Tuesday, June 21, 2011

Halal atau haram??

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.


Nie dia  2 jenis sauce ni, sila lihat gambar di bawah.


Tak berani nak sebarkan fitnah tapi nak  ajak masyarakat peka. Bukan Utusan Malaysia  saja yang menyiarkan berita tersebut.  Rujuk juga  berita dari sumber lain:
The Star : Revoke sale of products found with pig DNA
Malaysia Kini : Government must be stringent in issuing halal certification
Berita Harian : Kerajaan mesti tegas keluar sijil halal kepada produk diragui

Astaqfirullahal azim...Semuga ALLAH ampuni dosa dan kecuaian kita dalam memilih makanan ini. Andai semalam kita pernah menjamahnya di restoran makanan segera khususnya....cukuplah itu yang terakhir....Semuga kita tak alpa lagi. Akan pasti selepas ini ada penafiannya namun begitu bagi mengatasinya elakan dari yang diragui ..itu menjadi syubhat..wallhuaklam

18 comments:

Bb Hussain said...

Ya Allah..pernah je makan sos n tobasco. Apalah Malaysia ni..ingredients tak serupa yang ada terpapar..

ahmad humairi said...

Jangan ragu....sebarluaskannya pada umum...pahala mencurah, insyaAllah.

izryn said...

terimakasih...bnyak yang boleh saya kongsikan...menarik...

ainhany said...

salam dik BB,

Muga ALLAH ampuni kita.
Sama2lah kita jadikan iktibar..
Kita harap Malaysia Halal tegas lepas nie..Tolonglah bantu masyrakat kita yang semakin 'gelap hati'.

Sama2lah jaga apa yg makan.

ainhany said...

salam cikgu,

mudahan sama kita cari rumusannya..
Yang baik kita amalkan...
InsyaALLAH...muga terpelihara iman dan amal kita.
Amin

ainhany said...

salam izryn,

Sama....silakan..jika ade info berkaitan bolehlah sama2 dikongsikan.
Wallahuaklam

~aSHa~ said...

byk jugak makanan yg kita tak tau rupanya benda haram ada di dalamnya

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Alhamdulillah
rasa2 tak pernah beli benda2 tu

terima kasih info

Wassalam

n@m@n said...

mungkin sebab pemakanan sebeginilah menjadikan sebahagian anak² mempunyai akhlak yang sungguh teruk..mintak jauhlah kena keluarga kita kan?

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apabila hidup diluar sistem Islam, hidup manusia bertompok2 dalam kegelapan kerana banyak perkara maksiat, kejahatan dan keburukan berlaku secara terang2an atau sembunyi2an. Kehidupan manusia sedikit demi sedikit berubah dari perkara baik menjadi buruk dan lama kelamaan akan menjadi darah daging dlm hidup.
يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ
Sejak jatuhnya Daulah Islamiyyah, sistem sekarang sudah sampai ke tahap dimana berpusing2 dalam dosa dan maksiat dimana jika berbuat satu dosa akan dilengkungi oleh dosa2 yang lain. Surah Albaqarah:81 بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً۬ وَأَحَـٰطَتۡ بِهِۦ خَطِيٓـَٔتُهُ Bahkan yang benarnya, barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosa2 yang lainnya`
Lebih buruk lagi dalam sistem gelap, manusia hidup dalam keadaan pejam mata, buat apa saja peluang dan `rabut` apa saja tanpa menghiraukan kepentingan orang lain! Tak hairanlah kalau kita dengar DNA babi ada merata2 dlm hidup kita!
Surah AlBaqarah: وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِ‌ۚ . Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu belanjakan daripadanya, bukanlah kamu jenis orang yang mengambilnya melainkan kamu pejam mata terhadapnya. Wallahualam

ainhany said...

salam asha,

iyelaa...sama2 lah kita berhati2 dgn apa yg kita makan.

ainhany said...

salam tuan hj rozali,

Alhamdulillah..Mudahan ALLAH terus memelihara kita.

Sma2lah bertaubat jika ianya telah berlalu..disaat kita tak tahu..
wallahuaklam

ainhany said...

salam n@m@n,

Btui itu...nampak ringkas tetapi berisi didalam. kesian generasi akan datang kerana kesilapan dari kita juga..ibubapa sekarang..

Muga ALLAH pelihara kita semua.
InsyaALLAH

ainhany said...

waalaikumusalam ustzh,

benar tu..disegi perubtan moden pun khabarnya ada dari benda haram. Yang peliknya kenapa sampai la ni tiada kesudahannya..

Bila ustazah memberi ulasan, ain akui tiada yang tak benar..segalanya ain akui kelemahan diri dan kejahilan. InsyaALLAh jadikan ini sempadan dan sama2lah gilapkan hati dengan taubat nasuha..Allah maha pengampun dan dijadikan ini sebagai sbb untuk kita ambil intipati tindakan.
Wallhuaklam.

Kakzakie said...

Assalamualaikum Ain,

Kakak tak guna produk ini tapi masa kita makan di luar mana kita tahu sos apa yg mereka gunakan. Bimbang sungguh sekarang ini kan... Mohon kakak sebar tempat kakak.

azlina said...

alhamdulilah x pernah termakan sos ni..trm ksh sudi kongsi info...

selalu duk makan sos aminah hassan atau sos maggi..

ainhany said...

Waalaikumusalam kak zakie,

sila2..hebahkanlah untuk kepentingan ummah.

Iya la kak,penggunaan sos ini lebih bnyak difofularkan di restoran segera...setakat yang diketahui dan nampaklaa..Harap restoran2 ini juga buka mata dan ambil inisiatif lain..:)

ainhany said...

salam kak ina,

Alhamdulilah..
Terpelihara akak dan family dari unsur syubhat hendaknya..

Teruskan mnggunakan barangan muslim yang tentunya halal, suci lagi bersih..