Tajuk : Bersama Anak anak Bajau Laut di Semporna dan Pulau Mabul
Anjuran : Srikandi Jariah Qaseh
Tarikh : 7-10 April 2019
Pengarah Program: Puan Natipah Abu
Ketua Penyelaras Program : Puan Zee Zainal
Ahli : Hasnah Hj Mokhtar
Julita Abdul Malik
Siti Juliza Baharom
Nur Helmi Mohd Yusof
Nor Aini Mansor
Eiyda ( fasha ku)
09/4/2019 HARI SELASA (hari ke 3)
Alhamdulillah...Sayup kedengaran suara azan subuh dari masjid, Jam menunjukan pukul 4.35 pagi. Saya bangun, mandi dan mengerjakan solat subuh dengan tenang sekali. Bilik yang memuatkan dua katil bujang ini agak terbatas ruangnya. Hari ini cuacanya agak sejuk bukan sahaja kerena aircond tetapi cuacanya juga. Saya sebilik dengan Ezza. Beliaulah sahabat yang menggerakan TEAM MAHLIGAI QASEH. Walaupun kumpulan kami kecil tetapi tidak membataskan kami untuk melakukan kerja amal. Kami bertemu dalam program yang sama tetapi ruang waktunya agak terhad. Dia mempunyai tanggung jawab terhadap familynya. Jadi peluang waktu inilah kami berbual dan berkongsi pengalaman.

Sekitar jam 5.20 am, saya telah keluar dari bilik penginapan dan berada di atas jambatan. Menyaksikan pemandangan pagi yang mendamaikan. Warna-warni yang menghiasi langit pagi begitu memukau. Saujana mata luas memandang.. Semakin tinggi saya berada, semakin jauh pemandangan saya saksikan. Dalam masa yang sama saya merenung perahu2 yang berlabuh nun di sana. Walaupun anggaran jaraknya 300-500 meter jauhnya dari daratan tetapi sayup2 kedengaran suara anak-anak menangis. Ada 2- 3 buah perahu yang berlabuh di situ. Dari sampan itulah memuatkan satu keluarga. Patutlah ada anak yang tidur di atas bumbung. Saya cuba amati mereka dari jauh...Sang ibu telah bangun dan mundar-mandir beralih ke perahu kecil. Mungkinkah menyediakan susu bagi meredakan tangisan di anak?? Saya lihat seawal pagi itu mereka telah bangun...
 |
| Di sini saya memandang selautan |
 |
| antara perahu bajau laut bermalam di situ |
 |
| panorama pagi |
Inilah wajah sebenar kehidupan P' LAUT. Panggilan untuk orang Bajau Laut. Mereka mendiami perahu itu dan itu rumah dan kehidupan mereka. Apabila siang mereka meraih rezeki sebagai pelaut atau menjaja hasil laut kepada orang tempatan. Mereka adalah penduduk tanpa kad pengenalan kerana asal usul mereka tidak dapat dipastikan . Mungkin generasi terdahulu mereka adalah berasal dari negara jiran yang berdekatan samada Filipina ataupun Indonesia. Mereka berteduh di situ kerana faktor keselamatan dan bebas dari angin kuat. Menurut mereka juga sekiranya hujan dan laut berombak kuat mereka akan berteduh di jambatan ataupun berhampiran darat. Dapatlah di katakan secara puratanya dalam sebuah perahu sekitar 5-11 orang mendiaminya. Ini adalah maklumat diperolehi secara tak langsung hasil temubual dan pengalaman di sini.
Ketika saya asyik memerhati alam sambil menghafal zikir mathsurat, saya bersyukur kepada ALLAH kerana terpilih untuk menyertai Misi Sentuhan Kasih bersama anak bajau laut ini.
Di antara ramai sahabat maya Ketua Program saya dipelawa ikut serta. Walaupun pada mulanya saya sekadar berkata ya tetapi sayalah yang paling lewat menyerahkan duit untuk kos penerbangan dan penginapan. Andaikata penyertaan di tolak saya tak nafikan inilah kelemahan saya lewat membuat keputusan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada ketua dan penyelaras program yang sabar dan pantas dalam tindakan.
Melihat kebesaran ALLAH yang terbentang luas Saya juga tak dapat bayangkan betapa luasnya anugerah alam ni dan betapa kerdilnya seketul saya di sisi ALLAH. Untuk sapa dan mengapa diciptakan ??? Apakah impaknya Pulau Mabul yang leper dan terpencil tetapi ada keistimewaannya tersendiri. Teringat2 surah ar Rahman..Nikmat ALLAH yang manakah kamu dustakan?? Subhananallah
 |
| untuk seketika |
 |
| mencari sesuatu yang hilang |
 |
| subhanallah |
Pagi itu saya berkesempatan menyaksikan matahari naik . Dari Kapalai Resort lebih jelas nampak perubahan matahari naik. Saya dapati ada profesional cameraman telah standby sejak awal lagi memacakkan tripod dan memilih port mereka. Biarlah mereka merakam pemandangan yang terbaik dan kita juga ada kreativiti untuk merakamnya.
SUBHANALLAH.
ALHAMDULILLAH
ALLAH AKBAR
Saya dan zee menjadi saksi kejadian ALLAH. Indahnya peredaran malam dan siang dan betapa kita perlu mengetahui ALLAH lah pencipta alam ini. Hati saya bertasbih dan merakam momen indah ini. Berdiri di celahan batu batu dengan berlatar belakangkan laut yang menghijau. Apakah ini percutian terakhir kita wallhuaklam.
Sebelum balik ke penginapan. kami singgah kedai makan berhampiran dan bersarapan dulu. Tika itu baru jam 7.30 pagi tapi suasananya terang benderang.
hari ke 3 adalah hari untuk para sukarelawan bersantai. Bak kata Ketua Penyelaras free and ezy. Apa lagi bila sahabat SJQ mengajak. Pakej ditawarkan sebanyak Rm 200 utk discovery dan Rm 100 utk snocking ...... saya memilih kedua-dua pakej ini bagi merasai pengalaman. Kos perbelanjaan ini adalah tangung jawab sendiri.
Jam 1030am
misi pengembaraaan
Tetapi sebelum kembara di lautan bermula, kami diberi taklimat ringkas cara2 pernafasan dan kaedah yang perlu digunakan sepanjng berada 8 meter di dasar laut. Ini adalah sesi pertama saya mendengarnya dan memahaminya. Keterujaaan saya bercampur antara kemahuan atau kehendak. Bukan persoalan mati tetapi mampukan saya dan apa yang akan saya saksikan....? Mengapa ALLAH memilih saya , diantara kesepuluh saudara dlam family, di kalangan anak buah seramai 55 orang juga sahabat2 saya yang lain...Tentu dan pasti ada sesuatu penyaksiaan...
Ayuh saya berani kerana saya yakin....ALLAH jadikannya bersebab dan supaya saya lebih mengerti ERTI SYUKUR di saat tiada apa lagi mambantu dan BERSERAH apabila tiba masa dan tikanya...
----bersambung