Showing posts with label Ihya Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ihya Ramadan. Show all posts

Monday, April 3, 2023

Sudahkah bersedekah?

Pejam celik pejam celik.. Ramadan menghampiri separuh bulan. Ini bermakna akan meninggalkan kita hanya yg berbaki....

Sudahkan kita bersedia merebut tawaran malam alqadr?? Sudahkan kita berada di lapangan dan bersedia memecut??
Jangan tanya bila nak bermula.. Kerana jawapannya dari sekarang... Apabila masuknya Magrib, bermula lah hari baru dalam Islam..jadi lazimi lah amalan yg boleh menjadikan pahalanya berlipat ganda....

Saya ingat kata ustaz dalam satu kuliah... Saranan ya setiap malam di ramadan ini bawalah duit ke masjid dan menabung lah di situ. Pahala solat terawih dapat dan andainya malm itu adalah  malam al qadar pastinya kita tak dikecualikan pahalanya. Yang baik kita kongsi dan beramal. Tak susah jika anggap mudah dan tak payah berkira kira dengan Allah. Kata Prof Dr Muhaya.. Ada beri dapat. Ringkas tapi tiga perkataan ini bermakna bila kita praktikannya  Yakinlah   Allah catat apa yg kita niat dan hajat.

Ingatan ini. Buat diri sendiri.. Jangan abaikan bersedekah setiap hari di ramadan. Jangan lupa BACA Al-Quran secara paksa sehari sejuzuk dan becakap sedikit tapi yg baik baik sahja... Dan amalan berselawat teruskan lah berkali kali.... Hingga jadi sebati.. 
Juga doakan emak ayah yg pergi dan doakan keampunan untuk semua orang termasuk diri sendiri   
Ingatkan saya andainya terlupa.. 
Buatlah kebaikan kerana ia mungkin biasa hari ni tapi akan menjadi luarbiasa bila generasi kita juga bakal mewarisi... Insya allah.. 

Saya maafi semua semua dan mhn maafi saya juga. 

Ainhany
3/4/2023

Saturday, April 30, 2022

Jangan pergi lagi


Ramadan 
jangan pergi lagi
aku masih terpesona dengan mu
Baru belajar mengenali
bertapa indahnya tawaran di dalamnya

berbisik dengan DIA
mengakui kesilapan lampau
Bergantung berharap kepada NYA
Ikhlaskan diri atas segalanya

jangan pergi lagi
belum puas airmata mengalir
masih ada harapan yang dinanti
dan ada lagi hendakku mengadu

Andainya ku pergi dulu
maafilah daku
kerna aku mengakui
hidup dan matiku hanya
 di tanganMU


andainya masih bersisa umurku
berikan peluang lagi 
untuk ku bertemu denganmu lagi

terima kasih ramadan
aku rindu bertamu denganmu 


30/4/2022
ramadan 28,1443H

Tuesday, May 19, 2020

Hari 27 ramadan 1441H

Jika lihat dari petanda malam lailatul qadar.  Jelas harini adalah kesan dari malam tadi.

Suasana pagi yang sejuk damai dan sunyi. Matahari bagai di selindungi dan sesekali angin melambaikan bayunya. 

Berbahagialah mereka yg menghidupkan malamnya dgan ibadat berterusan. 

Saya?
Cukup tidur  dan semuga beroleh kesihatan, ketenangan, kebahagian di dunia dan akhirat. Sementalah saya kerja petang dan tiba di rumah hampir jam 12 mlam. 

Pagi ni saya ada kelapangan.. Tabung subuh dan tabung ramadan /tabung mlm al qadar menjadi wajib jika saya ada di rumah dan di kereta juga saya sediakan jika saya berada di opis. 

Alhamdullillah   
Kita manfaatkan dengan menginfak kepada yg afdal.. 

Syukur.. Allah rezkikan saya utk bantu org lain dan berkongsi dengannya. Muga Allah terima ibadah kecil ini.



Malam 27

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran.
.
.
Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku.
.
.
Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
.
.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

#Malam27Ramadhan1441H
#SalamTaubat
#SalamTahajjud
#SalamHajat
#SalamSubuh
#StayAtHome
#DudukRumah
#KitaJagaKita
#SemogaDipermudah

Monday, May 11, 2020

1205 misi kita

Hadiah buat diri
Ertikan syukur
Pada terakhir ramadan
Mulakan.. 
Bismillahirohmanirohhim

๐ŸŒน❤️๐ŸŒน❤️๐ŸŒน❤️๐ŸŒน

*Task 10 Malam Terakhir Ramadhan*

Bermula Selasa malam Rabu
20 Ramadhan, 12/5/2020.
Jom rancang dari awal.

Selepas solat Isyak, terus laksanakan ikut urutan di bawah๐Ÿ‘‡

1. *Solat Sunat Ba'diyah Isyak 4 rakaat.* Cara dan fadhilatnya lihat link ini๐Ÿ‘‡( 1 rakaat bersamaan dengan 30,000 rakaat. 4 rakaat solat bersamaan dengan 120,000 rakaat)
https://youtu.be/OpyvSBKO2t0

2. *Teraweh*

3. *Solat Taubat*

4. *Solat Tahajud* (boleh dibuat awal jika risau tak sempat tahajud di sepertiga malam. Jika dah tahajud, dan terjaga lagi 3@4pagi, boleh buat tahajud lagi dan tak perlu witir. Tahajud di sepertiga malam lebih afdhal)

5. *Solat Witir*

6. *Istighfar 100x* (Allah akan kurniakan hujan, harta, anak pinak, kebun-kebun yang mengalir sungai-sungai. Tafsirannya adalah rezki yang mengalir tak putus-putus.

7. *Selawat 100x* ( 1x Selawat, Allah Selawat 10x bermaksud 10 rahmat diturunkan ke atasnya dan malaikat memohon keampunan untuknya sebanyak 10x, 100x = 1000x)

8. *Al-Mulk* 1x (Fadhilatnya terselamat dari siksa kubur)

9. *Al-Waqiah* 1x (Tidak akan miskin selamanya)

10. *Baca Quran* dan Makna ( Pahala 1 huruf = 10 pahala. Baca Alif, Lam, Mim = 30 pahala)

11. *Sedekah Duit/Infak/Wakaf* ( Rezeki digandakan hingga 700 kali ganda)

*Pilihan*

a) Transfer ke akaun penerima seperti sedekah pada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, orang miskin, anak yatim atau sesiapa saja asalkan dibuat pada waktu malam.

b) Jika tiada akaun transfer, masukkan duit dalam sampul dan masukkan dalam peti surat penerima pada malam yang sama. Maklumkan padanya melalui wasap. Paling dekat sedekah untuk jiran tetangga atau anak-anak jiran serendah RM1. Tidak mengapa sedikit asalkan penuh ikhlas. RM1 x 30 Hari x fadilat 1000 bulan = Rm30,000). Ini jika Rm1. Jika RM10? Jika RM100? 

c) *Infak atau wakaf surau, masjid, pam air boleh* Lihat link ini๐Ÿ‘‡

https://serantaumuslim.onpay.my/

Serantau Muslim tidak ambil 1 sen pun keuntungan dari sedekah anda. Semuanya disalurkan 100%

12. *Zikir* 

a) *Subhanallah 100x* (Ganjaran separuh timbangan)
b) *Alhamdulillah 100x* ( Ganjaran Seluruh Timbangan)
c) *Allahu Akbar 100x* (Ganjaran memenuhi langit dan bumi)
d) *Laa ilaaha illallah* (Wajib Syurga baginya)
e) *Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil aziimi 100x* ( Beratkan timbangan Mizan di akhirat dan 124,000 kebaikan akan dituliskan)
f) *Laahaulawalaa Quwwata illa billahil aliyyil aziim 100x* ( Seperti menanam tanaman di Syurga  untuk yang membacanya)
g) *Laa ilaha illallah al malikul haqqul mubin 100x* ( Rezeki mengalir deras)
h) *Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntum minazzoolimin 100x* ( Allah akan keluarkan kesusahan dari hidup kita)
i) *Hasbunallah wanikmal waqeel, nikmal maula wanikmannasir 100x* ( Pergantungan kepada Allah = Tawakkal = Allah akan berikan rezki yang tidak disangka-sangka)

13. *Sedekah al-Fatihah* 
Untuk diri sendiri 1x
Untuk Suami/Isteri 1x
Untuk Ibu 1x
Untuk Ayah 1x
Untuk Seluruh Umat Islam sama Ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia 1x ( Bayangkan kita sedekah hanya bacaan al-Fatihah tetapi kepada jutaan penduduk Islam dunia selama 84tahun)

14. *Ayat Qursi 3x* ( Merupakan ayat Allah paling Agung dan syaitan tidak dapat menghampiri hingga pagi)

15. *At-Takatsur 10x* ( Bacaan 1 surah seperti membaca 1000 ayat Al-Quran)

16. *Al Ikhlas 39x*
Niatkan setiap 10x utk bina Syurga mak, ayah dan diri sendiri dan setiap 3x untuk pahala seperti khatam al Quran buat mak, ayah dan diri sendiri
( 10x baca = Allah bina sebuah mahligai di Syurga)
(3x baca umpama khatam 1 Quran)

17. *Zikir Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Razzaq, Ya Fattah 100x* 

18. *Baca Doa Khas Malam Lailatul Qadar*

19. *Doa apa saja yang dihajatkan*

20. *Dengar 1 majlis Ilmu* (5-10 minit atau lebih) Majlis ilmu adalah taman Syurga walaupun dari kaca tv atau youtube. Malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang menuntut ilmu hingga ke langit dunia. Jika ilmu itu diamalkan dan disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia.

Bilangan zikir 100x hanya cadangan. Boleh buat setakat yang mampu. Jika dilebihkan lebih baik.

Pastikan diusahakan buat sebelum tidur setiap malam selama 10 malam terakhir ini. Insha-Allah tiada pilihan lain melainkan setiap amalan kita akan jatuh juga pada malam Lailatul Qadar.

 Allahumma aameen ☺





Friday, July 10, 2015

Mesra home @Ukhuwah iftar

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang

seribu makna tersirat
Ramadan dah masuk ke fasa terakhir, Ramadan akan tinggalkan kita, hanya beberapa hari saja lagi... Sejauh mana Ramadan kita kali ini...

Ramadan bagi saya  kali ini agak berbeza dgn tahun-thun sebelumnya. Lazimnya menjelang awal ramadan, saya akan menyambutnya di kg . Tapi kali ini BUKAN SEBAB " jimat duit tak payah balik kg" tetapi segalanyanya daripada  caturan ILAHI..Ada sahaja pengisian dan jadual majlis ilmu yang hebat sebelum ramadan .sayang  nak tinggalkan.. Tatacara dan adab meraikan ramadan  di ulang bicara sebagai satu peringatan dan  galakan beribadah. .Peluang  kehadiran Ramadan perlu digunakan sebaiknya kerana di bulan ini berbagai-bagai tawaran ALLAH sediakan.  Bagi diri yang serba kekurangan ini, iman yang turun naik perlu dilentuk dengan berhati-hati secara istiqamah.

Saya juga dijemput menghadiri majlis berbuka puasa di MESRAHOME. Mereka menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim dari Rumah Jalinan Kasih. Inilah satu- satunya "
event yang saya hadiri berlangsung melibatkan dua buah pertubuhan kebajikan. Jemputan pula daripada pihak  MH diterima dengan hati terbuka .

MesraHome sebuah rumah penempatan orang orang tua muslimah yang diusahakan oleh sepasang suami isteri yang budiman. Walaupun mereka berada di zon selesa dengan keluarga yang bahagia, namun jiwa mereka tetap merasa bertanggungjwab.  MH imembuktikan keprihatinan meraka  terhadap warga tua yang terabai. MH sentiasa  mengalu-alukan kehadiran semua orang dari berbagai bagai peringkat umur bagi menyemai nilai nilai murni  dan memupuk kasih sayang sesama insan.

sebelum berbuka sama2 dengar  tazkirah dulu
decorasi pintu gerbang yang menarik....mmm..kambing bakar
sebelum dapat duit raya dan guudies kena buat persembahan dulu...hebat2 belaka
 
macam2gelagat ada

Terima kasih MESRA HOME.
atas jalinan ini kita bina jambatan kasih sayang  
Setiap kita semua akan  merasai tua

siapakah yang akan menjamin penghujung kita
ALLAH meyaksikan segala-galanya
Muga ALLAH bantu semua


Friday, August 2, 2013

Salam Ramadan ke 24..



Bismillahi rohmanirohim
Alhamdulillah .. pagian yang indah  lagi diberkati.. di Jumaat yang terakhir di Ramadzan 1434H. Sejauhmanakah pengisian Ramadan kita sehingga kini dan sepantas manakah pecutan di saat akhir ini?? Ramadan di penghujung dan akan beransur meninggalkan kita….
Sedih dan pilu mula mengusik kalbu…apakah ini pertemuan terakhir ku…
..
Kesempatan yang ada sewajarnya di gandakan dan bertuahnya saya berada di KL_Selangor ni apabila pintu2 masjid terbentang luas  seolah-olah mengalukan kedatangan ummah. Pelbagai juadah rohani disediakan dengan penampilan ustaz2 pilihan. Walau sehebat manapun sheikh, ustaz atau tuan guru diundang,seandainya hati-hati  ini  masih dilalaikan dengan duniawi, ia tidak memberi sebarang makna. Namun bagi yang lembut hatinya dengan jentikan  surah-surah pilihan bisa menggetar dan mengalirkan air mata penyesalan.    Ya Ramadan datang dan pergi dan kita masih sama dari hari ke hari namun bilangan usia akan terus digandakan. 

Alangkah indahnya jika selamanya Ramadan yang menjadi  pesta ibadah sepanjang hari. Tapi segalanya telah ditentukan oleh  AL KHALID dan  ALLAH LEBIH MENGETAHUI. Sapalah kita untuk mempertikaikan kejadian Pemiliknya. YA ALLAH ampunilah daku, atas kesilapan2 ku selama ni sama ada secara sedar maupun tak. Tanggalkan daki2 dosa ku sebelum munculnya  Syawal kelak dan akhirilah penghujungku dengan yang baik..

  Hari ini banyak media Fb dan ikim fm juga menyebar luaskan kematian seorang ‘kaki masjid’ yang dijemput ALLAH ketika sedang sujud, di petang khamis di Ramadan yang dimuliakan. Innalilahi wainnailaihi rojiun.. Hati  menjadi cemburu dan ingin rasanya mengimbau  alur perjalanan aruah semasa hayatnya….Berbahagialah aruah yang selayaknya memperolehi jannah firdaus  …dan semuga dicucuri rahmat berterusan jua. Tenang dan damailah duhai saudaraku kan kelak..kami jua pasti menyusulimu. 

Kematian aruah juga bagaikan pecikan ingatan saya pada aruah ayahanda saya. Ketika solat maghirb  di masjid jamiul rahman, di malam jumaat  juga, ayah tiba2 rebah tapi sempat berpaut pada anak tangga  ke tempat bacaan  khutbah. Kemudian ayah patuh meneruskan solatnya  dan untuk kali keduanya ketika yasin dibacakan tetiba ayah semakin  lemah dan rebah dipangkuan  jemaah disebelahnya…. Rupa-rupanya 5 hari selepas itu ayah dijemputNYA.  Apa yang saya simpulkan tentang ayah, ye ayah memang ‘kaki masjid’ dan tidak meninggalkan solat berjemaah 5 waktu  setiap hari. Itulah rutinnya sejak pencen kakitangan kerajaan dan    dia menggunakan seluruh kederatnya untuk bersolat di masjid.  Dari langkahan yang laju hingga bertongkat dan  setapak demi setapak,  ayah tetap ke masjid.  

Mudahan kita semua mendapat menggunakan kesempatan dan waktu yang ade ini sebaiknya dan menjadi hamba ALLAH yang terpandu arahnya…

moood..sedih...AL FATIHAH Buat aruah ayahnada dan bonda saya , juga saudara2 kiat yang telah dijemout ALLAH. Muga terus dicucuri dan dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 soleh. nsya ALLAh.

Thursday, August 16, 2012

awal pagi tadi

27 ramadan..
fenomena di ibukota yang cukup meriah....dari segenap penjuru, ramai beriktikaf di masjid.
subhanallah...pandangan ku seketika berkata...bagaikan himpunan manusia gelandangan ...
Membawa mesej mencari tuhan. Itulah pandangan manusia yang faqeh ni. Hakikatnya inilah manusia-manusia yang sanggup berkorban dgan membawa family bersama-sama iktikaf di masjid. Meninggakan empuk tilam dan selesanya tidur. Mereka bersedia untuk menghambakan diri mengharap keampunan di sepertiga malam...

Alhamdulilah...
andainya ada peluang dan masih bernafas, pasti takkan di sia-siakan 10 malam yeng terakhir ramadan..pecutan terakhir biarlah samping ke matlamatnya..Lanturan zikir, munajat telah berjaya melenturkan hati keras ini...Sesungguhnya diri ini tak layak ke syurgamu....tapi ku tahu, sebesar manapun dosaku, hanyalah bagai pepasir di tepi pantai yang bisa di hapuskan dgn kasihnya ALLAH

terima kasih allah yang menjemput saya, har, yat juga amal untuk bersama di rumahMU tadi. bertemu pulak degn dik cinta yang baik hati  ...Bersama adik2 yang masih usia muda beribadah dan bersahur bersama ,satu kenangan termanis sebagai penutup di ramadan ini. Terima kasih adik2ku yang mnyediakan sahur kita tadi...Muga ALLAH catatkan segala amal kebaikan  ni dan bertemu kita kembali nanti.

Pagi tadi ade rintik2 hujan menyentuh bumi...suasana yang damai di jalanraya ...Apakah petanda berlalunya lailatul qadar? 
Ramadan.....tak puas  bersamamuu..pergimu ditangisi... ketemu lagi di ramadan akan datang????

Friday, July 20, 2012

ahlan wasahlan ya ramadzon

insyaALLAH...

ALHAMDULILLAH termaktub sudah...bahawasanya esok kita akan mula berpuasa. InsyaALLAH bermula malam ini kita pakat2 kalut menunaikan solat tarawih untuk malam pertama. Jangan lupa niat puasa tau..!!!.Pastinya masjid kembali ceria dengan limpahan jemaah dan program yg disusun. Jadikan permulaaan ramadan ini sebagai 'trigger" untuk mencapai lailatul qadar .Mudahan dengan niat yang tersimpul mati, kita sama2 beristiqomah hingga mencapai target di jauhi dari api neraka atau fasa ke 3 Ramadan..

Selamat datang Ramadan almubarak...selamat beribadah dan selamat melipatgandakan amal dan memperbanyakkan perkara sunat dan menjauhi perkara makruh. Berazamlah untuk menghidupkan sunnah dalam setiap perbuatan kita dan perbanyakan bersedekah..  Kemeriahan ini harus dikecapi oleh kita semua dan gunakan kesempatan ini sebelum dijemput pulang.

insyaALLAH, saya akan menyambut permulaan ramadan di kampung..Kesempatan bertemu mak dan memohon keampunan kepadanya sebelum ketibaan ramadan harus dimanfaatkan.  Merujuk kepada doa jibrail as menjelangnya Ramadan yakni:
Ya ALLAH KAU abaikanlah puasa umat Muhammad saw yang apabila sebelum memasuki Ramadan tidak melakukan berikut:
memohon ampun kepada ibubapa
bermaafan sesama suami isteri
bermaafan dengan orang sekitarnya.
Lantas nabi Muhammad saw mengaminkannya 3 kali.
Walaupun tidak diketahui sumbernya, namun ada kebenarannya. Kembalilah kita kepada fitrah.... Tak rugi kita mengamalkan perkara yang mendorong kepada kebaikan.  Oleh itu saya juga memohon ampun maaf, terlanjur bicara, terbatas pena dan apa jua khilaf sepanjang persaudaraan dan persahabatan  kita ini. Muga anugerah Ramadan ini milik kita bersama.

Doakan semuga di Ramadan ini, emak saya dapat menunaikan terawih dengan sempurna dan dianugerahi nikmat kesihatan dan ketenangan. Kudrat tua mak mengalahkan orang muda yang hanya mampu bertahan 8 rakaat ...sesekali mak selang-selikan dengan  solat duduk. InsyaALLAH mak boleh laksanakannya lagi kali ini.  Ayuh mak....mak sihat kan.

Juga buat anak2 dan cucu2ku di rantauan...walaupun kepanasan mencapai 50C, namun puasa tetap dilaksanakan..insyaALLAH kami di sini akan terus mendoakan kalian dan semuga dapat sama2 mengerjakan tarawih dan rukun2 lain dengan sempurna. Kerinduan pasti ada namun kehidupan perlu diteruskan....

Selain itu....pastinya pusara ayah dikunjungi lagi...Bacaan yasin, kuntuman mewangi dan siraman kasihsayang akan sentiasa bersamamu.....

KITA BOLEH!!

hayatilah bait puitisnya
SALAM RAMADAN DAN MAAF DZAHIR BATHIN

Wednesday, July 18, 2012

Niat pusa sebulan dan harian

Countdown Ramadan ...kini hanya 2 hari sahaja lagi
Sudahkah bersedia untuk melangkah tarikh penting itu?
InsyaALLAH kita sama2 akan melangkahnya dengan persediaan fizikal dan mental..
SEGALA AMAL BERMULA DENGAN NIAT. Apa jua amalan yang dilakukan oleh seseorang Muslim, ia akan menjadi lebih bermakna untuk dirinya apabila dimulai dengan niat. Niat ialah sengaja yang disembunyikan di dalam hati. Ia juga merupakan suatu keazaman di dalam hati di dalam melaksana sesuatu perbuatan atau amal. Menurut imam-imam Syafie, Maliki dan Hambali, niat diwajibkan dalam setiap amalan kita. Ayuh sama2 kita refreshkan persediaan puasa kita dengan berniat...
 
 ********************
 Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:



Lafaz niat: “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”

Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala


Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):


Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”

Niat: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).

Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
***********************************
Berazamlah mudahan puasa kali ini adalah yang terbaik ..Muga anak2 saudaraku dan cucu2ku jua dapat mnyempurnakannya sebaik dan semampu mereka.   Ayuh sayang hafal niat niat dulu tau..

Monday, August 22, 2011

Ramadan : tang mana kita la nie?

alam perjalanan kehidupan ini manusia sentiasa memerlukan dua perkara :

PERTAMA :

Penilaian diri untuk melihat sejauhmanakah sudah perjalanannya dan seperti apakah harapan-harapan yang telah dicapainya.

KEDUA ;
Mendapatkan tenaga untuk meneruskan perjalanan dan harapan-harapan yang belum dapat dicapainya.

Kedua-dua keperluan ini iaitu penilaian diri dan mendapatkan tenaga akan dapat kita penuhi ketika kita melakukan sebuah aktiviti dalam bentuk "I'tikaf" di Masjid.

Inilah Rahsia mengapa I'tikaf menjadi sebuah aktiviti yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw sejak pertama kali disyariatkan puasa sehingga beliau wafat.
Dalam rangkaian ayat-ayat tentang puasa yang Allah sebutkan dari ayat 183 –187 dalam surah Al-Baqarah, I'tikaf menjadi salah satu amal yang menjadi keutamaan untuk dilakukan selama bulan Ramadhan.

Dalam kaitan dengan fungsi penilaian diri, sesungguhnya waktu I'tikaf adalah saat yang paling tepat untuk kembali membangun semula perjalanan hidup kita untuk satu tahun kehadapan kerana di saat itulah kita terlepas dari segala aktiviti dunia dan penumpuan dalam melakukan ibadah dan merenung semula akan perjalanan hidup kita kerana antara aktiviti taqarrub kepada Allah dan usaha merenung ke dalam diri ada kaitan yang sangat erat , iaitu bahwa manusia, ketika melakukan ibadah yang bersungguh-sungguh akan memiliki kelembutan jiwa dan ketika jiwanya lembut maka dia akan lebih mudah untuk menyedari keadaan dirinya dan melakukan pembaikan ke atas kekurangan dan kesalahan-kesalahannya selama ini.

Inilah yang telah di isyaratkan oleh Allah swt :

"Wahai orang-orang beriman.! bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah dipersiapkan untuk hari esok(akhirat),dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan".(QS Al-Hasyr :18)
Dalam kaitan bagi mendapatkan tenaga, I'tikaf merupakan waktu yang penuh dengan hari dan malam yang istimewa kerana di malam-malam dan hari-hari tersebut, orang yang melakukan I'tikaf akan memiliki kekuatan ibadah yang luar biasa dalam bentuk istighfar, tasbih, tahmid, takbir, tilawah dan berbagai macam ketaatan yang lain dan ini merupakan modal tenaga dan kekuatan yang sangat luar biasa kerana aktiviti ini akan berpengaruh kepada penambahan kekuatan dan tenaga dari Allah swt.

"Wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." (QS Hud : 52)
I'TIKAF DAN LAILATULQADR

Dalam pembahasan para ulama', salah satu sebab mengapa Rasulullah saw dan para sahabat begitu bersemangat dan teruja melakukan I'tikaf , iaitu dalam rangka meraih Lailatul Qadr kerana kaitan antara I'tikaf dan Lailatul Qadr begitu erat sekali dari sudut pandangan anugerah dan waktu.

Dari sudut anugerah, Lailatul Qadr merupakan sesuatu yang berharga yang mesti dicari dan diraih.

Dari sudut waktu, Lailatul Qadr merupakan saat yang mesti diisi kerana malam itu malam yang teristimewa berbanding malam-malam yang lainnya.

Di antara anugerah besar yang Allah swt berikan kepada kaum muslimin pada malam itu adalah anugerah penentuan taqdir-taqdir manusia untuk satu tahun kehadapan sebagaimana yang dijelaskan dalam Tafsir Ibnu Katsir.

Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam yang diberkati, sungguh Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah"(QS Ad-Dukhaan : 3-4)
Tentulah akan ada perbezaan antara penentuan taqdir Allah swt kepada orang-orang yang pada malam tersebut mengisi waktunya dengan taqarrub dan ketaatan dengan orang yang disibukkan dengan dunia.
Allah swt pasti lebih suka orang yang beribadah dari pada orang yang lalai dan bermaksiat kepadanya pada saat Dia menentukan taqdir-taqdirNya.

MATERIAL DAN KEROHANIAN

Permohonan dan munajat yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw yang mesti kita perbanyakkan adalah permohonan yang bersifat kerohanian berupa pencerahan jiwa bukan sesuatu yang bersifat material seperti harta, jawatan dan hal-hal duniawi lainnya kerana terlalu naif apabila kita hanya mengharapkan berkat yang bersifat material.

Untuk itu ketika Ummul Mu'minin Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah saw, apa yang mesti dibaca apabila mendapatkan Lailatul Qadr?

Maka Rasulullah saw menjawab :
Bacalah " Allahumma innaka afuwun karimun tuhibbul afwa fa'fu `anni" ertinya "Ya Allah Engkau Maha Pemberi maaf dan Maha Mulia, suka kepada kemaafan, maka maafkanlah aku" (HR.Imam Ahmad,Turmudzi dan Ibnu Majah)

Malam Al Qadr adalah satu malam yang suci. Tidak semua orang boleh mencapainya. Manusia tertidur dan setelah itu mereka menyesal kerana mereka kehilangan malam itu. Sementara yang lain pula kelihatan terjaga, tetapi mereka lalai dan oleh kerana itu mereka tidak melihat apa-apa.

Kita memohon kepada Allah Azza wa Jalla agar dapat memperolehi malam suci itu dan dihitung sebagai orang yang berhasil mencapainya.

Ada kekayaan yang nampak dan ada pula kekayaan yang tidak nampak (sesetengah orang kaya di dunia, sementara yang lain kaya di akhirat).
Jika kita datang mendekati mereka yang kaya di dunia ini, mungkin kita akan mendapat sesuatu dan mereka mungkin tidak akan membiarkan kita pulang dengan tangan kosong tetapi, mereka yang kaya di akhirat akan sentiasa memberi.
Siapa yang memberikan wang dan hartanya demi Allah, tidak akan pernah habis dan siapa yang memiliki kedudukan di akhirat akan memberi kepada orang yang mengikuti mereka untuk akhirat.

Pada malam itu, Allah membuka suatu rahmat dari samudera-samuderaNya, sehingga Dia memberikannya secara melimpah ruah kepada orang-orang yang mendapatkan malam itu. Kekayaan dari malam itu juga akan sampai kepada kita, Insyaallah…

Malam itu adalah malam yang paling tinggi barakahnya di antara semua malam. Kita mencuba untuk memenuhi kewajiban kita, tetapi kita tidak mampu untuk berbuat adil kepada Allah swt. Betapa jauhnya diri kita dari melayaniNya menurut cara yang patut bagiNya. Apa yang kita lakukan sebenarnya hanya memiliki nilai simbolik belaka.

Bulan ini berlalu sebegitu cepatnya. Kita berpuasa, tetapi kita bukannya kehilangan hari-harinya, justeru bahkan kekuatan kita terus bertambah. Jika Islam ini bukan yang haq (benar), bagaimana mungkin suatu perintah sejak 15 abad yang lampau masih tetap berlaku dan satu billion manusia melaksanakan puasa?

Sebuah kenderaan tidak dapat berjalan tanpa bahan bakar. Jika tidak ada suatu kekuatan kerohanian yang sedang dan tetap bekerja sejak 15 abad lalu, tentu Islam tidak akan bertahan hingga sekarang. Ada suatu kekuatan penggerak bagi Islam.

Adakah sesiapa yang merasa bosan terhadap suatu mata air yang segar? Saat Ramadhan bermula, hati-hati kita dipenuhi dengan kegembiraan. Jika tidak, tentu mereka bukanlah Muslim.

Siapa yang menghormati malam suci itu tidak akan jatuh ke jurang krisis dan siapa yang tidak menghormati malam itu, dia akan dicatat dan ditandakan oleh malaikat di pagi hari sebagai orang yang tidak melakukan sujud. Allah telah menyeru manusia untuk solat dan mereka tidak memenuhi seruanNya. Segala sesuatunya dicatat, tidak peduli siapa orangnya dan apa kedudukannya.

Bagi setiap manusia, akan tiba hari terakhirnya dan kematian adalah penuh dengan ketidaktentuan. Ianya adalah sedemikian rupa hingga seseorang tidak mahu dan tidak dapat melalui satu malam atau bahkan satu jam di dalam kubur di samping mayat seseorang yang telah mati.
Demikianlah ketakutan di tempat seperti itu. Setiap orang akan bersendirian di kuburnya masing-masing dan hanya ada kegelapan menemaninya.

Berusahalah untuk meninggalkan tubuh kita dalam keadaan bersih demi ruh kita. Adalah penting untuk pergi dalam keadaan suci dan baik agar para malaikat pun menerima kita dengan baik

Ketika seseorang mendapatkan keampunan di malam Al Qadr yang mulia itu, maka ia akan mendapatkan kejernihan dan pencerahan jiwa. Inilah yang akan melahirkan jiwa-jiwa yang sensitif yang sentiasa menilai diri dan meraih tenaga-tenaga dari Allah swt.

Selamat mencari malam Al Qadr dan kita berdoa semoga Allah swt mengurniakan malam yang berkat itu kepada kita.
SUMBER: http://www.ikram.org.my

Thursday, August 18, 2011

Program Ramadan di Masjid WP

Apakah ini RAMADAN terakhir....usah dipersia program yang ada..
AYUH sama-samalah kita mengatur program dan menyertai nya di FASA terakhir ramadzan
SUBURkan sejarah AL QUDS di RAMADAN ini ..
DI MASJID WPKL
PADA 20-21 OGOS 2011

Klik  utk imej yang lebih jelas

SELAMAT BERIKTIKAF DAN MENDOAKAN UMMAH

Friday, August 12, 2011

Program Ramadan di Masjid Shah Alam-13 Ogos

Selamat berhari minggu dengan program manfaat di petang harinya...
indahnya..ramadan kali ini.................
Sama-sama  mendoakan anakanda saudara saya ...Mudahan ada penyembuhannya berkat Ramadan dan doa sahabat semua...Dan saya insya ALLAH akan ke JB..Semuga pejalanan selamat.

Program Ramadan di Masjid Bukit Indah

 Jika ade kesempatan waktu, apa kata sama2 kita singgah di Masjid Bukit Indah Ampang untuk menikmati program Ramadan yang dihidangkan. Pengisian kuliah rancak dilaksanakan pada setiap hari seusai Terawih.  Penampilan ustaz/penceramah hebat2 belaka...InsyaALLAH   Semuga Ramadan bulan mendidik jiwa mendapat rahmat, memperolehi keampunan dan menghampiri jannah. Amin. 
 



JADUAL TAZKIRAH RAMADAN
1/8 (1 Ramadhan) - Ustaz Rashdan Yunus (Nazir Masjid al Aman,
Lembah Jaya) - Membentuk Muslim Yang Taat Menerusi Ibadah
Puasa.

2/8 (2 Ramadhan) - Ustaz Husni Harun -
Bagaimana Menjadi Muslim Yang Bertanggungjawab Dengan Islam.

3/8 (3 Ramadhan) - Ustaz Hasrizal bin Jamil (Saifulislam Consultant) -
Cinta Kepada Allah Dalam Semua Kegiatan

4/8 (4 Ramadhan) - Ustaz Badrul Amin -
Kekuatan Qiyamullail Kepada Muslim

5/8 (5 Ramadhan) - Khutbah Jumaah - Us Hamzah Ngah (Terengganu),
Tazkirah - Us Ridhzuan Md Nor - Bulan Puasa Bulan Jihad
 (Peperangan2 Dlm Bulan Ramadhan)

6/8 (6 Ramadhan) - Subuh - Us Idris Ahmad,
Tazkirah - Us Khairul Anuar (Pengajaran Dari Kematian)

7/8 (7 Ramadhan) - Subuh - Us Hadi Talhah,
Tazkirah - Us Azariza (Kelantan) - Menyelurusuri Kegiatan
Alim Ulama Dalam Bulan Ramadhan.

8/8 (8 Ramadhan)
- Us Shamsul Hakim (Garis antara Iman dan Kufur)

9/8 (9 Ramadhan) - Us Asmadi (zakaria) Abd Rahman -
Menyediakan diri sebagai seorang pejuang Islam

10/8 (10 Ramadhan)
- Dr Zawawi Ismail -
Pendidikan Yang Berkesan Dari Peristiwa Peperangan Badar

11/8 (11 Ramadhan)- Us Zulkifli Suhaimi -
Kaedah-kaedah Pendekatan Islam Terhadap Orang Bukan Islam

12/8 (12 Ramadhan - Jumaat) - Us Sidiq Nor -
Menjadi Mukmin Yang Sanggup Berkorban Demi Kerana Agamanya

13/8 (13 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Jafaruddin,
Tazkirah - Us Mohd Nazrul (Memori Peperangan Khanndak,
dalam konteks pengorbanan Terhadap Allah)

14/8 (14 Ramadhan - Ahad) - Subuh Tuan Guru Nik Radhi Nik Mat,
Tazkirah - Us Sharhan Humaizi - Persaudaraan islam Membentuk
Kekuatan Ummah

Program Tadarrus Remaja Muslimat, anjuran Lajnah Muslimat
MBI dengan kerjasama Nisa' Ampang, program bermula dari jam
8.00 pagi hingga 2.00 tengah hari.

15/8 (15 Ramadhan - Isnin) - Us Khairuddin Mokhtar -
Hikmah Diturunkan al Quran secara beransur-ansur

16/8 (16 Ramadhan - Selasa) - Us Hanafiah Nawawi -
Yang Halal Bukan Makanan Sahaja....

17/8 (17 Ramadhan - Rabu Cuti Nuzul Quran) - Subuh Us Ibrahim Zakaria,
Tazkirah - Us Sobri Mat - al Quran Bukan sekadar bacaan....

Forum Sempena Nuzul Quran selepas Solat Zohor.

18/8 (18 Ramadhan - Khamis) - Rahsia Kejayaan Solahuddin al Ayyubi Dalam
Peperangan dengan Tentera Solib

19/8 (19 Ramadhan - Jumaat) - Us Ismail Abbas -
Bagaimana Jihad Boleh Menjana Mukmin Supaya Rajin Bertaqarrub dengan
Allah
Tazkiran & Berbuka Puasa Bersama Dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,
bermula dari 5.30 petang hingga 7.30 malam.

20/8 (20 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Arif Mahari, Tazkirah - Us Shahril
Azman - Ketokohan Sultan Mohd  Al fateh Dalam Peperangan

21/8 (21 Ramadhan - Ahad)- Subuh - Us Rahimi Md Saat, Tazkirah -
Us Fauzi Husin - Kenapa Bala' Allah itu datang

22/8 (22 Ramadhan - Isnin) Us Shamsul Hakim -
Penyakita Muslim masa Kini

23/8 (23 Ramadhan - Selasa) Majlis Khatam al Quran.

24/8 (24 Ramadhan - Rabu) Us Abdullah Man -
Tanda-tanda Kedatangan Dajjal

25/8 (25 Ramadhan - Khamis) Us Solehin Muhyi -
Sifat-sifat Imam Mahdi Yang ditunggu

26/8 (26 Ramadhan - Jumaat) Us Zamerey Razak -
Keberkesanan Sistem Muamalat Islam di Malaysia dewasa ini

27/8 (27 Ramadhan - Sabtu) Subuh Us Ahmad Husni
Dato' Abd Rahman, Tazkirah Us Mazlan Awang - Kaedah Beraya
Dalam Islam

28/8 (28 Ramadhan - Ahad) Subuh Us Shauqi Othman,
Tazkirah - Aidil Fitri Sebagai Suatu Kemenangan

 AKTIVITI SEPANJANG RAMADAN
7.00 mlm - 7.30 mlm : Berbuka puasa setiap hari di Masjid.
7.40 mlm : Solat Maghrib
8.40 mlm : Solat Isya'
9.00 mlm : Solat Terawih 8 Rakaat.
9.40 mlm : Tazkirah
10.15 mlm : Solat Witir 3 Rakaat.
10.30 mlm : Moreh
10.45 mlm : Tadarrus al Quran
---------------------------------------------------------------------
TAHNIAH kepada pihak masjid yang telah berusaha merancang untuk memakmurkan MBI kali ini. Semuga khariah dan semua dapat mengambil pelaung ini...selamat datang..

Thursday, August 11, 2011

Program Ramadan di Masjid Shah Alam

klik untuk lebih jelas..
jom jom...
Salam Ramadan di Fasa kedua : fasa keampunan@magfirah
Subhanallah indahnya Ramadan di Selangor..Antaranya aktiviti di masjid Negeri Selangor ini sepanjang ramadan kali ini......Sama-samalah kita mengambil peluang yang ada untuk mengimarahkan ramadan ini. Kepada mereka yang tinggal  berhampiran ataupun sebaliknya, ambillah kesempatan ini ..
Mungkin ini Ramadan terakhir kita??? 


Tuesday, August 2, 2011

Info Ramadhan : Sheikh Muhammad Jibril (Imam Masjid Amru Al Ash, Kaherah) Akan Mengimamkan Solat Terawih Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta


Info Ramadhan : Sheikh Muhammad Jibril (Imam Masjid Amru Al Ash, Kaherah Mesir) Akan Mengimamkan Solat Terawih Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada malam ini (3hb Ogos 2011). Beliau merupakan Imam Besar Masjid Amru Al Ash sejak tahun 1988, dan sangat terkenal di Mesir kerana kemerduan suaranya. Yang berkelapangan bersama imarahkannya.Moga Allah merahmati =)
sumber (terima kasih) : muhamadazhan
 
NOTA DIRI
Alhamdulillah...Semalam saya berkesempatan berterawih di sini. Maklumat ini diterima dari hebahan imam sebelum solat isya semalam. InsyaALLAH ini peluang yang terbaik buat diri untuk menjadi makmum. Selama ini saya hanya pernah mendengarnya membaca ayat2 ALLAH di CD/ikimfm juga intrnet. Dengan kelunakan bacaannya yang tenang, ada ketikanya bila sentuhan ayat tentang neraka...beliau sebak...Subhanallah indahnya penghayatan ayat2 suci ALLAH yang berbekam didadanya. Lembutnya hati mereka yang merasai dan memahami makna kalam suci ini. Mudahan ALLAH memudahkan perjalanan dan kesempatan waktu untuk saya beriktikaf dan merebut tawaran Ramadan al mubarak ni. Ayuhlaa kita beramai2 ke sini, masih ada waktu untuk membuat desicion bersolat di sini pada malam nanti. 
 
Kehadiran jemaah semalam pada pusingan awal memang ramai. Walau bagaimana pun bila masuk pusingan akhir,(selepas 8 rakaat terawah),teringat kata2 ustaz...inilah masa 'mara ke depan'. Yang belakang akan memenuhi ruang hadapan saf. Mungkin masing2 mempunyai komitmen yang lebih penting dan akan meneruskan ibadah ini di rumah nanti. InsyaALLAH. Ingatan buat diri, selagi terdaya akan saya akhiri sehingga imam mengaminkan doa terakhirnya....Mudahan ALLAH maafkan saya jika ada keculasan dalam ibadat ..

Apakah bisa saya ketemu kak Rozie  kali ini?? Mudah-mudahan insyaALLAH.

banner menarik!!

sumber : MUTALIGAT
Salam Ramadan Al Mubarak,
Ketika blogwalking pagi ini, saya terpandang banner nie..terus jatuh hati dan mengundangnya untuk dikongsikan..Terima kasih mutaligat. Ini merupakan iklan dan tawaran sepanjang masa yang dihidangkan untuk kita merebutnya. Sama-samalah kita memperbaharui  tekad dan azam di pemulaaan ramadan ini untuk merebut jawatan yang ditawarkan..InsyaALLAH.


Ramadan telah datang...Ayuh kita semarakkannya..Sama-sama kita mengutip ganjaran dan tawarannya.Kini hanya tinggal 28 hari saja lagi...Jika hitungan ini  boleh di umpamakan, ia bagai merentasi sebuah jambatan untuk sampai ke destinasi. Misi mesti sempurna dalam masa 30 hari sahaja.Semua orang mesti melaluinya..Stamina perlu diperhebatkan, kekuatan mental perlu dimurnikan dan matlamat perlu juga jelas. Ini hanya bahasa perlambangan dalam menjelaskannya. Berkesempatankah kita lagi untuk ramadan akan datang jika yang sedang kita tempuhi sekarang dibiarkan berlalu...Siapalah kita untuk melakar kisah akan datang..  

Maafilah kami ya ALLAH, ampunilah kedua ibu bapa kami, guru2 kami, saudara mara kami, sahabat2 kami dan seterusnya muslimim muslilam yang hidup ataupun dah mati. Sembuhkanlah saudara2 yang sedang sakit dan berikanlah kami kekuatan untuk menjinakkan hati2 kami istiqamah dalam ibadah. Jadikan Ramadan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya yang telah kami lalui.. 


  
Sehingga kini, Subhanallah saya dapati masjid dipenuhi  oleh tetamu2 ALLAH. Kehadiran yang melimpah di setiap masjid. Saya juga berkesempatan menunaikan ibadat tarawih  pada malam pertama di masjid negeri Selangor( mesjid shah Alam). Tudia macm ini rupanya kemeriahannya ramadan. Sekurang-kurangnya saya rasai ruh islam dan kecintaan melaksanakan tuntutan di Ramadan ini di sambut oleh semua golongan dan peringkat umur.. Tahniah kepimpinan yang ada yang berjaya menyemarakkan obor ibadah ni.

Kami  saya dan dik mala  terpaksa menapak tangga demi tangga ke tingkat atas kerana tiada kekosongan  di ruang muslimat kat dewan utama. Ini adalah benar-benar berlaku dan ia juga pengalaman pertama saya solat di ruang di tingkat atas itu.  Dari atas saya saksikan setiap ruang penuh..Alhamdulillah berbaloi2 la keluasan masjid dengan kebanjiran jamaah. Terima Kasih ALLAH masih memberi ruang dan nafas untuk kami bersama berjamaah di sana.

Terawaih berikutnya di Masjid Negara, lokasi yang tak jauh dari pejabat. Menghayati ibadah ini dengan bilangan saf yang melebihi dari kebiasaan membangkitkan semangat untuk beramal. Melihat jemaah berlumba-lumba beribadat, memberi satu injuksi buat diri untuk mensyukuri dan menyambut tawaran2 ramadzan. InsyaALLAH mudahan bilangan jemaah akan bertambah dan dari masa ke semasa. Marilah sama-sama kita rebut peluang yang masih ada ini dan jangan menangguhkannya lagi. Manfaatkan waktu ini kerana belum tentu esok untuk kita lagi...Wallauhaklam

SELAMAT MEYAMBUT RAMADAN
Selamat berbuka dan berterawih dan menunaikan ibadah-ibadah lain yang digalakan.

NOTA KAKI
Hari ke 3?? di mana ya??