Wednesday, October 27, 2021

Nizuan dalam kenangan

Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Selamat jalan wira kami, 
MOHD NIZUAN. 
Al Fatihah

Diusia 38 tahun, kau pergi tinggalkan kami di samping isteri tercinta. Di waktu pagi yang tenang, seindah waktu duha...subhanalllah. Nama Allah  kau ucapkan berkali-kali. Kematiannmu husnul qatimah. Menurut waris yang menatapmu buat kali terakhir.. Peluh ada didahimu.. ALLAH... Tanda kemuliaan mu disisi Nya.. 

Disemadikan usai asar dengan kehadiran jemaah yg ramai. ALHAMDULILLAH.
REZEKIMU anak saudara menantu.. Allah muliakan mu di donia..

Flash back...
Bila chu cadangkan, untuk mengimarahkan Ramadan buat  nenek di Mesrahome, maka menantuku inilah sasarannya.  Imam isya dan terawih bersama. MASYA Allah... Lunak bacaannya dan tertib ibadahnya, bersaksilah... Kita pernah solat berjamaah bersama..di mesrahome. 

Katakan sahaja... Jika untuk membantu chu... Memang tak pernah menolak. ALLAHU... TERIMA KASIH almarhum anakanda Nizuan. Memang terserlah, mewakili unit Amal baju merah, kau sering turun ke lokasi membantu dengan keringat dan tenagamu..

Hari ni....doa diiringi...dgn ratusan orang yang tak dikenali.. Tapi datang memberi khidmat terakhir.. Sepertimana yg pernah dilakukan semasa hayatmu

Bersemadilah dengan damai di MATIN atas permintaan mudirnya. Biarpun jasadmu tiada tapi semangat dan auranya tetap di kenang. Yang pasti.. MATIN kehilangan seorang  imam dan orang muda yang sentiasa ringan tulang membantu.

Bersamamu..
5 permata hati  pasti akan sentiasa mengirim doa. Anak-anakmu menjadi tanggung jawab kita bersama. Mereka tak akan diabaikan. Anak yatim kesayangan Rasullullah. 

Buatmu Sara
Kau wanita hebat seindah namamu. Seorang ibu yang tabah dan sentiasa setia di samping suami walau apa situasi. Berpisah seketika di dunia.. Kelak bertemu lagi di syurga.

Buat cucu-cucu saudaraku..
Muaz, Hamzah,Khaulah, Nafisah dan Muna...
Kalian menjadi amanah kami. Insya Allah. Biarpun Abi tiada lagi.... Tapi Abi sentiasa sayang dan menyayangi..
Ada rezki  untuk kita kongsi bersama. 

24/10/2021@17 Rabiul Awal 1443H.. Akan sentiasa dikenang






Foto: wasap family
Terima kasih

sahabat syurga

Andai kita tidak mampu menjadi kekasih (eh! memang tak lah),
Cukuplah hanya sekadar sahabat.

Jika tidak mampu menjadi sahabat,
Cukup sekadar teman.

Andai teman membebankan, 
Cukup sebagai kawan.

Andai kawan menyusahkan, 
Cukup sebagai kenalan,

Dan bukannya lawan.

"Sahabat adalah umpama bintang, walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya."
Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan akan sentiasa dikenang."



#keranaAllah

Wednesday, October 20, 2021

Bila air tak ada

Dalam situasi semasa, air adalah satu keperluan. Bila bekalan air terputus, semua jadi resah gelisah. Walaupun kawasan saya tidak terlibat dengan masalah air Syabas, tapi saya perlu prihatin kepada orang lain.

Ye... Seketika saya dalam perjalanan pulang, panggilan dari Mesrahome diterima. Kami cuba mencari solusi. Sebagai langkah awal, saya bekalkan air mineral 1.5L x 34 botol. Malam tu jugak saya hantarkan sebelum masuk kerja malam. Alhamdulillah

Untuk bekalan air mandi dan basuhan.. Mesrahome menyediakan tong air besar di hadapan rumah dan MPAJ berjanji akan bekalkan air apabila stok air telah kehabisan.

Saya juga memantau dari masa ke semasa keperluan air di sana memandangkan 23 orang nenek memerlukannya.
Kenapa saya menyibuk ni... Sebab saya akan muncul bila saya terpanggil untuk membantu....Siapa yg gerakkan?? Allah... Ye. TANPA HUBUNGAN DARAH pun kita boleh membantu... Apa yang penting... Pengorbanan... Korbankan masa, tenaga untuk turun ke lokasi.



ALHAMDULILLAH
Saya bawakan lagi 500ml x 148 botol air untuk diminum setelah saya ketahui air yang dibekalkan sebelum ini telah menyusut. Memahami situasi yang dihadapi owner Mesrahome yang merayau ke kedai-kedai berdekatan untuk membeli air namun hampa.


Mendengar lori air datang, nenek di dalam rumah dah seronok girang. Apa taknya mereka terpaksa dicatu penggunaan air. Tangki air dipenuhkan dan saya turut mengangkat air dari tong ke bilik air. Terasa jugalah lenguh bahu dan lenguh betis berulang alik  mengangkat air dari tong air di laman rumah ke bilik air di dalam rumah.
Kesannya memang memenatkan apatah lagi saya kerja shif malam pula selepas itu.  

Saya kongsikan di sinipun sebagai catatan pengalaman.  Semua orang berbeza  pengalaman. Tambahan pula berada di zon selesa dan ada yang menguruskannya. Saya pula suka mengambil risiko kerana kebahagiaan nenek di Pusat Jagaan Sri Mesra adalah sebahagian dari khidmat amal yang dihadiahkan buat Almarhum/ah kedua ibu dan ayah saya. 

Terima kasih Allah memilih saya untuk turun di lapangan
Saya suka dan biarlah saya dlam  kepenatan daripada rehat yang panjang. 


Terima kasih Dva yang sentiasa ada dan sedia khidmat
    
                                                       
Nahh.... Kita minum dulu

Alhamdulillah
Melihat nenek2 ceria.. Saya tumpang bahagia ye. 

Wallhu aklam


Tuesday, October 19, 2021

Salam Maulidurrasul 1443h




12 Rabiul awal  bersamaan hari Isnin merupakan hari kelahiran baginda Rasul kita. Salam Maulidur Rasul.  Lazimnya baginda akan berpuasa pada hari ini dan wajarlah kita menzahirkannya dengan bersyukur dan  berpuasa, membaca al Quran, flashback kisah kelahirannya, bersedekah dan melakukan segala perbuatan baik. Sama-sama kita berazam untuk menghidupkan sunnah di dalam seluruh kehidupan kita.
Jika tak hari ini, bila lagi? 


Menghadirkan diri di majlis maulid dengan pengisan berselawat dan adalah sesuatu yang dirindui. Sebak serta berjuran air mata mengenangkan pengorbanan yang telah disusuri oleh baginda untuk menyampaikan dakwah dan menyelamatkan ummah. Masya ALLAH   


Teguran seorang ustz bagai  satu cabaran, Hayat baginda rasul penuh dengan kasih dan mencintai ummahnya. Andai ada seorang yang meninggal dalam keadaan kafir, baginda rasa ralat kerana tak berupaya menyampaikan dakwah untuk kembali fitrah. Kita? Berapa ramai yang telah kembali fitrah kerana peranan kita? Sejauh mana kita mengajak menreka kembali ke agama islam? Berazamlah satu hari semua akan menjadi muslim asbab kita 
Renung dan fikirkan 


Ya benar. Hidayah milik ALLAH dan kita juga perlukan cahaya petunjuk ALLAH.  

Di kesempatan ini juga saya menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan silap saya selama ini. Semoga ALLAH maafi kita dan menjadikan kita sentiasa beroleh petunjukNYA 

Terima kasih Ya Rasulullah
Salam maulidur Rasul


Cukuplah dua kali

Awak
Sempena maulidurasul... 
Saya mohon maaf atas segala silap saya selama ini. 
Memperkenalkan awak dengan dia adalah satu silap saya..

Saya mohon maaf..
Kalau awk tak puas hati.. Begitu juga saya.. Mengharapkan pada kesempurnaan tapi hanya palsu
hipokrit

Saya tak mampu mengubah keadaan tapi cukuplaa itu pengalaman perit kita tahun 2021.

Maafkan saya

Sama sama kita koreksi diri. Kita belum baik untuk ditemukan dengan orang yang lebih baik tulus ingin membantu.  Semuanya ada dalam kerangka Allah... Dan ia bukanlah satu kebetulan. 

Kita belajar perbaiki hidden cost dan baik dengan semua orang. 

Terima Kasih Allah

Saya bantu awak kerana Allah.


Thursday, October 14, 2021

makan sihat


                                                         
                                               alhamdulillah
                                                              makan untuk sihat

Wednesday, October 13, 2021

Tq


                                                   
                                                Body&work 

Terima kasih adik
Dia nak bagi juga walau pun dah lama berlalu
Katanya biar mewangi hingga ke syurga❤️

Kawan ada yang datang dan pergi
Ada yang datang dan tak pergi-pergi
Ada yang pergi tak datang datang
Ini semua catatan pengalaman

Saya raikan semua
Kawan, sahabat, teman dan rakan lain
Kerana mereka dihadirkan Allah dan pastinya ada sebab untuk kita belajar dan mengambil iktibar. 

Tapi Elly ni ni
Dah berjawatan tinggi pun masih tak lupakan saya. Semoga terus sukses ye. Satu hari nanti dirimu sebaris dengan barisan directorat RTM
Insya Allah


#doayangbaikbaik 
#birthdaygift





Sunday, October 10, 2021

berdamai dengan taqdir

Ada yang nampak sangat bahagia, tapi rupanya dia sedang sembunyikan rasa sakitnya. 
Ada yang nampak diam, tapi sebenarnya dia ada sejuta kata yang ingin diluahkan. 
Ada yang selalu nasihat orang untuk terus kuat, tapi sebenarnya dia sendiri lemah. 
Ada yang nampak sangat tenang, tapi sebenarnya jiwanya ditusuk peluru duka.

Ada yang nampak hidupnya seperti tiada masalah, tapi rupanya dia sedang dihujani dengan seribu satu macam masalah.
Ada yang selalu menghiburkan, tetapi rupanya dia ada kesedihan yang sangat mendalam.

Selesa bagi mereka tidak semestinya mudah bagi kita.
Begitulah sebaliknya ..

Ujian kita berbeza-beza maka usahlah hidup berprasangka pada orang lain.
Kita tidak tahu kesusahan apa yang telah mereka lalui.

Berdoalah agar Allah angkat darjat mereka dan tabahkan hati² mereka. 
Aamiin ♥️

CNP

Monday, October 4, 2021

berkongsi rezeki

 

nasi lemak sedap

Ini cerita benar.

Seketika saya singgah di sebuah  gerai untuk membeli coq pisang dan kuih lompang. Saya berhajat untuk memberikan kuih muih tersebut untuk nenek-nenek di mesrahome.  Wang kertas bertukar tangan dan saya pun menuju ke kereta. Sebelum pintu kereta ditutup,  datang adik ni menghulurkan bungkusan plastik berisi nasi lemak.  “Iye ada apa adik’ saya bertanya kepada si adik baju jersi oren ni.  “Tak kak, nak beri nasi lemak nie”..jawab adik ini sambil mengangguk-angguk. Saya bertanya dia berapa ringgit dan sekali lagi dia mengatakan  tak perlu bayar.

Saya  tertanya-tanya kenapa dia memberi? Sedangkan saya tak berniat pun membelinya walaupun ianya kesukaan saya. Bila saya melihat ke dalam plastik didapati ada 6 bungkus nasi lemak ni. Allahu robbi….banyak nye..Masa tu lidah kelu dengan hanya berbekalkan senyum dan ucap terima kasih saya meninggalkan dia. Insya ALLAH dik, nanti akak beli berganda ye. Hari ini dh tak cukup jari nak bawa ..lagipun tak kan nak beri  nenek nak makan nasi lemak jam 3 pm .  Itu kata kita tapi allhamdulillah nenek  kita tak memilihpun. Mereka  makan nasi lemak ni  sebagai pilihan menu petang itu. 

Inilah rahsia ALLAH.  Semuga biz anak muda ini beroleh keuntungan berganda dan dimurahkan rezeki untuk semua.

Kita beri, ALLAH pun beri…sebenarnya ALLAH dah tahu dan sebaik-baik perancangan 

terima kasih

teloq separuh

Lokasi : Ampang (tak jauh dari Masjid Bandar Baru, Ampang)

#berkongsirezeki