
YA ALLAH , sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya menyayangiku dan mendidikku semasa diriku kecik. (Petikan tafsir ibnu kathir )
Syukur alhamdulillah, terasa bagai direfesh setelah pulang dari kg. Ketenangan suasana yang mendamaikan itu menggamit rindu yang berterusan. Terima kasih atas doamu jua mak, anakanda selamat sampai. Walaupun tika itu mak masih berada di rumah salah seorang kakak saya di Seberang Prai. Kakak dan abang ipar telah melayan mak sebaiknya sebelum dihantar pulang ke rumah semula. Mak nampak ceria dan sihat.
Ketika saya hendak menziarahi pusara ayah, anak2 saudara juga turut serta. Mereka bagai memahami peranan masing-masing.
Aris( si kecik dalm foto tu), ketika ayah tiada aris baru berusia 5 tahun. Ini cucu ayah yang ke 52 dari family saya. Dulu setiap kali dibawa ke sini, pastinya dia diam dengan seribu persoalan tentang kematian...Bila yasin dan tahlil ringkas dibacakan dia akan kumit2 ikut. Tetapi kali ini dia dah mengetahui apa yang akan dibuat. Aris dah mengenal ayat-ayat AQ dan boleh baca yasin juga menghafalnya. Syukurlah, kini dia juga turut serta membacakan yasin dan mensedeqahkan ayat suci untuk aruah ayah ketika kami sama-sama mmbacanya. Terasa sayu pula bila mngaminkan doa yang dibacakan oleh Ahmad Husaini..Sekejap jer masa berlalu..anak2 aka cucu ayah dah semakin membesar..semuga generasi ayah akan mengekalkan menjaga agama dan maruah keluarga selamanya.
Terima kasih anak-anak saudaraku...Chu sayang dik huda, dik fatin, abg ibrahim, abg husaini dan dik aris..


10 comments:
Assalamualaikum,
Jangan jemu mengirim pahala buat kedua orang tua kita.
Al Fatihah buat arwah.
al -fatihah buat aruah ..semuga di tempat dikalangan para solihin...
Assalamualaikum Ain
Al Fatihah
amin atas doa2 tu
Wassalam
Pengumuman, kena bodek abg atau adik lelaki tuan tanah..hehe
Assalam,
Moga ALLAH mengampuni dan memberi rahmat serta kasih sayangNYA kepada arwah.
Ridz
waalaikumusalam cikgu,
InsyaALLAH mudah-mudahan berbahagialah disana...Amin
Terima kasih
salam kak ina,
Amin.
begitulah doa ucu muga kita semua tergolong bersama jua.
Terima kasih
waalaikumusalam Tn Hj Rozali,
Amen.
Semuga dikabulkan jua.InsyaALLAH
Terima kasih
salam zeq,
bebuat sesuatu biarlah kerana ALLAH dgn desakan dari dalam..InsyaALLAh itu terbaik dan petunjuk ALLAH jua.
Amin
Waalaikumusalam wbkth Dr Ridz,
Amin.
semuga kita berterusan mendoakan mereka yang telah mndahului.
Terima kasih
Post a Comment