Anjuran : Srikandi Jariah Qaseh
Tarikh : 7-10 April 2019
Pengarah Program: Puan Natipah Abu
Ketua Penyelaras Program : Puan Zee Zainal
Ahli : Hasnah Hj Mokhtar
Julita Abdul Malik
Siti Juliza Baharom
Nur Helmi Mohd Yusof
Nor Aini Mansor
Fasha( Eiyda)
8/4/2019 ISNIN (HARI KEDUA)
Waktu subuh sekitar jam 4.30 pagi. Lenaku bagai dikejutkan sekitar waktu tersebut. Ku cuba pejamkan mata lagi ...tapi tak mampu ku teruskan . Akhirnya ku bangun untuk mandi, solat subuh dan membaca al mathurat. Alhamdulillah. ketikar jam 5.30am..Dari jendela ku lihat dan dengar bunyi kenderaan dan bot. Diri ni menjadi bosan bila berada lama di dalam bilik yang diinap kami bertiga. Jadi saya pun mengambil keputusan keluar meninjau kawasan sekitar. Jam di telefon belum menunjukan angka jam 6 pagi tetapi suasananya macam jam 7 pagi di semenanjung.
Mulalah saya melangkah ke kanan dan kiri dan mengukur keluasan Dragon Inn . Kami memilih penginapan di sini memandangkan ia dekat untuk menyeberang ke Pulau Mabul dan berdekatan dengan bot.Di awal pagi suasananya selesa dan kedengaran desiran air apabila ada bot yang bergerak. Penginapan atas air itulah yang sinonim di sini dan bolehlah review jika berminat. Sambil berjalan dan melihat indahnya panorama alam di siang hari berbanding malam. Untuk kemudahan pelancung juga kedai cendemata dan baju T juga disediakan di sini. Di sini juga saya, k pah, zee dan amiey membeli topi . Ala-ala pelancong gitu. Abaikan sampah yng memburukan pandangan air di sini
Dengan hanya menyeberang jalan raya, sekitar 50meter sahaja, dua deretan kedai makan disediakan. Jadi ia memberi kemudahan kepada pelancong dan penduduk tempatan menikmati sarapan pagi. Alhamdulillah, kami berlapan menikmati sarapan pagi di sini dan makanannya memenuhi selera dan agak banyak. Dipendekan cerita makanan pagi ini telah dibayar oleh sahabat yang pemurah . Muga ALLAH gantikan dengan rezki berganda atas keiklasan di beri)
Jam 1100 pagi :
Perjalanan seterusnya kami akan ke Pulau Mabul. ,Setelah beg dimuatkan ke bot, kami melangkah masuk dengan penuh semangat. Semua penumpang bot diwajibkan memakai live jacket sebagai langkah keselamatan. En Naim sebagai pemudahcara merangkap pemandu pelancung bot kami ini. PElbagai cerita dan kisah tentang masyarakat Bajau laut, asal usul dan sejarah persekitaran disampaikan. Namun keterujaan saya bila berada di air dan sebagai musafir saya cuba membisikan ayat2 suci sebagai kekuatan dalaman dan "protection' Tambahan pula, suara En Naim terkadang terhalang dengan bunyi enjin motorboat. Jadi saya lebih kepada pemerhati apa yang saya lihat dan pendengar apa yang saya dengar.Subhanallah airnya membiru dan suasana panas bahangnya terasa. Percikan air laut juga sesekali menempis baju, Saya tak pasti berapa kelajuan yang dibawa oleh pilot tersebut.
sekitar jam 12 tengahari
Kami membelah lautan biru sekitar 30- 40 minit. Pandangan air yang membiru bersaksi langit yang cerah sesekali daratan yang menghijau. Mata saya juga melihat dari jauh rumah laut dan tempat ternakan kerang. Suhu kepanasan juga yang memuncak bila sinar matahari memancarkan cahayanya dari balikan air laut. Deruan angin juga tak mengalah. Apabila menghampiri lokasi kawasan menginap ,saya perhatikan deretan rumah2 atas air yang berbaris seolah menggamit kedatangan kami Saya tak pasti sama ada ini adalah rumah penduduk tempatan atau rumah transit sehinggalah bot kami berhenti. Subhanallah..
Mata saya terpukau, saya bagai bermimpi dapat menyaksikan satu anugerah ALLAH .
Subhanallah❤️
Pandangan pertama
Mataku memukau
Indahnya nikmat alam
Yang direntasi
Biarpun dibadai ombak
Di panas yg membahang
AnugerahMU
Untuk dinikmati
Untuk Disyukuri
Alhamdulillah
Ahamdulillah..Syukur, Saya telah berada di bumi Pulau Mabul. Mabul merupakan pulau yng berbentuk bujur kecil yang dibentuk oleh pantai berpasir dan dikeliling terumbung karang yang cantik. Melihat kehijauan dan kejernihan airnya hingga ke dasar adalah satu yang pelik bagi saya. Lantas memijak anak2 tangga untuk naik ke jeti dan mata terus melirik ke pemandangan yang baharu . Subhanallah....
Andainya saya ditanya tika itu...subhanallah.
![]() |
| bagai berdiri di cermin |
Penginapan Anjung Hayat juga telah menyediakan makan tengahari pada kami. Sambil menanti bilik dibersihkan kami menjamu selera dahulu sambil menikmati pemandangan luas dari anjung dewan makan tersebut. Kelihatan beberapa perahu kecil anak2 bajau laut menghampiri. Kagum dengan mereka yang tahan panas yang membahang dgn mencari rezeki menjual hasil laut .
Pengarah Projek, Puan Zee telah memaklumkan selepas makan dan solat zuhur, aktiviti berikutnya ialah melawat kawasan sekitar pulau ini. Berbekalkan roti gardenia dan jajan yang dibawa, kami memulakan langkah meniti jambatan penghubung antara AH dan daratan. Di situ kami menemui Ketua Kampung yang sedia menyambut kami. Selepas memperkenalkan diri, lokasi pertama dibawanya ialah ke Masjid maqbul yang merupakan pusat pengajian dan aktiviti agama islam. Di sini juga dibangunkan madrasah agama dan kelas KAFA yang mengajar anak2 tempatan dan anak2 bajau laut yang berminat. Di sini anak2 sedang menghadapi ujian lisan dan kami tak mengambil masa yang lama untuk bersama mereka. Saya juga dapati Muslim care sentiasa menjalankan aktivitinya di sini bagi mempastikan dakwah disampaikan dengan sempurna.
Kehidupan di sini sangat damai dan rumah yang didirikan juga adalah dari kayu sahaja.Tiada pencemaran udara dan asap motor kenderaan di sini. Kami terserempak dengan kumpulan kecil anak2 dara bajau laut bersama ikan kering untuk di jual. Mereka ini pemalu dan tidak tahu berbahasa melayu. Ketua kampung memberitahu ciri2 orang bajau laut dan sikap mereka yang tidak terdedah dengan orang luar. Kami cuba senyum tapi dibalas tawar.
| bawa stok untuk edaran |
Dalam perjalanan kami juga ...ada perkataan yang menjadi trade mark....agak2 apa ye?
Hmmm...perempuannnn. Ye bila pengarah projek melihat kebelakang dan kami yang ketinggalan agak jauh dek kerana berposing ataupun kagum melihat suasana kampung dan persekitaran. Beliau akan memanggil dengan panggilan itu dan sambil senyum. Fahamlah kami yang itu adalah satu signal supaya speed berjalan di lajukan dan berada dalam kumpulan. Jadi sahut menyahut itu menjadi trend .
Suasana yang meriah lagi mencabar apabila kami masuk ke Kg Rama Relau. Pada mulanya jajan diberikan kepada kanak-kanak di sini dalam keadaan terkawal. Tetapi apabila jumlah yang datang serbu lebih ramai hampir gawat dibuatnya. Saya nampak dari riak wajah sukarelawan kita, mereka mampu senyum dan sekadar bersuara. Tiada kekasaran dan keganasan berlaku. Walau bagaimanapun tindakan pantas ahli ESSOM turut membantu mendisiplinkan mereka. Kita faham situasi mereka yang tak pernah melihat apatah lagi merasai sesuatu yang baharu dan mereka berebut untuk memperolehinya. Masyarakat bajau laut atau dikenali sebagai Pe Laut hanya bekerja mencari hasil laut dan bertukang membuat sampan. Keupayaan mereka di laut tidak diragui lagi.
![]() |
| dah habiss |
![]() |
| tumpang teduh |
Di sini juga kami dihidangkan jualan fresh dari laut. Ketam , lobster yang masih hidup ditawarkan dengan harga yang boleh ditawarkan. Alhmdulillah, tidak ketinggalan, kami bersepakat dan membeli hasil laut tersebut sebagai menu makan malam.
Misi berikutnya ada sahabat yang menyambung mandi,berenang dan bermain air di pelantar depan penginapan sahaja . Manakala saya pula lebih selesa bersama kamera dan telepon untuk mengambil sebanyak mungkin moment indah selama di sini. Subhanallah saya katakan, satu kelainan teramat bila mata menyaksikan sendiri perubahan mentari menjelang malam dan sang rembulan yang mengambil tempatnya. Apabila menjelang magrib, saya melupakan seketika pandangan tersebut kerana ada tuntutan yang wajib dilaksanakan .
![]() |
| di pelantar |
Jam 8.00 malam.
Menu seafood sedia terhidang. Masya ALLAH pelbagai citarasa menu ketam,kerang dan lobster menjadi jualan bersama. Dengan Bismillah.....kami menikmati keenakannya.
;
;
Usai makan kami masih agak keletihan dan mohon undur diri untuk merehatkan badan.
Alhamdulillah.....nikmat hari ini adalah satu anugerah bersama.
..bersambung..
catatan 30/4/2019





























