Wednesday, July 12, 2017

Tabung subuh

alhamdulillah..berdikit-dikit, bila istqomah, jadi banyak

Tabung subuh melengkapkan pagiku. Pesan tuan guru yang mursyid, lazimi bersedekah di awal pagi, Peluang ku ambil dengan mudah, memasukan duit setiap pagi  ke tabung ini secara berterusan. Lokasinya  di atas meja dan memudahan untuk ku laksanakan.

pasti soalan berikutnya?? Hingga bile dan untuk apa ??
Hingga bila-bila dan bila ada program di masjid ataupun sumbangan derma/wakaf /infaq/anak yatim dll, saya akan menggunakan duit tabung subuh ini untuk dimanfaatkan. Alhamdulillah selama saya mengamalkan ni , saya tak pernah keputusan wang. Ini satu kejaiban.

Bila ada majlis ilmu, saya asingkan duit ini dan  saya bawa bersama untuk di infakkan nanti. Begitu juga trend saya balik kg, atau dalam status musafir saya akan gunakan duit ini untuk disedekahkan di tabung masjid yang  saya singgahi. Cukuplah saya katakan ...ianya menjadikan saya lebih bersemangat menabung bagi kegunaan begini.

Begitu jua Ramadan baru-baru ni, saya menggunakan sepenuhnya duit dari tabungan ini, Rasa kepuasan  bila banyak benda dapat dimanfaatkan sebagai saham akhirat.  Alhamdulillah.syukur berterusan melihatkan senyuman mereka yang menerimanya.

Kaedah Tabung subuh ini perlu dipraktikkan dalam satu family. Menjadi teladan buat generasi bersikap amanah dan jujur,  HARI INI pasti satu CACATAN terbaik untuk di jawap dengan ALLAH kelak. Nikmat ALLAH kita kongsikan....

Jadikan kebaikan ini untuk kedua ibu ayah saya yang telah mengajar kami memberi. Tabiat almarhum ayah dulu yang suka menyeluk sakunya dan memberikan kepada orang yang dia jumpa pasti saya ingat. Saya pernah cemburu bila kawan2 saya yang datang ke rumah pasti diberikan duit sebelum pulang, kadang tu ayah beri kepada anak2 mereka dan ada juga kepada ayah mereka.  Terima kasih Ayah yang telah mengajar saya secara tak langsung rahsia memeberi dan bersyukur.

Dikongsikan pengisian dari ajaib sdekah subuh (terima kasih)
1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai – tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas – sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? ( seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti
9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH

APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?

Antara cadangan :
1. Beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin:
Ada hamba Allah yang bertugas melaksanakan kerja amal ini, setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi untuk memasak bagi anak-anak yatim tu.
Duit yang dikumpulkan diamanahkan kepadanya untuk dia memasak dan mengagihkannya.
Setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH hamba-hamba Allah.
Ada yang sudah mula mengamalkannya selama10 tahun yang lepas
2. Cadangan kedua:
Agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu

TUGAS ANDA SEKARANG?

1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. Viralkan projek ini – saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA – siarkan kisah suka duka anda kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula dari kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan…
Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.
Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua..

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Sy nak tanya sedekah subuh ni jika kita mula kan dgn RM1 sehari, kemudian dah cukup 30 atau 40hari boleh ke kita tukar duit RM1 tu ke nilai yg besar (contoh ada 30 atau 40keping RM1 dan kita tukar kpd 3 atau 4keping RM10) sebelum kita berikan kepada yg memerlukan?

ainhany said...

wslam wbkth

Terima kasih berkongsi pandangan bersama. Sebenarnya kaedah kita menabung duit itu setiap hari adalah untuk mendidik kita untuk memberi/berkongsi rezki setiap hari. Jumlah yang ada dalam tabung itu adalah nilai sebenar yang akan kita berikan kepada yang haq. Jadi tiada persoalannya sama ada kita menukarkan RM kecik atau besar asalkan jumlah/nilainya sama. Dan jika lebih lagi baik.

Kita kena faham yag kita masukan dalam tabung subuh ini adalah tabung akhirat kita dan ini bukan tabung simpanan biasa. Jadi kita sempurnakan kaedah penyerahannya. Sebagai contoh lagi ..dengan nilaian tabung kita sebanyak RM 30-40 ini kita transfer online ke maahad tahfiz dengan duit yy ada di bank . Oleh itu duit tunai dari tabung ini kita boleh ambil bagi menggantikan wang yang telah kita dermakan. Indahkan agama kita..berkongsi rezeki dan kita bijak wang.

wallhu aklam.

terima kasih

Annur kehidupanmu said...

Alhamdulillah..terima kasih saya dah dapat jawapan nya dari comment post anda. jadi Saya bole tukar wang yg ada di tabung dengan jumlah yg ada dalam account bank untuk mudahkan transaksi. sbb di area rumah saya ni. saya tak tau nak cari golongan asnaf..jadi di on9 lebih mudah untuk di jumpai..

ainhany said...

alhamdulilah annur,
insya ALLAH kita sama sama beristiqomah.
semuga rezeki kita berkat dan cukup dan kehidupan kita tenang.
yang baik baik ye.

salam ukhuwah