Showing posts with label selamat hari ibu. Show all posts
Showing posts with label selamat hari ibu. Show all posts

Friday, May 9, 2014

selamat hari ibu

selamat hari ibu...


satu sanjungan buat seorang bernama  ibu..Setiap daripada kita adalah lahir dari seorang IBU. Dirimul GURU pertama kami...dari titisan air susumu lah kami membina jati diri hari ini..
ibu,...rindu bertamu lagi

ingin ku sampaikan pada mu mak.....kelewatan tanpamu...gamitan rindu kian terasa tapi ku tak mampu melawan kudrat ilahi..kita telah dipinjam ka seketika cuam untuk bersamau..kini dirimu  tiada lagi untuk ku kucup tanganmu , ku peluk dan  dan ku cium dahimu yang sejuk....nyaman..subhanallah

ya allah...ampunilah dosa dan kesilapan ibu saya..amupunilah diaaa...maafilah dia..sayangi dan kasihanilah dia....
dia adalah emak yang sempurna bagi kami semua..seorng ibu yang amat penyayang dan tiada gantinya...
Ya allah..sayangilah dia dan terangilah alam kuburnya dangan cahaya yang gemilap ..berikan rahamat berterusan padanya dan berlemah lembutlah degna nya di sana....dan ketemukan kami semua di jannahMU dengan sempurna dan sebagai satu keluarga bahagia...


mak...cu rindu mak lagiii
muga ALLAH tempatkan mak dan ayah ditempat yang tertinggi dan bersama orang2 soleh , dan memeperolehi  syafaat rasullullah kelak...amin


SELAMAT HARI BU BUAT SEMUA YANG BERGELAR IBU....
terima aksih makkkkk
terima kasih ibu, mama, umii......


Sunday, May 12, 2013

1205 untukmu emak....

Assalamualaikum  wbkth.
 Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



12 mei 2013..
"Selamat Hari Jururawat "
" Selamat hari IBU"

Subhanallah……indahnya 1205 tahun  ini…Bersama lakaran tarikh keramat  ini  juga aku dilahirkan.. Namun apa ertinya seorang anak  tanpa  ibu juga ayah tercinta di sisi  dan apalah maknanya  hari ibu  bila dia tiada bersama lagi.. Alangkah rindunya pada hari semalam yang dilalui biarpun cuma ucap salam yang  menggegar gegendang telinga ni. Mak…itulah gelaran yang kekal dan abadi buat makku tercinta. Ku pejamkan mata seketika, hadirkan wajah mak….. Itu lah wajah emak ku: HJH CHE PUTEH DAUD.. Seorang wanita yang sabar, tabah dalam melahirkan zuriatnya.. Bukan seorang, dua tetapi kami  13 orang semuanya..Namun dua abang kembarku telah dijemput ilahi di awal kelahirannya .. Mak  bersedih tetapi merelakan pinjaman tersebut. Wajah mak terus bersamaku lagi…Di penghujung usianya mak memang seorang  wanita yang hebat.     

Hanya dalam tempuh kurang dari 3 bulan  …Mak dikesan menghadapi masalah jantung dan memerlukan  ubat bawah lidah bagi meredakan pernafasannya. Sesekali dengup jantung mak  bergerak pantas dan pernafasannya menjadi pendek. Mak pernah menolak untuk memakannya tetapi bila dipujuk mak menerimanya ..Manja kan mak saya…..Ye saya mengakui mak memang manja ..
Manja mak dulunya bersendikan pada ayah, dan bila ayah telah tiada anak-anaklah tempat mak menumpahkan manjanya. Ye mak manja sebab mak anak bungsu dari dua beradik, Tetapi kini  kedua-dua wanita ini telah pulang ke pangkuan ilahi… Emak adalah anugerah yang amat bermakna buat kami Menyatukan perasaan rindu dengan  segumpal perasaan ingin bertemunya lagi dan lagi….. Andainya perpisahan semalam  bisa ditangguhkan …ku ingin menyaksikan mak pergi dihadapanku, kan  ku lafazkan permohonan  maaf dzahir bathin atas kecuaian dan kekhilafan ku terhadapmu mak. Ku pohon halal air susumu yang mengalir dalam hidupku ini  Kan ku peluk erat tanpa kulepaskan lagi dirimu mak. Kan ku cium seluruh wajahmu kerana itulah yang pernah daku lakukan tika bersama.  

Mak tahu kan ,diri ini bukanlah anak yang sempurna melayanmu, adakalanya panggilanmu tak kusahut, tuturmu tak ku endahkan dan manjamu tak ku pedulikan ….Namun dirimu tak pernah berdendam malah kaulah teman, sahabat, pendorong, pencetus, penasihat  yang berwibawa apalagi tika ayah telah dijemput ilahi.  Kasih sayang kau berikan terlalu mahal untuk kami kesebelasan anak-anakmu ini. Redzamu didambakan dalam mengharungi kehidupan ini. Bersama setulus dOa ku awali pagi ini hadiah buat ayah dan emak tercinta. Mendoakan mereka di alam barzah dilapangkan kubur, disinari dengan cahaya yang gemerlapan, dicucuri rahmat yang berterusan, diampuni dosa-dosa mereka dan ditempatkan  di kalangan orang2 yang soleh dan ditemukan di jannah kelak.


Kususuri lagi dengan bersedeqah tika menghadiri kuliah duha.  Hadiah buat mereka.....YA ALLAH, berikan balasan yang sebaiknya buat ibu dan ayah kami  atas didikan yang telah diberikan dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan kepada kami adik beradik. Peliharalah mereka sebagaimana mereka pernah  memelihara kami.YA ALLLAH maafilah kami jika   lalai menunaikan hak sebagai anak terhadapmu….
Terima kasih mak…terputus sudah doa mak buat kami tetapi kan kupastikan doaku berterusan buat mak dan ayah di sana. Kan ku titipkan salam sayang berterusan untuk mu…
TERIMA KASIH MAK….. 

Di kesempatan ini  juga  saya ucapkan Selamat Hari Ibu buat seluruh ibu, mama, emak, mummy , maa... di kalangan pembaca KK, sahabat, anak2 saudaraku, juga adik beradikku... Anugerah tertinggi bila ibu dinobatkan pada minggu ke dua bulan mei. Hebat kan ibu2 tersayang.....Setiap hari adalah hari ibu dan itulah sewajarnya kita ingat...............  Agama telah meletakan ibu ditempat yang mulia  sehingga syurga ditelapak kaki ibu....Tanpa restu, doa dan redzanya hidup pasti kucar- kacir. Buat ibu yang dihormati, ayuh pimpinlah anak-anakmu mencintai  ALLAH dan bimbinglah mereka takutkan ALLAH.  Muga anak generasi akan terpandu arahnya.. Pengorbanan ibu tak mampu dibalas jua....Buat anak2 saudaraku  dan cucu2 saudaraku...berazamlah menjadi anak soleh/ah dan membahagiakan ibu dan ayah.. Terima kasih ALLAH dan peliharalah ibu-ibu yang kami sayangi.  

 Selamat hari jururawat juga buat misi-misi aka jururawat yang telah dilantik menunaikan amanahnya..  Besarnya pengorbanan kalian dan kalianlah perawat terhebat ...Ku kagumi jasa yang telah diberikan. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya... Selamat bertugas para jururawat yang dihormati... 

Friday, May 4, 2012

Hari Ibu 2012

Kepada yang masih lagi tidak tahu, tarikh hari ibu berbeza mengikut negara dan tahun. Sambutan hari ibu pada tahun ini adalah seperti berikut:



13 Mei 2012 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
tarikh hari ibu
27 Mei 2012 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos 2012 bagi negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember 2012 di Indonesia

SETIAP HARI ADALAH  HARI IBU...TERIMA KASIH IBU...
Lakukan dan berikan kejutan untuk ibu dengan cara masing2....meraikan mereka biarpun ini hanya sebagai tarikh atau  benchmark untuk kita ungkit semula kisahnya..tentang ibu dan siapa kita tanpa ibu....

" Semuga ibuku sihat sejahtera dan bahagia dengan limpah rahmat ALLAH, diberkati amalnya dan dipelihara ALLAH, Boleh terus menyejukan hati ini dan melimpahkan kasih sayangnya buat kami dan mendoakan kami, anak-anakmu yang 11 orang ni..Terima kasih mak...HJH CHE PUTEH DAUD ." Sayang mak...ditelapak kakimulah  syurga kami..restui dan redzalah perjalanan kami..." Amin


Firman ALLAH , " Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Hah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). "  [ Al-Isra’: 23]

Monday, May 9, 2011

Terima kasih Mak

YA ALLAH
berikan ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan pahala yang besaq atas sayang ibu limpahkan padaku. Peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku

YA ALLAH
bila maghfirahMU telah ibu kecapi sebelumku, 
Izinkanlah ibu memberi syafaat untukku,
tetapi jika maghfirahMU ku kecapi lebih dulu
maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku
sehingga kami semua berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi
kemuliaaMU, keampunanMU serta rahmatMU

                                                                                            ( Petikan buku "sejuta cinta untuk ibunda")
nanti nek  pi umah aqis lagi....
bodyguard - jangan main2 haa
berkongsi tarikh lahir...tahun ade beza laa
cium tok sikit
ceq kena mohon restu tok dulu noo..
ayah & mak : CINTA SEJATI
TERIMA KASIH MAK, 
TERIMA KASIH MAK ,
TERIMA KASIH MAK,
TERIMA KASIH MAK ,
TERIMA KASIH MAK
bahkan JUTAAAAN KASIH UNTUK MAK
yang sememangnya hanya ALLAH yang layak menganjari

AKAN SEGALA JASA DAN PENGORBANANMU MAK
(alangkah indahnya jika pemergianku mendahului mak)
MAAFKAN  DAN HALALKAN SEGALA-GALANYA 
KAMI SAYANG MAK

anak2mu:
kak chiq, abg mat, abang din, abg nasir, abg zan, kak jah, abg mahadzir, cik wan, cikna, cu, paksu,
allahyarham Hussin dan Hassan
menantu2mu:
abg awang, kak nab, kak nah, kak aya,kak rodzah, abg soleh, ummi nilam, abg ibrahim, abg zul, maksu Norul. 
cucu2mu:
Zul. Sue,mariani, farizan, nurul, fiza, hafiz, Nizam, ct, sara, e1, salleh, dik pai, kk azan, anas, naem, aris, aisya,
abg syaifol, asraf, irfan, emad, hamzah, abdullah, dik abbas, dik fa, handzolah, adam, edat, aminatul, ahmad, ibrahim, huda, qdeen, farhana, sharwani, harwani, kakak fathiah,  saniah, zaid,nur, zaki , fatin, shahmi, shahirah, shahir, nadia, 
aris, ain, daniel, ismail.
allahyarham Yusuf dirdaus, Huda Hayati, Ishaq ( mereka meninggal tika kecil)
cicit:
Haris, Hanis, Hasyr, zakaria, alya, balqis, amer, dania, aufa, nisa, wawa, fifi,
Amirul, mira, X



*X: tokchu tak ingat nama2 cucu2 ini untuk seketika
betapa dah tua diri saya ni

* ALLAH MAHA MELIHAT

Sunday, May 8, 2011

Tq mak


terima kasih mak

SELAMAT  HARI IBU 
 dedikasi buat
 EMAK TERSAYANG
" HAJAH CHE PUTEH BT DAUD"

 juga
IBU-IBU YANG DIRAHMATI ALLAH 


Semuga ibu-ibu ditempatkan bersama Saidina Khadijah & Saidina Fatimah Azzahra di syurga kelak.


Muga  sentiasa menjadi 
IBU MITHALI dan ISTERI SOLEHAH









Berbahagialah emak, ibu, ummi, mami, mama, mak dsb...., satu-satunya panggilan yang kekal dan di bawah telapakmu ada tawaran syurga bagi kami..sayangilah seketika masih bersama..


Friday, May 7, 2010

Sejauhmanakah kita mmbahagiakan mereka?

Jika kita seorang anak perempuan (belum berkahwin) atau anak lelaki yg belum atau sudah berkahwin kita diwajibkan menyara ibubapa agar mereka juga hidup dgn selesa. Tiada sebab mengabaikan mereka sekalipun telah berumahhtangga atau pun bekerjaya. Sekalipun byk komitmen dan tanggungjawap lain tetapi tanggungjawp resmi ini wajar ditepati. Kita diwajibkan menggembirakan mereka dgn membuat perkara yang disukai walaupun hakikatnya mereka hidup kaya raya.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa mencakupi keperluan material & fizikal , juga mental & spiritual. Sewajarnya kita mempastikan mereka hidup dgn baik,selesa dan bahagia tanpa sebarang tekanan perasaaan. Sejauhmanakah kah kita membahagiakan mereka??

KUNCI REZEKI- lebih byk kita laburkan utk ibu ayah dgn jujur dan berhemah lebih banyak keberkatan dan rezeki diperolehi. Lebih banyak perbelanjaan kita utk mereka, dgn izin ALLAH rezeki kita, rumahtangga kita akan dicukupkan ALLAH. Ini antara janji2 ALLAH jika kita membuat kebajikan utk mereka.


KUNCI SYURGA- memandang wajah ibuayah mampu menjana pahala. Alangkah mudahnya kita mengutip pahala andainya mereka berjauhan dari kita. Ayuh kita lekatkan foto mereka pada appearance/wall paper di lappy/pc dan pandanglah mereka selalu. Andainya tinggal bersama mereka, bermakna kita berhak mmperolehi bonus sepanjang masa . Jika berjauhan pulanglah, berkunjunglah dan ziarahilah mereka setiap minggu/bulan . Diwajah mereka , senyuman bermakna, senyuman redza yg disukai ALLAH. Subhanallah

KUNCI KEBAHAGIAAN- Jika menghadapi masalah di dunia dan keputusan rezeki kembalilah kepada ibu bapa. Mohonlah redza dan restu kepada kunci kebahagiaan dan ketenangan yang terletak pada redza ibubapa. Usahlah menganggap keselesaan dan kesihatan yg dimiliki empunya kita semata. Ini hanyalah rantaian hukum ALLAH yg sengaja ditimbunkan dan akan membalasinya sekaligus di akhirat. Hanya anak2 yg mentaati ,memelihara dan mmbahagiakan ibu ayah adalah org yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaALLAH

Oleh itu peliharalah hak kita masing2…
Jika isteri- uruskanlah rumahtangga seperti yg digariskan oleh srikandi2 islam terdahulu.
Jika suami-usah diabaikan hak terhadap isteri, anak2 dan kedua ibu bapanya. Hak yg dituntut adalah mengikut kemampuannya . Tanggungjawb yg lebih besar adalah mengajar dan memberikan pendidikan agama dan dunia yg berguna buat anak2 generasinya.
Dan bersedekahlah secara konsistan. Selain melapang dan meluaskan rezeki, ia juga mmbantu menjauhi segala bala bencana. Bantulah ahli keluarga kita juga komunity semasa kita.Jgnlah kita mengabaikan hak ibubapa, keluarga dan masyrakat kita. Semuga kita terselamat dari ditimpakan bala musibah yang mengakibatkan hidup di rundung bencana berterusan.

Dan usah dilupai: berterusanlah mendoakan
Semuga ALLAH rahmati ibubapa kita, bahagiakan mereka dan ampuni dosa2 mereka dan himpunkan kita dijannahNYA. Sesungguhnya kami tak layak masuk syurgamu, tetapi kami takut akan siksa api nerakaMU, oleh itu ALLAH ampunilah dosa2 kami dan tempatkan kami di syurgamu. Andainya kami pernah menyakiti hati2 mereka, luruhkanlah bersama deraian air deras di pipi ini.Usahlah dibarisi untaian dosa kami yang lampau kerana kami antara anak-anak yg sering alpa, terleka dan mengabaikanmu. Di wajah mereka seraut syurga dan pada mereka adanya redza. Redzalah kami sebagai anak2mu yg bakal menghadiahkan doa buatmu,hari ini, esok dan sampai bila2 kerana kami hanya ada ibu ayah SATU dalam dunia ini. Rahmati dan kasihatilah ibu ayah kami dan bahagiakan mereka di sini juga diakhirat sana.Wallhuaklam
AL FATIHAH buat almarhum ayah.

*Satu catatan spontan buat peringatan utk diri. Terimakasih ayah dan emak yg telah mengajar dan memeliharakau sejak dulu hingga kini. Semuga ALLAH mmberi pahala berterusan buat mu ayah dan ibu.

Thursday, May 6, 2010

MEI- terimakasih ibu

Mencintai seorang ibu bukan hanya sekadar sehari dalam setahun. Kasih sayangnya kepada kita tiada galang gantinya. Bahkan syurga dibawah telapak kakinya. Berbahagialah wanita yg melahirkan zuriat dan mendapat gelaran sepanjang hayat ini. Redza ALLAH terletak di bawah redza IBU. Beringat2lah duhai anak2 perempuan yg belum berkahwin dan anak2 lelaki.Tugas dan tanggungjawab kita tak akan selesai dan sempurna selagi mereka belum terurus. Sama2lah kita melaksanakan misi dan amanah memeliharanya, membahagiakannya, mendoakannya, menyanyanginya dan mengasihinya.

Menyelak2 lembaran sesawang saya menemui fakta yg boleh dikongsikan ini. Sambutan hari ibu rupa2nya merupakan acara tahunan antarabangsa dan bakal menjelang hujung minggu ini. Berikut adalah faktanya:
9 Mei 2010 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
1 Mei 2010 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
29 Mei 2010 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2010 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos 2010 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember 2010 di Indonesia…

Semuga kita sama2 mengingati tarikh ini dan mengungkapkan rasa kasih sayang berterusan buat IBU. Melahir, membesar dan mendoakan kita adalah tentatif seorng ibu namun bagaimanakan tentatif kita terhadap ibu

Untuk EMAK juga semua teman, sahabat, ahli keluarga dan yg telah, sedang dan akan  bergelar ibu, saya ucapkan:  
          SELAMAT HARI IBU..TERIMAKASIH IBU

SUMBER FAKTA: http://topotato.com/2010/04/27/tarikh-hari-ibu-201

ibulah segalanya

 Orang kata aku lahir dari perut  ibu
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Maa!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu


SUMBER: http://www.skycrewz.net/blog/renungan-sempena-hari-ibu/#ixzz0nDJbd5yE

lagu buatmu IBU



betapa bahagianya kita memiliki IBU
namun sejauhmanakah kita mmberikan penghormatan kepada seorang IBU

IBU ooo Ibuuuu..
kau HANYA satu dalam segalanya
Puncak segala keredzaan
Jannah ITU
HANYA restu redzamu Ibu

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari IBU



Siapa yang harus kuhormati yaa Rasullulah???
“Ibumu, Ibumu, Ibumu” jawabnya….
Di hari Ibu yang bertepatan hari ini; 10 Mei…
Anakanda berdoa untuk kemuliaan Ibu… dan salam hormat buatmu ibu.
Mak-- panggilan keramat sejati selamanya. Selamat hari ibu buat makku tersayang…HJH CHE PUTEH DAUD.Trimakasih mak

Ucapan ni juga kutitipkan …..
Utk anak2 mak yg mnjadi ibu, umi
Utk anak2 mak yg mjadi menantu
Utk ank2 menantu mak
Utk ankcucu2 mak yang jadi,umi,ibu dan mama
Juga seluruh ibu/mak/umi/mama/mami/bonda yang ada di dunia.TeRIMAKSIH MAK

Sms terpilih & terkasima…,
* Selamat hari ibu, terimkasih mak, I love u mak, alfatihah………..nana 1030(9/5/09)
Komen:_ semuga kasih syg kita menggamit rasa cinta pada ILAHI.. Semuga dia damai di sana-al fatihah buat aruah dik siti hajar-30/6/2008 dlm kenangan

* Sometimes u may think that nice things u do are taken for granted but tht just not so…they’re remembered by all anak penakan with luv & are even more appreciated as the years go by…This msg meant to tell tht u are a wonderful mak penakan. Hppy mother’s day.MayAllah permudahkan hidup ini & grant us all paradise. Tq jzkk .....Abg zan 1031(10/5/09)
Komen: Amin- trimakasih abg. Chu tumpang gembira ngn kejayaaan anak2 kita. Merekalah pewaris kita, generasi kita..Semuga kita dhimpunkan di jannahMU ya Rabb

Terimakasih pada sms2 yg diterima…chu hargai semua.