Thursday, May 19, 2011

"Courier" untuk Puan Molee - Dana B4B=KERP

Salam Jumaat yang diberkati. N3 ini ada kesinambungan dengan n3 terdahulu. Meneliti FB seketika dan dari wallpost ismihayati saya kongsikan.  Ayuh kita manfaatkan hikmah yang terkandung dari surah ini. Dengan  AL FATIHAH yang dibacakan  sahabat sekelian niatkan untuk mendoakan semuga ALLAH memberi kesembuhan dan ketabahan buat PUAN MOLEE KAMAL (sumber : FB Karya Bestari Sdn Bhd) atas penyakit yang dideritainya (kanser). Beliau kini memerlukan rawatan berterusan seperti yang dinyatakan oleh suaminya  AHMAD DANIEL SHAH BIN SHARANI..


"my dear wife needs to complete a cycle of radiotherapy that consists of 10 sessions, once per day on daily basis. For now she's done twice and as according to her oncologist, the side effects will only kick in after a week. She's a strong woman and is game for the imminent challenges. I'm praying hard for the best to come out of this treatment." Sumber rujuk di ruang "comment" DI SINI


Subhanallah....ujian besar buat En Ahmad Daniel Shah ....Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Bersabar dan redzakanlah ujian ini..Mencari ketenangan lebih baik di kala kegelisahan begini. Banyakkan mengadu dgn ALLAH dengan beristigfar dan teruskan mendapatkan rawatan...InsyaALLAH ada penawarnya   Muga Puan Molee sembuh dan kembali bahagia di samping suaminya.. Satu muhasabah buat semua juga..Mudah2an dipermudahkan dan diperkenankan doa kesembuhan buat isteri beliau.

Bukankah kita individu yang PRIHATIN?. Sama-samalah juga kita menyalurkan RM ke dana B4B=KERP. Tabung yang di lancarkan oleh Blog House Malaysia perlukan kerjasama semua. Semuga  bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan bebannya dan memberikan semangat buat mereka. Pemberian kita juga sebagai sedekah yang mempunyai seribu satu khasiat...Rezeki  yang ada pada kita hari ini mungkin juga ada hak orang lain. Jika hari ini kita mampu mmberi BERTINDAKLAH! kerana belum pasti esok kita mampu lagi..usah menyesal sebelum terlewat,.. Semuga ALLAH memberi kesempatan untuk kita beramal .
Kita Prihatin: jom memberi DI SINI
Jom transferkan  RM ke            
           MAYBANK - acc No1642 5846 2732 
                                           AHMAD DANIEL SHAH B SHARANI. 
klik untuk imej yang lebih jelas.
 Saya petik ucap terima kasih yang telah suaminya kongsikan:
To those who have contributed words simply cant describe how thankful i am, may Allah bless you all. As well as those offering prayers, it sure will provide both of us the extra strength to soldier on. If only i could thank each and everyone of you personally, i certainly would. 

Amin.... INSYA ALLAH I will!  Walaupun saya tak pernah mengenalinya tetapi sebagai rakan semuslim rasa simpati dan peka atas penderitaannya saya kongsikan. Semuga ALLAH menerima amal ibadat ini (termasuk juga doa2) dan memberikan satu 'keajaiban" dengan izin ALLAH. Teruskan mendoakan Puan Molee muga selamat menjalani radioterapi dan sembuh semula.  Sama-sama kita kongsikan tawaran ALLAH menerusi hadis ini.  Tafsiran ini mungkin boleh DIHAYATI bersama:
"Barangsiapa yang membebaskan orang mukmin dari kesempitan dunia, maka ALLAH akan membebaskannya dari kesempitan hari qiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan org yang mengalami kesulitan, maka ALLAH akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa menutup aib orang muslim, maka ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.ALLAH menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya" .  ( di riwayatkan oleh Muslim)

TERIMA KASIH.....Yang Baik itu dari ALLAH jua dan segala kelemahan adalah dari tindakan diri yang jahil lagi dhaif ini. MohOn diampun jua, niat saya kerana ALLAH dan saya tak ada apa2 kepentingan pun...Oleh itu sama-samalah kita ambil peluang dan kesempatan ini. Sebar2kan info ini muga  membantu mereka yang memerlukan.  "Manfaatkan waktu sihatmu untuk sakitmu dan waktu hidupmu sebelum matimu". Jika kita tak memulakan...sapa lagi..!! JOM BERTINDAK

Walahhuaklam.

2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apa jua musibah yang menimpa manusia adalah datang dari Allah SWT dan hendaklah kita menyebut seperti yg Allah SWT sarankan. Surah AlBaqarah:156ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
Setiap kali solat ketika dlm tahayat, kita sentiasa mendoakan kesejahteraan kaum muslimin agar dilimpahkan keberkatan dan keselamatan. Namun sesuatu musibah yang menimpa, hendaklah nkita byk bersabar kerana kesemua ketetapan itu telah ditetapkan sebelum kita dilahirkan lagi. Surah AlHadid:22مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;
Jadi hendaklah kita berdoa dgn penuh tawadhu` dan khusyu` kpd Allah SWT kerana Dialah yang menyembuhkannya. Manakala kita sebagai kaum muslim hendakalah mengabil-berat sedikit sebanyak urusan kaum muslim yang lain atas dasar kalimah Allah. Sabda Rasulullah saw,`Barangsiapa yang tidak ambil tahu urusan kaum muslimin, maka dia bukanlah dikalangannya` Riwayat Muslim. Maknanya kita bukanlah orang Islam. Waiya`auzubillah.

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth ustzah,

Amin....Amin..

Alhamdulillah, bersyukur ustzah taj, mengingatkan saya tentang hukum qada dan qadar ALLAH ini.Segala skrip hidup kita telahpun ALLAH tentukan dan perkongsian ini mmberi satu kesyukuran dan ketenangan. Muga kita sentiasa redza dan tawakal .

Perkongsian ini amat dihargai.InsyaALLAH muga kita sama2 amalkan.Amin