Saturday, December 30, 2023

Siapalah kita?

Adakalanya kita perlu menjadi lilin, membakar diri untuk menerangi.

Adakalanya kita perlu menjadi pohon, untuk menjadi tempat berteduh bagi yang perlu.

Adakalanya kita perlu menjadi tisu, dikoyak rapuh namun teguh menyapu air mata yang mengalir.

Dan setiap masa kita adalah Hamba.

Hamba yang bermusafir di dunia yang fana, tanpa mengetahui bilakah bakal dijemput olehNya.

In sha ALLAH.
Sama-sama kita muhasabah.

Kematian itu datang dengan tiba-tiba. Ia tidak peduli kita bersedia atau tidak. 

Namun sering kita terlupa. Bukan lupa terhadap datangnya kematian, tapi lupa mempersiapkan bekal kematian itu sendiri. Kematian adalah sebuah pintu yang apabila telah dibuka dan tertutup kembali ia tidak akan pernah terbuka lagi selamanya. 

Sedangkan jalan setelah kematian sangat panjang dan mengerikan bagi orang yang tidak punya bekal!!

Renungkan.




Friday, December 29, 2023

Hari terakhir

Menjelang hujung tahun 2023, banyak pula kenangan yang menjengah fikiran, juga rasa yang menyinggah di hati.

Kehidupan pasti sahaja ada pahit dan manisnya. Namun, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa mengukir senyuman di wajah sendiri akan menjadi antara cabaran yang paling sukar dalam kehidupan.

Semoga sepahit apa pun yang perlu kita telan sepanjang menjalani kehidupan, kita tidak lupa untuk kembali tersenyum sambil menikmati kemanisan hidup yang dikurniakan. 
Selamat Datang 2024
Selamat Jalan 2023

*Terima kasih kepada yang sentiasa sudi membuat saya tersenyum, tersipu, tertawa dan tergelak☺️🤣



Thursday, December 28, 2023

rindu


 

Ya Robb

bawalah ke rumah Mu lagi 

Kian merindu 

ada cerita nak kusampaikan 

ada lirik nak ku lagukan

Aku rindu 

Wednesday, December 27, 2023

Belajarlah bersyukur

Nikmatilah hidup selama kita masih memilikinya.
Dan terus belajar untuk bersyukur dengan apapun keadaan kita.

Alhamdulillah.

Saat hidup untuk membahagiakan insan lain, Allah akan memberi rezeki berupa insan lain yang akan membahagiakan kita pula. InshaAllah. ALLAH selalu memberikan Kasih sayang Nya dengan pelbagai cara.

Semoga Allah swt menjadikan hidup kita dipenuhi dengan kerja-kerja agama.
Semoga kita juga terus istiqamah dalam melakukan kebaikan. 


                                                     
      rezki ALLAH itu maha luas


#SyukurSelalu

Thursday, December 7, 2023

Sabar Dalam Pergaulan

Separuh hari telah kita lalui...

Ada suka ada duka...

🍃Kadangkala bertemu orang yang sikapnya menyenangkan...

🍃Kerap juga bersua dengan mereka yang mengusik perasaan dan mengganggu ketenangan..

Rasulullah  ﷺ bersabda:

المؤمنُ الذي يخالطُ الناسَ ويَصبرُ على أذاهم خيرٌ منَ الذي لا يُخالطُ الناسَ ولا يصبرُ على أذاهمْ

Seorang mukmin yang bergaul di tengah-tengah masyarakat lalu bersabar terhadap gangguan yang ada, maka ianya adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak pula bersabar terhadap gangguan ke atas mereka.


🍥Sahih:

HR. at-Tirmidzi: 2507, Ibnu Majah: 4022, Shahihul Jami’ 6651 al-Albani


Ada ketikanya di kala kita berkumpul bersama orang ramai kita dapat bersabar atas gangguan yang berlaku.

Dari itu, jika boleh bersabar dengan gangguan kawan atau rakan sekerja, sudah tentu apabila pulang ke rumah sepatutnya kita akan lebih mampu bersabar dalam menghadapi apa jua sikap dan tindakan anak-anak mahupun pasangan kita.

Boleh kan..? 😊

 📚sahabat ilmu.


Selingan

Di meja SIDANG  kata putus telah dibuat. Hasil royalties nanti kita boleh ambil. Pastikan ada penyertaan.. Lagi ramai peserta lagi banyak pendapatan diperolehi. Iklankan dan hebahkan untuk semua ya.

Bola permulaan diberi kepada A kerana ada kelebihannya bermain di tempat sendiri... Ayuh teruskan.  Lagipun segala jentera persediaannya siap siaga. 

Ya.. Balingan bola tangguk A  disambut pula oleh B. Dibawa ke depan... Menghampiri kawasan goal.... 

Oooo wisel kecederaaan .... Kad kuning atau merah patut diberikan. Eh bukan salah saya.. Eh takkan saya pula kena keluar. Dia yg cedera  mana aci...

Aci tak aci  kita laaa punca tapi sebb B yang menghampiri kawasan goal lawan.. B laa cedera...layak dapat sepakan corner  percuma ni.


Pengadil meminta perawat perubatan masuk untuk melihat tahap kecederaaan. Kedatangan mereka bukan sekadar bawa stretcher tapi juga bawa tong air  dan ubat penawar. Ubat utk yg sakit, air utk yg sihat... Pengadil tanya  eh berapa lama ni..boleh usung keluar padang tak..buang masa saya nie... Keluar sekarang... Tapi .. Tapi... Apa tapi tapi... Ketepi... 

Mana penjaga garisan.. Pengadil juga tak pasang cctv td ..itulah susah nak ulang tayang. Perlawanan kena diteruskan tapi…nak rujuk kepada siapa ??

Tuttt,,tutt ,telefon berkelip menandakan ada isyarat masuk. Laaa tersedar dan tersandar seketika..ohh Oooo rupanya ini hanya games.  

Perlawanan ditamatkan atau  ditangguhkan sama je,,,hidup perlu diteruskan 

 -Sabar dan tabahlah sahabat. Semoga dipermudahkan urusan. Kita cuba jadi jambatan utk kemudahan bersama. Tapi jangan pula di henyak2 jambatan ini. Nak kata ustaz  benda boleh bincang kenapa bertegang.

Semoga perjalanan ini selamat dan tiada kematian mangsa da ada jalan penyelesai nya. 



#kitadahcubayangterbaik

Depa ingat kita



Terima kasih bidadari kesayangan💓

Wednesday, December 6, 2023

Air bateri

Orang  lain guna bateri 'free mentenance' , juna setia guna sejenis yang manual. Jangan kata tak ikut semasa pula.. Juna tetap kontemporari lah.

Puas juga cari di mana kedai menjual air bateri ini. Dari kedai servis ke kedai aksesori, rupanya ada di kedai stesen minyak. Harga cuma  rm3. 30.

Untuk preventive kan... Incase juna buat perangai, kita dah standby air tenaga untuknya. 
Nak pergi ke perodua servis kekangan masa jadi kita buat buat tahu dulu. Ada masa kita  bawa juna jumpa pakar dan test antibodynya.

   
        
Tudia sekali minum separuh botoi terus. Sakan juna ni. Agaknya dah lama posa kot,   tulah  tak ambil kisah dan jenguk pun bonet depan.  
Jangan merajuk pula . 

Sayang dan cinta tetap sama. Semoga juna dapat bantu khidmat untuk mudahkan urusan orang dan jalan jalan ke syurga. 


7/12/2023





Friday, December 1, 2023

When Allah is calling

2.00am. Terjaga dari tidur. Ooo baru pukul dua. Ada lagi dua jam untuk tidur..  pejam kan mata semula.. Ulang berkali doa yg diajar tuan guru apabila terjaga dan hendak menyambung tidur.. Ya.. Saya mesti tidur sebab esok saya kerja shif pagi

3.00 am terjaga lagi.. Aduh... Napa lah jam ni tak bergerak ke?? lama lagi nii.  Rasanya dah puas LENA. Membalik diri ke sebelah kanan kiri dan cuba lelap kan mata lagi...

3.40am...ohh sakit ya perut. Menyucuk2 pula nie. Tetiba pula perut mula maragam. Oh tidak ada jalan lain melainkan bangun ke bilik air. Hati tertanya2 apakah makanan terakhir 8 jam lalu yang telah saya ambil. Ye kuih bade dan talam keladi. Tapi itu pukul 6 petang...sekarang pukul 4pagi.(dah 10jam berlalu pun) Mau tidak tak mau saya memutuskan untuk meninggalkan selimut dan bantal dan terus ke bilik air. Alhamdulilah  
Wat next?? 

Rutin kembali normal macam setiap hari. Urus diri dan mandi sunat fajar. 
Ia bukan sahaja menyegarkan tetapi juga satu kaedah pencegahan beberapa penyakit. Bila dah segar dan masih awal pagi, maka inilah masa kita bermanja dengan Allah. 

Alhamdulillah 
Rupanya ini cara "Allah is calling..." Dah diberi dua kali peluang bangun, tak bangun2 juga. Nah amik... Biar sakit perut memulai, barulah tau jalannya. 
Terima ksih Allah menghadiahkan seketika sakit perut yg menyucuk2 dan saya pun tak salahkan makanan. Tapi follow the flow.... Sakit lawannya diam dan muhasabah. Jika berterusan saya perlu makan ubat. Sebenarnya Allah mengajar saya sakit dengan syukur. Syukur dapat bangun awal awal pagi dan menyesali dosa2 seorang pendosa ini 

Terima Kasih Allah panjangkan umur saya sehari lagi dan mengejutkan saya hari ini. Tolong jangan abaikan saya dari mengingati Mu dan Mendekat pada Mu 

Wallahu aklam



Thursday, November 23, 2023

TOKSID pada diri sendiri

Toksid di rumah kita apabila

 1. Objek yang Tidak Anda Gunakan Lagi.
 2. Pakaian Yang Anda Tidak Suka Atau Sudah Lama Tidak Digunakan.  Seluar dalam rosak.
 3. Benda Rosak.
 4. Kad dan nota lama.
 5. Tumbuhan yang mati atau sakit.
 6. Resit dan Majalah Lama.
 9. Kasut Pecah.
 7. Semua jenis perkara yang memanggil masa lalu.
 8. Jika anda mempunyai anak, mainan yang tidak digunakan, yang tidak berfungsi atau rosak.
 
DENGAN MEMBERSIHKANNYA:
 1. Kesihatan bertambah baik.
 2. Kreativiti berkembang.
 3. Hubungan menjadi lebih baik.
 4. Terdapat kapasiti penaakulan yang lebih besar.
 5.  Mood bertambah baik.

 SOALAN YANG MUNGKIN MEMBANTU MEMBERSIHKAN:
 - Kenapa saya simpan itu?
 - Adakah tentang saya hari ini?
 - Apakah perasaan saya jika saya melepaskannya?
 Asingkan dan klasifikasikan:
 1. Untuk menderma.
 2. Untuk melontar.
 3. Untuk menjual.

 PEMBERSIHAN DALAM RUMAH TERLIHAT DI LUAR RUMAH

 1. Elakkan bunyi yang melampau.
 2. Lampu kurang kuat.
 3. Warna kurang tepu.
 4. Kurang bau kimia.
 5. Kurang kenangan sedih.
 6. Selesaikan projek yang belum siap.
 7. Tanam tenaga positif di rumah anda.

 Lakukan pembersihan am dan gunakan kotak untuk organisasi.  Mulakan dengan laci dan kabinet dan simpulkan setiap bahagian, lakukan segala-galanya mengikut kadar anda...
 a) Sampah.
 b) Susunan.
 c) Kitar semula.
 d) Dalam keraguan.
 e) Hadiah.
 (f) Derma.
 g) Jual.

Semasa anda BERSIH, perhatikan apa yang berubah dalam diri anda.

Semasa kita membersihkan rumah fizikal kita, kita juga meletakkan ketertiban pada fikiran dan hati kita.

Berlatih membuang perkara material yang hanya mengisi ruang anda dan anda akan melihat bagaimana anda perlahan-lahan akan dapat melakukan perkara yang sama dengan situasi yang lebih penting.

Kredit: Bei Kudyn Khan

Friday, November 17, 2023

Toti in d;houz



Untuk kedua kalinya
Ku melangkah ke ASA
Setelah di pujuk rakan sesama
Jomlaa tengok tokti reheasel
Ke Audi SRI Angkasa

Woww
Ada suara
Ada rupa 
Ada gaya
Manis senyumnya
Dan tentunya
Semua suka
Tiada cela
Menjadi idola


             
Nahh...yg penting background
Kakak hampa tolong snap pun jadilah 
Asalkan adik adik suka


Kali pertama masuk ASA sbb terlibat bersama team teknikal TnC peralatan penyiaran. Menepati piawaian dan komunikasi interkom pun di telah tambah baik.
 

Juna turn 2

Alhamdulillah.
Dah bertambah setahun lagi
Bawalah aku ke syuga bersama. 

Renew road tax kali ni memang luar biasa. Tiada kertas roadtax di keluarkan dan ditampal lagi. 
Nak tau status kena pakai  apps myjpj. 

Terkadang teknologi itu mudah tapi bila terlampau berharap kepada telefon dan  network ia jadi asbab ketidakcekapan. 

Moga satu hari lagi ada tambah baik untuk keselesaan pengguna.

Terima kasih Allah 


Tuesday, November 14, 2023

Tentang Memaafkan


Mengingat apa yang  telah di perbuat dan perihal melupakan sesungguhnya ianya teramat sulit. Moga hati kita seluas samudera untuk memaafkan. 

Ada beberapa kejadian masih berputar dalam ingatan yang terpaksa kita bergelut mengendalikan agar kita tidak membenci manusia.

Mereka kata kita pendendam sebab belum memaafkan. Bukan kita tidak tahu besarnya kebaikan memaafkan tapi mereka juga tidak tahu sesakit apa luka yang kita rasa. Tak perlu paksa kita untuk cepat memaafkan sebab mereka tidak tahu sedahsyat mana kita dah sengsara. Kita tak dendam cuma masih perlu ruang dan waktu sebab kebaikan perlu ruang dan waktu untuk mewujudkan kemaafan. Sedangkan memaafkan diri sendiri pun susah inikan pula memaafkan orang lain. 

Kita sedang berusaha namun perlu masa untuk sembuh. Memang perkara dah lepas, tapi ingatan pada luka tu belum padam. Bercakap maaf memang senang, padahal sebelum kita jadi macam ni mereka tak tahu apa yang kita terpaksa tahan dan lalui. Terlalu perit dan sakit, kadang-kadang waktu tidak dapat menyembuhkan. Belum dapat ikhlas memaafkan sebab parut luka susah nak hilang. Kita mampu menghapus airmata di pipi tapi kita tak mampu menghapus sakit di hati.

Hanya yang pernah lalui sahaja memahami perit makna luka dan calar bahkan  pedihnya kisah semalam untuk melupakan. Berikan ruang waktu, masa kan berlalu dan pasti berlalu.. 

Sumber :Tulisan seseorang 

Saturday, November 11, 2023

40 RABBANA DALAM AL QURAN


40 Rabbana dalam Al Quran yang merupakan doa, dapat kita amalkan sehari-hari memohon kepada Allah  yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1. Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui [QS 2:127]

Rabbana taqabbal minna innaka antas Samiiul Aliim

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
[البقرة :127]

2. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. [QS 2:128]

Rabbana wa-j’alna Muslimayni laka wa min Dhurriyatina ‘Ummatan Muslimatan laka wa ‘Arina Manasikana wa tub ‘alayna ‘innaka ‘antat-Tawwabu-Rahiim

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
[البقرة :128]

3. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.[QS 2:201]

Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil ‘akhirati hasanatan waqina ‘adhaban-nar

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
[البقرة :201]

4. Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. [QS 2:250]

Rabbana afrigh ‘alayna sabran wa thabbit aqdamana wansurna ‘alal-qawmil-kafirin

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى القَوْمِ الكَافِرِينَ
[البقرة :250]

5. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. [QS 2:286]

Rabbana la tu’akhidhna in-nasina aw akhta’na

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
[البقرة :286]

6. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. [QS 2:286]

Rabbana wala tahmil alayna isran kama hamaltahu ‘alal-ladhiina min qablina

رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا
[البقرة :286]

7. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir [QS 2:286]

Rabbana wala tuhammilna ma la taqata lana bihi wa’fu anna waghfir lana wairhamna anta mawlana fansurna ‘alal-qawmil kafiriin

رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
[البقرة :286]

8. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia). [QS 3:8]

Rabbana la tuzigh quluubana ba’da idh hadaytana wa hab lana milladunka rahmah innaka antal Wahhab

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
[8: آل عمران]

9. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya”. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji. [QS 3:9]

Rabbana innaka jami’unnasi li-Yawmil la rayba fi innAllaha la yukhliful mi’aad

رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
[آل عمران :9]

10. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka. [QS 3:16]

Rabbana innana amanna faghfir lana dhunuubana wa qinna ‘adhaban-Naar

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
[آل عمران :16]

11. Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah). [QS 3:53]

Rabbana amanna bima anzalta wattaba ‘nar-Rusula fak-tubna ma’ash-Shahidiin

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَِ
[آل عمران :53]

12. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. [QS 3:147]

Rabbana-ghfir lana dhunuubana wa israfana fi amrina wa thabbit aqdamana wansurna ‘alal qawmil kafiriin

ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَِ
[آل عمران :147]

13. Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.[QS 3:191]

Rabbana ma khalaqta hadha batila Subhanaka faqina ‘adhaban-Naar

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
[آل عمران :191]

14. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. [QS 3:192]

Rabbana innaka man tudkhilin nara faqad akhzaytah wa ma liDh-dhalimiina min ansar

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
[آل عمران :192]

15. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kamipun beriman.[QS 3:193]

Rabbana innana sami’na munadiyany-yunadi lil-imani an aminu bi Rabbikum fa’aamanna

رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا
[آل عمران :193]

16. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. [QS 3:193]

Rabbana faghfir lana dhunuubana wa kaffir ‘ana sayyi’aatina wa tawaffana ma’al Abrar

رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ
[آل عمران :193]

17. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji. [QS 3:194]

Rabbana wa ‘atina ma wa’adtana ‘ala rusulika wa la tukhzina yawmal-Qiyamah innaka la tukhliful mi’aad

رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَاد
[آل عمران :194]

18. Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad s. a. w.).[QS 5:83]

Rabbana aamana faktubna ma’ ash-shahidiin

رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
[المائدة :83]

19. Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama. [QS 5:114]

Rabbana anzil ‘alayna ma’idatam minas-Samai tuknu lana ‘idal li-awwa-lina wa aakhirna wa ayatam-minka war-zuqna wa anta Khayrul-Raziqiin

رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ السَّمَاء تَكُونُ لَنَا عِيداً لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
[المائدة :114]

20. Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. [QS 7:23]

Rabbana zalamna anfusina wa il lam taghfir lana wa tarhamna lana kunan minal-khasiriin

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
[الأعراف :23]

21. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu. [QS 7:47]

Rabbana la taj’alna ma’al qawwmi-dhalimiin

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
[الأعراف :47]

22. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya. [QS 7:89]

Rabbanaf-tah baynana wa bayna qawmina bil haqqi wa anta Khayrul Fatihiin

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
[الأعراف :89]

23. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu). [QS 7:126]

Rabbana afrigh ‘alayna sabraw wa tawaffana Muslimiin

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
[الأعراف :126]

24. Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang’zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir. [QS 10:85-86]

Rabbana la taj’alna fitnatal lil-qawmidh-Dhalimiin wa najjina bi-Rahmatika minal qawmil kafiriin

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ; وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
[ 85-86:يونس]

25. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit. [QS 14:38]

Rabbana innaka ta’lamu ma nukhfi wa ma nu’lin wa ma yakhfa ‘alal-lahi min shay’in fil-ardi wa la fis-Sama’

رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللّهِ مِن شَيْءٍ فَي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاء
[إبرهيم :38]

26. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.[QS 14:40]

Rabbana wa taqabbal Du’a

رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
[إبرهيم :40]

27. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat). [QS 14:41]

Rabbana ghfir li wa li wallidayya wa lil Mu’miniina yawma yaqumul hisaab

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
[إبرهيم :41]

28. Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). [QS 18:10]

Rabbana ‘atina mil-ladunka Rahmataw wa hayyi lana min amrina rashada

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
[الكهف :10]

29. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami khawatir bahwa ia segera menyiksa kami atau akan bertambah melampaui batas. [QS 20: 45]

Rabbana innana nakhafu any-yafruta ‘alayna aw any-yatgha

رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ أَن يَفْرُطَ عَلَيْنَا أَوْ أَن يَطْغَى
[طه :45]

30. Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik. [QS 23: 109]

Rabbana amanna faghfir lana warhamna wa anta khayrur Rahimiin

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
[المؤمنون :109]

31. Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. [QS 25: 65-66]

Rabbanas-rif ‘anna ‘adhaba jahannama inna ‘adhabaha kana gharama innaha sa’at musta-qarranw wa muqama

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
[65-66: الفرقان]

32. Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [QS 25:74]

Rabbana Hablana min azwaajina wadhurriy-yatina, qurrata ‘ayioni wa-jalna lil-muttaqiina Imaama

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
[الفرقان :74]

33.Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. [QS 35: 34]

Rabbana la Ghafurun shakur

رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ
[فاطر :34]

34. Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala. [QS 40:7]

Rabbana wasi’ta kulla sha’ir Rahmatanw wa ‘ilman faghfir lilladhina tabu wattaba’u sabilaka waqihim ‘adhabal-Jahiim

آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
[غافر :7]

35. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam surga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar. [QS 40:8-9]

Rabbana wa adhkhilhum Jannati ‘adninil-lati wa’attahum wa man salaha min aba’ihim wa azwajihim wa dhuriyyatihim innaka antal ‘Azizul-Hakim, waqihimus sayyi’at wa man taqis-sayyi’ati yawma’idhin faqad rahimatahu wa dhalika huwal fawzul-‘Adhiim

رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَن تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
[8-9:غافر]

36. Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. [QS 59:10]

Rabbana-ghfir lana wa li ‘ikhwani nalladhina sabaquna bil imani wa la taj’al fi qulubina ghillal-lilladhina amanu

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا
[الحشر :10]

37.Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. [QS 59:10]

Rabbana innaka Ra’ufur Rahim

رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
[الحشر :10]’

38. Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. [QS 60:4]

Rabbana ‘alayka tawakkalna wa-ilayka anabna wa-ilaykal masir

رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
[الممتحنة :4]

39. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [QS 60:5]

Rabbana la taj’alna fitnatal lilladhina kafaru waghfir lana Rabbana innaka antal ‘Azizul-Hakim

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
[الممتحنة :5]

40. Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. [QS 66:8]

Rabbana atmim lana nurana waighfir lana innaka ‘ala kulli shay-in qadir

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
[التحريم :8]

***
Kongsikan, mudah-mudahan akan menjadi amal kita yang diberkati-Nya.

Thursday, October 19, 2023

Aqsa kami datang


Mereka hilang segalanya
Mereka menunggu giliran syahid
Haruman syurga menanti


Mereka perlukan bantuan dan doa
Kitalah saudara seiman
Tulus doa ikhlas
Sumbangan amat diperlukan 


Palestine akan terus menangis
Darah  akan terus mengalir 
Menyubur intifazoh
Syahid jalan pulang


Semangat cinta Palestine 
Kami laungkan
Bantuan kami luaskan
Palestine you will be free 

Love Palestine 
27/10/2023

Wednesday, October 18, 2023

Bukan tak rindu

Kehilangan sekelip mata pasti mengundang rindu. 
Rindu yang tiada kesudahannya
Cuma berbekal ketabahan
Rela dan pasrah
Inilah hukum alam


Hidup mesti melepaskan
dunia ini hanya pinjaman
Usah riak dan takbur
Kelak kita kan pulang

Wallahu aklam




Merdeka




Mendidik generasi
Kenali merdeka
Bukan pada warna
Bukan pada rasa
Tapi pada jiwa yang bahagia

Merdeka kan diri
Dari hasutan syaitan
Dari kemalasan
Dari  minda yang masih dijajah
Kita sudah merdeka

Pulut nyok


Pulut
Ikan kering
Nyok kukur

Mana mungkin bisa undur
Bismillahirohmanirohim. 


Jabal rahmah


Jangan tinggal daku
Bersaksilah
Telah ku jejaki
Telah ku daki

Bawalah daku lagi
Dalam haji
Sebelum daku dijemput pulang ke negara azali

Danau toba

Telah ku jejaki

Fun walk


Finish

Yess
I can do it
Walk without fail
Walk with fun
Walk to be free



Kerdip mata


Kerdipan mata kanan berulang kali

Ya Allah khabar kan kebaikan
Aku tak bisa mengharap selain dariMu

Menu sihat



pelbagai warna
aneka rasa
untuk kita


terima kasih ainul. 
nice presentation & delicious foods

Monday, September 18, 2023

Di usia emas...



```"ALLAH tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 60-70 tahun". 
(Hadith Riwayat Bukhari)

AL -Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 60-70 tahun tidak diterima lagi keuzuran atau alasan, karena usia itu merupakan yang dekat dengan kematian...

Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah." (Tafsir al-Qurthubi)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur itu.

NASIHAT FUDHAIL kepadanya : "Berarti sudah 60-70 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!"

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 60-70 tahun ;

1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.

2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mengerjakan amal saleh

3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.

4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa hidup banyak bersabar dan bersyukur

5. Perbanyak doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.

6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.

7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.

8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.

9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.

10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.

11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

13. Berhentilah dari semua maksiat !

mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu

tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu

mulut, berhentilah berbicara yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain

telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat

14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun anda belum mencapai  usia 60 tahun

WA-ALLAAHU A'LAM BISSHOWAAB
Baaraka-Allaahu fiikum_

.

Sunday, September 10, 2023

Andai ku pergi dulu..

#Muhasabah


Telah wafat beberapa minggu yg lalu seorang penulis wanita dari Kuwait Nadiah al Jar rahimahallah ... 
Menjelang wafatnya ia menulis makalah ini di dalam buku hariannya : 

_"Bila kematianku tiba aku tidak khawatir dan cemas tentang jasadku yang kaku ...

_Kaum muslimin pastilah akan menunaikan apa2 yang sudah seharusnya mereka kerjakan ... Melepaskan seluruh pakaianku .. memandikanku.._ _mengkafaniku .. mengeluarkanku dari rumahku .. membawaku ke rumahku yang baru ( *kuburku* ) .. _orang banyak akan datang menghantarku kesana .. diantara mereka bahkan ada yang menunda / membatalkan pekerjaan demi pemakamanku ini .._

_Seluruh milikku tidak ada satupun yang aku bawa .. kunci2 ku .. kitab2 ku .. tas2 ku .. sepatu2 ku .. baju2 ku .. dan semua yang lainnya... bila keluargaku sepakat mereka akan menyedekahkannya agar bermanfaat bagiku.._

Yakinlah ... dunia tidak akan bersedih karena kematianku .. alam semesta tetap akan berputar seperti biasanya .. perekonomian akan berlanjut .. pekerjaanku akan digantikan orang lain .. harta bendaku akan menjadi warisan sedangkan di alam kubur semua menjadi perhitungan dan tanggung jawabku..yang banyak ataupun sedikit.. bahkan yang kecil yang tak berharga sekalipun..._

_Hal pertama yang akan hilang seketika aku mati adalah nama yang dengannya aku dipanggil di dunia ini.. seketika aku mati mereka memanggilku dengan sebutan *jasad*... waktu shalat mereka menyebutku *jenazah*. ketika menguburku mereka menyebutku *mayyit.*.. jelas sekali kala itu... bahwa nasabku .. sukuku ... status sosialku dan keturunanku tidak berarti apa2.... sama sekali tidak layak diagung2 kan ..._

_*Alangkah kecil nya dunia ini dan alangkah bodohnya kita yang selama ini menganggapnya penting / besar...*_


_*Untuk kalian yang masih hidup...*_
Kesedihan kalian atasku dapat dibagi 3 golongan...
*1.orang2 yang hanya mengenalku biasa2 saja akan mengasihaniku sesaat...*

*2.teman2 akrab akan bersedih dan merasa kehilangan selama beberapa minggu.. setelahnya mereka akan kembali pada kehidupannya semula...*

*3.keluarga / ahlul bait...akan bersedih berbulan2... mungkin setahun... setelahnya aku pun akan tinggal sebagai kenangan....*

*Berakhirlah kisahku diantara manusia.... bermulalah kisah hidup ku dialam akhirat... telah hilang dariku kecantikanku.... hartaku.... keluargaku.... semuanya... inilah hidup yang sesungguhnya...* 

_*"Apakah yang sudah engkau persiapkan sebagai bekal akhiratmu hari ini ?? Jika masih hidup  perhatikan lah... amalan2 wajib mu...sunnah2 mu...sadaqahmu....amal shalih....mudah2 an diakhirat engkau selamat...."*_

*Bila engkau membantuku menyampaikan pesan2 ku ini sebagai pengingat sesama manusia...*

*Insya Alloh akan engkau temukan pahala di dalam timbangan amalmu kelak di akhirat.....*karena ini termasuk da'wah...
*Aamiiin Yaa Rabbal'alamin

Sumber: Cnp

Thursday, September 7, 2023

Sekali terluka


Perempuan ni lembut tapi bila sampai satu tahap dia terluka dia akan menjadi orang yang cukup keras. Hatinya akan menjadi sekeras kerikil, tidak lagi fikir apa yang akan jadi pada orang pernah sakiti hatinya. Dia akan buang orang itu jauh-jauh dari hati dan hidupnya. Pada satu tahap yang dia sudah tidak mahu mengingati apa yang telah berlaku, jangan pujuk hatinya kerana itu adalah jalan sia-sia. Bukan tak redha dengan apa yang berlaku tapi dah penat untuk berfikir dan terus berfikir jalan penyelesaiannya. 

Mungkin dia sudah memaafkan namun untuk dia kembali semula seperti dahulu kala adalah amat mustahil. Jadi biarkan dia... kerana hatinya sudah cukup terluka sehinggakan dia sudah tidak punya hati untuk berlembut lagi. Jangan di ingat perempuan yang nampak tidak kisah, simple, "humble", kasar dan sempoi itu tidak punya hati. Bila sampai satu saat bila hatinya disakiti dia adalah orang yang paling sensitif dan kejam dalam melupakan seseorang dalam hidupnya.

Benar mungkin orang itu pernah bertahta dihatinya namun bila sudah banyak kelukaan diciptakan untuknya tiada jalan lagi untuk orang lain pujuk hatinya. Baginya semuanya sudah selesai dengan sempurna jadi tidak perlu diungkit dan disingkap ianya akan melukakan hati yang sudah sedia terluka. Melangkah dengan hati yang keras dan kental tanpa berfikir kebelakang dan tidak pernah untuk mengingati semula kelukaan yang pernah dialami. Bila dia sudah berada di tahap ini dia akan menjadi sekeras-kerasnya manusia. Sukar untuk dilembutkan lagi. Saat ini bukan dia tidak memaafkan tetapi dia sudah tidak mahu mengingati apa yang berlaku. Biarkanlah dia pujuk hatinya sendiri.

Terimakasih. 
Sumber:Rohana Saad

Wednesday, September 6, 2023

11 tahun tanpa mak


            
11 tahun
132 bulan
48,180 hari

Kita terpisah
Terputus hubungan
Segalanya sepi

Mak
Maafkan anak anakmu
Kami Merinduimu
Kami mendoakanmu
Al fatihah

6.9.2012-6.9.2023




Friday, September 1, 2023

Cerita lama


  
            
Cerita lama
Pada  suatu hari 
1.9.2018

Lima tahun telah berlalu
 Hari ini  1.9.2023

Putrajaya Floria menjadi saksi
Satu kebetulan atau suratan


ye rindu

rindu pada satu nama
rindu pada satu suara
rindu pada kenangan 

hanyaku mampu mengadu padaNYA
Gantikan resah hati menjadi
Ketenangan 
Ya  ALLAH 

jumaat 1/9/2023

Thursday, August 31, 2023

Malaysia Merdeka

SELAMAT HARI MERDEKA KE-66 

"Kita semua adalah rakyat Malaysia. Dan kemerdekaan inilah yang menyatukan kita. Ingatlah bahawa toleransi adalah kekuatan kita sebagai rakyat dan bangsa." - Tunku Abdul Rahman

Semoga negara kita sentiasa aman dan sejahtera

Dah 66 tahun

Wednesday, August 23, 2023

Al kisahnya



Sahabat ini umpama  bahan perisa.Perisa oren, strawberi, jambu batu, jagung dll. Ada yang boleh buat kita raso2, ada yg buat kita tersandar dan ada yang buat sedih bertukar ria malah  ada yang boleh buat kita ketawa. 

Al kisah adalah satu petang, saya dan sahabat saya ni plan nak mengopi.  Apabila kakinya melangkah masuk ke juna, potpet nya mula menghiasi suasana. "Ehh akk.. Ni sampah ke apa....  Kenapa lah tak dibuang ke dalam tong sampah... Bla bla.." belum pun habis ayat ku dia terus membebel lagi dan lagi.. Biarkan  lagipun itu cuma kertas resit2 dan botol air kosong... Nanti akk buang laa..
Untuk menyedap hatinya saya  biarkan dia menghabiskan ayat2 potpet yg saya rindu.. Siapa lagi nak tegur saya jika bukan sahabat dan siapa lagi yang nak dibebelnya jika bukan saya. Jadi saya suka bila ada radio potpet berkumandang seketika memandu. Biarkan.. Dah penat sat lagi dia kan kembali ke mood normal.  

Alhamdulillah... Usai mengopi kami pulang ke destinasi masing masing.

Keesokan paginya, jeng jeng.. Awal pagi lagi saya dah keluar bekerja kerna jadual kerja shif pagi yang  berkejar dengan waktu subuh. Yang pelik nya saya pun carilah kasut tanpa melihatnya untuk memakai .. Sua punya sua kaki mana tak boleh masuk...

Bila buka lampu juna nie... 
Ya Allah... Maka saya pun ketawa sorang-sorang.. Kali ni betui2 saya bagai berputar semula potpetnya...
Laaaa   elly... yang kata kemas tu rupanya disumbat segala kertas resit dan botoi air tu di kasut ini. Patutlaa macam takde sampah kat sebelah pemandu tu. Ku sangka dia sumbat dalam begnya. Yang katanya nanti  jumpa tong sampah boleh buh sana. 
Aduih.... Rasanya sepanjang jalan saya senyum dan syukur ada sahabat yang boleh ceriakan saya di awal pagi walaupun tanpa di sisi.

Sebenarnya kita yang cipta bahagia dan memori. Ia juga ikut persepsi jika nak jadikan api akan terus semarak tapi jika dijadikan bayu ia bertiup lembut tanpa ada rasa penyesalan. Biarkan ia berlalu dan mewarnai pelangi hidup kita kerana satu tika nanti ianya pasti berakhir dan tak dapat diputar semula. 

Kepada sahabat yang pernah hadir dan mengisi waktu bersama, saya hargai dan segalanya segar dalam ingatan. Diam bukan bererti tak setuju tapi adalah memberi ruang kepada kalian untuk terus berkata-kata. 
Diam ku satu koreksi buat diri yang banyak dosa untuk kembali ke pangkal jalan.

Tiada ada sebab untuk kalian memohon maaf kerana saya sentiasa bahagia dan memaafkannya. 
Wallahu aklam. 


Tuesday, August 15, 2023

Moment paling indah

96.7 kHz Menerusi sinarfm membincangkan tentang apakah moment paling indah???

Ya.. Andai dapat diulang... Saya nak sekali lagi bersama almarhum ayah.

Saya nak lagi merasa kehangatan tangan ayah mengusap kepala saya.
Membelai bagai seorang anak kecil meminta di betulkan rambutnya. 
Mencium tangannya sepuas2. Tangan yang pernah mengajar saya mengenal huruf  Al quran 



Wednesday, August 9, 2023

Regu ibadah


                                             
                                    Regu yang serasi 

Terlalu berharga
Nikmat bersahabat
Bukan pada berapa lama
Tapi pada kenangan tercipta

Cantik telekung ni🌹
Cantik sejadah ini🌹
Kepada yang memberi
Saya menumpang rezeki
Mensyukuri dan menikmati

Moga Allah gandakan pahala
Sejadah Mekah drpa Angah Niza
Telekung Khadijah drpa sahabat srikandi

Ye, saya tak mampu dan tak mungkin memiliki jika bukan daripada kalian yang baik hati. Terima KASIH Allah rezkikan saya bersahabat dengan mereka semua yang saling menghormati
Saling memberi
Saling membahgia 

Semoga Allah juga alirkan pahala ini utk kita bersama
InsyaAllah. 

Alhamdulillah. 


Telekong dihadiahkan ketika kejutan meraikan hari lahir saya sehingga tercipta memory di Gunung Jerai bersma sahabat srikandi. 
Semoga Allah jaga persahabatan sejati ini. 


Ke Taman syurga



Memutih
Bagai kapas
Bersih lagi suci

Selaut manusia
Bersama satu niat
Cinta Allah
Cinta Rasul

Dihias gema selawat
Dialun bersama yasin 7mubin
Hati gementar
Deras airmata mengalir
Di mana saya  nanti
Tika ditinggal pergi
Terputus sudah amalan 
                                                
Terima kasih Alllah masih sudi menjemput saya hadir program ini. 

Pasak hati

Bila hati kau kuat
Akal kau tenang
Bila hati kau tenang 
Kau akan menang
🌹🌹🌹

Thursday, August 3, 2023

Taktik ugut n pungut

Jangan panik tau jika menerima panggilan scammer penculik anak dan ugut mencederakan anak) 


4/8/2023@10.10am
Saya baru menerima call dari no ini...

Perbualannya :
Scammer: Hello 
Saya :helo
Hai awak noraini?? 
Anak awak dalam bahaya! 
Awk dengar tak

Saya: 👀??? 

Kemudian bunyi lah anak gheriyaw..
Saya loud speaker. Kwn pun mendengar dan dia pun tertanya2..  eh sapa ni. Salah org ni.. Bla.bla...

Scammer:Dia kata ehh apa u cakap. Itu suami ka. 
Anak awak dalambahaya.! 


Akhirnya saya putuskan panggilan   sebab tak sanggup dengar suara anak nagis n menjerit. Walaupun mcm rakaman.... Cukup2laa.. Saya tak mau terlibat dan melayan panggilan wasap ni lagi 

Pada mulanya saya ingatkan urusan kerja.   Panggilan daripada TP yang bertugas di Penang untuk membuat test feed. Tambahan pula di profile photo ada foto seorang lelaki 
bersama  menteri MITI datok zarul.....itu yg menyebabkan saya telah mengangkat panggilan telepon tersebut. 

Adakah emosi anda tenteram selepas menerima panggilan ini.. Ya takut dan jeritan scammer itu bagai mengganggu emosi. Telinga bagai terngia2.. Sama ada suara yg menengking maupun anak yg dicederakan menangis dan  menjerit2. 

Moral of story

1)Jangan panic. 
2)Putuskan panggilan  Berkenaan.
3)Jangan di layan. Sebb cara ugutan tu boleh mengganggu emosi dan jiwa kacaw.
4)Pastikan keselamatan anak2 kita.
5)Jagn mudah percaya kepada org luar 

Sebagai rakyat yg rasa celik dna peka sekitar. Saya telah membuat laporan kepada skmm.. Memohon supaya skmm mengesan no tersebut dan penjenayah dapat di hukum. Sekrang kurang nya no tersebut di tamat kan dan database mereka di kesan 

Ya.. Saya membuat laporan dengan harapan perkara ni dapat dibendung  dan mendapat tindakan dari pihak yg sepatutnya. 
Tolonglaa jgn ganggu ketenteraman kami.. 

Semoga semua selamat dan dalam  LINDUNGAN Allah

Walllhuaklam.
4/8/23

Lampiran: no. Telepon dan foto yg telah scammer guna 

Friday, July 28, 2023

Punten


Katanya ini makanan jawa. senang dan sedap dimakan. Kunyah2 telan. Mudah betui. Macamana pula orang bukan Jawa pun tahu makan nie. Inilah lumrahnya, bila kita cuba cuba makan dan terjerat. Mula2 ingatkan kuih apam beras.. Cicah dengan masak cili pedas. Macam pelik. Tapi yang pelik inilah yang menjerat tekak. Punten ini berasaskan dari beras yang menjadi nasi lembek. Rasanya macam nasi lemak pun ada... Wangi, lemak manis dan sedap 


Terima kasih illi yg telah menyediakannya. Banyak kali oder tapi tak dilayan. Hihi.. nasiblaa saya sabar menanti. Tapi sehari dua sebelum  hari Asyura , dia open ode. Dapatlah saya dapat menikmatinya semasa iftar. Saya beli dan berbagi rezki pada kekawan juga. Barang rare kan. alhamdulillah

Alhamdulillah. Syukur ada sahabat dan kawan kawan yang baik yang sentiasa berkongsi rezki. Tak kurang dan tak surut pun dengan memberi.. 

Terima kasih duhai adik2 bidadari ku yg sentiasa ceria dan menghiburkan. 


❤️

Boniaa di mana kamu

BONIA namanya tapi nama timangannya 'Bossnia,. Maklumlaa bagi saya rakyat marhaen ni... Hanya 'boss' yang mampu memilikinya. Biasanya saya reward diri dengan  membeli jam tangan di pasar malam yang harganya bawah rm50.Prinsipnya boleh bertukar Ganti selalu dan jika hilang pun tak rasa bersalah dan gundah gelana. 

Seingat saya di awal saya dalam dunia pekerjaaan saya membeli jam tangan jenama "c" . Itupun terpaksa menabung dari awal kerana harganya agak mahal. Lama juga melekat di tangan saya, TETAPI setelah  tali jam yang original itu berganti, ia dah tak seperti asal dan akhirnya saya beralih pada jam pasar malam. Ada crocodile, polo, seiko, citizen dan lain lain. PRINSIP saya cuma ada  jam untuk tahu waktu.  Ada tikanya adik2 di opis menegur saya supaya ubah patern jam. Jadi pelbagai bentuk muka jam saya memilikinya sama ada bulat, leper, empat segi dan digital. Pandangan mereka diambil peduli dan adalah perbezaan warna,jenama dan bentuk.

NAMUN setelah 9 tahun berkhidmat, saya direzkikan memperolehi APC dan antara cenderahati di terima adalah sebentuk jam tangan BONIA yg ada signature  'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2000'. Pernah lah tinjau harganya di kedai jam Bonia Ampang Point. Bagi saya harga RM100-300 adalah agak mahal jberbanding jam-jam yangsaya miliki. JADI saya hargai anugerah  jam ori yg diterima asbab berkhidmat cemerlang di BTP. Saya memakai ,menyimpan dan menyayanginya.

KINI  tak pasti di mana hilangnya. Andai MATI Biarlah  pusaranya di ketahui, andai berbangkai, biarlah ada depan mata.. Lagipun  ia tak ada masalahpun cuma perlu berganti bateri Sahaja.

SEINGAT saya satu tika dulu ada manja pernah berjanji akan tukarkan bateri jam. Namun sekarang saya pun tak tau ghaib atau telah dibuang di Sg kelang. Bagi orang lain ia hanya sebiji jam murah dan serupa jam pasar malam sahaja. TAK memberi nilai sentimental dan tak membawa sebarang kenangan.

 Sesekali saya membayangkan jam itu singgah lagi di lengan saya . Jam yang mencukupkan detik waktu hidup. Biarpun ketika majlis penyampaian APC2000 tersebut diadakan , saya masih di Germany kerana menghadiri satu kursus jangka panjang di sana. Apabila diserahkan saya amat terharu da bersyukur apabila perkhidmatan di BTP dihargai. Terima kasih barisan penel dan penilai ketika itu,  En Mokhtar sebagai penilai pertama dan Pn Nooridahanim sebagai penilai ke dua. Inilah antara pemangkin dan memberi semangat unyuk saya mencurahkan bakti untuk BTP dan kendiri. Terima kasih Kementrian Pendidikan Malaysia. 

Apapun BOSSNIA tiada lagi Bersama saya. Biarpun kini saya mampu memiliki jam yang lebih mahal tetapi saya tetap memilih jam yang mampu milik terutamanya daripada pemberian kawan-kawan.  Saya akui  biarpun Bossnia tada lagi, bagai dihantui saya trouma bila tengok kedai jam BOSNIA.  Ingin melangkah tetapi adakah ini keperluan atau kehendak. Tidak cukupkah nikmat yang pernah diterima dulu diabaikan.. Apakah memiliki yang baru dapat merawat kehilangan nya.

duhai diri...inilah kehidupan. ada yang ALLAH pinjam, ada yang ALLAH simpan. 
wahai Bossniaku..jika sudi kembalilah kepadaku lagi. Mungkin jangka hayatku tak lama dah ..dan kau akan terus hidup selagi bateri berganti...tapi bateri hayatku apabila mati..ianya tak berguna lagi. Dibawa jasad ke liang lahad dan bersemadilah selamanya. waalahu aklam.

Tuesday, July 11, 2023

Menjauh lebih baik

Terkadang,
Menjauh dari seseorang bukan sebab ingin memutus tali silaturahmi
Tapi ingin memutus perselisihan, perdebatan, kesalah-pahaman & rasa tidak nyaman di hati

Jika seseorang sudah menyakiti
dengan sikap & kata2
Hancur rasa kejujuran 


Itu bukan benci,
Tapi hanya menjaga hati & perasaan
Orang yang biasa merendahkan kita,
biarkanlah tidak perlu merasa tersinggung, apalagi merasa sedih

Jika kita dinilai baik  bersyukur,
Dinilai tidak baikpun tak mengapa
Mereka berhak menilai kita


Semua yang hadir dalam hidup kita
Memiliki peranannya 
Ada yang memberikan kebahagiaan,
ada juga yang memberikan kepedihan

Memaksa diri agar disukai semua orang
Itu sangatlah melelahkan


Berhenti berusaha menyenangkan orang
Yang tidak pernah menghargai kita
Semakin kita menjauhi mereka, 
Akan terasa jauh lebih sehat hidup kita

Bahagia itu kita sendiri yang menciptakan
Selebihnya, Allah SWT yang mengatur✨




Saturday, July 8, 2023

Berbahagialah Emak Pn. Fara


Selamat Berangkat almarhumah emak Pn Fara

    
   

17 Jun 2023, Sabtu

Innalillahi wainna ilaihirojiun 
Menerima khabar sedih atas pemergiaan almarhumah emak Pn Fara daripada Yuzi di awal pagi.
 
Menurut  Fara,   dia sempat melayan dan merawat emak dengan penuh kasih sayang pada malam td. Menukarkan pampes dan memberikan minuman serta ubat menerusi tiub yang dipasang oleh pihak PPUM. Tika itu emaknya tak menunjukan petanda akan pergi. Sesekali mak memberi reaksi kesakitannya akibat ketumbuhan di belakang matanya. Nak kata kanser bukan kanser namun itulah yang menjadi asbabnya. Wallahu aklam. 

Menjaga emak yang 'bed ridden' sejak beberapa bulan lalu memang memerlukan ketabahan yang jitu. Bersyukurlah Fara telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Tika sihat, emaklah bffnya dan tika emak sakit, dialah perawatnya. Fara telah berikhtiar merawat penyakit emaknya di merata tempat. NAMUN itulah  janji Allah. Bukan pasrah tanpa usaha. Rezekinya telah berakhir. 

Secara jujur, saya menyaksikankerisauan Fara meninggalkan emaknya di rumah keseorangan  kerana  dia perlu bekerja. Beliau cuba melakukan yang terbaik untuknya. SYUKUR situasi  kejiranan di kawasan perumahan itu amat erat dan boleh diharapkan.  Saya sempat berbual dengan jiran yang menjaga almarhumah dan dia memaklumkan, almarhumah baik dan suka bertegur sapa. Lidahnya sentiasa berzikir dan jari digerak2 seolah-olah memintal tasbih. Ma'sya Allah.. Apa yang dibuat adalah satu petunjuk amalan yg dibuat sejak dulu lagi.Lidah dan hatinya berzikir manakala jari memintal butir-butir tasbih. Sentiasa ingat Allah. MasyaAllah. BAGAIMANA dengan kita?? 

Saya bersama Sahabat Bidadari pernah menziarahi emaknya beberapa bulan lalu. Tika itu keadaan emak agak baik, masih memberi respon lagi.  Adikku Yuzi sempat menyuapkan agar-agar yang disediakannya, mak boleh mengunyah  dan memberi reaksi sedap. Kami tumpang gembira dengan suasana ini. Cuba membahagiakan mereka yang diuji. Sempat juga memberi kata-kata semangat kepada Fara bagi meredakan kekusutan hatinya. 


Menatap sekujur tubuh yang kaku tadi, saya menyaksikan wajahnya sangat tenang  seolah-olah sedang tidur. Mata terkatop rapat senyum terukir diwajahnya. Ma'sya ALLAH.. 
Saya  mendekatkan diri dan mencium dahinya beberapa kali.... ALLAHU.... SEJUK yang dirindui... Makcik...berbahagialah makcik. Saya menyaksi kan ramai yang mengambil peluang untuk turut serta mengiringi jenazah mu. Semua datang  bersama kisah kebaikanmu. 

Bak kata mereka, almarhumah suka memberi makan dan makanan diberikan juga memang dibuat dengan teliti dan terbaik. Saya katakan almarhumah seorang  yg soft spoken dan mudah berurusan.  Pernah bertemu dan bertegur tika kami  di perkarangan raudatul sakinah Sg Besi mengiringi pemergiaan ayahanda Puan Sal. Lembut tutur bahasa dan seorang ibu yang penyayang. Manis senyuman mak pada saya. Patut lah anakandanya, Pn Farah pun berpewatakan seperti itu. Kemana tumpahnya kuahkan.... 

Bertabahlah adikku Fara. Emak  dipinjamkan seketika untuk kita dan kini emak kembali kepada Penciptanya. Kita juga bakal menyusul. Kita doakan semoga almarhumah emak Fara ditempatkan di kalangan solihin dan bersama kita bertemu di syurga firdaus kelak.

Semoga Allah ampuni segala dosa emak, ayah kita, ahli keluarga serta dosa umat Islam yang mendahului kita. Semoga Allah juga lapangkan istirehat mereka di alam sana dan  limpahkan rahmat berterusan dan jadikan kita anak2 yang sentiasa mendoakan mereka dengan menokok tambah saham untuk mereka. 

Ya Allah kurniakan kepada kami anak2 tanpa ibu dan ayah ini taufiq dan hidayah dan pandu lah kami ke jalan MU dan pimpinlah kami andai kami tersasar. 
Semoga Allah menerima amalan kita dan pahala2 di hadiahkan buat semua ummah Nabi Muhammad..


Selamat jalan kesayangan kami
Terlerai sudah kesakitan  ditanggungmu
Tiada lagi rawatan susulan
Tiada lagi  jari yang bertasbih

Yang tinggal
Gugusan kenangan 
Tak dapat dilihat
Tapi dapat dirasai 
Meresap di  jiwa yang Merindui 

Farah... Jangan pamit tau... Saya dah merasai dan hingga kini pun masih merasai.. Kita ada sahabat2 yang memahami dan kita rentasi bersama.  You are not alone. 
We lov u fara 
Take care ur self too

Al Fatihah

Catatan Ditulis sehari selepas hari kematian tetapi lupa nk upload. Abaikan khilaf saya