sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Wednesday, June 30, 2021
Sangka baik
Tuesday, June 29, 2021
Allah is calling..
Sunday, June 27, 2021
Kita tetap Sahabat
Wednesday, June 23, 2021
Doakan kak Pah
Thursday, June 17, 2021
Rindu
Tuesday, June 15, 2021
Thursday, June 10, 2021
11 jun
assalamualaikum
Dah 12 tahun berlalu almarhum ayah tinggalkan kami. Tapi saya masih merasai bagai berlalu hembusan angin saja. YA ALLAH..ampunilah dosa ayah dan Mak. Anugerahi kemuliaan pada tempat singggahan mereka sekarang di taman-taman syurga. Saya menyaksikan kebaikan mereka.
Pada hari ini, 12 tahun lalu....yakni hari Khamis, ayah telah berangkat menuju ke alam baharu. Singgahsanamu telah hiasi dengan solat hadiah pada malam hari oleh anak-anakmu. Ayah...hanya itu yang mampu dikirimkan sebagai hadiah dari keluarga tersayang untuk ayah yang berpisah untuk seketika. Pesan almarhum Tuan Guru Azraei dari kitab kuning jawinya dirujuk dan diamalkan. Inilah antara ilmu yang saya perolehi sepanjang berguru di rumah Pak Yazid Kg Baru di hujung minggu. Rupanya ALLAH nak saya praktikkan apabila tiba masanya yang tepat. Alhamdulilah family juga tidak keberatan melaksanakannya berjamaah.
12 tahun berlalu tanpa ada lagi panggilan keramat 'Ayah'. Namun semangat ayah tetap hidup. Dan terus hidup bersama jiwa anakmu yang semakin tua ini.
Maafi kami semua kerana tak mengunjungi pusara ayah dan mak begitu lama. Saya akui..kali terakhir rumah ayah dan mak saya rapikan ketika menyambut aiduladha tahun 2020. Itupun setelah diberi kebebasan dari PKP dan rentas negeri. Selepas itu pelbagai fasa pemulihan dan diperketatkan dikuatkuasakan. Inilah situasi hidup di zaman pendamik melanda dan PKP. Sesekali saya menyesali kerana lambat mengambil keputusan untuk rentas negeri bagi bersama family. Mungkin juga kekangan kerja menghantui jiwa.
Satu tika dulu..
Ketika saya berusia 12 tahun, sesekali saya terfikir kenapa ayah tak menghantar saya ke sekolah seperti ayah kawan-kawan saya. Alangkah best jika dapat membonceng dibelakang ayah bersama motor hondanya. Sedangkan di kala itu ayah adalah pesara dan dunianya hanya rumah, masjid dan 'market'. Market adalah pasar tetapi org kedah lebih biasa degn panggilan merket. Ayah adalah bekas seorang guru besar dan sekolah adalah dunianya Tapi bila dah pencen dia dilantik sebagai pengerusi PIBG sekolah kebangsaan dan menengah tempat kami bersekolahshja. Rupanya inilah cara ayah memantau dan mengajar anaknya berdikari. Dia telah mendisiplin saya pergi awal ke sekolah dan tidak ponteng dengan sengaja. Saya percaya disiplin inilah saya bawa sehingga lah sekarang ketika bekerja. Tidak ada sebab untuk datang lewat dan ponteng kerja . Terima ksih ayah.
11 JUN 2021
jatuh pada hari Jumaat .penghulu hari. Andai 12 tahun lalu...pasti saya akan melihat susuk tubuh tua ayah yang lengkap berjubah putih dengan berikat kemas serban dikepala melangkah menuju ke masjid. Ayah adalah hamba masjid sejak pencen. Pernah menjawat sama ada setiausaha ataupun bendahari masjid tika itu. Almarhum seorang yang amanah dan tegas. Namun ayah disenangi oleh orang kampung dengan sifat pemurah dan ilmu pengetahuannya luas.
Ketika di sekolah rendah, almarhum ayah bekalkan wang saku setiap minggu RM3. Jumlah ini dikira banyak berbanding kawan-kwan lain. Tapi wang itu tak pernah habis malah berbaki tiap minggu . Wang ini saya kumpul dan saya akan belikan mainan untuk anak saudara saya tika itu. Ayah tak pernah tanya wang diambil dari mana dan dan bagaimana saya menabung....tapi saya suka berkongsi dengan anak saudara saya iaitu almarhum anak Zul. alfatihah buat anaksaudaraku juga.
Ayah... Maafilah anakmu ni.. Yg banyak leka dan sering tersasar mendoakan mu. Maafilah kami... Saya rindu ayah.. Rindu nak cerita pasal perjalanan ni pada ayah. Ayah mesti mendengar dengan teliti dan memberi pandangannya. Saya bersyukur ... Ayah sangat baik dan sangat sempurna tunai tanggungjawab kepada kami selama ini.
Al fatihah utk ayah dan mak.
11062021
Di mana kita
Wednesday, June 9, 2021
kunjungan yang tertangguh
Assalamualaikum ya ahli diyan
“Assalamuallaikum, hai tempat bersemayam kaum mukmin. Telah datang kepada kalian janji Allah yang sempat ditangguhkan besok, dan kami insyaallah akan menyusul kalian.”
kubur satu-satunya cara kita ingat mati.
mengunjunginya bukan sekadar ziarah
tetapi apakah persediaan kita untuk pergi
mati itu benar.
untuk kesekian kalinya ...
tiada kunjungan di pusara ayah dan mak
Tahun 2021 dunia dibelenggu dengan pandemik C19. Peningkatan kes dari masa ke semasa akhirnya mengundang kerajaan menghadiahkan PKP buat negara tercinta. Puasa dan ramadan kita kucar kacir. Tiada lagi kemeriahan solat terawih di masjid dan keghairahan juadah di bazar ramadan. Semuanya menjadi sepi dan sunyi...sehingga klimaknya tiada lagi kemeriahan raya seperti sebelumnya. Lebih sedih lagi ramadan dan raya dalam situasi terhalang dari rentas negeri dan daerah.
Kita terpisah dengan family buat kedua kalinya. Namun tahun ini lebih parah kerana tiada kunjungan raya. ALLAH jua lebih mengetahui bagaimana rasa sedih dan sebak menyambut Syawal di rantauan dalam keseorangan. Saya mengambil pendekatan untuk bertugas sepanjang musim raya sebagai satu cara mengisi kekosongan jiwa ini. Syukur ada sahabat sepasukan yang sporting dan menghiburkan dan kami mengisi raya cara kami. alhamdulillah.
Saya cuma mampu mengirim pesan kepada saudara di kg untuk mengunjungi dan membersihkan pusara ayah dan mak seperti lazimnya. Syukurlah shami dan shahir sempat membersihkannya. Terima kasih anak-anakku. Walau bagaimana pun, dalam masa yang sama kakak saya juga terhad pergerakkannya kerana dipilih memakai gelang pink beberapa hari menjelang raya. Inilah risiko seorang guru apabila ada di kalangan anak muridnya positif C19. Pada hari raya larangan mengunjungi pusara telah diwartakan.
Apa yang mampu kami lakukan...
semua saling mendoakan dan stay at home
aidil fitri berlalu tanpa ziarahi pusara emak dan ayah









