Thursday, May 5, 2011

di mana DIA dihati

Seketika dijelaskan dalam satu kuliah bersama Ustaz Kazim,  untuk mencari raja/suri hidup pilihlah yang elok akhlaknya dan memelihara agama. Inilah yang membahagiakan bannati jannati... Biarpun istilah bahgia itu subjektif tetapi penilaian sebenar adalah hak milik individu yang berkenaan. Usah menjadi korban cinta kerana segalanya hanyalah seketika cuma.
 
Ada mata tenguk, ada akal pakai, ada telinga dengar dan ada ilmu pergunakanlah...Jangan pandang2, jangan pegang2 itulah kata pak suhaimi meor hasan  dalam bait nasihatnya untuk renungan bersama. Bahagiakah rumahtangga yang dibina dengan keguguran air mata org lain?? Bahagiakah jika menghancurkan satu jiwa yang pernah menggembirakan satu tika dulu? tepuk dada tanyalah iman...jangankan sayang si isteri, lupa kan cinta ROBB, abaikan kasih ayang ibu ayah.


Pernahkah kita bertanya diri...Sejauhmana kecintaan kita pada ALLAH? Cinta perlukan pengorbanan...apakah yang telah kita korbankan?? ohh jauhhh lagi perjalanan kecintaan saya padaNYA berbanding nikmat yang telah diberikan selama saya hidup ini...saya semakin menginsafi diri..Letakkan kecintaan mendalam pada ALLAH diikuti dengan RASULLULLAH kemudian IBU AYAH, dan seterusnya...

Cinta yang membuta itu boleh mngorbankan nyawa..tanpa rasa simpati, hati yang telah dicabut rahmat kasih sayang sanggup membunuh. Inilah reality yang diterima apabila agama dan akhlak diabaikan. Saya kongsikan kesedihan ini, jadikan iktibar, zahirkan rasa takziah kepada familynya dan dambakan sahabat  yang membaca n3 ini menghadiahkan AL FATIHAH buat  arwah RATNA SUFIZAHRIYANTI OMAR.  Semuga dicucuri rahmat ats aruah dan mndapat keampunan ALLAH jua
 sumber :Metronew

Innalillah hi wainna ilaihirojiun...Menurut sumber terdekat..30 tikaman ditusuk diperutnya dan ditangannya. Keadaan  seolah2 menepis dan melawan..Namun apakan daya telah ditaqdirkan rezekinya sampai disitu, beliau meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan dan punca sebenar masih mencari tanda tanya buat family jugak.  Mendengar bicara yang dikongsikan, aruah anak yang baik, selepas tamat pengajiannya di UKM, terus melamar kerja di Kedah dengan niat untuk menjaga ibunya..Kematiannya merupakan kejutan buat family namun terasa keberuntungan apabila jenazahnya aruah turut  dimandikan oleh ibu, adik dan kakaknya..dan wajahnya begitu sempurna. Subhanallah...anak ini baru berusia 23 tahun. telah dijemput ALLAH.Perjanjiannya telah tamat di dunia....Dari hospital terus dibawa ke masjid untuk disembahyangkan sebelum  disempurnakan pemakaman. Segalanya amat mudah.



Biarpun ini cerita orang tetapi kita tak dapat menjangkakan nasib kita satu hari nanti.Bagaimana keturunan kita ... Bercinta paksikan kepada ALLAH dan hindari segala kemungkinan. Maklumkan pada family dan jangan biarkan mereka tertanya2 selepas ketiadaan kita nanti.  Syukuri;lah apa yang kita ada sekarang dan berbaktilah kepada kedua ibu ayah selagi mereka masih hidup. Peliharalah maruah keturunan dan agama yang kita anuti. Beringatlah setiap kali melangkah...apakah ini langkah kita yang terakhir.. Ingatlah generasi esok adalah bermula hari ini. 

Cintalah ALLAH,  ALLAH pasti memelihara hartabenda kita, keluarga kita, keturunan kita, umur dan kasih sayang  kita, kesihatan yang baik dan diberikan bantuan NYA yang tak disangka-sangka... dan mcam2 lagi...segalanya bermula dari diri......cintakah kita pada NYA?, 

walahuaklam...satu renungan juga  muhasabah.. Salam takziah kapada cikgu Bahasa Melayu (tingkatan dua) saya  yang telah menerima ujian ini.  Saya tak pernah mengenali familynya tapi saya berjaya hari ini adalah daripada  ilmu yang pernah diberikannya..halalkan ilmu mu cikgu dan terima kasih cikgu sofie. ALLAH sayangkan cikgu dan mengetahui cikgu mampu menghadapinya... Menurut mereka, cikgu seorang yang tabah dan redza dengan pemergian anak ke tiga dari empat beradik ini. Itulah suratan yang telah diciptakan ALLAH. Tiada ulasan lanjut yang mampu cikgu berikan melainkan menyerahkan pada ALLAH.. Semuga ALLAH mencucuri rahmat ats roh aruah anak cikgu saya ini dan  AL FATIHAH kita hadiahkan..
Damai dan tenanglah duhai anak...dunia dah berakhir dan penderitaan mu hanya seketika..Semuga ini adalah lakaran terakhir kisah tragis di Pendang....cukup laaa Ya ALLAH.. Amin.:)

8 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

harap2 kebahagian kita atas kegembiraan orang lain
Insyaallah

Wassalam

Ummi Humaira said...

assalamualaikum Ain...

kak chaq doakan semoga kehidupan Ain jua kita semua diberkati hingga ke Jannah..

baru 2 hari lepas kak chaq tersembang pd abg chaq , "kita kata kita CINTA pdNYA , tp setakat mana dan sejauh mana penghayatan kita dlm bercinta dgnNYA? "
tiba2 terbaca pula N3 Ain arinie....
semoga DIA selalu dekat di hati kita...

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

mm.. setuju :))

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Al Fatihah juga dari saya buat arwah. Kita bakal menyusul.

ainhany said...

Waalaikumusalam Tuan Hj,

insyaALLAH kita saling bahgia dan mmbahagiakan
Amin

ainhany said...

Waalaikumusalam Kak Chaq,

char sihat? dok kalut persiapan anakanda Hannan ek?. Mudah2an diperkenankan jua doa kita.Amin

Alhamdulillah..ada instince bicara kita ni....Ayuh sama2 kita cari CINTA hakiki...semuga tersemat. Doakan ain ye chaq...Terima ksh

ainhany said...

salam dik khairul,

Alhamdulillah..
yag baik jadikan teladan...:)

ainhany said...

Waalaikumusalam cikgu,

amin.
Mudah-mudahan dicucuri rahmat ats rohnya..Kematian itu pasti..
Terima kasih