Monday, May 30, 2011

Mengenali ikon belia 2011

MOHAMMAD RIZAN BIN HASSAN. Mungkin ramai di kalangan masyarakat kenal, ada juga yang kurang kenal malah yang tidak kenal langsung. Amat rugi jika tidak mengenai seorang Belia berjiwa cekal seperti beliau. Rizal Hassan merupakan individu yang dipilih menerima Anugerah Perdana Belia Negara 2011.

Bagi yang tidak mengenali beliau mungkin agak sangsi dengan pengikhtirafan ini. Itulah Rizal Hassan. Seorang yang sangat sederhana akan tetapi di belakang tabir, beliaulah antara penyumbang utama secara sukarela membawa nama Negara di mata Dunia.

 
"Sesungguhnya seawal usia yang masih remaja, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat."


Itu kenyataan beliau jika ditanya mengenai kesungguhan beliau menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan penuh komitmen. Jarang mendengar jawapan sebegini dari kalangan mana-mana Pemimpin Belia.

Jika hendak disebut Badan Kemasyarakatan yang disertai, mungkin sukar dihitung dengan jari. Namun, mungkin semangat beliau semakin kental setelah menyertai Kelab Putera 1Malaysia. Beliau yang diberi kepercayaan memegang jawatan Setiausaha badan tersebut telah menggunakan platform dengan sepenuh daya tenaga bagi membantu golongan yang memerlukan.

Mungkin ramai yang akan terkejut jika beliau antara individu penting dalam menjayakan beberapa Misi seperti dipamerkan di bawah.
   1. Misi Hebahan Penderitaan Muhammad Hairuman Miskon
   2. Misi Mangsa renjatan kabel elektrik di Tanjung Karang
   3. Misi Menyelamat Pelajar Mesir ketika krisis darurat kejatuhan Presiden Mubarak
   4. Gempa Bumi di Christchurch, New Zealand
   5. Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Krisis Nuklear di Jepun dan banyak lagi.

 Malah baru-baru ini beliau juga bergerak secara efektif dalam menjayakan Misi Bantuan Penyelamat Mangsa Tanah Runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor.

Apa yang disenaraikan ini hanya suku daripada berpuluh-puluh Program yang bukan sekadar disertai, malah menjadi tulang belakang kejayaan. Cukuplah dipamerkan 6 Program ini. Kita dapat lihat betapa hebatnya Rizan Hassan.

Apa yang hendak diberi. Sekadar Anugerah. Namun bukan ini yang menjadi sasaran Rizal Hassan dalam kerjaya murni ini. "Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

"Rendah Diri. Mungkin sifat ini jika ditanam dalam hati, dibentuk melalui perlaksanaan kerja yang ikhlas, sudah pasti Allah anda bantu kejayaan kita."

"Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka boleh selesai masalah dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung."
 

Syabas buat Rizal Hassan. Terus permantapkan lagi tenaga anda. Kerana Belia seperti anda amat diperlukan bagi membentuk belia bertamadun dan berwawasan di masa akan datang.

sumber : KLPOS

5 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Manusia dan kemanusiaan. Sebagai manusia, bila kita melihat nasib manusia yg ditimpa musibah disana sini tentu ada perasaan menyayat hati. Manusia kan ada perasaan. Tetapi dlm Islam, sifat kemanusiaan mesti ada hubungan dengan Allah SWT. Surah AnNisa`:1...وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat.
Lebih jelas lagi, kalau kita ingin membantu, pastikan mereka itu ada hubungan dgn Islam atau mereka yg kafir tetapi dibawah Daulah islamiah. Walau besar mana jasa seseorang tetapi jika tidak menepati keehendak Allah SWT umpama debu diatas batu yang licin (Surah Albaqarah:264‌ۖ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٌ۬ فَأَصَابَهُ ۥ وَابِلٌ۬ فَتَرَڪَهُ ۥ صَلۡدً۬ا‌ۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَىۡءٍ۬ مِّمَّا ڪَسَبُواْ‌ۗ Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan`.
Persoalan disini bukan masalah riy` tetapi tidak menepati kehendak Allah SWT. Begitu juga, kisah dimana Nabi Nuh a.s. ingin membantu anaknya ketika berlakunya banjir besar dunia.Surah Hud:44 وَنَادَىٰ نُوحٌ۬ رَّبَّهُ ۥ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ٱبۡنِى مِنۡ أَهۡلِى وَإِنَّ وَعۡدَكَ ٱلۡحَقُّ وَأَنتَ أَحۡكَمُ ٱلۡحَـٰكِمِينَ (٤٥) قَالَ يَـٰنُوحُ إِنَّهُ ۥ لَيۡسَ مِنۡ أَهۡلِكَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ عَمَلٌ غَيۡرُ صَـٰلِحٍ۬‌ۖ فَلَا تَسۡـَٔلۡنِ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. (45) Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya`
Hubungan Islam adalah berdasarkan Allah SWT. w/pun dari keturunan darah kita sendiri. Wallahualam

SiNoMoSa said...

Assalam Kak Ain,

Owh inikah dia ikon itu..

ainhany said...

Waalaikumusalam ustazah,

Saya ucapkan berbanyak2 trimekasih ats huraian dan kaitan AQ yang jelas dikongsikan...hubungan degn ALLAH mesti dimantapkan sebab segalanya atas kehendakNYA.

Subhanallah....nak bantu pun kena ada ilmu dan perbetuikan niat. Sayangnya jika kita buat tapi tak tahu adabnya..mnjadi refleksi diri. Sama2lah kita jaga agama, diri dan adab.Amin

ainhany said...

waalaikumusalam dik,

hihi...akak pun baru tau..tu pasal kongsi2kan..MUga dia menjadikan agama sebagai simbul kemanusiaannya dalam misi. ALLAH selamat dan berkati hidup dan perjuangannya Insya ALLAH

ainhany said...
This comment has been removed by the author.