Wednesday, September 25, 2024

Umrah 2019

Hari ni..
5 tahun lalu
kita berangkat ke Mekah
Membawa dosa yang banyak
Memohon pengampunan ilahi

Hari ni
Kita melangkah
Ke pusat dunia
Mencari makna diri
Mensyukuri dan memaknai
laluan cinta 
Ke rumah suciMu

Labbaikallahum malabbaik
Labbaikala syari kalakalabaik
Ya Allah
Terimalah kunjungan ini
Dan jangan jadikan yang terakhir. 
Jemputlah lagi
Dan lagi

Ya Allah
Aku rindu
Untuk bertandang lagi
Kurniakan daku Kecukupan rezki yang boleh ku kongsi
Kurniakan nikmat sihat dengan semangat yang jitu. 
Anugerah tenaga dan ilmu yg mendalam untuk mudah ibadah, faham amal untuk melengkap rukun islam yg ke 5.


Kisah kita
Di Mekah
Di Madinah
Sentiasa segar dalam ingatan
Segalanya mudah dan dipermudahkan 
Terima kasih Allah 
Terima kasih az zayyan travel dan ustz ubaidah 

Pandu sendiri 



Hari ini
Dalam Kenangan
26 september 2019

Wednesday, September 11, 2024

Syuhada danHaziq


                              
                     syu and hariz

Dua jiwa bersatu hati
Ijab qabul diangkat sudah
Bahtera pelayaran
Memulai dengn bismillah

semoga ALLAH jua terus memberkatinya

Thursday, September 5, 2024

12 tahun tanpa mak



6.9.2012
Hari yang sama
Kini 12 tahun berlalu
Bicara tanpa kata
Sunyi tanpa khabar


Allahu...
Ketahuilah betapa rasa itu singgah
Bicara hati
Mengundang sebak
Air mata bagai melepas
Pekung rindu membara


Mak
12 tahun telah tinggalkan kami
Tanpa sadar cepatnya masa berlalu
Banyak pada hitungan angka 
Tapi pada hitungan rasa, bagai sehari dua berlalu


Masih diingati
Panggilan telefon daripada abang2 dan kakak di kampung, memaklumkan mak telah diundang pulang, 
Pada malam jumaat. 
Selewat jam 12 mlm
Innalilahi wainna ilaihi rojiun. 


Mak, 
Betapa kurindu pada susuk tubuhmu
Betapa sedap masakanmu
Betapa kasih pada anak cucumu
Betapa lembut sentuhan mesramu


Mak
Tahu tak,
Esok, seorang lagi cucu mak akan melangsungkan perkahwinan. 
Satu tika dulu, Syuhada pun pernah mak suapkan. Cuchu yang pernah diuji kesakitan akibat jatuh tangga di sekolah.
Hari ni, syuhada dah dewasa mak. Esok 7/9/24 shuhada akan diijabkabul dengan pasangan hatinya. Semoga Allah mudahkan urusannya dan bahagia hingga ke syurga kan mak. 


Terima kasih Allah, anugerahkan saya dan family seorang  emak penyayang dan amat mencintai anak2,  cuchu dan cicitnya... Kasihanilah emak kami dan berikan pengampunan berterusan krpadanya dan lapangkan istirehatnya. 
Kurniakan syurga firdaus kepada emak dan ayah dan bahagiakan mereka seperti mana yg telah Allah janjikan

Aminn. 
Al.fatihah

6/9/2024











 






Tuesday, September 3, 2024

Merdeka

Usia merdeka
Milik bersama
Kita jaga
Kita pelihara
Di sini bumi kita


Jiwa merdeka
Bukalah mata
Pekalah telinga


Betapa indahnya negara kita
Aman bebas tanpa sengketa
Kita jaga bersama
Untuk warisan tercinta
🌹🌹

Pada kali ni saya duty waktu pagi. Mungkin berbeza sikit pada pagi ini kerana ada tugas besar hari ni. 
Perarakan merdeka live dari putrajaya bersiaran diawal pagi. Pukul 7 pagi telah bermula.... Fokus tugas menjadi lebih tercabar sepanjang bersiaran. 

Bukan Mudah  menjadi org tengah antara lokasi dan siaran. Jika ada kepincangan gagallah pasukan yg bertugas hari ni. 


🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

31 Ogos 2024 



Taqdir yang terindah

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.
NORHAFIZAH MUSA

إن ربي لطيف لما يشاء وهو العليم الحكيم

Sesungguhnya Tuhan ku amat halus lembut dengan apa yang DIA kehendaki (taqdir yg DIA tentukan) dan DIA Maha Aleem dan Maha Khabeer.(mengetahui segala - galanya dengan segala hikmah baik buruknya).

Hari ini, ayat inilah yang amat diri ini perlukan bahkan kita semua perlukan untuk meniti di atas jalan taqdir dengan tenang.

Tak terjangkau dek aqal kita dalam kebanyakan hal akan hikmah segala yang berlaku kecuali dengan kita bersangka baik kepada ALLAH S.W.T.

Hari ini,tanpa menuding jari kepada sesiapa pun, kita mengakui di hadapan ALLAH S.W.T. akan kelemahan dan kesilapan kita di atas mihrab,dan percayalah ALLAH S.W.T akan mi'raj kan kita (membawa kita pada kedudukan yang lebih baik di sisiNYA).

Tumpukan pada taubat dan islah. 
Sayangi diri sendiri dan insan yang menyayangi kita. 
Manfaatkan hidup untuk berbakti pada ummah... dan cukuplah ALLAH S.W.T.  tujuan dan harapan. 

Ulang sekali lagi

إن ربي لطيف لما يشاء وهو العليم الحكيم

Allah mendidik kita dengan tarbiyah luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana guru pun di dunia ini... 

Tarik nafas panjang, bertenang,mihrab menuju miraj... 

ALLAH kan ada...

ان ربي لطيف لما يشاء و هو العليم الحكيم.

Supaya tidak jatuh dengan penilaian manusia... 

Hiduplah menumpu pada pandangan ALLAH S.W.T. Segalanya di dalam ilmu NYA.

Kembali kepada ALLAH S.W.T bererti jalan yang kita bakal tempuhi penuh dengan harapan, nur, kebaikan dan nikmat rahmat yang luas.

Sesungguhnya taqdir ALLAH itu lembut sangat dengan kita.

Renung - renungkan

Ingatan buat diri sendiri.

Semuga bermanfaat.

Bi Iznillah.Fi Amanillah.Allahul Musta'an.Insya Allah.
Aamiin.
💐💐💐💐💐💐💐💐