Tuesday, May 17, 2011

17 Mei...

Pada tarikh ini, anak saudaraku dilahirkan ketika bapanya melanjutkan pelajaran di Dundee, UK. Kelahirannya di sambut dengan penuh kasih sayang oleh doktor omputih( kelahiran pramatang)... Tapi kulit anak saudaraku tetap sawo matang...hihi kemana tumpahnya kuahkan...Yang paling saya ingat pada kad kelahirannya ada cop tapak kaki.  Ini lah satu kelainan bila memperolehi sijil kelahiran di negara luar sebelum di sahkan dan direportkan di kedutaan. Walau bagaimana pun anak saudara saya tetap warganegara Malaysia. Itu kisah lalu..(ehemmm dik fa tentu setuju part ni )


Baju nikah Tufail hasil tangan kakak..cantik kan..
Nama yang indah di pilih ibu ayahnya ialah AZAN ADAWIYAH. Subhanallah lahirnya semangat Rabiatul Adawiyah dalam keluarga saya. Lebih mesra dengan panggilan kakak...seorang anak yang baik, mentaati dan mnghormati orang tua. Walaupun kakak sering diusik oleh saya tetapi dia tetap cool...Inilah istimewanya anak buah saya ni.. Sifat sabar dan kasih sayangnya tetap mantop .  Kakak mmpunyai kemahiran  dan minat dengan kerja kraf tangan dan jahitan. Kemahiran kakak membuat aksesori berasaskan kristal memang tak di ragui. Kakak juga berkebolehan menjahit pakaian lelaki ( kerana dalam familynya ramai lelaki jadi kakak minat mencurahkan bakatnya pada adik beradiknya) dan kini kakak membantu membuat jahitan telekong. Pasaran telekung kakak juga telah mendapat permintaan dari sahabat2 saya Walaupun secara kebetulan tetapi saya cuba memenuhi hajat sahabat2 saya juga... Jadi kepada sesiapa yang berminat nak telekung jahitan kakak....bolehlah habaq mai...Semuga pahala yang memakainya memberi saham buat si pembuatnya juga..


Untuk kakak Azan, ucap SELAMAT HARI LAHIR dan doa kebahagiaan dunia akhirat mengiringimu. Semuga ALLAH memperkenankan hajat dan memberikan akak nikmat kesihatan, keselamatan, ketenteraman, kebahagiaan dan kesenangan. Amin



Sayang  dan kasih chu tetap seperti semalam bahkan  chu bahagia dikelilingi dengan anak2 saudara yang baik hatinya dan menghormati. chu sayang kakak dan maafkan chu jika selama ini chu suka menyakat akak, mengusik dan terimalah seadanya sifat dan sikap chu.  Apa nak buat, sentiasa niat nak berubah tetapi bila berdepan dengan anak2 seringkali teruja kembali.. MAAF DZAHIR BATHIN kak Azan. lov u
ALLAH selamatkan kakak Azan...Amin

Peringatan buat diri: 
Usah gelisah apabila dibenci manusia, kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat."

8 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..selamat hari lahir utk beliau..semoga terus menjadi anak yang soleh..

مسافر_اسلام said...

Assalammualaikom wtb kak. Selamat Ulang Tahun kepada anak saudaranya ya. Semoga berjaya didunia dan akhirat. amin

Siti Muthiah said...

selamat hari lahir buat anak saudara, nya ;)

ainhany said...

waalaikumusalam shah,

insyaALLAH mudah-mudahan menjadi kenyataan...:)

Terima kasih

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth dik MI,

muga MI sihat2 hendaknya.

Sama-sama dik .
InsyaALLAH....itulah impian bersama.

ainhany said...

salam dik siti muthiah,

Terima kasih kak. ehemm jawab bagi pihak anak nie...hihii:)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Wah! Seronoknya jadi mak su, dapat ramai anak buah. Meraikan kaum kerabat pun merupakan anjuran dari Allah SWT dan Rasulullah saw kerana merekalah yang sepatut ditolung terlebih dahulu jika dibandingkan dengan orang miskin atau musafir diluar kalangan kita. Malah Islam sangat mementingkan persaudaraan yang rapat dikalangan saudara-mara.
Surah AlIsra`:26وَءَاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُ ۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِيرًا Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Selamat hari Ulangtahun untuk anakbuah Ainhany semuga dapat berjasa besar dalam dunia Islam, InsyaAllah.

ainhany said...

Waalaikumusalam Ustzh,

Amin..Amin...:)

Terima kasih ats perkongsian ilmiah ini. Amat berkenan di hati dan insyaALLAH ain akan dahulu mereka sptmana yang telah dianjurkan.

InsyaALLAH..mudah2an ALLAH mmperkenankan doa ni.
Seronok? mgg seronok tambah2 ada ramai anak2 buah tpi kesian depa ada mak menakan yang suka menyakat ni...tapi sebenarnya sayang mereka...Kasih sepanjang hayat.
Terima kasih