Monday, November 5, 2018

Monolog

Jika kita mendapat peluang dan jemputan ke tanah suci, jangan sesekali bertanya, “Layakkah aku ke sana?” kerana itu adalah persoalan dari syaitan untuk membuat kita berasa jauh dari Allah.
Sebaliknya, tanyalah diri sendiri, “Allah SWT memanggilku kerana Dia menyayangiku, jadi apakah satu benda yang boleh aku ubah untuk aku tunjukkan kepada Allah yang aku juga mencintainya?”

Jemputan umrah, ia merupakan satu usaha untuk menjawab panggilan dan jemputan Allah taala ke tanah haram, tetapi hakikatnya adalah rezeki juga dari Allah taala. Maka berilah perhatian dahulu kepada rezeki yang datang, dan bersyukurlah. Bukan semua yang mendapat rezeki menunaikan umrah.
Umrah itu wajib sekali seumur hidup, 
Don't fall into the trap of worrying about rizq that has not yet been granted to you.
photo 2009- tq kak na & abg zul



5/11/2018

Sunday, November 4, 2018

Saat diuji

“Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
Allah sedang mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah! Janganlah cepat putus asa… teruskanlah melakukan qiamulail (solat Taubat, Hajat, Istikharah dan Witir). Amalkanlah juga Solat Sunat Fajar, Dhuha dan Surah Waqiah… InsyaAllah jodoh Sdri.Nana akan tiba juga suatu hari nanti..
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada para hamba-Nya agar sentiasa bersabar dan memohon pertolongan (dengan berdoa harap) hanya kepada-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, 2: 153)

sumber TQ SHAFIQOLBU 

Thursday, November 1, 2018

saat ku teruja

Ya ALLAH
Kembalikan kesabaranku
dalam sebuah pertimbangan

YA ALLAH
berikan ku petunjuk
jalan keluar 
temui penyelesaian

Ya ALLAH
Aku tak sanggup diuji
lagi dan lagi

Aku tak sanggup
ulang kesilapan  yang sama 
berkali-kali

Leraikan kebuntuanku
Runtuhkan kebodohanku
Lenyapkan masalahku

YA ALLAH
ku akui kesilapanku
Dosa ku sebesar gunung
tapi tidakkah dengan beristifar 
runtuh dosa2ku

YA ALLAH
maafkan daku
aku hamba yang banyak dosa
banyak khilaf

berikan daku jalan keluar
atas kesulitan ku ini
berikan ku panduan
untuk membuat eP


steeeesssss dengan ep
aku cuba kawal diri
tanpa MU pasti ku lupa diri
tapi ku yakinku 
adaMU ya robb