Tuesday, May 31, 2011

kejutan... 12052011

12 Mei 2011…seperti tahun lalu, nekad saya memulai ulangtahun  kelahiran dengan bersedekah dan berpuasa. Alhamdulillah dgn nikmat yang masih dikecapi sehingga hari ini, saya juga perlu memberikan haq orang lain yang ada pada saya juga untuk dilunaskan. Saya berjaya melaksanakan langkah pertama tanpa halangan.

Usai dhuha,  langkah saya ke bilik seperti biasa. Namun hati saya sedikit gusar kerana ada juadah bfast telah disediakan oleh rakan sepejabat. tapi mungkin juga sekadar untuk makan pagi bersama. Lagipun selama ini rakan2 lebih maklum, Khamis adalah hari  puasaku dan biarpun godaan mendatang, namun sukar untuk dipecahkan. 

Seketika diri yang dhaif ini terkasima… terharu bangat pabila secara tiba2 sebijik kek bertatahkan cahaya lilin dihadapkan. Segalanya spontan dan tiada reheasal langsung.  Fyda ooo fyda awt ceq buat lagu nie nooo .  Untuk sapa sayang???  Subhanallah.. masyaALLAH…ini memang satu kejutan dan saya amat2 terharu dengan planning mereka …Bila masa kalian merancang??  Andai anda di tempat saya apakah yang hendak anda katakan?????? Ye memang saya sedang berpuasa, tetapi atas ‘paksaan’ ( kak mas telah mencabuli hak saya ) dan demi menjaga adab dalam perhubungan, saya merelakan ‘puasa’ saya dinodai. (berbuka lah). Bijak betul perencanaan kak Mas, begitu teliti sehingga sedikit pun saya tak mengesyaki ada kek yang dibawanya selain menu spagerti dan roti sardine. Maliza dengan cheese puffnya… Fyda dengan cahaya lilinnya…
Makanan disediakan teramatlah sedap ....licin juga kesudahannya....
Semuga ALLAH membalas jasa dan kebaikan yang kalian berikan . Saya amat2 kagum dan terharu. Biarpun berkali2 saya mOhOn maaf andai telah menyusahkan sahabat atas persediaan jamuan hari ini  namun ianya bagai mencurah air di daun keladi…Terima kasih Alllah dan rahmatilah persahabatan kami.

Dengan bacaan doa selamat oleh bos saya, Tn Hj Syukor,   kami aminkan bersama. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui betapa sebaknya bila doa  dikhususkan untuk orang yang diraikan.…Apa yang saya kecapi hari ini bukanlah milik saya kecuali dengan izinNYA dan dapat membantu saya di akhirat sana….. Semuga ALLAH membalas jasa dan kebaikan yang berikan pada hari ini. Saya amat2 terharu. Biarpun berkali2 saya mhn maaf andai telah mnyusahkan sahabat atas persediaan jamuan hari ini  namun ianya bagai mencurah air di daun keladi… bagai  paku pulang buah keras daripada kak mas…apakah ani merasa menyusahkan atas apa yang penah dibuat untuk kak mas….???  maafkan saya kak.. 

Di ruang ini saya ungkapkan rasa jutaan dan penghargaan terima kasih teramat buat rakan sepejabatku di Seksyen Kejuruteraan Multichannel (Mainteinance) - ALLAH jua yang layak membalasnya.
Untuk bos kecik ku yang telah memulakan kerjaya baru di sektor korperat Cik Suhana Mat Aris, semuga kerjaya yang dipilih lebih mndekatkan dirimu dengan ALLAH dan keluarga dan hadapilah cabaran dengan penuh hikmah.
syukurlah...ada kesahihan halalnya...
 Terima kasih  Kak Mas, fyda, Maliza, Nana, Liza, Wahida( siap bunga telur pupple lagi), Tuan Hj Shukur juga bos En. Karim. Kerjasama diberi amat2 saya hargai dan syukuri.Terima kasih daun keladi......:)

Komen: jika ada bahasa yang agak kesat dan kasar saya mhn maaf.. faktor persekitaran mmperngaruhi .Mohon diampun jua hndaknya..

10 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

maaf tak tahu tarikh lahir untuk membuat ucapan

tapi hari ini saya ucapkan selamat hari ulang tahun
moga dlm perlindungan Allah senantiasa

Wassalam

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sekadar renungan.
Dlm keadaan usia kita sekarang, cuba kita renungkan perjalanan tempohmasa yg telah kita lalui! Andaikata kita telah mempelajari agama, persoalannya sejauh manakah kita dapat benar2 dapat memahami dan gunakan sebagai panduan hidup. Lebih2 lagi hubungan AlQuran dan Hadis Rasulullah saw dlm hidup kita. Selagi kita hidup dlm sistem sekarang, selagi itulah terlalu sukar kita hendak mencapai petunjuk dari Allah SWT. Sistem dimana byk membazirkan waktu, membazirkan diri kita utk melakukan amal ibadat, meletih fizikal dan minda kita mendekati Allah SWT dsb. Namun tiada pilihan, kita mesti melalui sistem ini utk meneruskan penghidupan dan mesti ada kaedah supaya kita tidak berterusan berputus-asa dari rahmat Allah SWT. Surah AzZumar:54قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah memboroskan terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
InsyaAllah, kita mengaturkan hidup dgn buat mana2 yang penting dahulu (priority) diikuti yg lain supaya kita terus beristiqomah. Maklumlah hati kita ni, kalau tidak didekatkan dgn AlQuran dan Sunnah Rasulullah saw lama2 akan menjadi keras. Surah AlHadid:16أَلَمۡ يَأۡنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخۡشَعَ قُلُوبُہُمۡ لِذِڪۡرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلۡحَقِّ وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُہُمۡ‌ۖ Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras. Wallahualam.

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth TN Hj,

Amin..Terima kasih.Barokallah

ini sekadar mngingtkan diri ..sehari semakin mnghampiri kematian..bersediakah..??

Selmat kembali dari menyempurnakan umrah buat tuan hj dan isteri..semugaberoleh umrah yg mbrur..syukran

ainhany said...

Waalaikumusalam ustazh,

Benar tu....menoleh kebelakang yang melalaikan..namun itulah kehidupan yang telah dirempuh..HAruslah berlari darinya??? Perjalann itu adalah ujian dan kehidupan itu adalah tatatertib sunnahtullah..Saya akui kelemahan diri dan azam saya memperbakinya...sejauh mana...selagi masih mampu belajr...saya perlu mencarinya..semuga matinya saya juga ats nama seorang pencari ilmu..semuga jiwa saya juga hampir dengan orang alim seperti ustazah...saya bahagia degn bicara ilmiah ini..

Sama2 kita renung dan mnggerakkan jiwa2 genrasi mncintai dan mengamali AQ dan sunnah. Amin
tqVM

Kakzakie said...

Assalamulaaikum Ain,

Itulah erti persahabatan. Kasih yg dicurah nampak benar mereka amat prihatin dan mesra dgn ain. Suka kakak tengok kemesraan ain dgn mereka.

Happy birthday. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, memperolehi rahmat sentiasa dan cepat dipertemukan pembimbing hidup yg sebaik mungkin. Aminnn...

ainhany said...

waaalaikumusalam wbkth kak zakie,

Amin..
Terima kasih kak atas doa..Ain amat2 mnghargai jua adanya..

Semuga ALLAH merahmati persahabatan yang sedia ada...dan ukhuwah kita jua..Terima kasih kak

Acik Erna said...

assalam ainhany..terharu..acik pulak terasa sedihnya..seron0k dapat kawan2 yang begitu menghargai persahabatan
selamat hari ulang tahun ain..walau pun dah terlewat ucapanya.
semoga sentiasa dirahmati..

ainhany said...

waalaikumusalam acik,

terima kasih memahami..) Alhamdulillah ..ain pun bahagia dikeliling para sahabat maya yang saling mendoakan.

semuga ALLAH rahmati kita bersama.
Amin

azlina said...

alhamdulilah ain....

insan yg selalu menyayangi isan lain akan juga selalu di sayangi....semuga rahmat dan kasihs ayang allah sentiasa bersamamu

ainhany said...

salam kak ina,

InsyaALLAH mudahan dapat terus mmbahagiakan...:)

Terima kasih kak, doakn ucu dan pimpinlah ucu dlm dunia yang kelam kebut ini...

Semuga ALLAH rahmati kita soko. Amin