan dengarlah pandangan rakyat marhaen. Kami tak kaya tapi kami tiada pilihan lain.


Jom bayar zakat jom sedekah



22/4/2020 at 7 pm











Tuesday, April 21, 2020

mata

Jadilah seperti mata lebah
 selalu mencari yang baik 
untuk menghasilkan sesuatu yang baik




Jangan jadi seperti mata lalat, 
selalu mencari yang buruk
 untuk menyebar keburukan


Bonjela



rawatan terbaik untuk ulser mulut

Sakit yang susah nak habaq
lebih baik diam sahaja
tapi jangan lupa
sakit tandanya sayangNYA kepada kita
kita yang banyak dosa
sering mengabaikan diri
lupa peranan dan tugas hamba

Sakit 
untuk seketika
menguji kesabaran
meningkat iman
redza
pasrah
kita usaha
lega ALLAH yang punya


berkali 
tak rugi
asal dapat diubati
sakit penghapus dosa


21/4/2020

Kesan C19_minyak murah

nah..minyak dah murahtapi..
Kesan C19, harga minyak dunia turun .
terkini harga seliter minyak adalah RM1.35 seliter. Bayangkanlah kereta kecil dan murah seperti d'Va hanya memerlukan RM 40 untuk penuh. SUBHANALLAH


Tapi, Pergerakan pula terbatas,  Perjalanannya hanya dari rumah ke pejabat dan begitulah sebaliknya. Dengan muatan minyak sepenuh itu dapatlah bertahan dalam dua minggu dan bayangkan lagi berapa manfaatnya diberikan jika kereta  "stay at home forever". Minyak kereta telah membantu meringankan perbelanjaan kewangan tetapi bagaimana pula dengan risikonya?
Ya, risiko agak tinggi jika tak menjaga tahap kebersihan dan tidak menggunakan sentiasa hand sanitizer.  Semua kita terdedah kepada wabak C19

Bagi saya,  harga minyak juga menyumbang kepada kecairan perbelanjaan bulanan kerana d'Va saya tu tak pernah duduk diam. Setiap hari dimanfaatkan. Berjela jika hendak dinukilkan. Seolah-olah bisikan saya padanya, bawalah daku ke syurga dengan asbabnya.

Tetapi kini
minyak murah tiada kemana
ada kereta terbantut pergerakan
ada jalan laluan terhalang
Lalu lebuh raya tiada pilihan
ada mahar perlu dilunaskan
 
dengan kekangan waktu kerja sekarang, saya tiada pilihan laluan lagi. Banyak laluan alternatif elak tol telah ditutup sepenuhnya. Melalui jalan sirim Bukit  Jalil atau Jlan Kelang lama-Kinrara yang merupakan laluan tanpa tol telah DITUTUP . Kedua-dua laluan telah dituiutup sepenuhnya.

Monday, April 20, 2020

Dva bateri

Bateri kereta umpama nadi bagi sebuah kenderaan


ada ni hahah nampak cantik lagi 


depa terus buat inspection bateri 



bukti bateri masih baharu

18 April 2020

alhamdulillah, ketika saya cuba menghiudpkan kereta pagi ini, enjinnya tak boleh dihidupkan. Tapi saya tak panic langsung. Lantas saya maklumkan kepada sahabat satu shif untuk tengok-tengokkan apa masalah dVa ni. Hasil telitian  Ahmad  ianya berpunca bateri kereta dan saya pun kembali membelik buku rekod servis. Didapati, baru beberapa bulan sahaja digantikan dan masih dalam waranty. Saya menghubungi kawan di perodua servis. En din dan Mr Rodi. Alhamdulilah mereka mengambil tanggungjawab dan meminta saya menghubungi bos mereka untuk membantu selesaikannya

Walaupun masih PKP, tetapi atas dasar tanggung jawab , Mr Leow berjanji akan menggantikan dengan bateri baru dengan syarat diperiksa dulu oleh pegawai teknikalnya. Beliau meminta staff di sana membantu saya dan al hasil syukur. Untuk temporary beliau berjanji akan membekalkan bateri baharu apabila pejabat dibuka dengan rasmi dan untuk sementara waktu beliau mengizinkan saya memakai batery spare yang disediakan.

Syukurlah sekurang-kurangnya ia membantu saya mengurus kehidupan harian saya.
Mungkinkah d'Va merajuk kerana tidak dibawa berjalan-jalan seperti kebiasaannya, Kini hidupnya cuma dari  pejabat ke rumah dan begitulah sebaliknya walaupun  4 kali sehari.

Jangan risau sayang, kelaK zaman PKP berakhir kita boleh lagi singgah masjid ke masjid , berholiday dan mencari makna diri jauh dari kota. Doakan semoga C17 berakhir segera dan kita kembali normal bebas dengan aktiviti.


#sayangd'Va
#kita jaga kita

  

kawan

Di hadapan ia ibarat madu
Di belakang ia adalah lebah yang terbang menerkam sengat. 
Bisanya membunuh & melemah kebaikan


itukah kawan
belajarlah
bijak memilih
hidup kita tak lama





Sunday, April 19, 2020

Angkara C19

C19
Corona Virus 2019
sinonim namanya covic 19

seluruh dunia kalut, kini terhenti seketika
disana berkurung,
di sini stayathome
we work for u, u stay at home

Semuanya bertukar
Fenomena terpenjara atau dipenjara
di rumah sendiri
ketua keluarga ada autoriti

Sang haiwan bebas berkeliaran
Sang manusia kini terperangkap
Bilangan wabak semakin bertambah
Angka kematian semakin meningkat


       
ini kotaraya sepi
baru jam 12 malam -sepi haiway MEX 

\



Cukup sudah

Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan diri dari rasa haus.
Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan diri.



love never end- mabul

1604 untukmu ana


Semoga menjadi sholehah yang membahagiakan ummah

Jaga diri
jaga agama
jaga iman

happy besday ana ke 7


Chu sayang kamu

C19 padaMU robb

Kita jaga kita
kawal diri kita
Ikut rasa binasa
doa usah leka






#stayathome
#kamibekerjauntukanda

Saturday, April 11, 2020

Selamat jalan Mantan bosku

Raut wajahnya  tenang sekali
Bual bicaranya 
sopan menghormati
Kini dirinya dijemput pergi
Tinggalkan memori seribu erti

Tanpa sempat bersua
jiwa bagai meronta
Namun apakan daya
c19 punya angkara

Selamat jalan tuan haji
Kau yang teristimewa
Walau penyakit singgah menguji
NAMUN masih tega berdiri
Istiqomah berjamaah di masjid lagi
Mentelaah al quran tiap pagi

Selamat jalan mantan bosku
Masih ku ingat
Tikaku  akan menghadapi peperiksaan jabatan
Kau sanggup korbankan masa
Mengajar
Memahamkan
Setiap soalan dikemukakan
Mentelaah bersama
Mencari jawapan
Menjawab persoalan

Ada tikanya
Kita pulang lewat malam
Atas tuntutan kerja yang tak berkesudahan
Bagai seorang ayah
Tidak semudah melepaskan 
Bahkan  mengekori dari belakang
Motosikal saya tunggangi
Sehingga sampai ke destinasi

Tidak saya lupa
Aju saja program dirangka
Pasti ada habuan diterima
Bukankah  ini pelaburan akhiratnya

Terima kasih
Almarhum Tuan Hj Ismail,
Jasa, pengorbanan, perhatian dan sumbanganmu
Terlalu besar ertinya
Mengajar saya berbaik sangka
Sentiasa positif dan bersemangat
Dunia di kejar
Akhirat tetap matlamat

Ya Allah ampunilah almarhum Tuan Hj Ismail, muliakan tempatnya, luaskan istirehatnya dan berikan kerehatannya di taman syurga dan himpunkannya di kalangan para solihin.
 Ya Allah temukan ayah dan emak  saya dengan tuan hj lagi di alam kubur dan kita bertemu lagi di syurga kelak. Dan saya menyaksikan kebaikannya.

Salam takziah buat familynya

Al fatihah
11.4.2020



pergi tak kembali


Al fatihah
Menerima berita pemergiannya, sangat memeranjatkan. Beberapa hari ini, saya teringatkan dia, namun kerana leka bekerja sering bertangguh untuk menghubunginya.
Maafkan saya tuan hj, saya akui kelemahan diri ini.

Saya mengenali almarhum sejak awal bertugas di BTP. Dialah Pembantu Teknik (TA), yang bertugas menyelia kami di Post Production. Saya menyaksikan kepimpinannya yang toleran dan tidak memaksa tetapi mengajar kami suasana kerja yang harmoni dan semangat berpasukan. We work as a production team.

Apabila almarhum dinaikkan pangkat dan pangkat dari BTP ke RTM Sabah hingga ke RTMKL hubungan kami tetap baik. Sesekali akan bertanya khabar.

Almarhum juga antara insan yang baik dan sering menyumbang bagi merancakkan program amal yang dianjurkan. Saya menyaksikan kebaikannya yang ditunjukkan.. bahkan saya juga terharu bila sepupu sendiri mengakui kebajikan yang telah dilakukan.
Terima kasih almarhum mantan guruku, halalkan ilmu yang telah dicurahkan, kebaikan ditunjukan, sopan bicara dilantunkan, ketulusan diberikan dan ukhuwah fillah. Saya mengkagumi mu sebagai bos yang tak pernah lupa orang bawah walau pun berada di atas
Semuga Allah mengampuninya menganugerahkan pahala berterusan buat almarhum tn hj Ismail. Diberikan istirehat di alam barunya dan beroleh syurga firdaus. Insya allaah.
TERKESAN C19, kita hanya mampu berdoa dan menghadiahkan al Fatihah. Selesai sudah tugasmu di sini...
Terima Kasih Allah menghadirkan insan sebaik almarhum untuk diteladani dan dicontohi. Kehidupan kita hanya sementara, semua yang kita ada akan ditinggalkan. Tak perlu budget baik dalam hal dunia tetapi buatlah budget utk akhirat.
Maafkan saya
Jom hadiahkan bacaan al fatihah buat almarhum.
Terima kasih
Salam Takziah buat family
11 April 2020

Friday, April 3, 2020

masa

Cara terbaik menghabiskan masa berharga yang dimiliki adalah dengan menuntut ilmu

Thursday, April 2, 2020