Wednesday, May 11, 2011

hebatnya kamu.....Shahmi

SYUKUR dan TAHNIAH 
Buat MUHAMMAD SHAHMI HJ ZULKIFLI
yang telah terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan Menteri Besar Pahang  
atas kejayaannya dalam UPSR 2010
 dengan menerima plak, sijil dan RMXXX
kecik  tapi cerdas
Bagi pihak keluarga kakak, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru2 dan tenaga pengajar  SK (F) Chini,yang telah yang memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada anak buah saya ni. Mohon dihalalakan ilmu yang telah diduplicate dan diajari
Kejayaannya dan kawannya tahun ini turut mencatatkan peratus kenaikan prestasi sekolah.
Menurut kakak, sehingga kini PK1 SK Chini telah bank in sejumlah wang saguhati yang diberi oleh pihak sekolah, ADUN, Yayasan pahang dan Felda. Bertuah juga rupanya anak saudara saya ni bersekolah di  daerah PEKAN dalam kawasan PM. Mengekalkan prestasi sekolah dengan catatan rekod terbaik melayakkannya memperolehi beberapa saguhati.  

Kini anak saudara saya bersekolah di  SBP Lahat Datu, Sabah. Inilah harga yang harus dibayar bila ayahnya bekerja bersama felda dan sering berpindah. Dulu Shahmi dilahirkan  KMC, Kedah membesar seketika  di Felda Sungkai, memulakan awal persekolahan di SK Jengka 3, sebelum berpindah ke Chini dan sekarang  mereka sekeluarga bermastautin di di Felda Sahabat. Lahad Datu.

Semuga di manapun Shahmi @ abg mi  berada  beliau tetap menjadi anak soleh. Mengekalkan akhlak terpuji dan menjadi  contoh buat generasinya.

Masih saya ingat seketika menemani kakak sulungnya, Fatin Atiqah mengambil keputusan UPSR 2009 tempuhari. Ketika itu kakak dan abg menunaikan haji dan saya diamanahkan menguruskan tentang result UPSRnya.Kcemerlangan kejayaan UPSR kakaknya di sekolah yang sama merupakan perintis untuk Shahmi menjejakinya kini.  Segalanya rahsia ALLAH yang disembunyikan seketika sebelum diberikan sikit demi sikit. Kini Fatin meneruskan persekolahan di Maahad Maktab Mahmud A/S manakala Shahmi walaupun pernah memohon tetapi gagal melayakkannya di situ .  Dah ditakdirkan kini Shahmi bersama familynya di Sabah manakala Fatin di Kedah dan jarak laut cina selatan bukanlah penghalang .

Semuga anak-anak generasi ku menjadi anak soleh dan solehah dengan berkat doa ibu bapa, keluarga, guru-guru, alim ulamak dan semua . Amin

tinggal kenangan....sekarang uniform dah lain.
EXPDC chini singgah di perkampungan asli- acara menyumpit..mgg advantures
Fly without fail

2 comments:

Anonymous said...

semoga hebatnya Shahmi sampai ke hujung hidup.
selamat berbakti kpd Allah dan makhlukNya.

ainhany said...

Salam anon,

Amin...mjadi anak soleh impian ibu ayah dgn syurga dan rahmat ALLAH menanti . Terima kasih